Bercakap Dengan Jin

Salam admin dan pembaca semua. Kali ini saya terus berkongsi pengalaman dengan bercerita. Aku telah di tugaskan menyelia kontraktor untuk membersih kawasan. Kami di arahkan menebang pokok gaharu yang besar dan rendang yang terletak di sebelah pintu stesen. Pokok gaharu adalah pokok yang di gunakan masyarakat cina untuk membuat gaharu bagi tujuan sembahyang. Sebelum kerja di jalankan aku sebagai penyelia harus memberi taklimat akan keselamatan dan seterusnya membaca doa moga Allah pelihara dan permudahkan kami. Aku kenal sangat pokok ini sebab hampir setiap hari aku melalui tempat ini. Aku lihat dan tahu siapa yang menetap di sini

“ En Ariff. Elok sangat pokok ni di tebang. Kami setiap malam melalui pokok ni. Gerun tengok pokok ni “. Aku hanya mendiamkan diri mendengar luahan dari polis bantuan.

Setelah memastikan keselamatan di utamakan, aku masuk ke pejabat untuk membuat tugasan lain. Sekali sekala aku akan keluar melihat keadaan. Ketika membuat kerja, pintu di ketuk seseorang. Masuk ketua kontraktor
“ Ariff. Hang mai tengok sat “. Kata ketua kontraktor sambil kami berjalan keluar. Dia tidak banyak berbual.

“ Hang tengok pokok ni. Kami dah tebang sehingga tiga suku tapi tak patah-patah “. Aku melihat pokok yang di gergaji. Mengikut hukum alam ia sudah menyembah bumi tapi yang ini masih kekal tidak patah. Aku dah dapat agak siapa punya kerja. Sengaja aku diamkan.
“ Hang cuba guna kapak untuk bagi putus “. Aku memberi arahan dan masuk ke dalam mencari tali untuk menarik pokok agar tumbang.

“ Ariff. Hang mai tengok orang aku sat. Dia kata ada benda tolak dia “. Aku terus keluar dan mendapatkan mereka. Akhirnya aku berterus terang dengan kontraktor bahawa di pokok itu terdapat jin. Dia yang menolak salah seorang dari pekerja kontrak.
“ Allah encik. Kami tak berani p****g pokok kalau macam tu “. Kata pekerja kontrak
“ Hang nak buat macam mana Ariff. Takkan pokok nak biar macam tu saja. Bahaya kalau tumbang. Anytime saja tu “. Kata ketua kontraktor.

Aku terdiam sambil berfikir. Akhirnya terus aku tanpa bercakap menuju kearah pokok. Aku telah nekad. Ini pertama kali aku nak buat. Aku bertentang mata dengan makhluk yang punya angkara.
“ Kamu islam atau bukan “. Jantung aku bergerak kencang menanti apa yang bakal berlaku. Makhluk tersebut hanya anggukkan kepalanya saja tanda mengaku dia islam
“ Assalamualaikum “. Aku memberi salam dan anggukkan kepalanya tanda menjawab salamku. Aku menjadi sedikit berani dengan respon yang di berinya
“ Minta maaf sebab kami ganggu tempat kamu tapi kami mendapat arahan agar pokok ini di tebang sebab membahayakan. Kami juga seperti kamu kadang2 terpaksa bertukar tempat tinggal. Kami terpaksa akur dengan kehidupan kami yang semntara sebab kami tahu tempat yang abadi ialah di akhirat “. Panjang lebar aku bercakap dan entah kenapa aku begitu konfiden bercakap. Aku melihat makhluk tersebut hanya anggukkan kepala.

“ Boleh tak kami minta agar kamu berpindah ke pokok lagi satu “. Aku menunjuk ke arah pokok jejawi yang berada di belakang pokok ini. Makhluk tersebut memandang ke belakang lalu anggukkan kepalanya.
“ Kami ucapkan terima kasih kepada kamu. Kamu tinggallah di situ selagi pokok itu tidak di tebang. Insyaallah Allah yang atur segalanya “. Makhluk tersebut anggukkan kepalanya lagi
Aku berasa cukup lega sebab kalau dia enggan aku tidak dapat melakukan apa2. Aku tiada ilmu. Sementara aku sedang bercakap si ketua kontraktor pula telah menghubungi polis bantuan beritahu yang aku sedang bercakap dengan jin. Apalagi mereka terus terpa untuk menyaksikan yang belum pernah mereka lalui.

Aku pula sedang berhadapan dengan makhluk yang aku sendiri tidak dapat menjangkanya. Boleh di katakan aku langkah kaki kanan seperti kata pepatah melayu. Seperti ada sesuatu yang mengarahkan aku membaca surah Al Fatihah lalu aku hembus kearah makhluk. Terus dia hilang. Sekejap sudah kelihatan berada di pokok jejawi. Aku berjalan kearah pekerja kontraktor lalu mengarahkan agar merka menarik pokok dengan menggunakan tali. Dengan begitu senang pokok telah di tumbangkan

“ Kami Nampak tangan hang saja dok bergerak sedang bercakap dengan sesuatu tapi kami tak Nampak “. Hebuh juga di kalangan polis bantuan bila tahu aku bercakap dengan jin. Ada yang minta aku ke rumah mereka untuk mengubah benda yang berada di dalam rumah. Terus terang aku katakan aku dapat lakukan bila ianya terdesak sangat2. Kalau ikut planning memang aku tak mampu lakukan. Tangan aku terketar sebab inilah pertama kalinya aku bercakap dengan jin walaupun dia tidak bersuara dan hanya anggukkan kepalanya saja. Aku talipon anak gadisku dan cerita padanya apa yang berlaku
“ Ish..ish ayah ni. Tak pernah2 bercakap. Kali ni ayah pi bercakap pulak “. Kata anakku sambil ketawa
“ Entah la kakak. Ayah sendiri tak sangka macam mana ayah boleh kearah jin tersebut dan bercakat secara terus “. Kataku kepada anakku
“ Ayah jangan la dok buat macam tu lain kali. Takut depa tau ayah boleh Nampak depa “. Betul juga kata2 dari anakku. Aku cuba berdiam Cuma kadang2 ia berlaku tanpa di kawal macam kes ini. Setiap kali kalau aku ke tempat kerja aku pasti lihat makhluk tersebut berada di pokok jejawi
#ariffbudiman

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 9 Average: 4.7]

13 thoughts on “Bercakap Dengan Jin”

  1. Nasib baik jin tu sekor je.. klu berpuluh ekor payah juga nk buat discussion… mana yg setuju.. mana yg x setuju… apa pun kena tawakkal je la klu melibatkn makhluk lain.. hati kena kental…. emmmm

    Reply
  2. Oo en ariff budiman ke penulisnye. Gaye penulisan mcm kenal. Alhamdulillah encik x ape2. Rezeki encik, makhluk tu boleh faham. Niat encik baik.. teruskan berkarya ye. 9/10.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.