‘Benda’ kat Kubur follow balik (part 1)

Assalamualaikum. Nama aku Sue. Aku asal negeri nun jauh di sana(eh takde la jauh mana pun. Siapa kenal aku dia tahu la..hihihi). Setelah baca kisah2 yang lain aku pun terpanggil untuk menulis cerita aku pulak. Kat sini aku nak beri pengajaran juga nasihat kepada semua orang kat luar sana yang sanggup baca citer aku ni(itu pon kalau admin publish kan la citer aku ni. Hihi. Gurau admin).

Cerita yang bakal aku tulis takde la seram macam citer orang lain but still mengenai ‘benda2’ yang kita tak nampak. Ni pengalaman aku kira yang pertama kot dalam hidup. Okay lets we start.

Cerita dia cam ni, aku ni merupakan seorang student. Memang tiap2 tahun aku takkan balik kampung raya sebab student kan biasa la nak saving. Balik kampung time cuti sem je tu pun jarang. Bila aku dah habis study aku keje pulak kat selangor ni. Yelah nak tambah duit poket kan. Kalau nak dibandingkan dengan keje kat kampung tu gaji still murah lagi. So aku memang dah decided habis study je nak cari keje kat mana2 yang penting keluar dari kampung aku ni.

Di takdirkan aku habis study last year (2016) then aku pun dah plan cantik punya raya nak balik kampung sebab rindu dengan parents kn.

Okay kita pendekkan citer. Pagi raya tu aku memang excited gile la bangun awal tapi tak gi solat hari raya sebab tengah ‘cuti’ pulak time tu. Macam biasa lepas je selesai solat hari raya, maaf2 semua, and makan memang dah menjadi rutin la akan pergi ziarah kubur. Aku yang tengah ‘cuti’ ni pun sibuk jugak nak ikut. Family aku memang akan pergi ziarah kubur yang dekat2 dulu baru jauh. Dah jadi style raya sebab habis je ziarah kubur tu kitorang akan terus ziarah rumah family yang terdekat.

Memang sehari berjalan pun tak cukup. Aku yang excited ni pun tak pikir apa sangat la. Duk happy huhahuha.
Seminggu pun berlalu, so aku pun terpaksa la balik selangor atas sebab keje kan. Flight aku tiba kat KLIA2 time tu dalam kul 7 dan someone yang ambil kat klia2 tu lambat sampai sebab dia ada hal then kena tempuh jem pulak.

Bila sampai je ajak makan sebab lapar kan. So sampai rumah dalam kul 12 cam tu. Padahal esok kena keje. Dah la tido bilik sorang2 masa tu (sekarang dah ada roomate la). Malam tu tak payah cakap la penat dia macam daki bukit broga weh. Lenguh sana sini. Aku ingat penat biasa je. So aku pon buat tak tahu. Tapi serius malam tu aku yang selalunya berani tidur sorang2 tetiba rasa macam something tak kena. Rasa macam ada bayang2 je lalu. Macam ada je benda duk perati aku. Tapi aku still buat tak tahu(acah berani time ni). Kaki dan bahu pun lenguh je tapi yang peliknya belah kiri je.

Esoknye aku pun bangun pagi dalam kul 6.30 pagi. Macam biasa la dalam rumah ni aku yang paling awal bangun(bukan nak bangga tapi aku memang jenis mandi lama so aku suka sesiap awal2). Masa nak mandi tu seperti biasa aku akan basuh muka dulu then berus gigi. Masa berdiri tu kaki aku memang lenguh sangat. Aku expect sakit sebab sehari berjalan kot. Then aku mandi mcm biasa. Setiap hari kitorang akan gerak gi keje dalam kul 8.50 pagi cam tu sebab tmpat keje dekat je. Naik keta 5 minit je dah sampai.

Lupa nak bagitau, aku ni tinggal kat rumah company so yang tinggal dalam rumah ni semua keje tempat yang sama so gerak keje pun sama2 la. Memandangkan sorang je yang ada keta. So tong2 minyak le. Apa yang pelik, bila je lalu something tak kira la orang ke, kete ke, apa2 je la aku akan terkejut sendiri. Walaupun hakikatnya aku tahu ada keta atau orang nak lalu.

Pagi tu aku sampai ofis macam biasa buka email semua then dapat whatsapp dari member aku dia nak buat open house weekend tu. So aku ni kalau bab makan memang pantang la. Lagi2 open house kan memang syurga la.

Hihi. Masa kat office tu memang bahu dan kaki aku tambah sakit. Aku pernah gak terpikir ‘ni macam ‘benda’ menumpang tapi aku still pikir positif lagi. Bayangkan dah dua minggu berlalu kaki aku still rasa lenguh then bahu aku rasa macam ada orang cengkam je. Serius sampai aku tak boleh nak angkat tangan. Siap letak minyak angin kat bahu dan kaki aku. Aku rasa penat dia lebih dari daki bukit broga. Lenguh macam nak cari gaduh.

Akak aku pun ada je keje kat KL tapi dia tak dapat balik raya hari tu, so seperti biasa memang tradisi kot my mom akan kirim apa2 je la makanan2 ringan untuk kitorang. Di sebabkan minggu pertama aku balik tu kawan aku ajak open house rumah dia so aku tak dapat datang rumah akak aku. Aku tunda pulak next week tu.

Bila dah tiba hari nak gi rumah akak aku tu, aku rasa berat je. Perasaan tu memang malas sangat nak jalan dengan kaki dan bahu sakit tak tau sebab apa. So aku tunda lagi. Kali ni aku memang gagahkan diri sebab kesian kat akak aku. Banyak kali dah berjanji tapi tak datang2. Hah before aku datang rumah akak aku ni, dalam minggu yang aku tak jadi nak gi rumah dia tu aku ada mimpi something.

Dalam mimpi tu mcm suasana raya tapi aku datang rumah akak aku siap salam2 lagi dengan semua housemates dia. Dalam ramai2 housemates akak aku ni ada salah sorang yang pandai la dalam bab2 halau jin setan semua tu. Dia bukan bomoh ke apa tapi dia ada la ilmu2 sikit. Apa yang buat aku pelik dalam mimpi aku tu time aku salam dengan kawan akak aku dia sempat pesan kat aku ‘hati2’. Aku pun buat biasa je la. Yelah dah dalam mimpi tu kita datang berayakan pikir makan je la. Dah memang aku ni kuat makan. Hahaha.

Time nak balik tu, aku salam lagi sekali housemates akak aku. Time salam kawan akak aku sorang ni dia terus tekan tapak tangan aku dengan ibu jari dia sambil cakap ‘kan aku dah cakap hati2’ then dia bawah aku lari ntah ke mana. Aku follow je. Time tu aku tersedar dari mimpi. Tapi serius tapak tangan aku tu memang sakit sangat sebab kena tekan kan. Aku tersedar dalam kul 3 pagi cam tu. Dengan peluh penuh kat muka aku perati keliling bilik. Takde apa.

Tapi aku mulai takut. Kaki dan bahu aku tetap sakit(kejadah apa semua ni). Pagi tu aku gi keje macam biasa tapi still tak boleh lupa pasal mimpi tu.
Macam biasa kalau aku balik rumah akak aku, aku akan sesiap bawa beg baju gi keje tapi tinggal kat keta la. Dah habis keje memang aku orang first la pecut. Masa tu aku balik naik bas rapid luas sikit. Murah pun murah jugak jika nak dibandingkan dengan naik ktm.

Aku pun sampai rumah akak aku dalam kul 8.30 malam cam tu. Masa tu housemates dia ada 3 orang je yang lain belum balik keje lagi. Time masuk dalam rumah sewa akak aku tu aku still tak rasa apa. Yang aku tau aku nak rehat sebab penat. Time lepak kat ruang tamu tu aku citer la kat akak aku pasal mimpi aku tu. So akak aku pun cakap tunggu kawan dia sorang yang pandai tu balik nanti dia boleh conclude kan apa yang berlaku lagi2 pasal mimpi aku tu.

Dalam kul 9 lebih cetu kawan dia pun balik. Time dia balik tu dia letak semua barang2 dia kat meja dekat dengan ruang tamu. Tiba2 dia jatuh terbaring kat lantai. Dia ni kalau ada benda tak kena je mesti dia dapat tau dulu. Lama jugak la dalam 5 minit cam tu. Dia rasa pening sangat. Then dia masuk bilik. Aku diam je tenguk tv. Akak aku ni roomate dengan kawan dia ni.

So akak aku pun masuk bilik tanya dia okay ke tak. Dia cakap okay je. Bila akak aku citer kat member dia tu pasal mimpi aku dia cakap dia dah tahu. Then dia suruh panggil aku masuk bilik. Masa tu aku yang tak tahu apa2 pun masuk je la bilik citer balik kt dia pasal mimpi aku tu. Dia tanya aku ‘ada gi mana2 ke? Gunung ke? Bukit ke? Tempat yang tinggi?’.

Aku jujur je la cakap takde sebab kalau nk pikir logic dengan kaki dan bahu aku yang sakit ni lagi nk daki tempat tinggi2 memang tak la kan. And guess what ?!! Dia cakap ada benda ikut aku dan dia tak nak keluar dari badan aku sebab aku ‘terlanggar’ dia and dia tak nak lepas kan aku. Dia akan buat rasa takut menguasai diri ku. What the fish ???

Aku tetiba blur. Akak aku pun tanya la ‘ada p ziarah kubur tak time balik kampung?’ then aku cakap la ada. Akak aku terus tanya ‘time tu kau period ke?’ and yes memang aku tengah ‘cuti’. Akak aku punya la marah. Tapi aku diam je. Dan aku tau dorang expect benda yang ikut aku tu dari kubur sebab kalau kat tempat aku kebanyakan kuburan atas bukit(Korang imagine eh benda tu naik flight sekali dengan aku.

Kejadah apa. Dah la naik free. Hmm) Kawan akak aku cakap masa dia balik tu dia nampak benda tu kat luar rumah. Benda tu tak boleh masuk sebab rumah dah di pagar. Tapi ntah macam mana ‘benda’ tu masuk dalam rumah. Aku pun tak da masa nak tanya dah time tu. Yelah first time kan ‘benda’ numpang kat aku. So aku jadi blur plus takut.

Masa dia cakap pasal benda tu aku dah start rasa takut. Kawan akak aku pegang tangan aku biasa je sikit pun tak genggam but seriously aku rasa sakit then menggigil. Apa yang buat aku pelik hanya belah kiri aku je yang menggigil. Belah kanan elok je macam biasa. Aku rasa memang nak carut habis dah. Apa yang buat aku lagi takut bila kawan akak aku cakap ‘benda’ tu betul2 kat belakang aku. Mata dia merah. Kepala dia kat tangan kiri dia. Aku rasa korang boleh bayang kot.

Siapa pernah nampak citer ‘Mana Mau Lari’ pelakon Saiful Apek, tu dia tau la(Scene yang dorang makan kat rumah pompuan tu rupanya pompuan tu hantu). ‘Benda’ tu memang marah. Badan aku belah kiri terus menerus menggigil macam salji turun weh rasa sejuk gile. Masa tu kawan akak aku tengah ‘cuti’ dia sepatutnye tak boleh nk mengubat orang nanti benda tu masuk ke dia pulak. Tapi dia cakap keadaan aku tambah teruk kalau dia tak buat malam tu jugak.

Dia cakap kalau lambat nanti benda tu tak nak keluar. Lagi payah wehh. So aku pun nak tak nak kena ikut je la walaupun aku sebenarnya kesian kat kawan akak aku. Masa kawan akak aku tu keluar dari bilik nak ambil lada hitam(kalau aku tak silap la. Aku pon dah lupa apa benda dorang ambil time tu) akak aku pon follow kawan dia. So aku tinggal kat bilik sorang2. Time tu aku elok je. Sikit pon tak menggigil. Normal.

Bila akak aku dan kawan dia masuk dalam bilik automatik badan aku menggigil semula. What the..erghh. Geram. Takut. Semua bercampur. Kawan akak aku tanya ‘tadi masa dia keluar aku okay ke tak?’ aku jawab je ‘okay’. Dia cakap masa dia gi cari lada hitam kat dapur masa tu ‘benda’ tu follow dia. Sebab dia tak nak kawan akak aku gi ambil lada hitam. ‘Benda’ tu cuba halang. That’s why la aku okay je masa tu. Hmm. So kawan akak aku ni pun start la baca ayat2 yang dia tahu. ‘Benda’ tu makin agresif.

Tak le duduk tenang aku. Aku rasa time tu penat sangat. (Aku tulis kisah ni pon aku dah start rasa sejuk satu badan..rasa macam ‘benda’ tu ada tepi aku je sekarang) Kawan akak aku tu letak lada hitam kat tangan aku. Dia suruh aku genggam. Jangan ikut sangat kata ‘setan’ tu. Lawan selagi boleh. Banyakkan istighfar. Aku pun ikut je apa yang dia cakap. Mata aku dah start layu. Rasa nak pengsan. Aku lemah sangat. Kawan akak aku suruh akak aku sembang dgn aku takut aku ‘hanyut’.

Lama gak la kawan akak aku tu ubat aku. Nak buang ‘benda’ tu. Serius degil namateyy. Last tu kawan akak aku suruh aku duduk mengadap kiblat kaki melunjur. Dia start lagi sekali baca apa yang dia tau dan start urut badan aku tanpa sentuh tubuh aku naik ke atas. Bila tiba kat bahu aku sumpah sakit sangat. Aku pun tak tahu nak explain sakit tu cemana.

‘Benda’ tu memang tak nak keluar. Dia duk berpaut je kat bahu aku(kawan akak aku cakap la sebab dia memang boleh nampak). Dalam sejam lebih kot kawan akak aku tu ubat aku sampai dia sendiri pun penat. Aku dah siap nak muntah2 tapi rasa tersekat kat kerongkong(maybe ‘benda’ tu nak keluar) Akhirnya ‘benda’ tu pun keluar. Tapi bahu aku still rasa sakit tapi takde la sakit macam sebelum ni. Kawan akak aku bagitau yang tinggal kat badan aku ni sisa2 je.

Dia suruh akak aku gi beli limau purut dalam 5 biji cam tu esok sebab dah malam sangat kedai runcit pun dah tutup. Malam tu aku memang tak boleh nak tidur duk pikir benda bukan2 dan tak sangka pun ada benda ikut aku datang sampai sini.

Keesokannya dalam waktu maghrib cam tu kawan akak aku buat kan air mandian campur limau purut tu tadi. Lepas je habis mandi semua, aku dah okay sikit. Perasaan takut akan bayang2 tu pun makin lama makin menghilang. Aku dah kembali normal. Sampai sekarang. Terima kasih kat kawan akak aku yang bantu aku. Tapi aku tetap risau sebab dalam badan aku dah ada lubang untuk jin masuk.

Hmm. Sekarang ni aku selalu banyakkan zikir. Selalu istighfar. Pergi mana2 kena beringat. Kalau aku ‘cuti’ aku memang lebih berhati2 sebab ‘benda’ camtu kat mana2 ada dan dia lagi suka time perempuan tangah ‘kotor’. Apa yang aku nak pesan kat sini kalau tengah ‘cuti’ tu jangan la berani2 nak gi kubur. Sebab kat kubur tu la paling banyak ‘benda’ membiak siap beranak pinak mungkin. Dulu aku endah je benda2 cam ni sampai aku sendiri yang rasa baru aku percaya.

Yelaa manusia kn mana nak percaya benda2 cam tu selagi tak kena batang hidung sendiri.

Citer ni bukan stop sampai sini je. Mesti korang selalu dengarkan tentang ‘setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya’. And yesss !! Aku rasa ada hikmah jugak bila benda tu masuk dalam badan aku(eh macam suka pulak kan? Hahahahah) Kalau admin siarkan kisah aku ni, nanti aku sambung pulak citer pasal family aku sebab kisah ni berkait. Makasih admin..hihi :’)

To be continue…

Sue
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. Copy/Paste

    Soalan

    Saya ingin menziarahi kubur arwah suami saya, Cuma saya ingin bertanya apakah wanita yang haid tidak boleh ziarah kubur? Mohon penjelasan ustaz.

    Jawapan:

    Menurut ulama’ aliran mazhab Hanafi, ziarah kubur adalah disunatkan kepada lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. sendiri telah pergi menziarahi perkuburan Baqi’ dan mengucapkan salam kepada orang yang telah mati dengan doa baginda yang bermaksud: ‘Selamat sejahtera wahai penghuni rumah orang yang beriman, dan kami kelak Insya Allah akan menyusuli kamu’. Nabi s.a.w juga bersabda: “Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh mengingatkan kamu kepada kematian” (Hadis riwayat Imam Muslim), dan pada lafaz yang lain “(menziarahi kubur) mengingatkan kamu kepada akhirat.”
    Manakala Jumhur fuqaha’ pula, mereka menyatakan bahawa ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita. Ziarah kubur bagi wanita dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut akan menyebabkan emosi mereka mudah tersentuh dan seterusnya akan membawa kepada ratapan dan tangisan. Menurut ulama’ aliran mazhab Maliki, larangan (makruh) ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bagi wanita tua yang sudah tiada ada ‘keinginan ‘, maka hukumnya sama seperti lelaki.

    Ringkasnya, ziarah kubur adalah sunat juga bagi wanita sekiranya ia dapat mempastikan tidak melakukan perkara-perkara larangan seperti meratap dan meraung. Begitu juga, perlu menutup aurat dan tidak bercampur bebas dengan lelaki yang bukan mahram. Tidak pula disyaratkan bersuci daripada hadas kecil atau hadas besar bagi mereka yang menziarahi tanah perkuburan. Justeru, diharuskan wanita haid untuk menziarahi kubur.

  2. ceritanya memang seram jglah… Tapi c pencerita ingat setiap detail time dia kena ubat oleh kwn akak dia tu… di situ aku pun stop baca, dah malas nak baca sbb cerita dia mcm di reka” bukan dr pngalaman…
    Sekian, Maaf

    1. Mungkin die leh ingat detail dengan bantuan penceritaan kakak+perawat tu…
      Tp diconcludekan dlm satu jalan cerita yg ringkas…
      Lojik gak kaannn…

  3. Orang yang pernah kena ganggu atau kerasukan memang boleh ingat detail situasi yang berlaku walaupun dah lama.

    Setiap kali saya kena ganggu sampai sekarang saya masih ingat dan boleh recall sebab dalam ketakutan tu mungkin deria kita tahap maksimum.

    Nak percaya terpulang tak nak percaya pun terpulang.

  4. maaf si pencerita…. kan lebih senang kalau namakan terus “kawan kakak aku” kepada nama samaran… xdalah pening pembaca nak ulang “kawan kakak aku” banyak kali….
    apapun cerita ini menarik… dan aku jugak pernah kena mcm ni….
    alhamdulillah pergi darul syifa semua ok…. ustaz cakap ada yang menumpang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.