Bilik hotel misteri

Hai, assalamualaikum dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yg x lama lagi kepada pembaca setia FS. Terima kasih kepada admin FS sudi nak siarkan cerita aku. Selama ni aku rajin baca cerita-cerita kat FS ni, terdetik pula hati nak cerita pasal pengalaman seram yang aku alami pada tahun lepas. Nama aku Lin dan telah berkahwin ada 2 orang anak.

Kisah ni berlaku masa aku diwajibkan menghadiri kursus di sebuah hotel di Ipoh, Perak (agak ternama jugak la hotel ni) pada awal tahun lepas. Jangan la korang tanya pula hotel mana, karang tak pasal-pasal aku kena saman fitnah pula sebab burukkan nama hotel, hehe. Kursus yang aku hadiri ni berlangsung selama 3 hari 2 malam (start hari jumaat dan tamat pada hari ahad) dan aktiviti memang la padat (dari pagi sampai ke malam). Aku juga bawak sekali suami dan anak-anak ikut aku menginap kat hotel sebab kesian nak tinggal kan anak aku kecik-kecik lagi. Ok cukup intro pasal aku.

Kisahnya begini, masa aku sampai je kat hotel nak check-in tengah hari, keadaan hotel semua ok, ramai juga orang nak check-in hari jumaat tu. Hotel pulak cantik kemas je walaupun bangunan luar nampak dah usang sedikit (antara hotel paling tua la kat area situ). Takde la aku fikir bukan-bukan masa kat lobi tu lepas dapat kunci. Semasa nak masuk ke bilik hotel aku tu, aku lalu depan pintu sebuah bilik ni yang terbukak, bilik ni sebelah bilik aku. Aku tertoleh la nak tengok bilik terbukak tu, suasana dalam tu gelap, nampak kabur2 je susun atur dalam bilik tu. Aku anggap mungkin pekerja hotel datang kemudian kot nak bersihkan bilik tu. Bersangka baik jela aku ni time tu. Aku pun masuk la bilik aku dengan suami dan anak-anak. Hari pertama kat hotel tu, keadaan semua ok, takde apa-apa masalah or sebarang gangguan ke yang aku sekeluarga alami. Namun, start hari kedua iaitu malam terakhir aku bermalam kat bilik tu berlaku lah kejadian pelik lagi seram yang tak boleh aku lupakan sampai bila-bila.

Malam kedua tu, aku balik dari kelas kursus aku naik ke bilik hotel agak lambat, tepat jam 11.00 malam macam tu. Sampai bilik memang aku dah penat sangat, nak terlelap je kalau baring kat tilam ni. Untuk pengetahuan, aku dengan anak bongsu aku yang pada ketika itu baru setahun tido kat tilam bawah (takut budak ni terjatuh katil). Suami dengan anak sulung aku tido kat atas katil. Selesai aku mandi bersiap-siap nak tido kan anak, berborak kejap dengan suami, jam dah pukul 12.30 malam. Time ni anak-anak dah lena tido. Baru aku nak lelapkan mata, tiba-tiba terdengar bunyi suara orang bergaduh, lelaki dan perempuan, dan bunyi tu datang dari bilik sebelah aku. Makin lama makin kuat, aku pun jadi nak marah sebab mengganggu aku yang nak lena ni, silap-silap anak-aku pula terjaga kalau bising sangat.

Aku jeling suami yang tengah melayan hp masa tu, suami buat selamba je tak ambil kisah sangat. Tiba-tiba terdengar pula suara orang menjerit, diselang seli dengan bunyi hempasan barang, hentakan dinding yang kuat dan bunyi kaca pecah. Bergegar la bilik aku time tu, macam org bilik sebelah ni tengah bergusti WWE. Aku jadi tak sedap hati dan cakap kat suami, “Syg, apa yang jadi kat bilik sebelah ni? Saya takut la”. Suami aku bangun dari katil capai kotak rokok dan keluar dari bilik sambil buat isyarat jari kat mulut suruh aku senyap jangan bersuara. Aku dah menggeletar takut sebab bunyi tu tak berhenti lagi, diselang seli bunyi orang menjerit dengan menangis.

Aku fikir kalau betul la ada adegan laki bini bergaduh ke mesti dah mati salah sorang ni sebab bunyi benda pecah perabot bergerak macam kena tolak dengan kuat. Nasib la anak-anak aku tido tak sedar diri, tak terjaga walaupun bunyi bising yang kuat. Dalam 15 minit macam tu, suami aku pun balik, dia cakap dia cuba dengar perbualan orang sebelah ni, suara perempuan mendayu2 menangis kemudian memaki hamun dan suara lelaki bertekak. Suami minta aku cuba lelap je mata dan tak lama kemudian bunyi tu pun senyap seolah-olah takde apa-apa yang berlaku. Aku tido dengan hati yang tak tenang malam tu.

Besok paginya, aku bangun dan cuba ingat semula apa yang jadi semalam sambil kemas barang-barang nak balik dah. Suami pun sibuk persiapkan anak-anak, kami turun breakfast tanpa bercerita pasal hal malam tadi. Lepas check out, kami pun balik. Dalam perjalanan pulang ni lah suami baru bercerita apa yang jadi semalam. Lepas suami dengar situasi bilik sebelah tu, dia rasa tak puas hati dan turun ke lobi untuk bertanya kepada staf hotel. Perbualan suami aku dengan staf hotel macam ni.

Suami : “Encik, saya nak buat aduan ni, bilik sebelah saya no. 1XX ni bising sangat la, bunyi orang bergaduh macam bergusti, bunyi kaca pecah, perabot jatuh. Saya risau ni kes serius pula kalau kes gaduh.”

Staf hotel : ” Maaf ye encik, saya buat semakan dahulu. (Muka staf tu macam kelat kata suami), maaf ya encik, kalau ikut semakan bilik ini KOSONG dan tiada penghuni.

Suami : Terdiam dan beristighfar panjang di dalam hati. ” Takpe la encik, maybe saya salah dengar kot, terima kasih.

Dalam perjalanan naik ke bilik dan lalu di hadapan bilik tersebut, memang jelas bunyi bising tu datang dari no. 1XX iaitu bilik sebelah kami. Suami membaca 3-qul dan beberapa doa mengelakkan gangguan ini berterusan. Dia taknak bercerita terus dengan aku malam semalam sebab tau aku ni penakut. Terima kasih la encik suami. hehe

Memang serik sangat aku kalau fikir nak bermalam kat hotel sama lagi. Alhamdulillah syukur, gangguan tu hanya bunyi je, kalau penampakan ke, mau aku pitam or menjerit ketakutan.

P/S : Hotel tu dekat je dengan bangunan kerajaan. (mesti korang dapat teka kan)

lin

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

13 Comments on "Bilik hotel misteri"

avatar
Twelve

Syeun Hotel la tu

kuih bangkit

aku pon rasa hotel syuen
pena stay berdua ngn bapak aku sbb dia ada course

time tu tgh mndi n sorg2 dlm bilik…(bapak pi course)
tibe2 nmpk sndri tombol dipulas n pntu jadi xberknci…padahal nk knci or bukak kena dri dlm toilet
tros bukak pntu tp xde org pon

bapak aku susa tdo sbb rasa mcm asek diperhati
mungkinkah bilik 1XX tu???

Emma

Hotel.. biasa la. Aku dulu keje hotel, pun ada kisah2 best gak. Kalo rajin nanti aku pos..

dawsa

lepas raya la pos… dah dekat nak raya ni, pejabat pos pun tutup sbb posmen bnyk dah cuti. huhuhu…

Yibo

hahaha. jeng aa

An

HAHAHAHA boekk ?

nieazyter

cite pls…

Finas

aku belajar course perhotelan, praktikal kt hotel, banyak cerita seram, tp maaf, aku x pandai mengarang…nanty asyik kena kecam je dengan PENGKRITIK FS & SPM VICTIM

Akakkiut

Meh akak kritik bebudak tu plakk.biase dia tuhhh

lala

cite kat sini je dik.. xyah mengarang, boleh straight to d point..xde pengkritik.. insya ALLAH

RR

ni mesti hotel impiana ni

Mr.L

Di senggol jg dong blog Ane Gan,hhhee
Tarot Mistis
Makasih ya sobat sobat sekalin ^_^

Budak biasa

Klau akulah, aku x sanggup nak tido tempat yg ada gangguan.

wpDiscuz