BERDUA DI TINGKAT 19

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca fs. Sekiranya cerita aku dapat di kongsikan oleh fiksyenshasha.com terima kasih banyak kepada fs Akhirnya sudi kongsikan cerita aku pada korang semua. Lama juga aku tunggu fs approved cerita ni. Mungkin juga cerita yang aku nak kongsi kan ni tak berapa padu macam cerita yang lain hiheeee.. Maaf kalau cerita aku ni kurang menyeramkan pada korang. Apa yang aku nak kongsi kan ni adalah daripada pengalaman aku sendiri dengan member aku di tingkat 19.

Waktu tu aku baru habis belajar so aku boring gila duduk rumah and aku fikir nak duduk rumah nenek aku, ok makin lama aku duduk rumah nenek aku ni dengan tak berkerja aku jadi segan la dengan makcik pakcik aku. So kebetulan ada la sebuah kedai pakaian kiranya tak jauh dari kawasan rumah nenek aku, kedai baru buka dan nak pakai pekerja. Lepas je pergi interview aku dapat alhamdulillah bersyukur la dapat kerja dari duduk rumah membongkang makan tidur. So aku dah kira bersyukur sangat sebab dekat hanya jalan kaki kesimpang dalam 10 minit je, tak perlu tambang bas ke apa cuma balik waktu rehat dan makan mandi pastu pergi kerja. Jadi dekat sini jimat lah duit gaji aku.

Pendek kan cerita tup tup aku dah hampir tiga bulan kerja dekat situ. Iqa ni kawan gila aku dekat tempat kerja. Selalu juga lepak dekat rumah nenek aku. Aku kesian dekat iqa ni sebab masalah dia kalau nak pergi kerja dia terpaksa ulang alik dari tempat kerja ke rumah dia Kadang tu tak ada transport terpaksa bertapak dari rumah ke tempat kerja. Jadi aku pun ajak dia duduk dekat rumah nenek aku. Tapi syarat dia kena la bayar setiap bulan kiranya menyewa tidur jela. Time cuti dia balik lah rumah mak dia. Ada la kawan sekerja aku ni nama dia Mel, dah berkahwin jadi konon tak nak duduk dengan mertua nak cari rumah sewa. Aku pun tolong la cari sampai jumpa rumah sewa untuk dia. Kebetulan aku dapat rumah sewa sebuah apartment (yang bernama). Dulu pakcik aku pernah tinggal dengan anak beranak dia dekat tempat tu. Apartment ada kolam mandi memang nice tempat dia. Tapi block yang aku dapat ni agak jauh berhampiran hutan huhuhu agak sunyi la block belakang ni.

Kebetulan lagi aku dapat pula tingkat yang paling atas, tingkat 19. So memang agak sunyi sikit la koridor tingkat tu. Aku pun ajak Mel usha rumah tu, Pada masa tu husband dia tak ada masa nak ikut sebab kerja. Aku bedua jela dengan Mel meninjau kawasan. Nasib juga la dekat dengan lift kiranya selamat la dia bila balik lewat ke apa kan. Al-maklum lah dia pun tak biasa lagi menyewa rumah sendiri lagi-lagi baru nak independent dengan husband. Finally dia pun setuju menyewa dekat apartment tingkat 19.

Dalam beberapa haritu si mel ni rancang dengan husband dia untuk mengajak aku dengan iqa ni menyewa bilik. Masa tu aku fikir mungkin pendapatan mereka kurang, biasalah baru kahwin kan jadi dengan positive nya aku macam setuju tak setuju juga la sebab rumah nenek aku dah dekat buat apa aku nak menyewa betul tak? Aku cakap dengan dia kenapa korang tak nak duduk berdua. Mel kata “ala kalau ada kau dengan Iqa meriah lah sikit kami”.

