Benda Tu Menyerupai Hudson

Assalammualaikum admin.. ni kisah seram aku.. tapi tak taulah seram ke tidak pada korang…
Benda ni berlaku masa aku masuk kolej kediaman P dkt salah sebuah IPT… sebelum tu aku kenalkan diri aku sbagai ecah… dkt kolej kediaman aku tu setiap satu rumah ada 8 org penghuni (6 melayu 2 indian)..

nak dijadikan cerita .. 2 student indian ni balik rumah.. jadik tinggalah kiteorang ber6… dalam ramai2 tu aku lah yg dikatakan paling “berani” sebab aku xtakut lipas… tak takut ulat.. mcm2 lagilah aku tak takut…

tapi dgn “benda” tu aq seriau jugaklah sebab aq ni jenis boleh rasa tapi nampak xpernah… masa waktu aq skolah menengah pun aq pernah tolong cikgu ubat sorang student ni kena kacau… xdalah hebat, masa tu cuma aq baca2 surah2 hafazan masa form 5 time tu… sambung balik cerita tadi… satu malam tu dkt kolej kediaman(kk) lebih kurang pukul 8 lebih .. kiteorang ber6 ni dkt ruang tamu , ada yg buat keje sendiri… buat assigment bagai.. so takdalah cuak atau takut pun dlm kalangan kiteorang ni… aku pulak tengah kemas2 baju yg baru dijemur… ada yg nak kena sangkut ada gak yg kena lipat…
TIBA2… masa aq nak sidai baju dkt pintu bilik aku (bilik c) aq rasa ada org tolak pintu dari luar.. apalagi marahlah aq sebab bukan sekali kena tolak.. dekat 2-3 kali aku kena memainkan .. panaslah aku sebab ganggu aq nak sangkut baju belakang pintu… lepastu aku pergilah ruang tamu tu (sebelah bilik aku je) aku tanya kengkawan aq…

aq cakap”SIAPA HAH YANG MAIN TOLAK2 PINTU ?? KACAU AKU JE” sekali kawan aku sorang ni wawa(bukan nama sebenar) ckp dkt aku “MANA ADA SESIAPA TOLAK PINTU ECAH… KITEORANG DARI TADI KAT SINI”

lepas dia ckp macam tu je.. aku dh tak sedap hati .. yg lain semua muka dah cuak… tapi aku terus ckp maybe sebab kipas angin kot kuat sangat. lepastu aku lipat baju dlm bilik sambil bukak pintu (takut wei) hahaha.

tengah syok2 aku lipat baju. sekali “BUM!!!” Kuat gila bunyik benda jatuh .rupa2nya baju t shirt aku warna putih yg aq sidai tepi almari utk kegunaan pergi ke perjumpaan pukul 9.30 malam tu… sebab tu aku luangkan masa lipat baju… lepas bunyi benda tu kuat2 .. kaki aku dh xboleh nak jalan sebab aku dh kecut perut.

kau tau tak org jalan guna lutut laju2??? Hah macam gitulah gayanya aku masa tu pergi ruang tamu … aku cakaplah kat kawan2 aku baju aku jatuh bunyi kuat gila.. korang tau tak diorang cakap apa “MANA KITEORANG DENGAR APA2 JATUH PUN” … aku tak cayalah aku cerita kat diorang yg baju aku jatuh macam hanger kena rentap… (muka dah nak nangis) tapi aku cool lagi… lepastu kawan2 aku decide kita duduk dalam bilik je… 3 orang duduk bilik A … 2 orang duduk bilik C n kawan aku lagi sorang Hudson (nama gelaran kiteorang kat dia) offer nak g siap2 sebab dia dengan aku ada perjumpaan 9.30 dkt bilik E…

Lepastu dah takda benda ganggu dah … tapi aku still cuak.. kawan aku yg temankan aku ni dia minat korea .. aku panggil dia Ama (nama manja) so dia bukak lagu korea dkt laptop aku dkt atas meja belajar hadap dinding dalam bilik aku tu… yang aku pulak sambung lipat baju atas katil( katil tu hadap pintu masuk bilik) .

dalam pukul 9.15 gitu tetiba aku nampak Hudson panggil aku Aisha jom pergi tapi waktu tu muka hudson pandang bawah n laju dia jalan… aku apa lagi tanpa fikir panjang aku cakaplah “KEJAPLAH HUDSON AKU BELON SIAP” tapi Hudson xberhenti dia terus jalan .. aku pun mcm kena pukau gi kejar Hudson sambil jerit2.. “HUDSON2!!! KEJAP LAH ” tetiba kawan aq keluar dari bilik tanya aku kejar siapa.

aku jawab lah aku kejar Hudson tapi dia dh hilang lepas aku nampak kereta laju dkt tempat hudson jalan aku nak ikut dia tapi aku teringat aku xpakai tudung n tak siap lagi… kawan aku ni just respond owh maybe hudson nak main2kan kau kot..lepastu ama ni duduk balik dalam bilik aku dengar lagu .

n korang tau tak ??? TETIBA AKU NAMPAK HUDSON BARU KELUAR TOILET!!!! Hudson tanya kat aku “KENAPA KAU PANGGIL AKU ECHA ? AKU KAT TOILET SAKIT PERUT” … perghhh time tu aku terus terdiam .

aku masuk bilik aku balik duduk atas katil tapi resah gila… lepas seminit lebih aku xbleh cool down aku masuk bilik A ckp dengan Wawa sambil nangis2… aku nampak hudson… tapi banyak nangis dari cerita .. yg Ama ni dia tau dia kena tinggalkan dalan bilik sorang2 dia berdesup masuk dalam bilik A jugak.. dia tanya aku kenapa… aku jawablah yg “benda tu dah muncul tapi menyerupai Hudson.

pergh terus diorang peluk aku kuat2.. dahlah aku ni terkejut tak habis lagi… malam tu jugak aku demam.. perjumaan tak pergi.. aku call abah aku nangis2 cerita.. abah cakap bnyak kan selawat … benda tu saja nak test keimanan aku.

esok paginya aku lapor dekat fello n senior sorang ni (alim orangnya) .. senior ni tanya aku … aku ada pernah buat something yg berkaitan dunia lain x? .. “aku teringatlah yang aku pernah tolong ubat budak kat skolah aku” lepastu akak tu cakap “MAYBE BENDA NAK TENGOK SEJAUH MANA KEKUATAN MENTAL AWAK” Allah time tu lemah betul aku… akak senior tu mintak aku amalkan ayat yg dia bagi sebagai pendinding.. aku ni pulak amalkan bila teringat je…

Tu sajalah kisah aku buat sementara ni.. banyak lagi kisah aku dekat KK yg nak diceritakan… itu saja buat masa sekarang.. sorry kalau tak seram tapi bagi aku yang mengalaminya cukup seram sampai aku demam.. hahaha.. ok terima kasih .

hANTAR KISAH ANDA: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *