Bila Keluargaku Disantau, Ini Apa yang Berlaku

Assamualaikum Fiksyen Shasha dan pembaca..

Nama aku aira, Kisah ini adalah kisah benar yg terjadi pada keluarga ku.. Aku mempunyai 4 orang adik beradik..Dulu keluarga aku sangt bahagia.

Sampailah suatu saat apabila salah seorang abang aku yg bernama megat bertunang dengan seorang wanita yg bernama maria. kami mengadakan segala persiapan untuk majlis pertunangan mereka .kami disambut dengan meriah sekali.. Hari demi hari , bulan demi bulan apabila sampai saat diijabkabulkan tiba2 tunang abang aku memutuskan untuk membatalkan perkahwinan nya kerana telah mempunyai teman lelaki baru..

Bermula lah kisah seram yg terjadi pada keluarga aku akibat persengketaan yg terjadi,pada hari yg dibatalkn itu,keluarga belah perempuan telah dtg ke rumah aku untuk memulangkan cincin dan barang hantaran. Selepas seminggu kemudian,pada waktu mlm aku masih lg berjaga sekitar jam 12 mlm, ada satu perasan yg aneh dan tidak selesa.

Tiba2 aku dengar ad satu bungkusan plastik yang sangt besar jatuh dihadapan rumah aku,aku sangat takot .. ayam2 juga terjaga dan membuat bising seperti melihat sesuatu.Aku cuba lena kn mata aku mlam itu..

Esok malam pula ,aku tidor awal kerana aku takot hal mlm semalam terjadi.Tapi kali ini sangat menakutkan aku sebb aku mimpi ada ular hitam bawah meja ,bila aku bangon aku bunuh ular tu,ular itu berdarah dan percikkan darh itu menjadi anak ular yg banyak ,setiap kali aq bunuh satu2 muncul .. Aku seperti sesak nafas!! aku terjaga dengan keadaan bpeluh2 aku tengok jam pkol 12 tepat..Hanya allah swt je yg tahu perasan aku malam itu.

Dua tiga hari kemudian mak aku sakit ,badan mak aku macam lumpuh.Muntah2,Tak selera makan.Bila aku pelok,aku rase getaran dan jantung nya laju sangat..mak aku mula meracau2 magrib tu.aku rasakan rumah aku panas.Setiap tiang rumah aq berbau busuk.Malam tu jugak aku pangil ustaz untuk tengok kan rumah aku, ustaz tu dtg dan cuba ubat kn keluarga aku.. Ustaz tu ckp ,keluarga aku kene santau,ad yang hantr sebab tak puas hati .

Bile selesai semua ustaz pon balik.Aku ingat kan semua nya beransur baik.Rupanya aku silap, Malam tu juga bnda tu mengacau 1 keluarga aku,Dia main kat tangga,turun naik tangga,Dia main dekat dapur jatuh2 kan cawan . Siap dengar orang cakap assalamualaikum kat luar umah malam2 buta,Bunyi pasir atas bumbung.hari2 berikutnya pun macam tu..

Hari demi hari keadaan keluarga aku makin terok.Mak aku tak lngsung beransur pulih.Macam2 ustaz dah kami iktiar tp tak berhasil sehinggalah bulan ramadhan menjelma..Orang selalu ckp bulan ramadhan takde jin takde syaitan.Kau silap dik..Mak aku sakit ,benda tu masih ada dlam badan mak aku..

Tiap magrib je mak aku meracau ,penah 1 hari ,waktu petang sebelum senja,aq mandi kan mak aku ,mak aku meracau nk cocok aku pakai pisau buat potong limau untuk air perahan mandi.. lari mencecet aku masok bilik.pernah jugak mak aku berjoget tengh malam sambil campak yasin ,alquran depan aku merangkak2,mak ai mcm nak mati aku rasa..mata tak yah cakap mcm panda tak cukop tido sebulan..

Banyak kejadian pelik yg berlaku, Tapi akhirnye semua dah selesai cuma kesan nya sekarang mak aku kemurungan. sampai kehari ini,aku lah yg menjaga dia. cuma nak mintak korang doakan mak aku cepat sembuh ya.. Sory kalau tak seram.. Cuma saja nak share cerita..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

  1. takut ada kata2 yang menyakitkan hati keluarga bekas tunang..kita tak berada di situasi tu..semua yg berlaku mestilah bersebab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *