Berjiwa Iblis

Assalamualaikum para sahabat pembaca sekalian, harapan aku kalian semua dalam keadaan yang sihat sentiasa. Nama aku Yusuf, anak ketiga dalam keluarga Mustafah Hussain. Abang aku Noh, kakak Maryam dan adik perempuan aku Maisarah dan Aisyah. Tapi aku bukan nak cerita tentang mereka, aku nak berkongsi tentang satu kisah dalam hidup aku yang tidak akan aku lupakan.

Kediaman kami terletak di cheras, Bandar Tun Hussein Onn. Kawasan perumahan aku tu namanya Suakasih. Ketika malam sewaktu ingin tidur, kira kira jam 10.30 malam, aku terdengar bunyi bumbung konkrit se akan dipijak, jauh bunyi nye seperti dirumah sebelah. ‘Kuat gak angin ni, bukak tingkap sedap tidur’; bisikan hati ku. Memandangkan bilik aku tiada ‘kotak ajaib’ (aircond), aku pun membuka tingkap ‘sliding’ sedikit sahaja supaya angin sejuk luar dapat menyejukkan sedikit ruang bilik tidur aku.

Kebetulan malam itu mendung dan berangin kencang sehingga mendatangkan bunyi siulan, petanda akan turunya hujan yang lebat. Tiba tiba siling papan bilik aku berbunyi. Aku sudah biasa dengan bunyi di atas siling itu kerana aku sudah tahu itu mungkin tupai sedang berlari atau sedang bermesyuarat. Aku baring dengan mata tertutup, mula berangan kisah dunia fantasi rekaan minda aku sendiri.

Sedang aku dalam β€˜mode’ tidur, bunyi bumbung konkrit kedengaran lagi. Sangat jauh bunyi nya. Aku berkerut kepelikan sebab angin kuat tadi sudah lama pergi dan hujan tak turun pun. β€˜Kawasan perumahan ni tiada perempuan muda, semua tua kebangka tak mungkin ade teman lelaki nak menyeludup masuk rumah teman wanita untuk beramah mesra’; bisikan hati ku ketika sedang mengamati bunyi bumbung konkit tersebut. Untuk pengetahuan semua, masa ni tak terlintas langsung kat pemikiran aku tentang hantu setan etc ni.

Aku hanya berasa pelik. Tiba2 bunyi lagi, kali ni bunyi nya dekat dan aku tau memang datang dari siling bilik aku. ‘Tak mungkin la kucing sebab bunyi nye seperti sesuatu yang berat sedang pijak berjalan’. β€˜Aduhh jadahnya anjing sampai ke bumbung’; aku tak tahu kenapa masa ni aku masih berfikiran dunia yang nyata, tak terlintas pun tentang hantu setan etc ni.

Dengan perasaan bimbang sesuatu yang akan jatuh dari atap ke siling papan bilik ku, aku tukar posisi dari baring ke duduk. Anyway, bunyi seperti sesuatu berjalan atas bumbung konkrit tu 5-6 kali je kemudian kembali senyap. Sedang aku duduk memikirkan bunyi sekian tadi, bunyi bisikan sayu2 datang dari siling papan bilik aku yang dekat kedengaran. bunyi seperti ini ‘mirrma-mirrmakimm’ dua kali. β€˜Bunyi orang bercakap ni bukan bunyi binatang’. Baru la pemikiran ku dipenuhi dengan hantu setan etc.

Dengan gaya menggelabah aku pun berangkat dari katil menuju ke pintu bilik ingin keluar. hajat ku ingin mengetuk pintu bilik bapak aku, tapi aku lihat dibibir pintu sudah gelap menandakan dia sedang nyenyak tidur. Dah boleh tahu kesudahannya, pasti akan dihujani dengan hujah/explanation yang umum sebab malas nak layan. Aku pun batalkan hajat tersebut dan meluru ke tangga. Aku turun ke bawah dan terpaksa ‘sekali lagi’ mencuri sebatang rokok Peter kepunyaan bapak dengan harapan boleh menenangkan perasaan. Aku menuju ke atas dan turun semula kerana lupa lighter aku sudah dirembat member. Aku mencapai lighter yang juga kepunyaan bapak dan naik ke atas seterusnya ke bilik aku.
Aku petik suis lampu tandas aku, lampu berkelip2 menyeramkan lagi suasana. Aku terlupa pula yang lampu tandas ni da berbulan rosak tak ditukar. Kali ni aku rasa menyesal dan berjanji dengan diri sendiri yang aku akan tukar lampu ini esok hari. Aku pun petik semula suis lampu tutup dan mengambil telefon bimbit ku. Hanya cahaya samar-samar dari telefon bimbit aku menyuluh bilik air ku. Kebetulan perut terasa nak berak, aku pun nyalakan rokok, tutup rapat pintu tandas dan duduk di mangkuk tandas sambil bermain telefon bimbit. Semakin lama aku menghisap rokok, semakin tenang fikiran dan jiwa ku. Aku tersengih(gelak kecil) memikirkan betapa menggelabahnya gelagat aku sebentar tadi.

Setelah selesai berak, aku memadamkan rokok dengan mencampaknya di dalam mangkuk tandas yang juga mempunyai tahi ku dan flush. Aku bangun dan buka pintu bilik air dengan harapan dapat tidur nyenyak. Sedang aku baring dengan mata tertutup rapat sambil memikirkan kedai lampu mana yang terdekat dirumah, bisikan yang sama kedengaran lagi. Kali ni datang dari dalam bilik bukan dia atas siling. Aku kaku sambil membuka mata dan tak tahu nak buat ape. Mula lah ayat – ayat suci Al-Quran menyelubungi dalam hati ku. Aku bangun sedikit dan terlihat makhluk bertubuh kecil (bukan pendek) seperti wanita, berpakaian hijau keputihan, rambut yang lurus tegang ke bawah berparas bawah pinggang. Tangan kanan dan kiri tidak kelihatan, hanya kelihatan seperti ranting pokok sederhana besar saiz nya melunjung kebawah sehingga mencecah lantai. aku ingat dengan terperinci kerana aku terkaku agak lama melihat makhluk tersebut.

Ingin aku lari rempuh bilik bapak aku tetapi tak tahu kenapa tubuh badan rasa sangat lemah. Aku hanya mampu mengekalkan posisi baring duduk sahaja. Sedang aku melihat makhluk tersebut, secara automatik aku tahu sesuatu. Susah untuk menjelas kan bagaimana. Senang cakap macam jiwa makhluk tu dengan jiwa aku sejiwa. Aku tahu ape dia tahu tanpa perlu berkata apa-apa. Ibarat korang lihat pokok, secara automatik korang terus tahu proses fotosintesis tanpa belajar dan ambil tahu langsung tentang proses tu. Sesuatu perkara yang korang tidak pernah tahu tapi tahu secara tiba-tiba setelah melihat. Aku harap penjelasan ini dapat menjelaskan apa yang cuba aku jelaskan. Perkara yang aku tahu setelah melihat makhluk ini adalah azab kubur itu tersangat la seksa dan makhluk ini cuba untuk memberitahu seseorang(mungkin kenalannya sewaktu hidup dahulu) tetapi tidak berjaya.
Makhluk itu terus hilang setelah kekelipan mata aku. Pada waktu ni aku tak tahu kenapa rasa seram takut langsung tiada sebaliknya aku rasa kesian kat makhluk tadi. ‘tak mungkin setan iblis hantu etc insaf and ingin memberitahu aku tentang azab-azab Tuhan ni’, β€˜Abistu roh ke yg muncul tadi’, ‘ Kesiannya menderita’. Ini lah di antara bisikan -bisikan dalam hati ku. Aku pun berdoa supaya makhluk misteri itu bebas dari penderitaan nya.

Azan Subuh berkumandang dibelakang rumah dan aku bangun dari tidur menunaikan kewajipan seperti biasa. Setelah selesai aku pun bersiap2 untuk pergi jogging dan ke kedai lampu.

Kisah aku ini bukan la untuk membuktikan apa-apa. Tiada niat untuk memburukkan sesiapa dan untuk mengambil perhatian sesiapa. Kisah yang aku alami ini 100% benar yang berlaku, tidak mungkin aku akan lupakan saat bertemu makhluk ini. Sentiasa segar di dalam ingatan ku dan akan kekal sampai bila-bila. Kisah ini tiada unsur2 rekaaan dan tokok tambah. Pengalaman ini membuatkan aku rasa lebih yakin dengan azab kubur itu pasti ada dan ajaran islam itu benar.

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]
yusufmustafah

35 thoughts on “Berjiwa Iblis”

  1. Ok, boleh paham yg penulis ni tak mahir guna ayat utk sampaikan cerita dgn menarik. Sampai berak pun cerita dgn detail, nasib baik tak cerita warna dan bentuk…haha. Tajuk cerita pun tak kena dgn isi cerita. Nak boleh sampai ke isi cerita punya banyak kona2 dia. Apapun, syabas sebab berusaha utk menulis.

    Reply
  2. Haha kelakar tengok ruang komen, saya faham ape yangg tuan Yusoff cuba nak sampai kan. Penggunaan ayat – ayat tersirat bombastic dan β€˜sarcasm’ yang bersahaja. Tuan da salah medium untuk post ni, kebanyakan pembaca di FS jenis yang menerus sahaja. Atau senang cakap β€˜low IQ’ lah or pelajar sekolah. Mereka tak boleh brain material2 mcm ni.

    Reply
  3. Sokong 100%. Selame ni aku silent reader aje tpi comment @khairis mmg btul. Penulis menggunakn ayat mendalam and straight to the action, teda buang2 masa. Some people not into this kind of writings

    Reply
  4. Senanye Kita pernah juga kena situasi cenggini, ustaz kata tu Jin Islam nak sampai kan sesuatu. Alhamdulillah sekarang dh xkne ganggu

    Reply
  5. Saya rasa ok je dengan penulisan ni.. Layan je.. Cuma tajuk tu kena tukar sebab tak berapa sesuai.
    Paling penting kita ambil pengajarannya dari cerita ni.

    Reply
  6. Hi, first thing kau punya ayat memang power. Aku tak faham kenapa orang lain boleh jadi bengap sebab tak faham cerita kau. Jalan cerita sangat lah details, and seronok baca sebab sarcastic tu ada. Kelakar betul baca komen. Tapi nak buat cemana kan, dah nama ruang komen. Lol tapi jangan la condemn brader ni sgt. He’s trying his best to write tho lolll anyway all the best!

    Reply
  7. Saya suka baca Fiksyen Shasha sambil menikmati juadah makanan. Tetapi sesungguhnya cerita ini telah mrmbantutkan nafsu makan.

    Reply
  8. Hahahha….siap ngan t#@( lagi…Tak la seram sgt baca🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣😰😰

    Reply
  9. Saya faham. Penulis sengaja tidak ceritakan keadaan wajah dan rupa paras makhluk tu. Penulis menjaga aib arwah. Terbaik penulis.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.