Bidadari Hati

Assalamualaikum fiksyen shasha , dan para pembaca sekalian .. Cerita yang aku nak sampaikan kali ni , adalah kisah benar.. Yang pernah terjadi dekat ibu kawan baik aku.. Maaf Mimi (bukan nama sebenar) Aku kongsi kisah perit hidup kau.. Supaya dapat dijadikan pedoman , dan pengajaran. Untuk pengetahuan semua readers, kami masih di sekolah menengah.. Berada di tingkatan 4, namun kini kami tidak lagi bersekolah di sekolah yang sama.
Disini , aku akan gunakan nama samaran sahaja.. Nak tahu apa jadi, baca sampai habis 🙂

TAHUN 2016 (Akhir tahun)

Loceng berdering , menandakan tamat waktu persekolahan.
Aku dan Mimi lantas keluar daripada kelas dengan wajah yang ceria. Kami berjalan keluar daripada sekolah. “Wei, tu mama kau dah sampai. Bye Mimi.”, Aku melambai-lambai dirinya, dengan wajah tersenyum. Mimi ialah sahabat baik aku, dari sekolah rendah. Dan kami hanya satu sekolah pada tingkatan 1 sahaja.

Keesokan harinya, dia meluahkan perasaan yang kini menghantui fikirannya. Dan bermulalah, titik hitam dalam hidupnya.

“Sya, aku risau mama aku. Lately, dia macam, batuk-batuk and cepat penat. Setiap kali waktu maghrib je, mesti badan dia panas. Aku dah suruh dia pergi hospital, tapi dia degil. Dia cakap tak teruk lagi”, Jernih airmata yang mengalir menandakan perasaan sedih dan risau seorang anak. Aku hanya mampu menasihatinya dan menjadi penguat semangatnya. Dia seorang yang ‘happy-go-lucky’ , namun di sebalik wajah ceria itu. Aku tahu, dia tengah menahan sebak dan sedih di hati. Aku mengusap bahunya perlahan. Aku mencadangkan kepadanya, agar membawa ibunya yang sedang sakit itu kepada ustaz-ustaz atau pengamal ilmu perubatan tradisional (yang Islam). Dia sekadar mengangguk melepaskan lelah. Mungkin dengan berusaha mencari jalan dan bertawwakal dapat mengubati ibunya itu.

Mimi ada memberi tahu kepadaku, yang dia dan ayahnya akan membawa ibunya itu pulang ke kampung halaman. Bertujuan mengubati, ibu yang dikasihi.

Pada tahun seterusnya, aku mendapati bahawa Mimi tidak lagi bersekolah di sini. Dia sudah berpindah, atas alasan tertentu. Aku sudah tahu tujuannya berpindah. Ibu yang disayangi, harus segera diubati. Kami tidak terputus hubungan, kerana ada kemudahan telefon yang menghubungkan kami. Dia sentiasa memberi khabar beritanya dan keluarganya kepadaku.

Suatu hari, dia mengatakan ibunya sudah tenat.

“Mama , Mimi sayang mama. Mama janganlah tinggalkan Mimi dengan adik-adik. Mereka kecil lagi ma. Mama kena kuat. Lawan sihir tu ma. Mimi sentiasa akan bagi sokongan dekat mama.”, Mimi memeluk ibunya sambil menangis. Sungguh Mimi menyayangi ibunya. Sampaikan, dia pernah berkata jika ibunya ‘pergi’ dia juga akan mengikuti.

“Mimi, mama sayang Mimi dan adik-adik. Mama kuatlah ni, kalau tak. Mama dah lama pergi Mimi. Lagi satu sayang, jangan berdendam ya nak. Walaupun kita dah tahu, siapa yang buat mama sampai macam ni. Biarkanlah dia. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang ya sayang.”, Kata Ibu Mimi, dengan nada sayu dan perlahan. Ibunya tidak mampu bercakap seperti biasa, kerana tenaganya tidak lagi seperti dulu. Ibu Mimi hanya merenung Mimi yang semakin deras airmatanya.

“Kesuma dewi, kau ku seru..
Tujuh lautan, tujuh daratan..
Biarkan m**i di tapak tanganku..
Mari ke mari engkau ku jamu”, Mentera dibaca oleh seorang wanita. Dihembusnya kepada gambar Ibu Mimi. Dia mendendami Ibu Mimi sejak awal bekerja di syarikat X, kerana Ibu Mimi seorang yang rajin, seorang yang berkemahiran dan disenangi ramai. Namun, ada yang tidak berkenan dengannya. Dan, bertambahlah manusia yang bertopeng syaitan di atas dunia ini.

Biarlah aku menamakan si pendendam dengan ‘Suzzy’. Supaya kalian tidak keliru.

Suzzy lebih berdendam kerana, setiap kali tugas yang diamanah oleh ketua mereka. Mesti Ibu Mimi yang segera menempa kejayaan.
Suzzy seorang yang berhati busuk, berjiwa kejam. Suzzy pernah menggugurkan anak luar nikahnya bersama bekas tunangnya. Dan sudah menjadi bahan gossip di pejabat. Apabila Mimi memberitahu aku siapa pelakunya. Aku menjadi marah dan simpati. Yang menyihir ibunya, adalah rakan yang terdekat dan kesihatan ibunya makin merundum kerana sihir makin bertambah kuat.

Pernah sekali, ibunya memuntahkan sebilangan paku berkarat dan serpihan tulang b**i hutan. Saat aku mendengar khabar berita itu. Aku tergamam dan buat seketika aku rasakan dunia berhenti berputar. Betapa tiada nilai kemanusiaan dalam hati si pelaku. Sudahlah mendapat dosa besar. Malah menyengutukan Allah S.W.T. .

Dan pernah juga, Ibu Mimi hilang keupayaan untuk mendengar. Siapakah si pelaku untuk menarik kemampuan yang Allah beri pada setiap hambanya? Aku semakin geram dan marah saat mendengar, bahawa Ibu Mimi pernah terhenti jantungnya buat seketika. Kalaulah aku berada di tempatnya. Pasti aku berasa dunia ini sudah gelap dan tidak mampu untuk diteruskan lagi. Kerana, Ibu adalah sebahagian dari nyawa dan jiwa. Mimi tidak pernah lelah menjaga ibunya dan adik-adiknya.

Walaupun umurnya baru 14 tahun. Namun, pengorbanannya hanya Allah yang tahu. Dia pernah dipanggil pihak sekolah kerana banyak hari tidak datang ke sekolah. Alasannya, untuk menjaga ibu dan adik-adiknya. Ayahnya pula, bekerja di luar kawasan. Tidak selalu pulang menjenguk dia dan adik-adik serta ibunya. Demi mencari sesuap nasi, ayahnya mengorbankan perasaannya yang meronta ingin sentiasa berada di sisi isteri.

“Papa, mama makin teruk. Papa pulang sekarang ya. Mimi dan nenek tunggu di rumah. Assalamualaikum”, Suaranya serak kedengaran di corong telefon. Dia tidak sanggup memberitahu keadaannya ibunya dengan sepenuhnya. Tidak bermaya dan lesu, itulah yang dirasakannya saat itu.

Sesampainya, ayah Mimi di kampung. Dia menangis meratapi keadaan isterinya. Namun, isterinya kaku tidak bergerak kerana baru sahaja dibersihkan oleh Mimi. Mungkin letih, dan lelah kerana tenaganya hanya berbaki sisa-sisa.

Mimi hanya mampu menangis di sebalik langsir. Dia mengenangkan nasib dua orang adik lelakinya. Ujian yang menguji keimanan Mimi dan mengajar Mimi menjadi tabah.

Apabila malam berlabuh, dia pasti akan mengambil tempat di sisi ibunya. Dan mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di telinga ibunya. Mimi seorang anak yang baik dan solehah. Dia merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Jarak umurnya dengan adik-adiknya jauh. Maka, daripada situ dia berazam akan menjaga dan mengasihi adik-adiknya seperti ibunya menyayangi mereka. Namun, kasih seorang kakak tidak sama seperti kasih seorang ibu. Adik-adiknya kadangkala meragam hendak ibunya yang menyuapkan mereka makan. Nasib Mimi baik, dia mampu memujuk adik-adiknya.

Tahun 2017( akhir tahun )

Mimi memandang seorang perempuan yang berbaju putih dan bertudung putih. Dia seakan mengenali wanita itu. Segera dia cuba melangkah ke arah wanita itu. Lalu wanita itu berpaling melihatnya. Wanita itu, ibunya. Ibu Mimi tersenyum lembut daripada jauh. Senyuman itu seolah-olah senyuman yang paling ikhlas dan gembira daripada seorang wanita yang bernama ‘ibu’. Dia cuba mendekatinya. Namun semakin jauh dia mengejar, semakin jauh ibunya berada. Lalu, Ibu Mimi berpaling dan meninggalkannya. Jauh. Sehingga tidak kelihatan lagi di ruang mata. Bergenang airmata Mimi. Perit rasa jiwanya menelan apa yang berlaku.

Mimi membuka matanya dan terus melihat ibunya. Mujur itu hanya sebuah mimpi. Dia mendekati ibunya. Lalu, dikejutkan seperti biasa. Untuk dimandi dan dibersihkan. Berkali-kali dikejutkan. Namun tiada respon. Hatinya seakan bergelora hiba. Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Mimi merasa nadi ibunya. Dunianya seakan runtuh, nadi ibunya tidak lagi berdenyut. Allah lebih sayangkan ibunya.

Barulah Mimi sedar, yang senyuman di dalam mimpinya itu. Merupakan, senyuman akhir daripada ibu terhadap seorang anaknya. Pagi itu juga, merupakan mandian yang terakhir ibunya. Dia harus kuat mengharungi segala dugaan. Mimi berkata kepadaku, biarlah ibunya berbahagia di sisi Pencipta. Dan saat itu, sahabatku sudah ditinggalkan bidadarinya. Bidadari yang membelainya sejak kecil sudah bertemu Ilahi. Mimi menatap jenazah arwah ibunya. Disinilah pengakhirannya untuk menatap wajah yang amat dikasihi.

Jadi, sebagai seorang manusia dan khalifah Allah di bumi. Janganlah berniat buruk dan berbusuk hati kepada yang lain. Mungkin akan melibatkan anak-anak kecil yang tidak berdosa. Kini, tinggallah Mimi, adik-adiknya dan ayahnya. Mimi semoga kau redha dengan pemergiannya. Al-Fatihah.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Batrisyia Azhar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.5]

3 thoughts on “Bidadari Hati”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.