Esoknya kitorang datang la rumah tu dengan iqa. Biasalah rumah kosang kan barang perabot semua tak ada. Aku tengok la bilik yang kononnya bakal aku sewa tu. Dalam rumah tu ada tiga bilik, tu yang kononnya lagi dua bilik dia nak sewakan aku dengan si iqa ni. Okay masuk je pintu utama rumah tu, terus nampak view daripada sliding door. Tak de langsir la, Mel kata nanti dia pasang. Bedekatan pintu utama sebelah kiri bahagian dapur dan tandas. Dibahagian tengah yang bedekatan dengan ruang tamu tu bilik master room juga dua lagi bilik. Kiranya tiga-tiga pintu bilik tu bertentangan. Rumah apartment je tak la besar mana. Ok aku dengan Iqa on jela. Fikir pun sama juga setiap bulan kalau aku bayar dekat rumah nenek aku tu baik aku sewa bilik ada juga privacy.

Esoknya lepas habis kerja malam tu kitorang bermalam dekat rumah tu. Sebenarnya dari aku tolong menyewa rumah untuk dorang tu, si mel dengan husband dia tak pernah pun jejak rumah tu sampai lah dorang ajak aku dengan iqa duduk. Malam tu iqa tumpang bilik aku sebab bilik dia gelap katil tak ada so aku ajak jela tido dalam bilik aku. Al-kesahnya malam tu sebenarnya semua orang tak ley tido. Sebab tak ada kipas dalam bilik. Ahaha gila la juga dibuatnya.

Esok malamnya Mel dengan husband dia tak dapat balik apartment tu, dia kata “korang berdua jela balik apartment ya? Malam ni mertua aku sakit jadi aku tak dapat nak tinggalkan”. Jadi aku dengan Iqa setuju jelah. Fikirkan juga segan la mana tak nya dorang dah kahwin lepas tu duduk dengan dorang. Nasib lah malam tu dorang tak jadi balik. Jadi aku dengan Iqa ni dapat lah bebas sikit mana tak segannya ada laki dia agak kurang la batas kitorang. Sampai lah malam malam seterusnya si Mel dengan husband dia ni langsung tak tidur-tidur rumah tu. Aku agak bengang lah rumah dah sewa pastu kitorang je berdua yang balik. Dalam kepala aku fikir mungkin dorang ni nak lepas kan sewa duit rumah tu, jadi tak la membazir bayar rumah tak ada orang duduk.

Satu malam tu aku dengan Iqa dok beborak sampai tengah malam memang masa tu kitorang tak ley tidur. Dengan selamber aku cakap “Iqa jom teman aku dekat bawah refill air”. Iqa pun on jela. Masa keluar rumah tu agak seriau juga la dah la sunyi orang tak ada tapi aku dengan Iqa ni dok buat bodoh jela malas layan perasaan. Dah lah hujung ceruk mengala ke hutan nak refill air tu. Dengan lampu tak ada nya dekat hujung refill air tu. Sampai tingkat bawah lepas refill air tu aku dah rasa tak sedap hati dah. Rasa macam ramai pula mahkluk dok perati kitorang. Masa berjalan menuju ke lift, dekat pintu tangga tu aku dah nampak macam ada budak kecik laju je menyorok belakang daun pintu.

Aku apa lagi dengan lajunya aku melangkah sampai si Iqa ni mula perasan pergerakan aku makin laju, lepas tu si Iqa ni tegur aku “wey minah engkau lelaju nak pi mana!”. Aku cakap lah “ko boleh cepat tak perempuan”. Tapi perempuan ni buat tak reti je jalan lenggang kangkung dok peluk betol air, macam bawa dedak itik nak bagi makan dekat tepi kolam!. Sekali aku bengang aku cakap “wey aku nampak budak kecik dekat tangga!” Dia apa lagi berlari lah dengan aku mencanak nak masuk lift. Kebetulan lift terbuka sendiri seolah-olah kata “welcome”. Punya lah takut terus jela masuk lift tu. Tak sempat aku tekan button lampu semena-mena terpadam lepas tu terbuka terpadam terbuka. Ah kacau! Apa lagi berlari la kitorang keluar cari lift lain.

Sampai je atas aku terus buka kunci pintu sempat aku masuk dulu bagi salam tapi si iqa ni tak bagi salam masa masuk sebab dia orang last. Sampai je bilik aku terus tengok jam rupanya masa aku turun tu jam pukul 03:05AM. Aku terus diam dengan iqa.

Dalam berapa minit tu kitorang diam. Sekali si Iqa ni dandan nak pipis. Aku cakap dekat dia “esok jela buang, kau tahan jela”. dia kata “tak tahan sangat. Tadi aku dah teman kau kann.. Tak kan kau tak ley teman aku!”. Aku pun “yelah.. Cepat la jangan lama tapi kau jalan depan dulu”. Aku pun capai selimut salut badan aku. Masa kitorang keluar pintu bilik tu masing masing dok intip intip macam jamesbon!! Sebelum pergi ke dapur kitorang sempat la toleh belah kiri, sliding door dengan tak berlangsir mana tahu kan ada orang bertenggek. Ruang tamu tu memang sengaja kitorang tak buka lampu hanya lampu dapur saja. Pastu usha line clear tak sempat toleh kekanan iqa menonong terus kedapur agaknya tak tahan sangat.

Masa aku belari nak kejar Iqa, aku terasa ada satu lembaga memang jelas tengah berlari laju menuju ke arah aku and terus langgar pinggang aku. Aku pun beriya lah mengelak and terus menjerit. Lepas menjerit tu aku terkedu and fikir “budak??”. Eh dalam rumah ni cuma aku dengan Iqa. Si Iqa dalam toilet tadi dengar aku menjerit kuat, pastu dia memekek lah dalam toilet, “engkau kenapa!?”. Aku dengan terkedu takutnya cakap aaaa.. aaaa.. akuuuu.. Macam terlanggar buuuuu.. buuudakkk.. Iqa terus diam, habis pipis kitorang berlari masuk bilik and buat buat pejam mata sampai la tertidur.

Pagi tu sampai tempat kerja lepas selesai buat kerja aku terbuka mulut nak cerita hal malam tadi. Aku tanya Iqa ko tahu tak semalam aku nak kejar kau kedapur tu, aku terlanggar lembaga budak kecik paras pinggang aku, dia berlari nak langgar aku, hampir terjatuh aku sebab nak mengelak kan budak tu. Pastu Iqa bagitahu aku yang dia sebenarnya dah nampak dulu budak tu berdiri dekat tepi dapur nak keluar dari rumah tu. Budak tu dari dapur terus mengala sliding door. Sebab rumah tu tak ada langsir jadi dekat luar tu memang jelas nampak koridor dengan di temani cahaya bulan. Sebenarnya si Iqa ni boleh nampak benda benda macam tu.

Selama ni dia tak pernah cerita yang dia boleh nampak benda macam tu. Aku bengang lah dia dah nampak budak tu dia mencanag tinggalkan aku and masuk toilet. Lepas tu aku demam seminggu wey. Rasa badan lesu je. Nasib lah ayah aku jenguk aku dekat rumah nenek aku and ubatkan cara kampung. Ayah aku ni memang pandai berubat orang sakit. Ayah aku cuma pesan jangan sesekali melangkah rumah tu lagi. Lepas tu mana dah aku melangkah lagi. Aku biar je macam tu. Rupanya si Mel ni dengan laki dia dah kena kacau waktu malam kitorang bermalam tu. Patut lah alasan je tak nak balik mak sakit la apa lah. Bila aku tanya budak tempat kerja yang dah lama menetap dekat situ rupanya tempat tu memang keras. Malam sebelum 10:00pm semua orang dah tak keluar rumah. Situ pun pernah ada orang b***h diri terjun dari tingkat rumah. Serik dah aku nak tinggal bedua lagi.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

N

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “BERDUA DI TINGKAT 19”

  1. Sioottt mel tu ekkk…
    Org dh tlg carikan umah boleh plak die buat cmtu…
    Mcm lepaskan hanjeng tersepit…
    Kuang asam jawa btooolll…

    Reply
  2. Kata nk berdikari dok asing ngan mertua…pastu ngada2 ajk member dok skali…last2 ditinggalnyer member tu…laki plak x gentlemen lansung…..mmg x ley wat kwn org cenggini…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.