BILIK 203 Hotel Budget KL

Assalamu’alaikum..

Hi all… apa khabar? Terima kasih admin kerana siarkan setiap kisah yang dikongsi. Terima kasih juga kepada smeua pembaca, korang memang sporting.

Nama aku naz@robotnaz. Kali ini aku ingin berkongsi kisah atau pengalaman yang telah aku alami sewaktu menginap di salah sebuah hotel budget di kuala lumpur.

Nama hotel takbolehlah aku dedahkan di sini tetapi apa yang boleh aku beritahu adalah hotel tersebut letaknya di kawasan brickfields. sekitar dua tahun yang lalu, aku telah ke kuala lumpur untuk menghadiri beberapa program anjuran mara. Biasanya, pihak penganjur akan menyediakan tempat penginapan para peserta tapi taktahulah kenapa waktu tu semua peserta yang datang dari jauh perlu mencari tempat penginapan sendiri.

Program tersebut berlansung selama lima hari, kesemuanya ada tiga program yang berlainan dan kesemua program bermula dari pukul 8 pagi sehingga pukul 6.30 petang. Jadi, cari punya cari aku jumpalah sebuah budget hotel ni, harga boleh tahan murah dan bilik juga boleh tahan cantik. nak duduk seminggukan, mestilah cari tempat penginapan yang selesa.

Tanpa fikir panjang, aku terus checkin untuk satu minggu. “mau checkin berapa malam?” staff hotel yang bertugas pada waktu tu bertanya untuk kepastian.
“enam malam, berapa semua?.”
“satu malam rm60 so total rm420. Takpa, u bayar untuk satu hari dulu. Besok baru bayar semua.”

“eh, takpa takpa. Saya nak bayar semua sekarang. lecehlah macamtu.”
“okay, boleh tapi kalau sudah bayar. Apa-apa hal berlaku, takda refund.” Jelas staff tersebut lagi. aku sekadar mengangguk tanda faham dan settuju. Aku bagi dia IC, dan duit rm420. Setelah proses daftar masuk selesai, lelaki itu beri aku kunci bilik.

“bilik 203, u naik itu lif. Tekan nombor dua, sampai tingkat dua u keluar lif terus belok kanan. Jalan sikit je, nanti u nampak bilik 203.”

Segera aku ambil kunci tersebut dan mendapatkan lif yang tidak jauh daripada situ. Aku naik ke tinggkat dua dan terus menuju bilik yang dinyatakan.

…………………………………………………

“assalamu’alaikum…” aku memberi salam sebaik saja aku membuka pintu bilik tersebut. semestinya tiada jawapan sebab takda orang kat dalam bilik tu tapi waktu aku jejakkan kaki je kat bilik ni tadi tiba-tiba macam ada satu angin menerpa ke muka aku. serentak itu, hidung aku meangankap satu bau haruman yang sangat wangi.

Aku pozitif saja, seperti biasa aku akan ke bilik air terlebih dahulu apabila aku masuk ke tempat penginapan yang baru. Kata orang, jika sesuatu bilik, rumah ataupun tempat penginapan itu telah lama ditinggalkan pasti lantai bilik airnya kering. Kalau basah, maksudnya ada penghuni lain dalam tempat tersebut. tapi, inikan hotel, mestilah ada orang yang checkin dan checkout. Kemudian, pasti cleaner akan masuk ke setiap bilik untuk membuat pembersihan.

Perlahan-lahan pintu bilik air aku buka, nampaknya lantai bilik air ini basah. Bukan basah sedikit tetapi basah seperti ada orang baru lepas mandi. Turut keleihatan beberapa helai rambut perempuan di atas lantai. ‘hmmmmm cleaner baru cuci bilik air kot tapi tu rambut siapa?.”

Kring…. Kring….. kring…..

Sedang aku befikir tiba-tiba telefon bilik tersebut berbunyi. Segera aku keluar dari bilik air dan jawab panggilan tersebut.

“hello, bilik 203.”
“hello, are you ok?” kedengaran suara seorang perempuan di hujung talian.
“yup, saya okay. Kalau ada apa-apa saya akan call.”
“okay, bye…”

Kata-kata akhir dari pemanggil tersebut membuatkan aku sekali lagi terfikir yang bukan-bukan tentang bilik tersebut. seumur hidup aku, belum pernah lagi staff hotel call bilik, tanya sekian sekian dan sekian kemudian nak letak phone dia cakap bye.

Tadi rambut, lantai basah dan sekarang orang call tanya oaky ke tak then dia cakap bye. Aku fikir dan terus befikir, akhirnya aku decide untuk tetap pozitif. Semua bayangan yang bukan-bukan aku campak jauh-jauh dari fikiran.

……………………………………………

“hello bro, nanti jangan lupa jemput aku. aku kat hotel ****.”
“eh, apasal checkin situ? kenapa tak checkin kat tempat biasa? Takpun tumpang je rumah aku. kan lebih jimat.” Cara zarif meminta penjelasan membuatkan aku kembali teringat kepada perkara-perkara yang berlaku siang tadi.

“dynasty? Mahal gila. Nak lepak enam hari kot. Aku seganlah nak tumpang rumah kau. Kan ada anak bini kau, aku dan mereka pasti tidak akan selesa.”
“herm, yelah tapi kau dengan siapa tu? bawa awek ey? Suruh dia diam sikit. asyik menyanyi je dari tadi.”

“aku soranglah, kau jangan macam-macam bro.” aku anggap zarif begurau.
“hahaha, takdalah. saja je sakat kau tapi kalau betul pun…”

“kalau betul apa? apa bro? cakaplah?.”
“takda apa, dah pergi tidur. Besok pagi jangan lambat. Lambat aku tinggal.”

Terus zarif matikan panggilan. Perasaan aku ketika itu bercampur-baur. Kadang-kadang aku anggap zarif begurau tapi kadang-kadang aku anggap apa yang zarif dengar tu betul. Cuma zarif malas nak bagitahu sebab nanti dia taknak aku takut.

…………………………………………………

Jam melewati angka dua belas tengah malam. Perut tiba-tiba terasa lapar. Kalau diikutkan hati memang malas nak keluar waktu-waktu begini. tapi di sebelah hotel budget ini terdapat sebuah restoran mamak. Tiba-tiba je terbayang alangkah sedapnya dapat makan roti chanai banjir + the tarik.

Perut aku semakin ligat berkerocong, nampaknya mahu ataupun tidak aku tetap kena turun ke bawah untuk mencari makanan. Segera aku bangun dari katil dan sayu-sayu aku terdengar suara peremppuan bertanya “aaawaaak….. naaaaak pergiiiiii maaanaaaaaa tuuuuuuu?.”

Suara tersebut seakan datangnya dari atas siling bilik. Aku tergamam tpai sekali saja suara tu kedengaran. Jadi, aku abaikan saja. Mungkin itu mainan perasaan semata-mata. aku sikat rambut dan terus keluar daripada bilik.

………………………………………………..

Setibanya aku di lobi hotel, aku terlihat di counter masih ada lelaki yang sama. persoalannya sekarang, siapa yang call aku siang tadi kalau lelaki ini masih belum balik kerja. Aku malas nak tanya lelaki tesebut, bimbang nanti jawapan dia takseperti yang aku harapkan. Aku terus keluar dan menuju ke restoran mamak yang berada bersebelahan dengan hotel tersebut.

…………………………………………………….

Setelah perut diisi dan aku pun telah kekenyangan tibalah masa untuk tidur. Waktu untuk beradu.

Kring….. kring….. kring….

Sekali lagi telefon bilik hotel dihubungi seseorang dan dengan pantas aku menjawab. “hello, bilik 203. Saya okay. Tolong jangan call lagi.”
“bilik 203? Betul u okay? Kalau ada apa-apa cepat cepat call kami.” Kali ni kedengaran suara lelaki india. Aku pasti itu bukan mamat cina yang duduk di counter tadi. mungkin mamat cina tu dah balik, macha ni pula takeover conter. Fikirku sendiri.

……………………………………………………..

Aku cuba lelapkan mata tapi tetap takberjaya. Mata aku ni rasa macam taknak terpejam sedangkan badan memang terasa letih sangat.

I love u, I love u.
Oh baby I love u…

I love u, I love u.
Oh baby I love u…

But why, u kill me?
U kill me, u kill me.

Bayangkan, aku dengar suara perempuan menyanyi tapi takdapat dikesan dari arah mana. Bunyinya sayu-sayuu saja. Suara dia memang best lunak tapi menyeramkan.

Aku terus cuba mengesan dari mana datangnya suara itu, sesekali aku angkat kepala dan ditolehkan ke kanan dan ke kiri. Tetap juga suara tu gagal dikesan dari mana. Dia terus menyanyi tapi semakin lama semakin kuat sehinggalah suara tu seperti kedengaran betul-betul di sebelah telinga aku.

I love u, I love u.
Oh baby I love u.

But why, u kil me.
U kill me, u kill me.

Ya ALLAH…. Waktu tu aku memang terkedu, kaku dan takmampu begerak dan berkata apa-apa. lampu bilik air tiba-tiba menyala sendiri. Aircond juga diturun naikkan suhunya sesuka hati dia je. sesekali terdengar juga bunyi seakan perempuan menangis tapi tetap tidak tahu dari mana datang arah suara tersebut.

aku cuba mengumpul kekuatan, perlahan-lahan aku cuba sebut kalimah ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Dan akhirnya aku berjaya. Semua gangguan terhenti serentak. Kemudian, aku baca beberapa surah dai diakiri dengan bacaan ayatulqursi. Keadaan kembali tenang. seluruh badan aku dibasahi peluh.

Aku tenangkan diri dan terus aku hubungi zarif untuk ambil aku pada malam tu juga. Dia takbanyak songel dan terus jemput aku. aku checkout malam tu juga. Aku bimbang kalau aku minta tukar bilik pasti benda sama berulang lagi.

Kesudahannya, duit aku burn tapi aku selamat. Cuma saja nak bagitahu aku selalunya dapat merasa atau mengesan kehadiran atau kewujudan makhluk ghaib di sesuatu tempat tetapi di hotel tersebut deria keenam dan daya firasad aku seperti tidak berfungsi.

Pesanan aku, hati-hati bila pilih tempat penginapan. Mahal taksemestinya bagus tapi murah pasti ada kekurangannya.

robotnaz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

16 thoughts on “BILIK 203 Hotel Budget KL”

  1. Moral of the story…..ikut org tu ckp..kalo dia suh byr harga satu mlm je ..byr dulu…haha…or tak yah dok terus sbb mesti de pepe …tul tak….huhu..mintak jauh lew..

    Reply
  2. Mamat India tu agak2 manusia ker bukan?

    Aku kalau bab2 tido otel nie mmg benda paling lemah aku nak hadap
    Mesti nak berteman
    Tak kisahla otel mahal ker murah ker
    Sbb aku mmg penakut kot

    Best citer ko
    Share lagi apa ko ada

    Reply
  3. aku da banyak da baca kisah2 seram hotel….tips yg aq dapat kalau kita baru check in hotel pastu dlm bilik tu bersepah basah ada gumpalan rambut…maksudnya bilik tu berpenghuni…lg satu kalau hotel lawa cntik tp harga murah x masuk dek akal pon fishy juga…

    Reply
  4. Mcm tahu je hotel ni… saya baru balik dari berkursus di sana 5 hari… sepatutnya 6 hari… tiap mlm susah nk tidor biar pun balik kursus jam 12.30mlm… mmg seram dan rasa ‘sesuatu’… sebelah hotel tu kedai nasi kandar kan??? Mlm ke 5 tu saya cek out dgn kwn saya jam 4.30am… balik demam sbb tak cukup tidor… jadi membutala di rumah dgn aman.. tp mmg respek staff hotel tu baik2

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.