“Benda” Menjilat Ibu Jari Kaki

Masa aku tinggal kat asrama, sebulan sekali baru dapat balik. So sabtu ahad tak balik kami akan luangkan masa kat asrama je lerr, masa hari sabtu, iaitu hari untuk outing, aku dengan kawan kawan aku aku pergi pasar malam berdekatan beli makanan.
Lepas balik tu kami lepak bawah pokok kat asrama tu nak makan sama sama. Sampai ke senja lah. Makanan pun dah habis. Masatu aku tengok kawan kawan aku syok menyanyi tanpa perasan ada cik Lang kat atas pokok tu ikut sama menyanyi. Aku terperasan dan terus suruh diorang benti nyanyi sambil bagi isyarat atas pokok, memandangkan satu asrama tahu yang aku ni boleh nampak makhluk halus, diaorang pun paham dan terus lari. Hahah.

Pernah sekali masa aku nak pergi sekolah pagi pagi ( jalan kaki ramai ramai ) aku nampak sekor anjing hitam tua dah lintas depan kami. Masatu kawan kawan aku main jalan je. Aku cakap kat diaorang berhentilah takkan tak nampak ada anjing. Masatu masing masing muka takut, kawan kawan aku semua kata tak ada apa apa. Lepastu kami pun terus jalan pergi sekolah macam biasa.
Dekat sekolah, aku selalu ternampak nenek tua jalan dekat parking keta cikgu. Seram weh bila aku duk perati dia, dia toleh tengok aku.

Kisah seterusnya;
Budak dorm aku ni antara yang malas nak pergi surau awal bila masuk waktu maghrib. Aku dengan kawan aku M antara yang lambat. Masatu kami berdua orang terakhir. Tapi haritu M pelik sangat.

Dia dia dan tersenyum senyum. Masa aku pergi surau dengan dia, senja tu aku nampak lembaga hitam kat pokok, cepat cepat aku nak masuk. Masa aku nak masuk tu aku rasa kaki aku takboleh bergerak bila aku tengok bawah lembaga hitam tu tengah pegang kaki aku. Aku terkejut tengok muka dia terus aku jerit jerit sampai kawan kawan aku datang.

Diaorang tanya kenapa, aku cakap tolong. Masatu semua kata tak ada apa apa sedangkan lembaga tu bawah tangga surau lg.

Masa dah naik tu, aku tengok kawan aku si M pandang aku dengan marah semacam, aku cuba jarakkan diri dari dia. Tiba tiba dia bersuara nada marah tanya kenapa aku jauh dari dia.
Masatu aku bagi alasan nak duduk dengan kawan aku si H.

Si M terus marah aku kata aku gila sebab dalam surau tu hanya dia dan aku je. Lepastu dia terus lari datang nak cekik aku.

Kawan kawan yang lain cepat cepat tarik dia dan dia meronta sambil jerit kat tanya aku apa yang aku dah buat sampai dia takboleh bergerak. Rupanya dia cuma nampak aku saja.

Masatu ustaz terus datang cuba nak ubatkan dia. Dia jerit jerit nama aku. Ustaz suruh aku masuk jauh dulu dari dia. Aku masuk dorm ditemani kawan aku si H tadi. Rupanya kat dorm aku ada kawan lain dah kena rasuk. Masa aku sampai tu dia terus bangun sedangkan sebelum tu dia baring.

Dia pandang aku sengih sengih. Aku masatu takut sangat menyorok belakang kawan aku. Kawan aku yang kena rasuk tu tanya kenapa takut. Macam nak nangis weh. ?

Kawan aku si H ni jenis berani sikit dia pergi tanya “kau nak apa hah ganggu kawan aku?”
Dengan suara yang garau kawan aku yang kena rasuk tu jawap dia nak aku. Lepastu terus dia melonpat dan mencangkung nak datang kat aku. Masatu warden sampai dan minta aku tunggu kat dewan makan sebab yang dekat surau tu pun tengah jerit jerit nama aku. Aku macam nak nangis je tapi warden kata aku kena kuat.

Lepastu aku pun duduk kat dewan makan tengok tv. Tak lah seram sangat dan aku rasa selamat dekat situ. Sampai lah selesai dan parents kawan kawan aku tadi datang dan ambil diaorang.
Setiap kali berlaku histeria mesti aku diasingkan sebab aku akan jadi punca ja. ?
Ustaz banyak nasihatkan aku, dia kata aku kuat dan kena selalu kuat.

Aku pernah mimpi ada nenek tua tarik tangan aku, minta ikut dia tapi aku taknak. Bila aku bangun tangan aku terasa sakit. Bila aku beritahu ustaz tentang mimpi tu dia kata itu antara saka keluarga yang nak aku jadi tuan dia. Nasib baik aku tarik tangan aku, kira aku tolaklah. Haha

Okay habis kisah tu, aku ada sorang kawan yang suka tidur dengan pakaian seksi, walaupun asrama melarang. Pernah aku terjaga malam malam aku nampak ada benda hitam tengah jilat ibu jari kaki kawan aku tu.

Dan banyak burung gagak keliling katil dia. Seramnya tengok lidah benda tu. Aku terus pejam mata sambil baca ayat ayat, sampai lah aku tertidur hingga ke pagi. Aku tak beritahu kawan aku tu, cuma aku pesan kat kawan aku tu minta dia tidur dengan pakaian elok sikit. Sebab aku tak pernah nampak benda tu kat kawan kawan lain. Setiap kali terjaga aku nampak dekat katil dia sorang ja.

Banyak lagi sebenarnya kisah kisah yang aku alami, sampailah satu masa aku yang kena histeria. Masatu seminggu aku langsung tak dengar azan, bila aku pergi surau aku rasa panas.aku bagitahu kawan aku, dia buatkan aku air yassin. Yang aku ingat masa kawan aku tu hulur air yassin, aku tak nampak kawan aku.

Yang aku nampak lembaga perempuan rambut panjang datang nak cekik aku. Sebab tu aku jerit jerit pergi pergi. Kawan kawan aku ingat aku ni nak tolak dari minum air yassin tu. Sampai lah aku tak sedar apa apa. Bila aku sedar aku dah terbaring kat katil. Kawan kawan aku kata aku kena histeria. Lepastu mak aku datang, dia bawa aku berubat.

Aku cerita yang aku tak boleh dengar azan seminggu dah, ustaz kata benda tu nak sesatkan aku. Lepas dari berubat tu aku dah kurang diganggu. Tapi nampak tu tetap nampak lah. Bila kawan kawan yang jenis cakap besar tu, aku diam aja. Sebab dia tak berada ditempat aku. Dari kecil sampai sekarang. Aku yang selalu nampak ni pun masih seram. Sekali nampak tu takdanya aku nak pandang dia dua kali dah ?.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari kesesatan, ustaz pesan aku kena kuat semangat sebab benda tu tahu aku nampak dia dan dia selalu nak usik aku.solat jangan tinggal, ngaji kena selalu sebab benda tu ada kat mana mana. Dan bila kita leka dan lalai tu yang dia datang dekat pada kita.

Terima kasih sudi baca, maaf kalau tak seram. Tapi aku yang mengalami ni walaupun dari kecik tetap seram sampai sekarang. Bukan kita saja penghuni. ? assalamualaikum

Nur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

3 thoughts on ““Benda” Menjilat Ibu Jari Kaki”

  1. Kesiannye…mesti terseksa jd penulis ni…
    Cume die msh beruntung org2 sekeliling percaya dgn kebolehan dan nasib die…
    Semoga kita semua stsa di bwh lindungan Allah…
    Aamiin…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.