Anak saya namanya Eca. Umur 14 tahun dan berada dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah. Suatu hari, selepas waktu Isyak, tengah saya lepak menonton movie di netflix, Eca datang duduk atas kusyen dekat dengan saya.
Kalau macam tu selalunya ada perkaralah yang dia nak beritahu saya… dan telahan saya sememangnya betul. Kata Eca, tadi masa kat sekolah dia bercakap dengan roh budak yang b***h diri kat tandas sekolah.
Kata Eca, petang tadi semasa di sekolah, ada kawan dia takut nak pergi ke tandas. Warga sekolah tu semua dah maklum tentang khabar angin yang pada suatu waktu dahulu ada seorang pelajar sekolah tersebut yang telah m******h diri di dalam satu tandas di sekolah tu. Sebab tulah ramai yang takut nak pergi ke tandas. Jadi Eca temankanlah kawannya pergi ke tandas itu.
Sampai saja di tandas, ada satu makhluk bagi salam kat Eca. Makhluk tu Eca nampak macam bayang-bayang je. Kawan Eca tak nampak pun. Eca sorang yang nampak dan dengar dia bagi salam. Eca jawab salam. Lepastu boleh pulak Eca tanya benda tu sama ada dia ada kacau orang atau tak.
Biasanya Eca ni penakut. Tidur di bilik sendiri kat rumah pun kadang-kadang pasang lampu. Benda tu cakap kat Eca, dia cuma kacau orang yang cakap besar je. Jadi Eca bagitaulah kawan dia apa yang benda tu cakap.
Saya cakap kat Eca, entah ye la benda tu adalah roh budak yang b***h diri. Eca cakap dia percaya sebab makhluk tu bagi salam. Saya cuma senyum sambil cakap dalam hati, budak-budak… dah tentu belum faham tipu daya setan. Lepas Eca naik ke bilik dia, saya cuba siasat makhluk apa yang bercakap dengan Eca tadi.
Saya tutup dulu movie yang sedang saya tonton, lepas tu saya panggil makhluk yang kononnnya roh budak yang bercakap dengan Eca tadi. Susah nak jelaskan camna saya panggil benda tu, nanti jadi novel pula cerita ni. Datang je makhluk tu dia membebel. Katanya dia tak kacau saya, kenapa saya kacau dia. Saya cakaplah yang dia ada borak dengan anak saya, jadi saya kenalah siasat dia tu sapa.
Saya cakap kat dia,
“Kau tipu Eca kan? Kau bukan roh kan?”
Dia mengaku menyamar sebagai roh. Sebelum ni memang saya dah ada pengalaman dengan setan yang boleh bagi salam dan boleh ajuk orang baca ayat-ayat Quran. Setan yang macam ni adalah setan yang pernah beragama Islam tapi telah murtad. Kalau setan kafir, bagilah salam macamana pun dia tak akan jawab salam, apatah lagi untuk dia yang dulu bagi salam kat orang.
Aku tanya betul ke dia cuma kacau orang yang cakap besar? Dia cakap betul. Patutlah tak ramai pun budak kena kacau waktu guna tandas tu. Nasiblah sapa yang cakap besar tu.
Moralnya, jangan suka cakap besar dan jangan mudah tertipu dengan setan yang mengaku dia tu roh ke apa ke. Kes macam ni lah yang menyebabkan banyak selisih faham antara kita, sebab mudah percaya kata setan.
Nanti ada pula yang cakap saya pun borak dengan setan dan percaya cakap dia. Tak sempat saya nak explain semua perkara tentang diri saya dalam kisah-kisah ni, jadi terpulanglah kepada tuan-tuan dan puan-puan nak fikir macamana…
Apa-apa pun niat saya berkongsi pengalaman cuma satu, iaitu semoga kita semua terlindung dari terjebak dengan fitnah setan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI