Bersendirian itu seram. #Gadis ingin sendiri

Salam kepada semua pembaca kisah saya ini. Bukan bermaksud nak minta perhatian ataupun cuba menjatuhkan reputasi, tetapi hanya ingin berkongsi cerita sahaja. Sebelum saya melanjutkan lebih mendalam lagi cerita saya ini, let me intro who i am. Nama saya Rara Lala, 22.

Okay, saya ingin teruskan cerita saya. Pada suatu hari, saya mengalami nasalah yang terlalu memberi tertekan kepada saya, untuk menenangkan lagi fikiran dan jiwa saya, saya berniat nak pergi pantai. Sebab saya ni jenis kalau tertekan saya akan pergi pantai, sambik isap rokok kat pantai. Pantai yang saya tuju pada petang tu ialah pantai damai, santubong.

Tempat disitu memang sesuai untuk tenangkan fikiran. Agak lama lah saya duduk dibawah pokok besar tu. Jam pun dah dekat nak maghrib, saya pun berfikir nak balik . Sampai saja di tempat park kereta, start enjin,dengar lagu rentak belada kat handphone. Lama juga lah saya duduk kat dalam kereta,time tu memang dah takda orang lagi yang park kereta disitu, ada pun orang tetapi mereka staff scv dan D’Sea.

Saya tengok keadaan sekiling dah agak sunyi,saya pun mulakan perjalan balik kerumah. Time tu memang dah agak gelap, gelap yang tak dapat mengenalpasti orang. Tak jauh dari scv tu kan ada sedikit anak bukit yang berhampiran dengan bulatan. Tetiba kereta yang saya pandu terpadam,saya berasa hairan. Kenapa boleh terpadam? sedangkan saya pakai gear 2 saja. And i try to start enjin, masih juga tak dapat. Sebab saya tak expect apa-apa pun dikawasan tu.

Tapi saya tahu tempat area santubong memang keras,lebih-lebih lagi saya berseorangan dan perempuan lagi tu. adalah 5kali macamtu saya try start enjin kereta. Lastly saya bercakap seorang diri, ” saya tak kacau sesiapa pun kat sini tadi, tolong jangan kacau saya ” pada masa yang sama saya try start enjin lagi,tetiba dapat start.

Macam biasa saya hisap rokok lagi sekali,jalan kat situ memang agak gelap, lampu pun saya bagi lampu tinggi. Kereta yang saya pandu 80km/h . Mata saya memang fokus dengan cermin yang memandang ke belakang tu . Tetiba saya ternampak cahaya lampu motorsikal, memang teranglah, mungkin pemandu guna lampu tinggi. Sampai je kat kondo yang berwarna hijau tu, tetiba lampu kereta saya terpadam tapi on balik.

Saya pandang ke cermin yang memandang ke belakang tu, cahaya lampu dia makin jauh, kereta saya pun dah semakin berat je saya rasa. Saya teringat dengan kata-kata orang tua selau cakap,kalau makin dekat cahaya tu kau nampak,semakin jauh lah benda tu ertinya,semakin jauh cahaya yang kau nampak,dekatlah benda tu dengan kau.

Bulu roma saya memang dah merinding. Tetapi says kuatkan lagi iman saya. Makin saya kuatkan iman,makin tu cahaya tu makin jauh. Saya pun mengambil keputusan slow kan kereta,sebab time tu saya masih teringat dengan cerita-cerita hantu yang pernah saya tengok, kalau kita laju pandu kereta kemungkinan besar dia akan alihkan permandangan kita,dan kita kemungkinan accident.

Saya kurangkan laju dan berdoa supaya dia jangan ganggu saya lagi. Dengan sekelip mata,bila saya kelipkan mata cahaya tu pun hilang. Sebab saya masih ingat lagi dengan petua-petua orang tua-tua dulu. Jam dah dekat dalam pukul 8:30 pm,saya baru je lalu yayasan sarawak. Hati saya pun dah tenang sikit.

Sebab saya dah berpeluh walaupun beraircond, saya mengambil keputusan lepaj sekejap kat singsong. lama juga lah saya dalan tu,1jam. Perut pulak buat hal,lapar. Saya pergilah makan kat kedai makan yang berhampiran . Tetiba kawan call ajak pergi smoke house. Saya pergi je, tapi tak minum. Tak tau kenapa saya pandai taknak minum. kali masih trauma dengan kejadian tadi . Lepak-lepak sampai pukul 1130pm macam tu .

Saya minta izin bali dengan kengkawab,sebab saya berasa letih,badan pun dah lenguh. Saya buka handphone, jam dah 1158pm, nak dengar lagu handphone pun dah low bat. Saya pun bernyanyi dalam perjalanan balik. Hujan pun turun,taklah lebat mana,lepas tu berenti. Saya pun dah dekat dengan simpang rumah . Maklumlah,saya menyewa kat flat. Sampai je dipark kereta. macam biasa saya lock pintu kereta,hisap rokok lagi.

Bertentangan dengan rumah sewa saya, ada orang diam. Saya tak pernah pun bertegur sapa dengan dia dengan kakak dia sebelum ni. Tetapi memang selalu terserempak lah. Malam tu,saya terserempak dengan dia(lelaki) baru sampai, dia pakai helmet yang bertutup. Baru balik kerja kot dalam hati saya berkata. Kami sama-sama naik tangga menuju ke aras satu.

Dia buka gate dia,saya buka gate saya. Saya toleh kebelakang,tapi dia langsung tak pandang saya . Akhirnya saya masuk kedalam bilik. Saya mandi,dan baring kat sofa sambil menonton tv3. hurmmmm sekali lagi kejadian aneh,saya dengar diluar pintu ada bunyi orang buka gate, dengan rasa ingin tahu saya pun pergilah tengok. Pintu rumah saya tu,t ombol pintunya rosak,sebab pernah terlupa kunci didalam. Saya belum beli lagi tombolnya saya balutlah dengan kertas tebal. saya jenguk melalui lubong tombol tu,takda orang.

Dah masuk kot kata saya dalam hati . Saya baring lagi,dan tertidur disitu. The next day, saya awal turun kerja,maklumlah budak sekolah nak daftar kan? . saya kerja halfday sebab ada urusan kat bank . Saya balik kerumah selesai saja urusan. Terserempak dengan aunty yang diam dibawah.

Dia pun menyapa saya ,” adik,sini jap.” saya pun berjalan menuju kearah dia. ” kamu tahu ke orang depan rumah kamu tu dah meninggal,disebabkan accident?” “mana satu aunty? laki ke perempuan?” “yang lelaki tu m**i accident.” “what?! semalam saya ada jumpa dia balik kerja kot, dia tak pandang saya,saya pandang dia. Betul ke ni aunty dia dah meninggal?

Habis yang saya jumpa semalam tu samalam tu siapa? Bukan dia ke?” ” takda orang kat rumah tu,dah seminggu dah kakak dia balik kampung, petang ni ikut lah sembahyang dia nanti.”

” yelah aunty. saya naik dulu.” tetapi saya taknak fikirkan cerita tadi tu betul. saya masuk bilik dan baring kat sofa dan tertidur disitu. Saya terbangun sebab terdengar lagu rohani. Mana datang nye bunyi ni? kata saya . saya buka pintu je tengok orang sembahyang sampai diluar rumah . saya pun bertanya dengan salah satu daripada mereka disitu, ” sembahyang apa ni? ”

” Anak pak cik tu meninggal kemalangan semasa dalan perjalan balik kesini.” ishhhh barulah saya percaya dia dah meninggal. persoalannya,siapa yang saya jumpa semalam? kenapa hidup saya semalam seram betul?

Dan saya pun berpindah dari rumah sewa tu dah tak sanggup lagi berhadapan dengan benda halus. Hidup saya bersendirian malam tu sangat seram. Tetapi saya lebih memilih untuk berseorangan . Mungkin kerana itu,yang kedua(benda halus) mengusik saya.

Maafkanlah saya seandainya saya ada tersalah tatabahasa dan tuturbicara,sebab ini my first time to share my story. Next time saya akan share lagi cerita saya dihospital. Thanks.

Lala Rara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Bersendirian itu seram. #Gadis ingin sendiri”

  1. cerita berserabut..awal2 pergi pantai,balik kena kacau..tetiba balik rumah kena kacau pulak dengan hantu jiran…

    Reply
  2. Banyaknye ROKOK…
    Merokok mmg makanan syaitan tapi membahayakan kesihatan manusia…
    Huhuhuhuuu…

    Tapi tulah, nak tau gak Gadis Rara Lala ni muslim ke ape…?
    Kalau non-muslim xmo komen…
    Tapi klu muslim, lifestyle tu perlu diubah…
    Peace…!!!

    Reply
    • Rasanya non muslim sbb kt flat tu cara dia mentioned ttg sembahyang tu..” takda orang kat rumah tu,dah seminggu dah kakak dia balik kampung, petang ni ikut lah sembahyang dia nanti.”

      Reply
    • Dia ni confirm non muslim. Nampak sgt msh muda sbb cara penceritaan kelam kabut. Confirm non muslim sbb smoke house tu hanya non muslom bole pergi (jual arak and all). Dan santubong di sarawak. Saya sarawakian, jd dr penceritaan dia, sy mmg confirm kan dia mmg non muslim. Dik, lain kali jgn kata bg salam. Cakap je hi or selamat sejahtera.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.