Bila Aku Keseorangan

Assalamualaikum pembaca FS, aku suka baca cerita cerita di FS. setiap malam aku baca cerita dalam ni sebelum tidur, dan setiap tengah malam jugaklah aku terjaga dan pergi menyelit tidur dekat kawan sebab rasa macam ada orang perhatikan aku dalam gelap.(perasaan) hahah.

Aku nak cerita pengalaman aku tinggal sorang sorang, mungkin kurang seram sebab aku pun kejap je rasa seram dah hilang, hehe. Tapi waktu mengalami tu memang seram lah kan. Lagi satu mungkin sebab aku bukan jenis yang nampak atau boleh rasa sebab tu rasa seram kejap je hilang (Alhamdulillah). Aku dulu kerja dengan kawan aku,adik aku(sementara tunggu result spm) jadi kami tinggal bertiga. Aku ni suka cerita hantu tapi penakut sangat.

Adik aku pulak ada kelebihan untuk nampak dan rasa kehadiran benda tu. Jadi setiap malam aku ni gelenya lah ajak adik aku kesana sini untuk tengok katmana ada benda tu. Jahat betul bila fikir balik.
Dekat rumah yang kami tinggal tu pun seram seram jugak kadang rasa, aku dengan kawan aku pernah dengar bayi menangis dan baju aku pernah dibaling dek kerana letak atas sejadah :'( . Adik aku pun selalu kata benda tu ada kat hujung kaki aku bila aku tanya kat mana. Mau tak takut. Haha. Gatal lagi tanya. Seram+penakut tu sampai aku dengan kawan aku ni mandi sama sama lah. Adik aku biasalah dia, berani dalam takut lah sebab dah biasa.

Al kisahnya, satu hari aku terpaksa tinggal sorang sorang sebab kawan aku terpaksa balik kampung, adik aku masatu dah berhenti sebab sambung study. Aku pulak takboleh cuti sebab kena kerja. Aku masatu dah lah penakut, tawakal jelah. Aku tak tidur dalam bilik tapi tidur depan tv kat ruang tamu. Aku siap letak kunci rumah dekat sebelah aku(senang nak lari).

Masa aku tengah tengok cerita isteri separuh masa, ada part yang buat aku geli hati. Aku pun punya lah ketawa sengsorang. Tiba tiba ada satu suara yang buat isyarat senyap ‘shhttttt’
Mungkin sebab aku gatal sangat sebelum ni cari keberadaan dia kan, aku syak dia tengok tv sama sama aku dan dia fokus aku pulak bising. Haha.

Kali pertama aku biar je dan aku sambung tengok dan gelak gelak lagi bila ada part kelakar. Masatu suara tu lagi kuat bagi isyarat senyap. Okay, aku terdiam sebab aku rasa macam dekat sebelah aku. Macam nak nangis je rasa (biasalah perempuan). Aku terus pegang kunci dan call mak aku. Aku cerita dekat mak aku, masa aku cerita tu aku isyarat senyap tu makin kuat pulak. Sampai aku menangis cakap kat mak aku yang aku takut. Makin menangi makin kuat dia suruh senyap.
Mak aku suruh masuk bilik dan baca apa yang patut. Mak kata kalau mu lemah dia lagi suka. Masatu kat telinga aku kedengaran shhtttt shhttt je.

Aku cakap okay inshaaAllah je kat mak aku lepastu aku matikan phone, masatu yang aku fikir aku nak keluar dari rumah tu, tak sanggup aku nak duduk berduaan dengan ‘dia’. Aku terus buka pintu, masatu pagar berantai mangga lagi, aku punya tahap takut tu sampai aku panjat pagar tu sebab takut nak lama lama lagi.

Disebabkan dari kecik aku antara anak perempuan paling lasak, masa sekolah pun aku suka aktiviti lasak jadi memanjat tu memang hobi aku. Tak ada masalah untuk aku lepas pagar tinggi tu. Lepas je pagar aku terus redah kegelapan yang pada masatu jam menunjukkan pukul 11:45 malam. Masatu punyalah banyak anjing menyalak pulak tu. Aku nak lintas jalan nak pergi rumah seorang makcik yang aku panggil nenek, rumah dekat je, hanya jalan ditengah yang memisahkan.

Aku berlari sampai depan rumah nenek, aku ketuk pintu dan beri salam dengan harapan nenek belum tidur, nasib aku baik bila pintu dibuka dari dalam. Nenek macam terkejut tengok aku datang malam malam, dia jemput aku masuk dan aku pun cerita semuanya. Nenek tanya kenapa dari awal tak datang tidur rumah dia. Aku pun sengeh jelah.Nenek suruh aku tidur rumah dia, memandangkan dia pun tinggal sorang aku pun setuju jelah, tak kuasa aku nak balik tidur rumah sorang :'( .

Aku ajak nenek temankan balik rumah kejap sebab aku nak tutup tv dan lampu sebab main lari je kan, pintu aku kunci balik lah. Haha, nenek pun teman aku balik dan aku ambil sekali bantal bola aku (aku minat tengok bola) bawa pergi rumah nenek.

Malam tu pukul 12:30 kawan aku wassap tanya aku okay tak dan dia minta maaf sebab terpaksa tinggalkan aku. Aku jawap okay jelah sebab tidur rumah nenek, esoknya bila kawan aku balik barulah aku ceritakan. Dah lah dua dua penakut, haha.

Okay, lain kali bila tak nampak atau tak rasa jangan lah gelenya macam aku duk sibuk nak tahu, bila dia rasakan kehadiran dia tahu takut lari tak cukup tanah. Walaupun tak nampak, (cukup bersyukur) aku tetap insaf untuk tinggal sorang. Insaf tinggal sorang jelah sebab perasaan nak tahu tu sampai sekarang aku masih tanya tanya adik aku. Heheh. Sekian cerita aku. Maaf banyak membebel dari seramnya.

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Nur

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.7]

4 thoughts on “Bila Aku Keseorangan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.