Belum habis

Assalamualaikum kepada peminat kisah supernatural dan, kisah ini tentulah berkenaan kisah al-cuak wal meremang berlaku kepada pelajar asrama pada tahun 1990ān menuju ke tahun 2000 millennium, di zaman Tun Doktor Mahathir Mohamad mentadbir Kerajaan Persekutuan sudah tentulah di Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-4; “Yes! Doktor Mahathir ni fikrahnya moden, tak ambil pusing kat kisah-kisah supernatural.”

Disebabkan Doktor Mahathir tidak ambil pusing kepada kisah-kisah supernatural, suka ataupun menyampah, memang kenalah petik nama Doktor Mahathir untuk membezakan di antara zaman ke zaman.

Sebelum peminat kisah supernatural terkial-kial menelusuri kisah al-Cuak wal meremang ini, wajiblah penulis kisah ini memperkenalkan diri; “Akunyer nama ringkas jer iaitu Poji!”

Di asrama, semestinya aku ada member kamceng di dunia hinggalah akhirat dan, nama mereka ialah, Buyong dan Dafi.

Disebabkan kamceng, sudah tentulah bermacam-macam aktiviti tidak berfaedah kita orang lakukan di asrama untuk menghiburkan diri, membahagiakan jiwa dan, menceriakan perasaan yang belum memahami realiti kehidupan sebenar sememangnya lebih gila mengatasi penyakit gila; “Di zaman Doktor Mahathir, Malaysia pernah digemparkan oleh kes TPM luar tabii dibicarakan kat depan Yang Arif Hakim kat Mahkamah Persekutuan!” inilah bukti sahih, realiti kehiduapan sebenar sememangnya lebih gila mengatasi penyakit gila.

Tidak disangkal, dalam ramai-ramai pelajar asrama, tentu 95% pelajar tidak percaya kepada kewujudan hantu kerana sudah tertanam di dalam otak fikiran akan doktrin, hanya di Tanah Melayu saja ada hantu, di negara Arab enggak ada hantu kerana di padang pasir hanya ada jin; “Hantu takde!”

Doktrin di atas dinisbahkan kepada masyarakat Arab di padang pasir manakala, doktrin dari Amerika pula, bolehlah melakukan rujukan kepada lagu-lagu Backstreet Boys kerana lagu daripada boy band ini tidak ada kaitan sama sekali dengan hantu akan tetapi, jangan sesekali dengar lagu Enter Sandman daripada kumpulan Metallica kerana lagu ini berkaitan seekor hantu nan bengis tersangatlah ganas menyorok bawah katil.

Daripada 95% pelajar yang tidak percaya kepada kewujudan hantu di asrama, tup-tup-tup ada seorang pelajar yang kita orang aim atau target kerana kata-katanya kedengaran sangatlah sombong seperti pernah naik kapal terbang angkasa dan, mendarat di bulan dalam keadaan hanya memakai kain pelikat dan berlengeng; “Pakai seluar dalam atau tak!? Tu kita orang tak tahu, tapi dengar akan ayat-ayat sombong yang terhambur kat mulut dia, konfem tak pakai seluar dalam masa mendarat kat bulan!”

Seorang pelajar yang dimaksudkan di dalam nukilan kisah supernatural ini, suka bercakap secara sombong, tidak percaya kepada kewujudan hantu, namanya ialah, Tobeng!

Disebabkan Si Tobeng ini tidak percaya kepada kewujudan hantu, pada waktu prep; “Sebut saja prep, mestilah suasananya pada waktu malam.” di dalam kelas, Buyong mencabar Si Tobeng.

Buyong : Beng! Kalau kau tak caya kat sekolah ni ada hantu, malam ni jom kita gi padang!

Tobeng memeluk tubuhnya dan, menyeringai menggerenyeng memandang muka kita orang bertiga.

Tobeng : Setakat padang puihhh!! Aku relaks jer kencìng kat tepi padang tunggu hantu datang jentìk!

Lincah Si Tobeng angkat kedua-dua kakinya naik ke atas meja sambil mengutik-ngutik kakinya macam terkutik-kutiknya ekor monyet.

Poji : Beng, jangan sombong sangat Beng.

Serta-merta Si Tobeng menurunkan kedua-dua kakinya dari atas meja dan, lincah tangan kanannya menghentak meja; “Berdebum!”

Tobeng : Arghhhhh!! Aku memang sombong sebab karut! Semua hantu karut!!

Dafi : Beng, kau tak nampak lagi Beng, kalau kau nampak, lari tak cukup tanah Beng.

Serta-merta Si Tobeng mengubah posisi punġġungnya dari duduk di kerusi terus mencangkung di kerusi, lincah melompat naik ke atas meja sambil mendabik-dabik dadanya; “Buk-buk-buk!” macam gorilla silverbacks.

Tobeng : Arggghhhhh!!! Takde-takde! Aku takkan lari. Kalau hantu datang, aku nak kencìng kat kepala hantu tu!

Buyong : Okay Beng! Malam ni, kul 12, kita orang datang drom kau.

Tobeng : Okay malam ni! Aku tunggu. Kalau malam ni hantu tak datang, korang kena jadi bibik selama setahun basuh baju aku!

Buyong : Okay set!

Serta-merta Buyong menghulur tangan kanannya di depan Si Tobeng yang masih menggorilakan dirinya di atas meja, mereka berdua bersalaman menandakan persetujuan sudah pun dicapai.

Kita orang melangkah keluar dari kelas SS#1; “Adanya seekor gorila masih tak turun dari meja.” selepas persetujuan dicapai dengan gorila di kelas SS#1, kita orang menuju ke kelas PS#1; “Kita orang ni student kelas PS#1.” masuk saja ke dalam kelas PS#1, kita orang memendam perasaan geram sambil sama-sama menelaah sekeping buku kepunyaan Dafi, buku zoologi bab perangai gorila dan, menantikan waktu prep tamat.

Tamat saja waktu prep, ramai-ramai pelajar akan berpecah, ada yang pergi ke dewan makan, ada yang balik ke asrama dan, ada yang pergi ke surau menunaikan solat Isyak.

Kita orang pergi ke surau menunaikan solat Isyak, selepas itu pergi ke dewan makan, mencekik biskut lutut celup kopi’o panas.

Sesudah mencekik 10 hingga ke 11 keping biskut lutut, kita orang keluar dari dewan makan dan, menuju ke asrama.

Sampai di asrama, kita orang hisap rokok di bilik air, selepas hisap rokok, kita orang relaks-relaks berbual menunggu hingga jam 12:00 malam.

Lima minit sebelum tepat jam 12:00 malam, kita orang keluar dari dorm, tanpa terlupa menyarung selipar di kaki, lincah melangkah tangga menuju ke dorm C2#2; “Dorm Si Tobeng.”

Sampai saja di dorm C2#2, kita orang terus terjah mendapatkan Si Tobeng di katil tidurnya.

Buyong : Jom Beng!

Tobeng : Eh! Tak aci larr aku ikut korang, sesorang.

Dafi : Kau kan berani, tak caya kat hantu. Jom larr!

Tobeng : Aku memang berani, tapi aku kenalah bawak sorang saksi, tak aci larr aku sorang ikut korang.

Terkebil-kebil Si Podel melihat kita orang hendak mengheret Si Tobeng pergi ke padang.

Poji : Ha ni! Podel ada ni. Kau angkutlah dia jadi saksi.

Tersengih-sengih Si Podel kerana ditakdirkan menjadi saksi bagi pihak Si Tobeng.

Seterusnya, kita orang berlima menyarung selipar di kaki dan, melangkah keluar dari dorm ingin menuju ke padang.

Selepas menuruni tangga, kita orang berlima melangkah keluar dari ground floor bangunan asrama dan, kini sedang menuju ke padang; “Okay, kena chite sikit pasal padang!”

Padang di sekolah asrama ini ada dua, disebabakan ada dua padang, kita orang pilih padang di bahagian belakang kawasan pentadbiran sekolah dan, bersebelahan ladang sawit dipagari oleh pagar yang mengeliling kawasan sekolah termasuk sekali asrama dan, pagar menjadi pemisah atau sempadan di antara padang dan ladang sawit.

Mengikut rancangan jurutera pakar membina insfrastruktur yang mendapat 100% persetujuan dari Kementerian Pendidikan, kawasan padang di bahagian belakang kawasan pentadbiran sekolah akan dibangunkan dua bangunan apartment tujuh tingkat untuk cikgu-cikgu yang mengajar akan tetapi, projek insfrastruktur untuk kemudahan cikgu-cikgu yang sepatutnya dibina di padang, sampai sekarang tergendala kerana ada kisah supernatural yang menghalang pembinan projek; “Kisah supernatural kat padang ni! Aku, Dafi dan, Buyong memang tahu sejarahnya, disebabakan kita orang tahu sejarahnya, memang nak kena ajarlah perangai sombong Si Tobeng.”

Sampai saja di tepi padang, suasananya memang sunyi, walaupun suasananya sunyi, kita orang berlima dapat melihat keadaan padang hinggalah ke pagar yang mengeliling kawasan padang serta pokok-pokok sawit di ladang yang melepasi pagar kerana cahaya rembulan pada malam itu, membolehkan kita orang berlima melihat suasana malam disinari rembulan, sejauh mata memandang.

Di tepi padang yang disinari cahaya rembulan, sekonyongnya Buyong memberikan arahan kepada Si Tobeng dan Si Podil.

Buyong : Korang berdua pergi kat tengah-tengah padang tu! Kita orang tunggu kat sini.

Terkedek-kedeklah mereka berdua pergi ke tengah padang manakala, kita orang bertiga berdiri di tepi padang sambil memerhatikan mereka berdua menuju ke tengah padang.

Sampai saja mereka berdua di tengah padang; “Emmm… sebenarnya mereka berdua bukalah kat tengah padang.” mereka berdua berada lebih kurang 40 meter ke 45 meter; “Adoiii… mana satu ni? Kat 40 meter kē kat 45 meter?” untuk mengelakkan kekeliruan atau kebingungan, jarak mereka berdua di antara kita orang bertiga, tidak lebih 45 meter dalam masa sama tidak kurang 40 meter.

Selepas Si Tobeng dan Si Podil berada di padang, tidak jauh daripada kita orang, sekonyongnya Buyong pun menjerit.

Buyong : Beng! Aku nak kau cabar sekarang! Menghadap pokok sawit!!

Lincah Si Tobeng mengangkang kedua-dua kakinya seperti penyanyi heavy metal, serta-merta lantang mengherdik.

Tobeng : Woi Jembalang! Aku cabar kau keluar! Aku nak kencìng atas kepala kau!!

Tersenyum Buyong melihat Si Tobeng mula mengherdik ke arah pokok sawit basah berembun disinari cahaya rembulan.

Buyong : Cabar lagi Beng!!

Lincah Si Tobeng mengangkat tinggi kaki kanannya lalu menghentak padang rumput dan, kekal kakinya menganġkang.

Tobeng : Woi Jembalang! Aku cabar kau datang sini jentik teluṛ aku!!

Aku, Dafi dan, Buyong terkebil-kebil perhatikan Si Tobeng memang bersungguh-sungguh mencabar makhluk supernatural manakala, Si Podel pula hanya diam berdiri tegak macam tiang gol di sisi Tobeng.

Buyong : Cabar lagi Beng!!

Lincah Si Tobeng menghentak-hentak kedua-dua kaki di padang sebanyak tiga kali, berganjak sedikit ke depan menjauhi Si Podil yang kekal menjadi tiang gol dan, pantas tangan kanan Si Tobeng diacung menuding ke arah ladang sawit.

Tobeng : Woi Jembalang! Aku cabar kau picit teluṛ aku!!

Aku menggeleng-geleng kepala melihat perangai sombong Si Tobeng galak menggelecak lantang mengherdik makhluk supernatural dengan ayat yang kedengaran kelakar tetapi, pada hemat aku tidak kelakar langsung ayat yang terhembur dari mulutnya seperti sengaja menempah mauṭ.

Sesudah tiga kali Si Tobeng mengherdik lantang suaranya menghala ke arah ladang sawit, lincah dipusingkan badannya memerhatikan kita orang bertiga di tepi padang.

Tobeng : Hoi Yong! Aku dah cabar dah, takde pun! Tak keluar pun! Hahahaha!!

Tup-tup-tup bergema satu suara salakan yang sangat kuat dari ladang sawit; “AAAARRRWOOOOOOO!!!”

Terkocoh-kocoh Si Tobeng memusingkan badannya menghala ke arah ladang sawit kerana tiba-tiba saja bergema satu salakan yang sangat kuat.

Dari satu gemaan salakan yang sangat kuat, tup-tup-tup pelepah sawit serta-merta bergoyang-goyang hingga menghasilkan bunyi daun sawit bergesel-gesel seperti ada sesuatu sedang bergerak.

Melihat daun sawit bergoyang-goyang hingga menghasilkan bunyi bergesel-gesel, tup-tup-tup muncul satu kepulan jelaga yang sangat besar berwarna hitam sedang bergerak hingga menyelubungi pelepah serta daun sawit.

Kepulan besar jelaga hitam ini kelihatan seperti ombak laut bergulung-gulung menuju ke padang.

Dalam sekelip mata saja, jelaga hitam ini bergulung-gulung melepasi pagar di tepi padang dan, terus bergulung-gulung di tengah-tengah padang menjadi satu gumpalan jelaga hitam yang sangat gondok; “Besorrrrr…!!” menggunung.

Sedang jelaga hitam ini bergondok besar di tengah-tengah padang, serta-merta jelaga hitam ini bergerak naik ke atas mengeluarkan sepasang lengan yang besar, terjulur keluar dari gondokkan gumpalan jelaga hitam.

Tanpa henti sepasang lengan terus-menerus terjulur keluar dari gondokkan gumpalan jelaga hitam hingga terbentuklah sepasang kaki yang besar memijak padang.

Si Tobeng yang melihat gumpalan jelaga hitam di tengah-tengah padang, sudah pun berubah menunjukkan bentuk jasadnya yang sangat tinggi, sangatlah besar di tengah-tengah padang, terus tumbang jatuh terlentang Si Tobeng terpejam pengsan; “Camne pulak Si Podel?”

Si Podel terpontang-panting menjerit-jerit: “Warggghhhhhhh!! Warggghhhh!! Wargggghhhhhhhh!!” melarikan diri menuju ke asrama meninggalkan Si Tobeng terlantang di padang, setelah melihat satu makhluk yang sangat besar, sangatlah tinggi berdiri megah di tengah-tengah padang.

Melihat Si Podel terpontang-panting melarikan diri; “Aku dan Dafi memang nak cabut, larikan diri, tapi tak sempat.” Buyong awal-awal lincah mencekak tengkuk kita orang berdua daripada melarikan diri.

Buyong : Kau berdua jangan lari! Tobeng dah pengsan tu. Kita kena angkut dia.

Dalam keadaan tengkuk sudah kena cekak, aku perhatikan Dafi menundukkan kepalanya memadang rumput di padang.

Dafi : Biarlah Yong, dia keras pengsan kat situ. Mulut longkang sangat, padan muka dia!

Terkebil-kebil aku pandang Si Tobeng terlentang pengsan di padang dan, terkebil-kebil juga aku pandang sepasang kaki yang besar, tercegat diri tidak berganjak di tengah padang.

Poji : Yong, aku rasa kita kena pijak ni Yong, kalau pergi angkut Tobeng tu.

Dafi yang menundukkan kepalanya memandang rumput, serta-merta terkebil-kebil matanya memandang muka aku.

Dafi : Yong, penyek Yong kita kena pijak jap lagi kang. Jomlah kita cabut tinggalkan Tobeng tu.

Dari tepi padang, Buyong mulai melangkah tanpa melepaskan tangannya mencekak tengkuk, mengheret kita orang berdua berjalan ke arah Si Tobeng.

Buyong : Korang jangan takut, kalau kita kena pijak, kita matì syahid.

Sedang Buyong mengheret kita orang berdua menuju ke arah Si Tobeng, terdengar mulutnya terkumat-kamit membaca surah; “Antara dengar tak dengar permulaan ayat.” tetapi terdengar saja suaranya menjaharkan ayat berbunyi: “………zubirab bil falaq. Min syarima khalak…” okay tahulah aku, Buyong sedang baca surah al-Falaq dalam misi menyelamatkan Si Tobeng terlentang pengsan.

Sepasang kaki yang tercegat berdiri di tengah-tengah padang, mulai bergerak, diangkat melepasi pagar di tepi padang.

Terkebil-kebil kita orang bertiga melihat kaki Hantu Galah melangkah pagar hingga menghasilkan bunyi deruan angin menggoyang-goyangkan pelepah sawit.

Melepasi saja kedua-dua kaki Si Hantu Galah melangkah pagar, serta-merta bentuk jasadnya yang tinggi menggunung berubah menjadi gumpalan jelaga hitam berbentuk seperti gumpalan asap lori diesel dan, terus bergulung-gulung bergerak hingga bergesel-gesel dedaun pelepah sawit.

Terkocoh-kocoh kita orang bertiga meluru ke arah Si Tobeng dan, terus angkat dan, mengusung badannya menuju ke blok asrama.

Sampai saja di blok asrama, tercungap-cungap kita orang bertiga meletakkan Si Tobeng yang masih terpejam pengsan di tepi blok.

Buyong : Korang tunggu sini jap.

Terkebil-kebil kita orang berdua melihat Buyong mulai melangkah menuju ke belakang blok.

Poji : Yong!

Buyong : Jap-jap-jap!

Dafi : Kau nak gi mana Yong!?

Buyong : Tunggu jap! Tunggu jap!

Terkocoh-kocoh Buyong melajukan langkahnya berdesup masuk ke belakang blok.

Tidak sampai 10 minit, Buyong keluar dari belakang blok sambil membawa baldi berwarna merah, terkocoh-kocoh mendekati kita orang berdua yang tercegat berdiri di samping Si Tobeng yang masih terbaring pengsan.

Sampai saja baldi yang dibawa ke sekujur tubuh yang terbaring pengsan, lincah Buyong merejam jirusan air di dalam baldi ke kepala dan badan Si Tobeng.

Menggelupur Si Tobeng terbangun dari pengsannya serta-merta terkapai-kapai tangan serta kakinya, menjerit-jerit.

Tobeng : Warggghhhhhh!! Pergi! Pergi! Jangan jentik teluṛ aku! Jangan picit teluṛ aku!!

Kita orang bertiga hanya diam perhatikan Si Tobeng menggelupur dan, terkapai-kapai selepas tersedar dari pengsan.

Terlihat saja kita orang bertiga mengelilinginya yang baru saja tersedar dari pengsan, serta-merta Si Tobeng menangis teresak-esak.

Tobeng : Huhuhuhuhuhu… huhuhu… Yong, tolong aku… huhuhuhu… Ji, huhuhu… Fi, huhuhuhuhu…

Melihat keadaan Si Tobeng menangis, memang kita orang bertiga hendak menggelakkannya, mentertawakannya dan, menggelekekkannya secara berjemaah tetapi, melihat tangisannya teresak-esak, kita orang simpan deraian ketawa di hadapannya kerana kesian pula melihat keadaannya sedih nan sayu, menangis tersedu-sedan selepas terperanjat melihat kemunculan gumpalan jelaga hitam dari ladang sawit berubah menjadi Hantu Galah di tengah-tengah padang.

Aku dan Dafi sama-sama memapah Si Tobeng naik ke dorm kerana semangat gorilanya yang sombong mendabik-dabik dada, serta-merta hilang selepas tersedar daripada pengsan.

Terbit saja matahari pada keesokan harinya hari cuti, Si Tobeng dan Si Podil demam terkejut menggigil-gigil seram sejuk selama tiga hari dua malam dan, di antara mereka berdua, tentulah Si Tobeng paling serius hingga mengigau-ngigau semasa beradu di dalam selimut di waktu malam, katanya di dalam mimpi; “Aku (Tobeng) lintang-pukang lari nampak asap hitam besorrr macam serombong kapal hambat aku macam nak telan aku!”

Dua hari mereka berdua terbaring di katil di dalam dorm. Keesokannya di dalam kelas, diam berteluku Si Tobeng dari gorila bertukar menjadi sloth.

Demikianlah tragedi menimpa Si Tobeng dan, selepas tragedi melihat Hantu Galah di padang, perangai sombongnya mulai berubah menjadi tawaduk, tidak lagi perangainya meraban-raban seperti gorila tertelan sambal belacan; “Camne pulak perangai Si Podel?”

Si Podel ini hanya menjadi saksi cabut lari bagi pihak Si Tobeng; “Senang chite.” Si Podel ini rela dalam terpaksa, walaupun rela dalam terpaksa, sekurang-kurangnya dengan adanya Si Podel maka, tidak bolehlah Si Tobeng memalsukan fakta sahih tragedi menimpa dirinya; “Kalau Si Tobeng tiba-tiba berdegil nak bawa kes tragedi yang menimpanya dibicarakan kat Mahkamah Persekutuan, menggunakan afidavit fitnah! Kita orang tetap menang kerana Si Podel memang melihat Si Tobeng terlentang pengsan walaupun saksi cabut lari.”

Untuk kisah supernatural seterusnya, kisah ini hanya melibatkan kita orang bertiga saja. Walaupun di asrama ada ramai pelajar tetapi, takdir telah menetapkan tragedi supernatural yang menimpa kita orang tidak melibatkan ramai pelajar dan, kisahnya bermula pada waktu senja.

