Bibik Psycho

Assalamualaikum semua pembaca Fiksyen Shasha. Nama aku Hani. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Aku share cerita ni bukan nak menakut-nakutkan korang yang ada bibik but just a share untuk amik pengajaran.

Memandangkan aku dan suami masing-masing bekerja, so kami memang tak ada masa untuk jaga rumah. Lebih kurang sebulan lepas aku lahirkan anak kedua terus kami upah pembantu rumah warga Indonesia. Kerja dia urus hal dalam rumah je sebab anak-anak aku hantar ke pengasuh. Awal kerja aku puas hati la dengan kerja dia. Rajin, cekap semua ada la. Tapi bila masuk bulan kedua dia mula buat perangai.

Aku ni kerja bahagian hospital so uniform aku memang putih. Tengah kalut pagi tu nak pergi kerja aku tengok dia kalut buat breakfast sampai lupa nak iron baju kerja aku. Malas nak cakap banyak aku buat la sendiri. Waktu nak angkat baju nak letak atas iron board tu, tergamam aku tengok baju aku dah bertompok-tompok d***h. Mendidih jugak aku time tu. Aku tanya dia, kau putar baju aku dengan pad d***h kau ke? Sebab aku tak period time tu. Tersengih je waktu aku tanya. Nasib suami aku ada time tu kalau tak nak je aku tampar dia.

Tu baru first. Pastu dia mula dominasi rumah aku. Aku tak tahu mantera apa dia baca. Bila aku nak masuk rumah je terus aku rasa letih yang teramat sangat. Balik kerja terus tidur sampaikan suami aku yang selalu oncall tu pun tegur sebab aku letih melebihi dia. Then, ada sepupu aku datang rumah. Dia tegur aku. Kenapa rumah aku ni tak ada seri macam selalu. Aku tengok dia pelik. Pastu dia tak cakap apa dah sebelum pesan kat aku suruh banyak-banyak baca Quran, zikir kat rumah.

Ada satu time tu, aku nak tengok sikit bibik aku ni buat apa sebab time senja je dia hilang. Solat maghrib? Wuduk amik kat mana? Toilet kat luar bilik. Aku perhati dia tak pergi berwuduk pun. Aku pun bukak pintu bilik dia slow-slow. Terkejut aku bila tengok dia pakai bikini sambil tengah make up depan cermin. Dia bukan belasan lagi ok. Dah masuk 40 something. Terkejut aku sampai terjerkah dia. And her reaction was toyaa tak bersalah.

Aku pikir time tu. Aku amik bibik ke psycho mana kerja kat rumah aku. Kat dapur tu tak payah cakap la. Dia susun semua barang terlangkup sekali dengan kicap sos aku tertungging ke atas. Bila aku tanya bagi jawapan bodoh pulak. Berangin satu badan aku. Banyak lagi benda pelik dia buat kat rumah aku tu.

Ni tak masuk kes anak-anak aku lagi. Anak aku yang first tu umur dalam 5 tahun. Waktu aku tengah sembang atas katil dengan suami aku, anak aku join sekali. Aku tepuk-tepuk la p******g dia nak bagi tidur situ. Then aku rasa pelik kat p******g dia. Aku bukak la tengok benda apa. Guess what? Ada pad berdarah kat celah kangkang dia. Anak aku cakap bibik yang letak. Aku time tu fikir penderaan seksual. Memang aku tak boleh fikir dah time tu. Malam tu jugak aku tampar dia then suruh dia keluar dari rumah. Kes anak aku pun suami aku handle tapi alhamdulillah tak ada berkait dengan penderaan seksual.

Suami aku pun assume bibik aku ni psycho. Waktu aku halau tu ingatkan dia dah hilang tengok- tengok dia tidur dalam kolam ikan depan rumah aku yang kering tu. Then kami pun contact dengan agent pembantu rumah maklumkan condition dia. Kami sendiri bawak dia pergi jumpa psychiatric bincang semua. Assumption suami aku tepat. Psycho. Mental disorder. Bila tengok history dia from agent memang problem. Anak dia ada tiga orang and tiga-tiga meninggal dalam kemalangan. Parents dia ada bipolar disorder until died before she came to Malaysia.

Kesian. And at the same time geram sedih semua bercampur. Tak semua orang ada latar kehidupan yang bahagia. Dia jadi macam tu sebab background dia. Entahla. Aku serik dah nak ambik pembantu rumah selepas dia. Lepas kes tu, sepupu aku cakap yang bibik aku tu amalkan ilmu hitam. Aku tak tau nak komen apa. Frame yang tergantung ayat kursi kat bilik dia pun dia terbalikkan. Semoga dia mendapat hidayah. Amin.

hani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]

5 thoughts on “Bibik Psycho”

  1. Gila betul. Dalam 100%, cuma 5% je aku percaya dengan orang Indonesia ni. Aku minta maaf byk-byklah, sebab terlampau banyak kes yang melibatkan perempuan dari seberang.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.