Bilik ERT

Assalamualaikum semua!

Terima kasih admin yang sudi post cerita saya yang bertajuk http://fiksyenshasha.com/peristiwa-jamboree/

Kali ni saya nak ceritakan lagi tentang pengalaman saya. Kisah ni berlaku masa saya berada di Tingkatan 2. Sekolah saya dulu, kalau subjek KH, budak-budak perempuan kena ambil ERT atau nama penuhnya, Ekonomi Rumah Tangga. Sekolah lama saya dulu, blok KH ni blok hujung, dekat dengan kuarters guru. Bangunan dua tingkat. Tingkat bawah kami panggil bilik pertukangan dan elektrik. Tingkat atas tu bilik ERT. Ada 3 buah bilik kat tingkat atas ni; bilik memasak, bilik amali ruang tamu dan bilik tidur dan bilik jahitan.

Setiap kali waktu KH, kami semua kena pergi ke blok KH. Masa tu kelas kami ni agak jauh la sikit dari blok KH. Nasib baik cikgu KH tak garang sangat. Tapi kalau datang agak lambat, memang kena denda la jawabnya.

Kami ada projek baju kurung kedah yang wajib kena buat untuk setiap budak perempuan tingkatan 2. Budak laki saya dah tak ingat projek apa yang diaorang kena buat. Mula-mula, kami belajar teori. Lepas tu, untuk kelas seterusnya, kami kena beli kain untuk buat baju kurung kedah. Kebanyakan rakan sekelas saya memang pandai menjahit. Saya? Memang tak pandai. Tu pun nasib baik menjadi. Kalau tak, memang fail la. Huhu!

Ada dua peristiwa sepanjang kami buat projek baju kurung kedah ni.

Kisah 1: Almari

Cikgu sedang mengajar cara nak buat ukuran. Kami masa tu memang bagi sepenuh tumpuan pada cikgu sebab semua semangat nak menjahit. Tepi pintu kelas, ada sebuah almari kayu. Oleh kerana kunci almari ni rosak, maka cikgu letak la pembaris kayu panjang (yang warna kuning tu – memang popular pembaris ni waktu tu) dekat pemegang almari supaya pintu tak terbuka.

Masa cikgu sedang mengajar, tiba-tiba pembaris tu jatuh dan pintu almari tu terbuka dengan perlahan-lahan. Kami agak terkejut sebab bunyi pintu tu. Cikgu berhenti kejap, ambik pembaris tu dan letak semula dekat pemegang almari dan sambung balik pengajarannya.

Rakan sekelas saya ada yang dah tak senang duduk. Termasuklah kawan kat sebelah saya. Meja kami memang betul-betul dekat dengan almari tu. Dia dah takut lalu duduk di belakang saya. Saya masa tu memang perhati je almari tu.

Tiba-tiba, pembaris kayu tu bergerak dengan sendiri. Masa ni semua orang nampak! Semua dah takut, ada yang menjerit. Cikgu hanya geleng kepala. Kawan saya ni dah nak menangis dah. Dah la waktu tu tengahari. Memang tak logik la nak kacau waktu-waktu macam ni.

“Ish! Orang nak mengajar ni, sibuk pulak dia nak main!” marah cikgu lalu letak balik pembaris tu.

Masa cikgu tu nak letak pembaris, saya ternampak ada sesuatu dalam almari. Ia tak berapa jelas tapi saya tahu dia ada sepasang mata merah dan gigi yang tajam. Dia sengih je kepada semua orang yang tengah jerit-jerit tu.

“Dah! Dah! Jangan nak mengada menjerit-jerit dekat sini. Cikgu nak awak semua ambil ukuran,” cikgu marah dekat kitaorang pulak. Haha!

Lepas waktu kelas, saya tanya la cikgu pasal almari tu. Cikgu cakap, memang selalu je macam ni. Cikgu ni duduk sorang-sorang je kat tingkat ni. Memang saya salute cikgu tu sebab dia sangat berani. Dia cakap, kalau kita tak kacau dia, dia tak kacau kita. Yang tadi tu dia bosan kot. Dia nak main-main je.

Kisah 2 – Mesin Jahit

Kisah ni berlaku seminggu selepas kejadian almari tu. Kami semua dah mula menjahit baju. Dalam bilik jahitan ni, ada 5 buah mesin elektrik dan 2 buah mesin lama (yang pakai kaki untuk jahit). Semua orang berebut nak jahit. Saya ni tak minat jahit jadi saya tunggu je la giliran saya.

Saya pun ternampak mesin lama dekat hujung kelas. Saya tanya cikgu, boleh ke guna mesin tu. Cikgu cakap mesin tu dah rosak. Dah keras tempat pijak dia. Saya lebih suka guna mesin lama sebab biasa guna masa rumah arwah nenek dulu. Yang elektrik ni tak reti. Karang saya terpijak laju, terjahit dengan tangan sekali!

Saya pun minta tolong kawan saya tolong jahitkan. Cikgu masa ni gelak je bila dengar alas an saya kenapa saya tak nak guna mesin moden. Dekat rumah saya memang ada tapi mak saya tak bagi guna. Dia tau saya ni jenis yang careless. Nak jahit benda lain, jadi benda lain.

Masa tengah tunggu, saya terdengar bunyi sesuatu. Bunyi macam mesin jahit lama. Saya menoleh kea rah mesin jahit lama tu. Dia bergerak dengan sendiri! Masa ni pun semua orang nampak dan kalut nak duduk kat belakang cikgu!

“Cikgu, boleh guna la mesin jahit tu,” saya menuding ke arah mesin jahit lama yang sedang bergerak.

“Tak boleh guna. Yang tu ‘dia’ yang punya. Kena minta izin dulu,” jawab cikgu. Cuak la semua orang nak tau siapa ‘dia’ yang cikgu maksudkan.

“Ala, tak best la macam ni,” saya mengeluh. Kemudian, saya ternampak ada seorang nenek sedang guna mesin jahit tu. Tekun dia jahit baju. Dia tak pedulikan kami yang sedang cuak ni (tak termasuk saya sebab saya dah biasa).

Sampai sini saja dulu buat masa sekarang. Maaf la kalau cerita kali ni tak seram.

#butirstar

#butirstar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

7 thoughts on “Bilik ERT”

  1. beraninya cikgu diaaaaa. teringat bilik ERT sekolah aku. lebih kurang sama keadaannya, tapi yg sekolah ak ni, bilik ERT bawah tanah. bukanlah dia dalam tanah, tapi sekolah tu kawasan berbukit, so bilik ERT ni kt bahagian bawah bukit. hanya digunakan untuk kelas ERT & klo cikgu2 nak memasak time hari kantin ke apa2 ke. memang xde org lalu situ. klo ada kelas ERT time petang2 senja dah nak balik sekolah, agak seram gak la. cikgu aku ada pengalaman dikacau ke ek? mesti ada kot, sekolah tu dah tua bangka lol. syabas kepada cikgu dia sebab relaks je mengajar sambil diganggu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.