Benda Terbang di Malam Raya Korban

Tahun 2006 kalau kalian semua perasan, raya aidiladha jatuh pada hari jumaat. Pada waktu tu umur aku baru tingkatan 4, setahun sebelum menduduki peperiksaan SPM. Macam biasalah setiap tahun aktiviti raya aidiladha akan ada sesi penyembelihan lembu di rumah atuk aku yang terletak pada sebuah pecan di Batu Pahat Johor.

Acap kali perayaan korban ini akan berlaku kehilangan lembu-lembu yang hendak disembelih, maklumla seekor lembu harga sudah mencecah ribuan ringgit. Oleh yang demikian aku dan dua orang sepupu aku din dan capiq (bukan nama sebenar) menawarkan diri untuk berjaga pada malam itu untuk tengok-tengok kan keadaan 3 ekor lembu dihalaman rumah atuk aku.

Untuk dijadikan cerita, pada malam itu kami langsung tidak perasan bahawa malam itu adalah malam jumaat, orag selalu kata malam jumaat ni malam keras sikit. Jam menunjukkan pukul 10 malam, saudara mara yang lain sudah tidur didalam rumah arwah atuk aku. Hanya kami yang tinggal di perkarangan laman rumah, sambil diterangi unggun api kecil yang dihidupkan oleh din.

Bagi mengelakkan dari kebosanan kami main permainan UFO ( kalau korang tau la ). Tanpa disedari jam telah menunjukkan 1.30 pagi, waktu tu din sudah tidur atas tikar yang kami bentangkan hanya yang tinggal aku dan capiq sahaja yang berjaga.

Sedang kami leka bermain api, Tiba-tiba bunyi seperti dahan yag sangat besar jatuh ke tanah datangnya antara rumah atok aku dan jiran sebelah, Kami saling pandang antara satu sama lain. Setahu aku pokok cermai dan pokok limau kasturi sahaja yang ada dekat situ, macam mana dahan yang halus boleh bunyi kuat seperti kayu balak yang jatuh. Namun selepas beberapa minit, kami buat seperti tiada apa-apa berlaku. Kami sambung bermain api, Tiba-tiba bunyi dahan jatuh sekali lagi kedengaran. Kali ini kami tidak sedap hati, aku menyuruh capiq mengejut din yang sedang tidur.

Ketika capiq mengejut din, ada satu suara nyaring mengilai datang dari arah dahan jatuh itu. Aku melihat tempat arah datang nya bunyi mengilai, namun tidak kelihatan apa-apa kerana gelap kawasan itu. Din pun bangun dari tidur nya tapi dia masih mamai, dalam keadaan din mamai bunyi mengilai tu ada lagi, din terus berdiri secara tak langsung aku dan capiq pon ikut berdiri sekali.

Dalam keadaan takut kami terlihat satu lembaga putih sedang terbang di udara, lembaga putih tu jauh di atas kerana kami nampak lembaga itu sungguh kecil. Akan tetapi kami sudah agak lembaga tersebut mesti berkaitan dengan bunyi mengilai yang kami dengar. Tanpa memikir panjang dan panik kami berlari ke jalan raya untuk menyelamatkan diri, padahal sepatutnya kami boleh sahaja masuk ke rumah atuk kami yag lebih dekat dan selamat.

Ketika kami berlari kejalan aku sempat toleh kebelakang, kali yag pertama aku toleh aku nampak benda itu terbang mengikut kami. Kali yang kedua kami toleh lembaga tu betul-betul berada dibelakang aku. Selepas itu aku tidak beranikan diri untuk toleh kebelakang, larian kami terhenti di rumah din yang hanya selang 2 buah rumah dari rumah atuk aku.

Setibanya kami di rumah din, kami terus mengetuk pintu kayu rumah din dengan kuat sekali. Ayah din pun membuka pintu dengan muka kehairanan melihat kami yang dalam keadaan cemas. Kami terus masuk kedalam rumah dan aku mencari jam di rumah din untuk lihat waktu pada waktu itu.

Jam menunjukkan 4.45 pagi, dan pada waktu itu juga kami baru sedar bahawa raya korban pada tahun itu jatuh pada hari jumaat maka kejadian yang menimpa kami berlaku pada khamis malam jumaat. Selepas solat sunat aidiladha kami menceritakan apa yang berlaku pada malam itu kepada saudara mara kami.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *