Bilik dan Rumahku

Asslamualaikum semua. Nama aku Mawar. Ini adalah kisah rumahku. Aku ada 5 orang adik beradik dan cuma ada 2 orang perempuan iaitu aku dan adik perempuanku. Cuma kami yang diberi keistimewaan untuk sense dan kadang2 melihat makhluk Allah yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ada beberapa peristiwa yang aku masih ingat. Gangguan kuat pada waktu remaja dan mata dapat melihat dengan lebih jelas di zaman universiti. Cuma sekarang nie dah nak masuk 30an, gangguan sikit-sikit je lar.

Kata ayah, rumah ini seperti laluan mereka. Macam R&R mereka lar. Cuma tempat persinggahan. Kami adik beradik ada bilik sendiri. Aku ada toilet aku sendiri dalam bilik. Ada satu malam tu, aku tidur macam biasa, Tapi tiba-tiba tersentak bangun macam ada orang kejutkan aku dengan tiba-tiba. Aku terjaga, jantung berdebar-debar. Terkejut mungkin. Tapi aku tak boleh buka mata. Aku tak boleh bergerak.

Aku dapat sense ada sesuatu dalam bilik aku. Peluh dah mula keluar. Oh ya, lantai bilik aku nie beralaskan kayu. Bukan lantai simen. Dalam keadaan tak boleh bergerak, aku dengar tapak kaki berlari dari toilet ke arah aku, tepi katil aku. Betul-betul di sebelah telinga aku, aku boleh dengar dengan jelas benda tu bagaikan berbisik-bisik. Tapi aku tak paham bahasa ‘dia”. Yang aku tahu, hati aku baca doa dah tunggang-langgang. Aku ulang-ulang je lar ayat Kursi.

Lepas tu benda tu berlari balik ke arah toilet. Serius aku rasa lega gila. Tapi lega aku tak lama. Benda tu datang berlari balik ke arah aku. Tapi kali nie aku dapat rasakan ‘dia’ panjat katil aku. Aku boleh rasa tilam mendap di celah-celah kaki aku. Aku rasa nak nangis. Badan aku dah nangis dengan peluh dah. Yang paling ketara aku dapat rasakan hujung rambut yang kasar di muka aku. Aku tak pasti lah kalau benda tu tengah tenung aku dari atas.

Yang aku tahu, aku dapat je gerak sikit jari-jari dan tangan aku, then badan aku, aku tak pandang ape dah. Terus pergi ke bilik ayah, ketuk-ketuk macam orang gila. Sambil tu aku toleh belakang ke arah bilik aku takut-takut kalau benda tu kejar. Ayah aku check bilik aku, ayah cakap tak ade pape. Malam tu aku rempuh bilik adik lelaki aku, aku tidur sekali dengan dia malam tu. Aku tak peduli. Aku tidur sambil peluk yassin menggigil-gigil.

Itu cuma lar salah satu pengalaman aku. Di depan bilik aku pernah ditanda dengan air kencing benda tu. Macam anjing. Kalau anjing masuk ke tempat baru, anjing akan kencing untuk menandakan kawasan itu pernah dijajah dia. Begitu lar agaknya mereka. Tinggi tempat kencing tu haa. Mungkin itu juga ketinggian ‘dia’. Ada lar paras bahu aku nie haa. Warna kuning pekat. Ya ampun kalau basuh, baunya tak tahan yang amat. Aku rendam dua tiga kali mop tu dengan clorox. Bukan depan bilik aku je ada kesan kencing. Dalam bilik adik lelaki aku pun ada. Tapi mungkin adik lelaki aku jarang ada di rumah. Asrama.

Lain kes pula kalau terserempah dengan pocong. Tak tahu lar nak describe macam mana rupa dia. Macam mayat. Muka kelabu macam tu. Tak ada seri langsung muka. Macam masam marah. Pernah juga terserempak ‘benda’ alah tu dalam keadaan dia telekung. Omak ai. Muka hitam legam. Macam kena bakar. Kalah warna kulit orang Nigeria. Pandang tajam ke arah aku macam marahkan aku. Pernah juga aku terbersin kuat dalam bilik. Dia marah aku balik “Woi, diam lar!”. Hahah. Dia suruh aku diam. Terkejut lar tu.

Kalau dulu waktu sekolah menengah, memang susah nak tidur malam sebab kena ganggu. Tingkap bilik asyik kena baling batu. Dari pukul 3 pagi tak berhenti-henti baling batu sampai lar azan subuh. Baru tak de bunyi dah. Tu kritikal lar sebab mengganggu waktu malam tidur yang sepatut nya untuk berehat. Dalam sebulan macam tu. Aku cerita kat ayah, ayah cakap mungkin burung. Tapi dah sebulan lamanya masa dan waktu yang sama setiap malam. Aku insomnia weyh. Baru lar ayah bawak berubat. Rupa-rupa nya dia ajak bermain. Hadoi.

Tapi tu lar. Sekarang ni dah besar panjang, cuma nampak kelibat dan bunyi-bunyi je. Sekian sahaja dari Mawar. Kita beradu dulu. Assalamualaikum.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Dalilah Zamrose

2 thoughts on “Bilik dan Rumahku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.