Bekas Tapak Pokok Besar

Assalam. Ini pertama kali aku nak confess kat FS. Cerita ni berlaku lebih kurang 8 tahun yang lepas.

Kisahnya bermula bila pejabat lama aku berpindah ke bangunan baru yang lebih besar bagi menampung penambahan staff yang makin meningkat. Keseluruhan bangunan ni ada 7 tingkat dan tapak lama sebelum bangunan ini siap terdapat sepohon pokok tua yang sangat besar. Aku rasa ade lebih 100 tahun kot usia pokok tu tp terpaksa dibuang bagi memberi laluan pembinaan pejabat baru aku ni.

Pada awal-awal perpindahan, smuanya berjalan lancar. Setiap floor masing-masing busy mengemas & bertukang. Masing-masing semua excited. Ye la. Da berapa lama terperuk dalam pejabat lama yang kecik & sempit. Pada mulanya, ada juga terdengar cerita tentang gangguan-gangguan dari mulut ke mulut. Tapi masa tu takdelah teruk sangat. Setakat bayang-bayang lalu je, masing-masing memang sedia maklum la sebab tempat baru kan. Mungkin baru nak suai kenal kot.

Tapi makin lama, makin rancak pulak makhluk-makhluk tak diundang ni membuat gangguan. Bermula dari pengalaman aku sendiri. Ofis aku kat tingkat 6. Mase tu lunch hour hari Jumaat. Lunch hour Jumaat kan panjang sikit dlm 2 jam gitu. Aku decide untuk stay je kat ofis sebab kerja tengah menimbun. Ofismate yang lain pulak nak tido lelapkan mata kat table masing-masing. Jadi lampu pejabat banyak yang dipadam, tinggal satu je mentol lampu yang dipasang betul-betul atas work station aku.

Tengah khusyuk aku buat kerja kat pc, tiba-tiba ada satu bayang-bayang jatuh atas meja aku. Bayang-bayang macam ada org lalu belakang kau gitu dari arah kiri ke kanan. Aku pun toleh lah ke belakang sebab nak tengok sape yg mngintai tapi….. Semua kawan2 aku tengah tido! Sume kepala kat atas meja berselubung. Yang lagi aku pelik bila bayang2 tu lalu belakang aku dari arah partition belah kiri that means tak de sape pun sebenarnya yang bole lalu belakang aku dari arah kiri sebab da bertutup dgn partition. Time tu aku cuba kuatkan hati dengan menganggap itu semua khayalan aku semata2.

Kemudian, kisah berlaku pada waktu rehat hari Jumaat berikutnya. Dalam suasana yang lebih kurang sama iaitu cume ada beberapa lampu yang dipasang, kitorang duduk makan kat pantry. Tengah kitorang duduk borak-borak sambil makan tetiba semua terdiam sebab semua ternampak ada satu bayang-bayang hitam lalu kat partition aku yg belah kiri tu. Btw, di sebalik partition belah kiri aku tu ada satu laluan utk menuju ke bilik boss. Dan ketinggian partition kat situ cume tinggi lelaki dewasa, which means kalau ada orang lalu, cume nampak rambut je.

Tapi apa yg kitorang nampak mase tu, bayang-bayang warna hitam yg sangat tinggi sedang melintasi laluan menuju ke bilik bos tu sambil membuat suara perempuan menangis. Masing-masing kecut perut dan mula membaca surah-surah & kitorang sepakat untuk pasang je semua lampu pejabat bagi terang-benderang.

Hari demi hari, gangguan demi gangguan aku & ofismate aku lalui. Ada yang diganggu ketika waktu o.t belah malam. Ada sorang member aku ni, lelaki, tinggal sorang2 je untuk buat o.t. Tepat jam 8 malam, die da rasa x sedap hati sebab macam ada orang intai2 dia. Dia pun amik keputusan untuk balik je. Dia pun tutup semua lampu kat tingkat 6 & tekan lif untuk turun. Mase tu memang die sorang je & tiba2 bulu roma die meremang. Sampai je lif kat tingkat 6, cepat2 die masuk lif & tekan butang tutup.

And guess what?? Sebaik pintu lif tu tertutup, muncul satu bayang-bayang seorang perempuan sambil memimpin budak kecik 2 orang. Semua pakai baju putih & berambut panjang! Sedangkan dalam lif tu cume ada member aku sorang je & takde pun makhluk tu kat depan die. Pintu lif tu jenis yang org boleh buat cermin tu. Memang member aku ni nampak mereka berempat sebenarnya! Punyelah menggigil die nak tunggu lif sampai bawah.

Tiba2 lif berhenti kat tingkat 3 & pintu terbuka sendiri. Sempat member aku tengok, tak de sape pun yang ada kat tingkat 3, floor tu pun da gelap. Tiba2 dia rasa ada angin lalu & pintu lif tertutup. Mase tu baru die perasan yang bayang2 kat cermin tadi tu da hilang! Esok pagi member aku ni m.c sebab demam panas.

Kejadian lain yang aku pernah alami, terjadi masa aku buat o.t pada hari ahad. Waktu tu baru nak masuk waktu zohor. Aku da ready untuk solat & keluar untuk cari makan. Masa tu cuma aku berempat dengan ofismate yang lain. Aku da siap-siap ajak ofismate aku untuk turun bawah beli lunch & solat. Untuk keluar dari pejabat aku tu, kitorang kene lalu kat laluan bilik bos yang ada partition aku & sebelah bilik bos pulak ada sebuah bilik fotostat. Bilik fotostat ni memang ada sorang pak cik jaga & dia ada sebuah radio yang die akan pasang hari-hari untuk halwa telinga dia. Tapi masa hari kejadian, pakcik tu tak ada sebab hari minggu x semua buat o.t.

Masa aku dgn ofismate aku lalu depan bilik fotostat tu, telinga kami dapat menangkap ada bunyi radio terpasang dari bilik tersebut. Masing-masing bersuara, mungkin pakcik tu terlupa untuk tutup suis radio sebelum balik hari jumaat tu kot. Kami pun decide untuk padam suis radio tersebut. Dalam masa kami nak melangkah ke bilik tersebut, tiba-tiba channel radio tu bertukar sendiri dari channel sinar.fm ke satu channel yang x dapat dikenalpasti dan lagu yg bermain adalah lagu-lagu yang sangat klasik, seperti lagu melayu di zaman jepun! Perghh!!! Dengar lagu klasik die cukup seram.

Dengan keadaan kecut perut, salah sorang member aku ni beranikan diri untuk pergi ke suis radio untuk matikan radio tersebut, tapi lagi sekali kitorang rase nak pitam bila dengar member aku cakap, plug radio memang da tercabut da! Maknanya mustahil sungguh radio tu nak on tanpa plug yang tak dipasang. Lalu kitorang pun terus memulakan larian 400 meter menuju ke lif & masing2 ambil keputusan untuk terus balik rumah memandangkan kitorang semua memang da bawak beg & kunci kereta. Ofis tu memang kitorang tinggalkan tanpa fail berkemas & lampu masih terpasang. Hari isnin berikutnya kecoh la satu ofis kene marah dengan boss sebab biarkan ofis macam tu je.

Start tu baru kami cerita satu persatu kat boss, apa yang telah berlaku dari awal pindah masuk ofis smpai la kejadian o.t yang lepas. Kitorang mention sekali laluan ke bilik boss yang sering menjadi laluan makhlus tu & sebenarnya boss pun da dapat rasa gak sebelum ni. According to boss, setiap floor dalam bangunan ni semua da kena ganggu. (x larat aku nak cerita!)

Dalam minggu tu juga boss panggil seorang ustaz untuk pulihkan keadaan dalam pejabat tu. Menurut kata ustaz tu, memang makhluk2 tu semua ada & sebenarnya, kitorang la yang bersalah sebab da ambil tempat tinggal diorang sebelum ni. Which means, pokok tua yang dorang tumbangkan dulu untuk bina bangunan pejabat aku ni dulu la. Kata ustaz ni lagi, ada seekor nenek kebayan di tingkat 5. Kata nenek kebayan tu pada ustaz, masa dia tinggal kat pokok tua tu dulu, dahan dia ada pada tingkat 5 tu. Dapat korang bayangkan betapa besarnya pokok tu? Hampir bersamaan dengan bangunan 7 tingkat!

So ustaz cakap lagi yang nenek kebayan tak nak keluar pun dari bangunan kitorang sebab memang kat situlah habitat dia dari dulu lagi. So, nak tak nak ustaz suruh makhluk2 ni berjanji supaya jangan munculkan diri lagi. Start dari tu, dah tak ada lagi gangguan2 yang maha dahsyat berlaku tapi sikit2 tu tetap ada la, main acah-acah. contohnya kadang2 menyerupai, main pc, main pintu, & macam-macam lagi. Masing2 buat keputusan untuk buat bacaan yassin setiap hari jumaat di setiap floor masing2 untuk mengurangkan kadar gangguan.

Kalau nak cerita satu persatu gangguan yang kitorang alami, terlampau banyak. Tapi cukup la kami menjaga adab sebab kami ni yang mengambil tempat diorang. InshaAllah kalau ada masa aku cerita lagi kejadian-kejadian lain yang berlaku dalam bangunan ni juga. Assalam..

teruterubozu

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2.5]

3 thoughts on “Bekas Tapak Pokok Besar”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.