Bilik 101

Assalamualaikum warga FS, terima kasih pada admin kerana sudi menyiarkan cerita saya ini. Terasa terpanggil untuk menceritakan pengalaman yang saya alami sendiri.

Ceritanya bermula pada pertengahan tahun 2008. Saya mendapat tawaran kemasukan ke matrikulasi di utara tanah air Malaysia. Terdapat 9 blok di matrikulasi ini yang merangkumi 6 blok perempuan dan 3 blok lelaki. Blok lelaki terbahagi kepada 2 blok, iaitu 1 blok jurusan sains dan 1 blok lagi ialah jurusan perakaunan. Saya merupakan pelajar perakaunan pada tahun tersebut dan bilik yang saya diami ialah Bilik 101.

Bilik 101 merupakan bilik paling awal ditingkat bawah sekali, berdepan dengan padang. Alhamdulillah, rakan bilik semuanya sporting belaka walaupun ada beberapa orang yang merokok (termasuklah aku), haha.

Salam perkenalan kami dengan “penghuni lama” ini bermula apabila kami masing-masing mengalami pengalaman seram di dalam bilik ini. Pengalaman yang saya sendiri tempuhi ialah stay-up pada waktu tengah malam. Tingkap di dalam bilik ini mempunyai lapisan kedua iaitu jaring untuk mengelakkan dari serangga terbang masuk ke dalam bilik, tetapi jaring yang ada banyak yang dah rosak. Pukol 12.30 malam, sedang khusyuk belajar sambil layan lagu rock cintan, anak mata terpandang sesuatu di tingkap. Pada mulanya malas nak layan, tetapi semakin lama tiba-tiba bau darah busuk segenap bau di dalam bilik. Saya perlahan-lahan mengemas barang dan berlari ke katil.

Pada keesokan harinya semua bercerita mengenai pengalaman masing-masing tentang bilik ini. Peristiwa kami dikacau ini berlarutan sehingga 6 bulan lamanya, sampai feeling seram dalam diri masing-masing sudah hilang. Lama-kelamaan kami mula memahami, “penghuni lama” itu marah jika bilik kami kotor, dengan polystyrene, punting rokok dan sebagainya. Jika bilik kami bersih, kami tidak akan terima sebarang masalah.

Peristiwa ini menjadi semakin serius apabila suatu hari ada kawan kami (hus) dari bilik lain tumpang belajar dan tidur di bilik ini. Malam itu, hus kena kacau sampai tak boleh nak tidur, benda tu bertenggek di hujung katil melihatnya tidur, berdiri di atas besi di katil atas double decker dan menarik selimut dia. Semenjak hari itu, hampir setiap hari kami dikacau sehinggalah banyak barang-barang kaca seperti cawan yang di letakkan di dalam cabinet, pecah! Rupanya benda tu marah sebab kawan kami menumpang di bilik itu.

Kami menceritakan pengalaman kami ke fellow kediaman. Baru kami tahu yang bilik itu sudah dekat 10 tahun tiada penghuni kerana bilik itu merupakan laluan benda ini. Batch tahun kami terlalu ramai memaksa pihak pengurusan untuk membuka bilik itu. Setiap minggu kami perbanyakkan bacaan Yassin supaya gangguan yang kami terima berkurangan. Alhamdulillah, gangguan tersebut kurang tetapi masih terdapat sedikit gangguan manja dari beliau seperti bau busuk, tingkap diketuk, pintu dicakar, bunyi barang dicampak di stor sebelah bilik dan sebagainya, yang penting tidak sampai mencederakan ahli penghuni bilik itu.

Pada hari last sebelum tamat pengajian kami di sana. Semua penghuni bilik 101 kena gangguan terakhir, dan mungkin merupakan salam perpisahan dari beliau, haha. Aku nampak real benda tu, menjenguk muka di atas tingkap kaca di atas pintu, yang tingginya dianggarkan mencecah 3 meter.

Melompat aku turun dari katil, terus tidur di atas katil member aku, haha. Member aku pula, belajar sambil baring di depan pintu, tiba-tiba dia nampak bayang kaki berhenti depan pintu, korang bayangkan ibu jari “benda” tu panjang masuk dibawah celah pintu. Berlari dia tidur sebelah aku, haha.

Lagi sorang kena ganguan di tingkap sebelah katil dia, bunyi seakan-akan orang baling batu, tapi dia ni cekal je, stay-up sampai pagi, itu pasal pointer 4 flat, haha. Lagi 4 orang member aku ni, kena serentak! Meja belajar kami saling bertentangan antara satu sama lain, so semua orang blajar menghadap dinding lah.

Tiba-tiba tengah sedap dorang study last paper, ada benda menangis di tengah-tengah diorang (maksud aku dekat belakang dorang lah). Terus terkumat kamit dorang baca ayatul kursi, yang diulang-ulang baca sebab asyik tersalah. Ekor mata salah seorang kawan aku ternampak seorang perempuan tua sedang berdiri memegang sesuatu, masing-masing pejam mata sampailah benda tu pergi, haha. Kiranya salam perpisahan paling gempak abad inilah kami terima. Alhamdulillah, untuk subjek tu, semua kami dapat A, berkat kena kacau.

Sampai sini sahajalah cerita aku, nanti aku sambung cerita aku apabila melangkah kea lam universiti pulak ya.

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *