Berubat

Assalamualaikum dan hai sekali lagi buat semua pembaca fs. Terima kasih admin sbb sudi siarkan kisah aku yang sebelum ini. Ala kisah curi syampu dan kisah akak tu. Terima kasih juga untuk pembaca sebab sudi membaca.

Kali ni aku nak cerita kisah pergi berubat pula. Yela family aku ni dah kena macam-macam gangguan sebab tu nak kena berubat. Kisah yang ni pengalaman aku ikut mak abah aku la. Tapi cerita kali ni tak seram. Kalau rase tak nak baca boleh lompat cerita lain ye.

Kali pertama aku ikut mak aku pergi berubat sebab aku selalu sakit kaki. Mak aku suruh la ikut mana tau ade gangguan kan. Bila dah macam tu aku pun setuju jela. Masa ni nak pergi berubat kat darul syifa. Tempat ni baru je buka. Masa sampai tu tak ramai lagi orang. Kena tulis nama untuk giliran berubat.

Masa mula sampai tu tak ade ape la lagi. Akak pun tengok cam ok je. Tapi bila ustaz tu nak mula ngubat akak mula la resah. Akak jadi cam takut je. Mak duduk sebelah akak ajar akak zikir. Tak lama tu aku cakap kat abah aku rasa takut. Rasa sayu je perasaan aku ni. Abah pun duduk sebelah aku.

Tak lama lepas tu aku dah tak boleh kawal diri aku. Cam orang lain yang kawal. Aku boleh nampak ape yang jadi tapi tak boleh nak buat ape-ape. Dari duduk aku berdiri aku pandang depan. Aku tengok ade laki kat depan pastu aku pandang belakang dalam fikiran aku ni dah pikir nak lari je.

Aku mula mengorak langkah. Abah terus capai tangan aku. Aku merontan pegangan abah terlepas aku cuba lari tapi laki yang kat depan tu bangun dan dapat tangkap aku.

Aku berusaha untuk lepaskan diri. Lepas tu ustaz datang nak ubatkan aku. Ustaz baca ayat quran. Aku melawan sampai kena tumbuk la ustaz tu. Ustaz tu cuba rawat aku sampai satu tahap ustaz tu tunjuk kat tapak tangan die tanye nampak tak ni.?

Ustaz tu kate nampak tak kuil kan ni. Aku dah pelik cam mana tu ustaz tu boleh baca pikiran aku. Ke ustaz tu yang cuba buat aku berimaginasi. Ustaz tu tanye nak keluar tak? Aku masih lagi melawan tak putus asa. Sampai la ustaz tu buat gaya orang kena sembelih baru la aku sedar. Dalam waktu rawatan tu aku sentiasa istighfar dalam hati. Aku pikir tak nak susahkan mak abah aku. Disebabkan macam tak ade perubahan kat akak kami berenti buat rawatan kat situ.

Kami juga pernah berubat dengan orang kampung kami. Katanya baru je dapat ilmu mengubat orang. Mak abah pun cubalah bila orang nak bantukan. Kami pun lepas maghrib pergi la rumah bomoh ni. Die ngubat cam orang lain juga. Baca ayat-ayat tu semua. Tapi kena bayar untuk pagar rumah dengan barang dia bagi. Pastu bomoh tu kata kena bagi duit mahar sebab duit tu kena masukkan kat tabung masjid. Habis beribu duit masa berubat dengan bomoh ni. Abah pun pikir yang bomoh ni cari makan dengan cara ni.

Masa berubat dengan bomoh ni ade adik perempuan aku sekali. Mak aku nak ubatkan adik aku ni sebab macam lagi teruk kena histeria pada aku. Dalam tempoh berubat dengan bomoh ni rumah aku selalu ade pelesit datang. Pernah juga adik aku ni tiba-tiba bau macam nasi hangit dari dalam bilik. Bila cerita kat bomoh tu die kata tu tanda ade gangguan. Aku pulak selalu sakit belakang tapi sebelah je. Bila mak aku tengok mak aku kata separuh dari belakang aku bengkak. Ade kesan gigi lagi tanda kena gigit dengan pelesit.

Mak aku sentalkan limau yang bomoh tu bagi. Dah berapa hari cam tu baru la kurang bengkak tapi benda tu pindah lak hisap belakang aku yang belah kiri pulak sebelum ni belah kanan. Sebab limau da habis mak aku sapu dengan bawang putih je. Boleh test sape yang selalu kena gigit pelesit. Baca fatihah selawat ayat kursi dengan 3qul.

Pernah sekali mak aku buat bacaan doa selamat dekat rumah. Bomoh ni pun ade la jugak. Dia kata nampak banyak sangat pelesit terbang keliling rumah. Tapi tak boleh nak masuk. Dia tanye aku nampak tak. Aku cakap sekor pun aku tak nampak. Tapi aku pelik sebab aku cam boleh tahu yang ade pelesit tengah terbang keliling rumah aku sebelum bomoh tu tanye. Macam bende tu dalam pikiran aku je. Tapi aku tak boleh nampak. Yang ni pun kita orang berenti berubat. Banyak sangat mintak duit.

Kisah ketiga aku pergi berubat kat Jengka. Jangan tanye Jengka berape sebab dah tak ingat. Kali ni tukang rawat seorang laki tua. Pergi sini sebab jiran kate orang histeria boleh jadi diam bila masuk rumah tu. Tapi masa mula sampai situ akak aku pengsan kat kerusi beranda rumah tok ni. Yang tok ni tak de pun datang tolong dia biar je. Abah aku yang ubatkan sendiri nak bagi sedar.

Yang ni aku ringkaskan jela ye. Dah panjang sangat aku taip. Kami buat rawatan bekam dengan tok ni. Masa mak aku bekam, keluar taring dekat pinggang mak aku. Aku pun buat juga bekam ni pun keluar taring juga tapi besar cikit pada yang mak aku. Pastu abah aku pula buat. Dekat kaki abah aku keluar jarum ade berape batang entah aku tak ingat. Abah kata lepas bekam rase ringan cikit kaki. Tapi tak bagi aku. Aku rasa badan aku jadi lemah je lepas bekam.

Tok ni juga ade tunjuk kat kami barang yang dia simpan. Dia buka pintu bilik sebelah tempat tok ni rawat kami. Dalam tu ada macam-macam senjata, ada keris lembing entah ape lagi ade dalam tu. Yang buat aku teruja tengok keris berdiri. Ade banyak keris yang berdiri sendiri. Selain kami yang berubat ni ade orang lain lagi biasa la kan.

Tapi abah ni selalu buat analisis kat tempat kami pergi berubat. Masa tunggu giliran berubat kami tengok la orang lain yang berubat. Guna kaedah bekam ni la. Ade sorang mak cik ni keluar duit syiling yang balut dengan lilin. Ade juga yang sama dengan aku dan mak keluar taring.

Kami ni pergi berubat kat sini 3/4 kali la juga. Bila dah tengok cam tu bila balik abah pun buka cerita. Abah tanya dulu rasa okey tak berubat kat situ. Aku kata okey je. Pastu abah pun kata yang rasa cam orang tu tipu je. Sebab orang yang dirawat tu keluar benda yang sama. Abah kata pernah sembang dengan yang datang berubat kat situ cerita pernah juga keluar duit siling balut lilin. Yang lain pula kata pernah keluar taring juga.

Yang paling tak seronok berubat kat sini sebab tok tu siap sebut sape yang dengki dengan kita. Bagi tau nama lagi. Sedangkan bila diperhatikan tak betul pun. Abah pernah minta tok tu ambil botol yang orang hanta kat rumah. Memang tok ambil tapi bukan botol yang tertanam kat rumah. Akak cakap tok tu bukan ambil ape yang ade kat rumah ni. Tapi tok ambil botol yang penghantar tu sediakan untuk hantar ke rumah. Tok tu cam tak boleh nak ambil. Cerita pasal botol ni lain kali la aku cerita ye. Ni pun dah panjang sangat.

Cikit pesanan aku kalau korang nak pergi berubat. Bila pengubat tu kenakan duit yang korang rasa tak masuk akal untuk berubat batalkan la niat korang nak berubat tu. Pastu kalau jumpa dengan orang yang suka cakap besar boleh ubat kan orang pun pikir la banyak kali. Selalu ye yang cakap besar ni tak bekesan pun bila ngubat. Satu lagi cari la orang yang betul-betul guna ayat al-quran. Bukan ye jin. Takut nanti dia hantar jin tu pula kat rumah kita.

Last sekali mintak maaf kalau ayat ni berterabur. Cerita ni tak seram pun. Cuma sebahgian pengalaman family aku pergi berubat yang aku tengok sendiri. Maaf atas khilaf diri ini. Sehingga berjumpa lagi di lain waktu.

5 comments

  1. mula2 da elok da pg farul syifa
    lpas tu yg pg jumpa bomoh tu dah knape?
    hmmmmm
    pergi terus laa dekat darul syifa tu..da komfem2 ustaz & paling pnting cara berubat tu ikut syariaat
    alahaaii

    1. penyakit mcm ni x smua pengamal perubatan boleh buat, prnah family aku smpai jumpa 5 ke 6 org ustaz pun susah nk sembuh smpai lah ustaz yg last ni alhamdulillah, gangguan dh xde

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *