Assalamualaikum wbh. Terima kasih, admin sudi siarkan cerita saya. Serba sedikit tentang diri saya. Nama saya Imam Muda Jalut. Okey, saya bukan imam muda dalam reality tv tu tetapi saya bakal imam seorang wanita yang bakal menjadi permaisuri hati saya. Cia cia cia…
Saya nak bercerita tentang kejadian mistik yang sering berlaku dalam keluarga saya. Saya berharap kalian akan terhibur. Selamat membaca.
TENGAH HARI menjelang petang. Bila dah redup sikit, atuk mengajak aku membersihkan laman rumahnya yang bersepah dengan daun-daun kering. Kiranya, quality time aku dengan atuklah masa tu, walaupun kami bukannya bersembang pun. Kutip daun m**i je.
Aku ada kat rumah atuk sebab atuk dan opah menjaga aku selepas habis waktu persekolahan. Aku bersekolah pagi, dalam darjah empat, sementara mama dan abah mengajar sesi petang. Masa tu, sekolah kat Malaysia masih lagi mengamalkan dua sesi persekolahan. Abang dan kakak aku belajar di sekolah berasrama penuh. Adik-adik aku pula di rumah pengasuh. Oleh sebab tak ada orang kat rumah, terpaksalah aku tinggal dengan tuk nenek aku sehinggalah mama abah ambil aku.
“Berbunga jugak kau. Ingatkan jantan,” gumam atuk sambil mendongak ke atas. Pokok mempelam tu dah lama dia tanam. Sama umur dengan aku kut. Baru itu kali pertama pokok tu berbunga.
Aku berhenti menikam daun-daun kering di tanah dengan dawai besi sepanjang enam inci yang diikat pada batang penyapu lama, lalu berdiri di sebelah atuk.
“Pokok pun ada jantan betina ke, tuk?” soalku sambil tersengih. Aku tahu pokok ada jantan betinanya. Ada aku belajar di sekolah. Saja je aku usik atuk sebab rasa kurang ajar pulak kalau aku tak layan sembang atuk. Dahlah orang tua tu jaga aku dengan baik. Bagi aku makan minum. Cucu apa aku ni kalau aku buat tak tahu aje bila atuk nak bersembang?
“Semua makhluk Allah ada jantan ada betina,” balas atuk.
“Eh, bukan semualah, tuk. Siput b**i khunsa.”
Pap! Kepalaku kena lepuk dari belakang. Cepat-cepat aku pandang atuk sambil menggosok-gosok kepalaku yang sakit. Atuk lepuk perlahan je tapi orang ada ilmu ni, lepuk perlahan pun boleh bergegar otak dibuatnya!
Muka atuk serius. Aku tahu atuk marah. Dia memang pantang kalau aku sebut benda-benda tak berfaedah. Aku rasa, aku mewarisi sikapnya yang satu itu. Sampai sekarang aku tak boleh tengok manusia yang melawan fitrah.
Aku bawa diri aku ke perdu pokok kelapa, jauh dari atuk. Mau koma aku kalau kena lepuk keramat dia sekali lagi. Mulut aku ni bukannya boleh percaya sangat. Bila bercakap aku memang tak pernah nak tengok kiri kanan.
Sambil tikam daun m**i dengan dawai di bawah pokok kelapa, aku jeling atuk, takut tiba-tiba je dia dah ada dekat aku. Atuk ni aku tak tahulah ilmu apa dia pakai. Sepupu aku pernah pengsan sebab terkejut tengok atuk tiba-tiba je ada kat sebelah dia. Sebelum tu dia tengok atuk nun jauh kat seberang jalan sana. Dia kelip mata sekali je, alih-alih atuk dah berdiri kat depan dia. Mau tak pengsan kawan tu.
Mula-mula dulu bila atuk sneak up macam tu, memang seram siut aku dibuatnya. Betul ke atuk aku ni? Ke hantu? Yalah! Ada ke manusia yang boleh gerak macam tu punya laju? Tak berbunyi pulak tu. Tapi bila dah biasa, dah tahu memang itu atuk aku, tak adalah aku takut. Cuma masih tertanya-tanya ilmu apa yang dia pakai. Nak jugak belajar tapi atuk macam keberatan je nak turunkan ilmu dia tu pada aku. Mungkin satu hari nanti dia risau aku akan salahgunakan ilmu tu kut. Masa umur 10 tahun ni memanglah aku suci murni tapi sepuluh tahun lagi, siapa tahu takdir aku? Mungkin aku jadi bapak gengster ke… perogol ke… memang berguna sesangatlah ilmu sneak up tu.