Pada waktu senja, jam 6:29 minit senja, kita orang keluar paling lewat dari dewan perhimpunan, di dewan perhimpunan ada gelanggang badminton; “Senang chite, kat dewan masa tu hanya kita orang bertiga jer paling last keluar dari dewan.”

Selepas terkinja-kinja main badminton hingga baju basah berpeluh, lazimnya kita orang akan keluar dari dewan mengikut pintu depan seterusnya, menuju ke dewan makan tetapi, pada waktu senja itu, kita orang memilih berjalan keluar dari dewan melalui bahagian tepi dewan berdekatan jejaring pagar di tepi dewan; “Nak kata dekat, tak dekat pun kedudukan pagar kat tepi dewan, ada larr lebih kurang 35 meter jarak di antara dewan menghala ke pagar, kat bahagian luar pagar pula ada sebatang parit merentang di sepanjang tepian deretan pokok-pokok sawit.”

Sesudah kita orang keluar dari dewan dan kini, sedang terkedek-kedek berjalan di tepi dewan, terdengarlah keriuhan suara budak lelaki menggelekek ketawa; “Hehehehe… hohekhohek… hehoheho… hehehehe…”

Dafi : Yong, kau dengar tak!?

Terkebil-kebil Buyong memandang muka Dafi berkerut bulu keningnya setelah bertanyakan soalan berkenaan keriuhan suara budak lelaki menggelekek ketawa.

Poji : Yong, macam ramai jer.

Terkebil-kebil aku memandang muka Buyong menantikan respons darinya berkenaan keriuhan gelak tawa suara budak lelaki sedang riang gembira.

Buyong : A’ah ramai! Aku rasa kat depan sana kot, jom tengok!

Kita orang terus berjalan di tepi dewan, ingin melihat sekumpulan budak lelaki sedang riang gembira menggelekek ketawa.

Semakin kita orang terus berjalan, semakin jelaslah keriuhan suara budak lelaki riang gembira bergelak ketawa; “Hehoheho… hehehehe… hohekhohek… hehehehe…”

Semakin jelas keriuhan suara mereka girang gembira bergelak ketawa, serta-merta kita orang berhenti di tepi dewan dan, terkebil-kebil memerhatikan tiga bonṭot budak lelaki hanya berseluar katuk sedang tergelek-gelek, terkinja-kinja di tebing parit menggoyang-goyang tangannya menuding ke arah kawan-kawannya menghempas-hempas kaki dan tangan, berenang-renang hingga berkocak-kocak air parit.

Dafi : Hoii!! Dah Maghrib ni korang godak parit, ada jugak mak bapak korang rotan korang kang!

Serta-merta tiga budak lelaki yang terkinja-kinja di tebing parit memusingkan badannya lincah menerkam ke arah pagar. Ketiga-tiga mereka secara serentak menuding tangan ke arah dua bola yang berada di dalam pagar dan, sorang daripada mereka berseluar katuk warna kelabu asap mengoceh: “Abang-abang! Tolong ambek bola tu campak sini!”

Terlihatlah ada dua biji bola warna merah strawberi dan warna merah jambu, ada di atas rumput berdekatan pagar dan, kedua-dua biji bola ini terpisah, lebih kurang 14 meter di antara bola merah strawberi dan bola merah jambu.

Poji : Aku campak bola ni kat korang, korang balik!

“Kita orang nak balik larr ni, tapi bola tu ada kat dalam! Nasib baik abang ada tolong campakkan!” tersengih-sengih budak berseluar katuk kelabu asap.

Terkocoh-kocoh aku dan Buyong ingin pergi mengambil dua bola yang berada di dalam pagar di atas rumput.

Sampai saja di tepi bola, terus kita orang berdua menonġġeng, pegang dan, angkat bola ingin campak melepasi pagar. Belum sempat kita orang berdua campak bola, tiba-tiba Dafi menjerit.

Dafi : Yonggg!!! Jiii!! Apa tu?!!

Lincah kita orang berdua terkocoh-kocoh berdiri sambil memegang bola, menoleh ke arah Dafi yang sedang tercegat berdiri di tepi longkang dewan, terbeliak matanya sambil menuding tangannya ke arah pagar.

Serta-merta kita orang berdua lincah menoleh ke arah pagar dan, alangkah terperanjatnya, kita orang bertiga melihat, susuk tubuh dua budak lelaki berdiri di dalam parit; “Kat tepi tebing.” tanpa kepala!

Tup-tup-tup terdengar gelak ketawa; “Hehehe… hehehehehe…” yang sangat dekat di hadapan kita orang berdua (aku dan Buyong).

Terkocoh-kocoh kita orang berdua memandang objek yang tiba-tiba ketawa di hadapan kita orang berdua.

Terperanjat kita orang berdua melihat objek yang sepatutnya sebiji bola terpegang di tangan masing-masing, rupa-rupanya sebiji kepala!

Terpelanting kita orang berdua campak kepala sedang tersenyum menyeringai yang sebentar tadi berupa bola kini berupa kepala.

Belum sempat kita orang berdua ingin membuka langkah terpontang-panting lari, Dafi yang berdiri di tepi longkang tup-tup-tup jatuh tersembam ke rumput dan, pengsan.

Melihat Dafi sudah pun gugur tumbang seperti tiang aerial TV di langgar burung kelambit. Terkocoh-kocoh kita orang berdua meluru ke arah Dafi yang tumbang pengsan tersembam ke rumput dan, tertonġġeng-tonġġeng kita orang mengusungnya yang terpejam pengsan.

Sedang kita orang tertonġġeng-tonġġeng mengusung Dafi, terdengar keriangan gelak ketawa secara berjemaah budak-budak berseluar katuk di luar pagar: “Weihehehehehehe… hehoheho… hehehehehe… hohekhohek… hehehehe… hehekhehekhehek…”

Terkocoh-kocoh kita orang berdua mengerah kudrat mengusung Dafi selincah mungkin kerana terlampau cuak nan seram mendengar mereka menggelekek ketawa di parit dan, sangatlah pandai bergurau di waktu Maghrib.

Gelekek ketawa mereka sangatlah meriah; “Weihehehehehehe… hohekhohekhohek… hehehehe… hehoheho… hehehehehe… hehekhehekhehek… hehehehehehe…” seronok mentertawakan aku dan Buyong dalam keadaan cemas mengusung Dafi.

Sedang terkocoh-kocoh kita orang berdua mengusung Dafi, sempat lagi aku dan Buyong menoleh ke pagar dan, terlihatlah mereka sangat girang terkinja-kinja di tepi parit dan, mereka saling riang gembira bergilir-gilir melambung-lambung dua kepala kawan mereka yang tertanggal.

Walaupun sudah tercungap-cungap mengusung Dafi jauh daripada dewan, kita orang terus terkocoh-kocoh mengusungnya menuju ke sebatang paip yang terpacak berhampiran gazebo.

Sesampai saja di sebatang paip, kita orang meletakkan Dafi di bawah pili, lincah aku memutar tangkai pili hingga air paip mencurah-curah jatuh ke mukanya terus menggelupur Dafi tersedar dari pengsan.
Dafi : Brobobobobroff… apa benda tu Yong!? Apa benda tu Ji!? Kita nampak kat pagar tadi??

Bergegas aku menutup tangkai pili menutup air paip waima terdiam tidak mampu menjawab soalan dari Dafi dan, terkebil-kebil aku memandang Buyong.

Buyong : Jom-jom! Kita pergi dari sini lincah gi asrama.

Masih terduduk di sisi galvani paip, terkocoh-kocoh Dafi bangun dan, kita orang bertiga laju berjalan menuju ke asrama.

Sedang kita orang bertiga lincah berjalan menuju ke asrama, sekonyongnya Dafi memberikan cadangan mengubah haluan.

Dafi : Yong, kita gi dewan makanlah. Sekarang time makan. Aku laparlah.

Terkebil-kebil aku memandang muka Dafi sekonyongnya mencadangkan perubahan destinasi ingin pergi ke asrama beralih ke dewan makan.

Poji : Jom gi dewan makan, aku pun lapar gak!

Buyong : Okay-okay, jom gi dewan makan.

Terkocoh-kocoh kita orang berjalan menuju ke dewan makan, walaupun sebentar tadi baru saja mengalami tragedi supernatural yang menyeramkan.

Sungguhpun masih lagi rasa terperanjat melihat tragedi budak-budak berseluar katuk mengusik kita orang di tepi pagar dengan cara paranormalnya boleh menanġġalkan kepala, apabila tiba saja waktu makan jam 6:30 senja, wajiblah mengisi perut yang lapar kerana jikalau tidak mencekik di dewan makan pada waktu sebegini maka, akan kebulurlah kita orang di waktu prep.

Sampai saja di dewan makan, jarum jam di dewan makan mencucuk waktu 6:49 minit senja, terkocoh-kocoh kita orang ambil tray, cedok nasi dan, pergi ke pangkin marmar ingin mengambil lauk yang ditolong-cedokkan oleh staf penyedia masakkan di dewan makan.

Di waktu sebegini jam 6:53 minit senja, selepas mengambil lauk dan, duduk di meja makan, suasana dewan makan tidaklah mundar-mandir sibuknya para pelajar keluar masuk.

Dafi : Allahumma barik lana fima razaq tana wa kina azaban nar.

Poji : Amiin.

Buyong : Amiin.

Sesudah mengamiinkan doa makan yang dibaca oleh Dafi, kita orang mula mencekik dan, tidak soksek-soksek bercerita akan tragedi yang menimpa kerana ingin kekal menyimpan rahsia misteri kewujudan makhluk supernatural yang tidak disangka-sangka adanya budak-budak berseluar katuk boleh bergurau dengan menanġġalkan kepala.

Walaupun Dafi yang paling tragik tersembam pengsan, kelihatannya sangat berselera ia menyuap makanan tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda akan diserang demam; “Mungkin berkat doa makan yang dibaca kot!”

Disebabkan misteri kewujudan mereka berseluar katuk seronok menggodak parit terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan para pelajar skema maka, aku ingin menceritakan kisah seterusnya.

Kisah kali ini berlaku pada waktu malam di waktu prep; “Macam biasa, time prep kita orang memang bebetol fokus, bebetol khusyuk mengulang kaji pelajaran selama dua jam.”

Selepas dua jam khusyuk mengulang kaji, aktiviti seterusnya, kita orang akan beralih duduk di hujung kelas dan, relaks bersantai mengobrol perkara/topik di luar atau, terkeluar daripada subjek pendidikan yang tertulis di dalam buku teks; “Kita orang duduk kat hujung kelas kerana menghormati member-member skema kat dalam kelas terkebil-kebil mengulang kaji.”

Topik mengobrol yang kita ngocehkan di hujung kelas tidak semestinya topik berkenaan hantu.

Mukadimah mengobrol yang kita orang mula-mula bualkan, mesti mengoceh pasal artis menyanyi di radio, pasal lagu rock 90ān, pasal kartun TV, pasal kartun kelakar lawak antarabangsa, sekali sekali mengoceh sikit pasal awek-awek cantik di asrama dan, topik yang terpenting pasal member-member skema cuba menonjolkan keranggian, sedangkan mereka yang skema, 100% tidak faham pun secara tuntas falsafah idelisme keranggian, berani buat wajiblah senyap-senyap sorok; “Senang chite, idelisme keranggian hanya member kamceng jer yang wajib tahu, takyah heboh-heboh nak tunjuk ranggi kat member-member sekeliling!”

Sedang seronok mengobrol dari satu topik ke satu topik, akhirnya kita orang terkebil-kebil bosan, hilang ilham hendak soksek-soksek berbual.

Dafi : Yong, Ji, jom isap okok!

Buyong : Jom…!

Poji : Jommmm…!!

Serta-merta kita orang bangun dan, sama-sama berjalan keluar daripada kelas menuju ke tandas.

Tempat berasap; “Eh! Apasal bunyinya macam nak panggang sotong pulak ni?” tempat untuk kita orang berasap, sememangnya tandas yang menjadi pilihan adalah tandas yang kurang dikunjungi oleh para pelajar di waktu prep; “Kita orang takkan berasap kat tandas yang sibuk kerana takde privacy.”

Kerana ingin mendapatkan tempat privacy, menghindari daripada kesibukan pengunjung tandas memacet membuang hajat, kita orang memilih tandas di hujung blok bersebelahan makmal yang memang sunyi daripada kemacetan para pelajar membuang hajat; “Okay, kena chite sikit pasal tandas kat hujung blok sebelah-menyebalah ngan makmal.”

Tandas yang kita orang sedang terkedek-kedek berjalan menuju ke sana, berada di aras bawah bangunan sekolah, di aras bawah ini semuanya makmal manakala, kelas berada di tingkat satu, tingkat dua dan, tingkat tiga.

Apabila kita orang memilih tandas di aras bawah di hujung blok bersebelahan makmal bermakna, di bahagian luar blok (bangunan sekolah) ianya berhampiran dengan pagar yang memisahkan kawasan sekolah dan, ladang sawit.

Sampai saja di hadapan tandas yang sentiasa menyala lampunya menerangi keputihan marmar di dalam tandas, kita orang melangkah masuk, terus mengetik lighter, menyalakan rokok di bibir masing-masing; “Fuzzz… fuzzz… fuzzz …”

Sedang kita orang menghisap rokok, menghembus berkepul-kepul asap rokok di bahagian singki, tiba-tiba kita orang terdengar bunyi; “Taq-taq-taq-taq-taq-taq-taq-taq…”

Dafi : Yong, kau dengar tak!?

Dafi terkebil-kebil memandang Buyong menghembuskan asap rokok berbentuk huruf O dari mulutnya.

Buyong : Bunyi cicak kot!

Semasa mula-mula kita orang masuk ke dalam tandas, keadaan memang sunyi sepi tetapi, sesudah kita orang berasap atau, menghembuskan asap rokok, tiba-tiba ada bunyi; “Taq-taq-taq-taq-taq-taq-taq-taq…” berulang-ulang tanpa henti.

Poji : Yong, aku rasa bunyi tu bukan kat dalam tandas ni larr.

Serta-merta dari singki, Dafi berjalan ke bahagian kubikel jamban ingin menyiasat dari mana datangnya bunyi “Taq-taq-taq-taq-taq-taq-taq-taq…” tanpa henti yang sedang didengari?

Satu demi satu Dafi menolak pintu jamban kerana ingin melihat seekor cicak menyenggol-nyenggol rahangnya bertalu-talu di tangki jamban.

Sesudah memeriksa setiap kubikel jamban, Dafi berjalan semula ke arah aku dan Buyong di singki sambil terkebil-kebil matanya memandang dinding kubikel jamban.

Dafi : Yong, bunyi tu bukan kat dalam ni larr, bunyi tu kat luar kat belakang tandas ni.

Buyong : Ye kē?

Dafi : Ye! Aku dah usyar sampai hujung jamban, aku dengar bunyi tu kat belakang tandas ni.

Poji : Jomlah keluar! Usyar tengok!

Terkocoh-kocoh aku berjalan keluar daripada tandas dan, diekori oleh mereka berdua dari belakang, terkial-kial kita orang berjalan di tepi tandas menuju ke belakang tandas; “Kat bahagian belakang tandas ni ada lampu kalimantang menyala, dipasang kat bent secara berjarak-jarak lebih kurang 30 meter dari satu lampu ke lampu di sepanjang bent.” mungkin ada yang tidak tahu bent ini apa benda?

Bent ini lantai konkrit bangunan yang dibina melebihi dinding bangunan. Tujuan bent ini dibina; “Aku sendiri tak tahu.” tetapi dengan adanya bent (di bahagian belakang bangunan) mungkin untuk mendidik para pelajar bahawa hidup ini boleh menjadi cabaran semata-mata, kalau hendak mendapatakan keberanian menempuhi cabaran, bolehlah terjun dari bent hingga buku lali terseliuh; “Haaaa… gitu, cilok inspirasi dari lagu Standing in the eyes of the world…!”

Sampai saja aku terlebih dahulu di penjuru tandas (di bahagian luar tandas) terkebil-kebil aku melihat di luar pagar ada seorang perempuan berdiri membelakangi aku; “Dari penjuru tandas, nampak pompuan kat luar pagar berdiri membelangkangi aku. Sebenarnya pompuan tu berdiri dalam keadaan bahu kanannya dekat ngan pagar.”

Dari capahan cahaya lampu kalimantang di belakang bangunan yang samar-samar, nampaklah perempuan itu memakai kebaya merah, berkain batik dan, memegang payung kubur yang hujung payungnya terselit di celah-celah jejaring pagar.

Tanpa berlengah, aku terus menonong berjalan mendekatinya di pagar kerana ingin memperkenalkan seorang pelajar hensem bernama Dafi; “Kat sekolah ramai! Memang sangat ramai akak-akak senior berebut-rebut nakkan Dafi menjadi adik angkat!” bagaikan mengantuk disorong bantal, serta-merta aku menjadi teruja ingin memperkenalkan Dafi kepada seorang akak berbaju kebaya merah.

Poji : Kak-kak-kak! Akak nak tak jadi akak angkat Dafi!

Serta-merta akak berbaju kebaya merah, menarik payung kubur yang hujungnya terselit di celah-celah jejaring pagar dan, terus membuka kelopak payung dan, memusingkan badannya menghadap aku di dalam pagar.

Disebabkan kelopak payung dibuka, aku hanya dapat melihat rambutnya bersanggul, matanya tergerupuk bulat macam wanita hindustan, hidungnya mancung; “Pun sama macam wanita hindustan.” disebabakan payung terbuka, tidak dapatlah aku melihat mulutnya; “Tapi bentuk punġġungnya, aku dapat tengok! Besorrrrr!! Untung Dafi.”

Akak Kebaya : Mana satu kawan awak tu?

Terkocoh-kocoh aku pandang kiri padang kanan; “Eh! Mana dia orang ni!?” melihat Dafi dan Buyong tiada di sisi, lincah aku memusingkan badan, terlihatlah mereka berdua terkebil-kebil tercegat berdiri di tepi penjuru tandas.

Poji : Tu kak yang pakai baju Usop Sontorian tu kak!

Selepas menuding tangan menujuk ke arah Dafi, dalam keadaan tersengih-sengih aku memusingkan badan menghadap akak berkebaya merah dan, alangkah terperanjatnya aku melihat sepasang teṭek yang besar terjongol di hadapan mata!!

Dari terbelalak mata aku melihat sepasang teṭek yang besar terjongol, sempat lagi aku memandang muka akak berkebaya merah menjelirkan lidahnya panjang bergeliang-geliut macam ular hendak mematuk-matuk tup-tup-tup aku tergolek serta-merta pengsan di tepi pagar.

Sedar-sedar saja, aku sedang terbaring basah di bawah pili paip galvani di tepi longkang berdekatan dengan tangga bangunan sekolah.

Terkebil-kebil aku memandang Dafi dan Buyong berpeluh dahi, duduk bersila di tepi longkang.

Poji : Yong, aku mimpi kan!?

Buyong : A’ah! Kau mimpi. Mimpi nampak makhluk ngeri.

Poji : Fi, kau nampak tak Fi!?

Dafi : A’ah nampak!

Poji : Kau nampak apa Fi!?

Dafi : Nampak Pamela Anderson!

Terus terdiam, termenung aku kerana masih terbayang-bayang akan akak berkebaya merah rupa-rupanya Hantu Teṭek.

Disebabkan aku terlampau dekat melihat payudaṛanya yang ekstra saiz; “Membusung besorrr…!!” terus tergolak aku pengsan di tepi pagar, tidak sempat lari; “Patut larr Buyong ngan Dafi jadi tiang gol, berdiri jauh daripada aku yang terlebih mesra mengomel dengan akak berkebaya merah menutup sepasang belonnya menggunakan payung tup-tup-tup surprise!”

Demikianlah kisah akak berkebaya merah menjadi penamat kisah supernatural ini; “Oh! Sebelum aku mengundurkan diri, aku nak chite sikit pasal Si Tobeng bakal menjadi bibik selama setahun.”

Tidak! Kita orang tidak jadikan Si Tobeng menjadi bibik selama setahun membasuh baju kerana kita orang ini sesungguhnya ranggi bukan pembuli; “Kot-kot Si Tobeng rasa terancam kerana akan dibuli menjadi bibik, tup-tup-tup bawa kes ke mahkamah menggunakan afidavit fitnah!” sesungguhnya kita orang tidak sesekali pun menuntut janji setelah persetujuan dicapai; “Member tu dah terperanjat nampak Hantu Galah, cukuplah setakat tu. Kalau dah nampak hantu, lepas tu kena buli, konfem boleh murung kehidupannya, silap hari bulan mata terbeliak lidah terjelir buǹuh diri… ha! Siapa nak bertanggungjawab??”

Setakat sampai di sini saja kisah supernatural ini dan, kisah ini selesai ditulis pada 20 July 2023; “Dah tentu Buyong dan Dafi wajib menelaah kisah ni terlebih dahulu kerana mereka berdua ikhlas ada memberikan gugusan buah fikiran, time aku menulis kisah ni, sebelum kisah ni bertandang ke khalayak ramai.”

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Sayalah budak baru belajar,
Kalau salah………

Buyong : Hoi! Apasal kau punya pantun tak abis Ji!?

Poji : Hehehehe… chite kita belum abis lagi arr.

Dafi : Okay-okay! Next chite! Next chite! Chite lepas SPM pulak!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Poji

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 3.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.