Semasa aku menjeling dia tu, aku tengok atuk sedang berdiri tegak sambil merenung ke jalan tempat orang lalu lalang kat depan rumah. Ah sudah! Dia nampak apa pulak? Aku terus menoleh dengan dada berdebar tapi aku tak nampak pun menatang tu. Merata aku pandang. Memang tak ada. Aku pandang atuk semula. Dia masih lagi berdiri dalam keadaan yang meresahkan hati cucunya yang seorang ni. Tengah menurun ke apa atuk aku ni?
Tak lama lepas tu, aku terdengar bunyi krekkk… krekkk… krekkk… dari jalan kat depan rumah atuk. Terus aku pandang semula ke jalan. Aku jadi macam atuk, berdiri tegak merenung ke jalan menunggu entah apa yang bakal muncul. Jantung aku dah lintang pukang berdegup. Macam atuk, aku pun boleh nampak benda-benda halus ni cuma petang tu aku tak nampak apa-apa pun.
Krekkk… krekkk… krekkk…
Pelan-pelan aku pergi kat atuk. Takut ooo… entah menatang spesis apa yang nak muncul menyerang. Tiba-tiba…
‘Laaa…’ Aku tersengih. Apek tua naik basikal lalu. Aku pandang atuk. Terkena aku petang tu.
Tetapi muka atuk aku tengok masa tu dah hitam. Tersirap balik d***h aku sebab bila dia marah sangat baru muka dia jadi macam tu. Cara dia pandang apek tu macam dia nak b***h apek tu je aku tengok. Aku perhati apek tu sekali lagi. Kutlah aku miss apa yang atuk nampak tapi memang aku tak nampak apa.
“Tuk! Tuk!” Aku panggil dia. Masa tu dia macam terkejut. Dia pandang je aku.
“Pergi masuk ke dalam. Mandi. Kejap lagi abah kamu sampai, kamu tak siap lagi!” kata atuk sambil melangkah masuk ke bawah rumah dan duduk di atas pangkin kayu tempat lepak dia.
Aku ikut ajelah cakap dia walaupun lambat lagi abah aku datang nak ambil aku. Aku masuk ke dalam rumah ikut dapur. Opah masa tu tengah bancuh kopi untuk laki dia.
“Dah habih kutip daun?” tanya opah sambil terjenguk-jenguk tunggu laki dia muncul di pintu.
“Dah.”
“Nak ke mana tu?”
“Atuk suruh mandi.”
“Atuk kamu mana?”
“Kat pangkin.”
Opah ke pintu, menjenguk laki dia. Aku pulak keluar ke ampaian nak ambil tuala. Dapur rumah tuk nenek aku ni ada dua pintu. Satu pintu menghadap laman tempat aku dan atuk menghabiskan quality time tadi. Pintu lagi satu menghala ke ampaian bawah bumbung. Kalau nak pergi jamban kena ikut pintu menghala ke ampaian tu. Jamban rumah atuk aku masih di luar masa tu. Jauh dari rumah. Style rumah kampung lama. Kalau tengah malam nak memerut, memang jenuhlah. Mujur rumah mama abah aku dekat, jadi takdelah aku kena bermalam di rumah tuk nenek aku tu kecuali bila cuti sekolah masa sepupu-sepupu aku balik kampung, baru aku tidur di rumah atuk. Semasa tu aku tak ingat apa dah. Ingat seronok je. Bila malam, baru muncul rasa menyesal tidur situ terutamanya bila perut memulas di tengah malam buta!
Dah ambil tuala, aku masuk ke dalam bilik air. Bilik air rumah tuk nenek aku ni belum masuk pili lagi masa ni. Guna air telaga je. Bilik air ni besar tapi dibahagi dua. Satu masuk ikut dapur, satu lagi kena masuk ikut luar. Telaga sebuah tu pun dibahagi dua oleh dinding zink yang merentang di atas mulut telaga tu. Memang tak nampaklah kalau ada orang tengah mandi kat bilik air di sebelah sana. Nampak tangan mencedok air telaga ajelah.
Aku suka mandi di bilik air kat luar tu sebab terang sikit. Bilik air yang aku tengah guna sekarang ni gelap. Menyeramkan. Masa mencedok air telaga dengan timba, sedaya upaya aku tak nak tengok ke dalam telaga tu. Entahlah. Rasa macam ada benda je kat dalam air tu tengah memerhati aku. Tapi kena tengok jugaklah sebab macam mana nak cedok air kalau tak tengok? Pernah sekali aku rasa macam timba tu kena tarik. Takut punya fasal, terus aku lepaskan tali timba tu ke dalam telaga. Apa lagi, bingit telinga aku kena marah dengan atuk.
Tam! Tam! Tam! Pintu zink bilik air dihempuk kuat.
Zup! Tali timba terlepas dari tanganku. Aku hanya mampu tengok saja tali timba yang jatuh ke dalam telaga, berputar-putar di dalam air sebelum menghilang. Aku telan liur. Tau bahana apa yang bakal aku mendapat sekejap lagi.
Tam! Tam! Tam!
“Jalut! Kau buat apa dalam tu?” Suara opah memekik di luar pintu.
Tergopoh-gopoh aku balut badan aku dengan tuala dan keluar dari bilik air. Rasa nak terkencing aku tahankan. Nak basuh dengan apa dah timba tenggelam di dasar telaga?
Tam! Tam! Tam!
“Jalut! Apa kamu buat lama sangat kat dalam tu?” pekik opah lagi.
Aku buka pintu. “Timba jatuh ke dalam telaga!” Aku bagi tahu opah.
“Ya Rabbi budak ni!” Atas bawah atas bawah opah pandang aku. Bengang sangatlah tu. “Masa tengah kelam-kabut nilah kamu buat hal!”
“Kelam-kabut pasal apa?” Aku mengekori opah ke bawah anak tangga di mana dia menyimpan segala macam benda alah, termasuklah timba dan tali spare.
“Atuk kamu nak mandi.” Opah ke bilik air pula. Tak percaya dia nak bagi timba tu kat aku.
“Atuk nak pergi mana?” soalku sebab selalunya atuk mandi bila dah nak dekat maghrib.
“Nak ngubat orang,” jawab opah.
“Opah tak pergi?”
“Kamu nak tinggal dengan siapa kalau aku pergi?”
“Lut nak ikut atuk.”
“Jangan mengada-ngada. Pergi panggil atuk kamu kat luar tu.”
Aku patuh arahan opah. Aku panggil atuk yang sedang bersembang dengan seorang lelaki di bawah rumah. Atuk meminta diri dan masuk ke dalam rumah. Lelaki itu terus duduk di pangkin.
“Tuk, nak ikut,” kataku, mengekori atuk ke ampaian luar. Aku suka tengok atuk mengubati orang sakit.
“Jangan mengadalah, Jalut!” Opah yang marah. Tuk relaks aje.
“Tuk, nak ikut!” rayuku lagi bila atuk dah ambil tuala dia di ampaian.
“Pergilah siap kalau nak ikut. Takkan nak pergi pakai tuala je.”
Tersenyum lebar aku bila dapat lampu hijau dari atuk. Terus aku naik ke tingkat atas untuk memakai baju sampai aku terlupa tentang benda yang menakutkan aku yang ada di tingkat atas rumah tu. Masa lalu kat depan pintu bilik kecil tempat opah menyimpan tilam spare untuk anak-anak dia gunakan bila dia orang balik kampung, aku terdengar lagi bunyi pelik yang selalu menakutkan aku. Bunyi tu datang dari almari kayu opah. Lintang-pukang aku berlari ke bilik tidur opah, ambil beg sekolah dan beg bajuku, lepas tu aku berlari turun ke dapur. Dua anak tangga sekali gus aku langkah. Nyaris berlanggar dengan opah yang sedang naik ke atas semasa tu.
“Hisy, budak ni!” marah opah.
“Ada bunyi.” Aku mengadu.
“Jangan mengada-ngadalah, Jalut!” marah opah.
Aku rasa dia pun takut tapi dia terpaksa tunjuk berani sebab itu rumah dia. Dia nak duduk mana kalau dia tak berani duduk di situ?
Aku pakai baju di dapur. Atuk keluar bilik air, pandang aku sekali lalu sambil menggeleng dan terus naik ke atas. Sambil menunggu tuk nenek aku bersiap, aku makan kudap yang opah sediakan sebelum lelaki itu datang. Isi perut dulu sebab aku tak tahu berapa lama tuk nenek aku terpaksa mengubati pesakit tu. Kalau teruk, sampai tengah malam pun tak selesai.
Di tingkat atas, aku terdengar bunyi daun tingkap ditutup. Tak lama kemudian opah turun.
“Kamu makan sorang-sorang je. Tak ajak ke pak cik kat luar tu?” tanya opah.
Aku menggeleng. Tak ingat langsung aku nak ajak pak cik tu.
“Pergi ambik cawan.” Opah memuncungkan mulutnya ke arah rak tempat dia menyimpan pinggan mangkuk. Aku baru je nak bangun bila atuk bersuara.
“Tak payahlah. Tak sempat!” Atuk turun dengan beg sangkutnya.
Opah tak membantah. Dia memang tak pernah bantah cakap atuk. Dia tutup semua tingkap dapur dan pintu menghala ke ampaian. Atuk pula keluar mendapatkan lelaki yang duduk di pangkin. Aku mengekor dan duduk di sebelah atuk.
“Tunggu orang rumah jap,” kata atuk. Lelaki itu mengangguk.
Lelaki itu akan membawa atuk, opah dan aku ke rumahnya sementelah atuk tidak ada kereta atau motosikal. Bila aku tengok tuk nenek aku berjalan kaki datang ke rumah abah, aku rasa kasihan sangat tetapi dah dia orang yang suka berjalan kaki, nak buat macam mana. Kalau dia orang nak pergi jauh sikit, baru dia orang suruh abah aku hantar. Kalau tak, dia orang prefer jalan kaki aje.
Opah keluar. Semasa mengunci pintu dapur dari luar, opah lekatkan sekeping kertas pada pintu tu. Kertas tu untuk abah, memberitahu abah ke mana dia dan atuk bawa aku.
Kemudian, kami semua naik kereta lelaki tadi. Tak ada sesiapa pun bersuara. Aku tengok opah dah start berzikir. Parah nampaknya orang sakit tu. Atuk, aku tak nampak dia buat apa sebab dia duduk kat depan.
Sampai di rumah pak cik tu, hari dah dekat pukul enam petang. Kami ikut lelaki tu ke pintu rumahnya. Dari luar aku dapat dengar suara seorang budak lelaki memanggil-manggil datuk dan neneknya. Aku tengok pesakit tu lebih kurang umur aku je. Dia berbaring di atas tilam yang dibentangkan di ruang tamu. Matanya terkatup tapi tangannya menggapai.
“Opah, tuk… budak. Budak…” kata pesakit tu.
“Opah ngan atuk dia dah meninggal,” kata lelaki yang membawa kami tadi. “Dua-dua belah dah takde.”
Atuk mengangguk je. Masuk-masuk saja ke dalam rumah, aku terkejut bila ternampak seorang budak lelaki merangkak keluar dari belakang sofa kayu jati lalu duduk berpeluk lutut di tepi sofa tu. Mukanya cengkung, badannya kurus kering tinggal tulang je, macam badan budak-budak yang kebuluran di Afrika tu. Aku pandang je dia sebab hairan macam mana dia boleh keluar dari belakang sofa yang diletakkan rapat ke dinding. Dan kenapa dia duduk sorang-sorang kat situ, sedangkan orang lain semuanya berkumpul di sisi budak lelaki yang terbaring di atas tilam nipis. Budak tu pulak mula-mula dia pandang atuk, lepas tu bila perasan aku tengah perhatikan dia, dia pandang aku pulak. Berderau d***h aku bila tengok cara dia tenung aku!
“Jalut!” Opah tolak muka aku ke arah lain.
Terkebil-kebil mata aku pandang opah. Nak tanya kenapa dia tak bagi aku tengok budak yang duduk kat tepi sofa tu tetapi aku takut. Opah ni garang sikit. Atuk pun garang tapi dengan atuk aku boleh ejas lagi. Dengan opah, kalau putih kata dia, putihlah.
Atuk duduk bersila di sebelah pesakit. Aku duduk di sebelah opah. Aku nak menoleh, nak tengok budak lelaki yang keluar dari belakang sofa tadi tapi tak berani bila opah berdehem. Tahu je dia aku nak buat apa, opah aku ni.
“Atuk… opah… budak… budak…”
“Ya! Ni atuklah ni,” kata atuk. Tangan pesakit tu yang menggapai-gapai dipegangnya. “Ni atuk ni…”
“Budak…” Pesakit tu mengadu pada atuk.
“Ya, atuk tau. Atuk tau.” Atuk pandang bapa pesakit tu. “Ketego ni. Ada orang nak berkawan dengan dia. Takpe. Kejap lagi kita suruh dia balik ke rumah dia sendirilah. Duduk kat celah bangku tu buat apa,” kata atuk sambil mengeluarkan selabu bawang putih dan sebilah pisau lipat dari dalam beg sangkutnya.
Aku telan liur bila dengar cakap atuk. Baru aku sedar budak yang aku nampak tadi tu menatang tu sebenarnya. Patutlah opah tak bagi aku tengok dia. Fuh! Terus meremang bulu roma aku.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman facebook penulis: https://m.facebook.com/I.M.Jalut/#!/I.M.Jalut/
baru nk mai feel xkn smbg plak
Eh sama omur gan makcik ke..the cave of the golden roses
Mana fantaghiro?
Haih..jalut..jalut..kalo bersambung kabo bersambung, kalo da tamat kabo ler da tamat..ish..ish
Cita xhabes puleekkk
adeh sambung la pulop…huhuhu
jalut!!!
mana lg cite dia????
aiikkk???
Dah baca kat mana tah..
??????
Dah baca sampai part 3 kat fb page penulis. Search imam muda jalut. Cerita best. ??????
Oh dia ada facebook ya. Thankyou2. Tercari2 pula nak baca cerita dia.
Dah baca gak smpai part3… tapi mcm tergantung jer lagi..
Penulis pun 1 la.. duku pala tu kang..
Tulis la..
*akan bersambunng lagi di lain episod*
Jangan la tinggai jalan citer cmtu jerhhh…
Aptb..
elok suruh atok kau lepuk si geng sajat tu biar dia kembali ke fitrah sebenar .
Aku macam eh dah habis ke? Ke kau lupa nak sambung kau terus send je? Jalut we want more!
We want Jalut…
We want Jalut…
We want more…
We want chipsmore…
Ehhhh terlapar plaaakkk…
Huhuhuhuuuu…
Hahaha terkejut dia citer habis macam tu je faz punyalah kusyukn?? Akak sy baru lps makan chipsmore!!! Kebetulan betullah??
I know what u did last time…
Hahahahahah…
Lengkali beli lebih…
Akk nk yg paket ijo yg choc hazel tu taauuuu…
laa tak tahu lakkk siput b**i khunsa. nasib ada gak geng
Hahhahahahhaa…
Gelak guling-guling…
gaya story Tamar Jalis je
tengah sedap membaca “aik dah habis ke”?? sama2 lah kita tunggu yea..ada sambungan ke idok…
Salam IM Jalut.Please continue your story.Best.
Aik tetbe hbs..tengah syok2 baca ni..xpela nk bca kat fb la dlu.xsabo nak baca.hahahah..
kuih bangkit saya belum , tapi cerita ni bersambung pulak~~..
cepat laa sambung bang oiii ~
punye panjang cerita camtu je ending???
jaluttt pls sambung oiii
Nak minta sapa yg pandai bercakap dgn jin : ijam kachak pun pandai kot.
Cuba tanya jin syaitan tu corb circle kat ldg gandum sapa yg bt.. manusia ada jgak yg buat.. aku tau..adakah jin pun bt jgak..aku tgk kat utube
Wah best.. boleh la bace sambungan nanti ?
siput b**i khunsa?hahaahahah..adeh kelakar pulak part tu
sambung cepat nooo..
Jalut, please sambung Part 4 tu. Dah main banting-banting cucu org lak menatang tu
Jalut ni kelako juga orangnya.. part siput b**i khunsa tu den golak..haha
Siyes la ade siput b**i khunsa??
sambung uitttt
?
nape x de space sakit mata baca
Tetiba tamat macam tu ja ka?
Apahal mcm tu je tamat. Lu reti ke tak reti menulis ni
Dlm citer tu sebenarnyer, dier nk cakap yg dier nampak budak hantu tu je.. Huhuhu