Bilik Kakak Dan Alunan Merdu

Assalamualaikum semua pembaca FS . Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak pada admin sebab siarkan kisah yang aku nak ceritakan ni. Aku tak pastilah cerita ni seram atau tak pada pembaca FS semua. Tapi ape yg aku nk katakan; mungkin setiap cerita yg aku karangkan ni boleh diambil iktibar untuk semua pmbaca FS.

First aku akan perkenalkan diri aku pada pembaca FS semua. Nama aku Asyura (name glamour aku sewaktu menuntut study di oversea). Kisah yang aku nak sampaikan ni lebih kurang 4 tahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan aku lagi. Kisahnya bermula apabila kakak aku dapat tawaran untuk bekerja di semenanjung malaysia. Yang tinggal di rumah aku cuma aku, mak, abah, adik, kakak dan abang. Kami tinggal enam orang saje, adik-beradik yang lain semuanya dah berkahwin ( semuanya ada lapan orang).

Rumah aku nie dua tingkat je . Dekat atas ada dua bilik jadi yg lain semua tido bawah kecuali aku dan kakak aku je tidur di atas. So nak jadi bila kakak aku yang sorang ni dapat tawaran bekerja. Jadi tinggal aku sorang je tidur di atas takde siape menemani. Rumah aku ni waktu malam memang gelap sikit. Nak kata seram takde la seram mana pun. Tapi bilik kakak aku tu kira dekat setahun lame dibiarkan tanpa berpenghuni. Aku jarang masuk bilik kakak kecuali bile rasa nk curi baju kakak yang kakak tinggalkan dalam almari.. hahaha.. sorry kakak.

So nak dipendekkan cerita, aku ni dah siap sedia untuk buat solat tahajjud waktu malam. Kalau setiap pagi memang kene cuba rajinkan diri untuk buat solat sunat. Walaupun punye rasa ngantuk tu tak payah cakap la tetap kene cuba bertahan jugak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Err betul ke peribahasa aku pakai ni dengan jalan cerita ni. Ok biarkan saje. Jadi lepas habis buat solat sunat, hati ni terdetik nak mengalunkan satu surah al quran. Jadi aku baca punya baca sampai di tengah ayat, aku seakan mendengar suara orang lain mengalunkn al quran.

Dia punye suara tu . Ya Allah sangat merdu. Diselangi dengan suara tangisan syahdu. Suara yang aku dengar tu dekat bilik kakak aku. Lupa nak bagitahu bilik kakak aku sebelah bilik dengan bilik aku. Jadi memang bole dengar dengan jelas. Suara yang sangat mendayu dan diselangi dengan hiba. Hati aku xpayah kate la, memang takut sangat. Aku beristighfar banyak2. Tengah-tengah malam aku dengar.

Masa tu semua orang dh diulik mimpi. Cume aku sorang je di atas berjaga. Bile aku cuba hiraukan dan teruskan pembacaan ayat quran, suara tu makin aku dengar makin kuat jadi aku ambik keputusan untuk tutup al quran dan masuk tidur, cuak jugak la tetiba ade yang follow baca al quran. Even nak lelapkan mata still jugak dengar suara merdu tu. Sebenarnya dah bnyak kali berlaku sehingga aku ambik keputusan untk tidak solat sunat lagi ( aku insan yang lemah ). Selepas aku berhenti solat sunat suara merdu tu tak kedengaran lagi. Sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke oversea baru ade semangat untuk buat solat sunat. Itupun kadang2 jela bila dtg rajin, hehe.

Yang peliknya, dekat negara orang takde pulak dengar ape-ape macam dekat Malaysia dulu. Pernah sekali mmber aku cerita yang bilik kakak aku ni seram sikit. Dia perasan pun waktu aku ajak dia tido dirumahku. Member aku ni dok berani p masuk bilik kakak aku dok gayut (oncall la senang cakap ) dengan boyfriend dia. Sekali katil yang die duduk dekat bilik kakak aku tu bergegar. Ape lagi lintang-pukang dia lari dekat aku. Sampai menyempit dekat aku. Bile aku tanya kenapa dekat die. Member aku jawab “katil kakak kamu tu bergegar” . Aku cume gelak dan ejek dia sape suruh dok bilik kakak aku tengah malam berani sangat .

Mungkin sebab aku rasa bende tu x suke sape sape duduk situ kecuali kakak aku. Atau pon benda tu saja nak mengusik, hahaha.. Tapi pelik bile kakak aku tidur takde pape berlaku dekat die pon . Mungkin sebab kakak aku tuan pada bilik kot lagi lagi kakak memang seorang yang pembersih. So dah setahun aku tinggalkan rumah. Tak tahu ape dah jadi dekt bilik aku pulak. Dah la bilik aku tu penuh koleksi patung yg aku simpan. Sampai kakak pon kate seram tengok

7 comments

  1. Penyampaian kita ni, kalau boleh ya, kita pusingkan, kita olahkan hingga tak nampak apa sahaja ibadah yang kita dah buat. Biarlah hanya kita dan Yang Maha Esa sahaja yang tau. Cik boleh olahkan penceritaan dengan cara yang lain, tak perlu nyatakan bangun malam solat, baca al-quran dan berbagai-bagai. Banyak cara agar pembaca tak nampak seolah-olah kita menunjuk-nunjuk setiap ibadah yang dilakukan, samada secara langsung dan tidak langsung, tanpa kita sedar atau sedar. WALAUPUN pada dasarnya, penyampaian penceritaan kita, kita takde niat lain. Cuma lagi molek, andai ia dapat diolah dengan cara bersahaja, tidak perlu memberi sesuatu yang tersurat, biarlah ia molek menjadi yang tersirat. Maafkan saya andai kata-kata ini menyentuh nurani….

    1. bukannya kte kenal sape dia.. xnmpk masalah nya.. lainlah org yg kte kenal cerita beria2 pasal ibadah dia.. tu baru nmpk menunjuk

  2. Syahila A. saya tak rasa dia menunjuk..Situasi berlaku ketika dia menunaikan solat sunat…bersihkan hati ..jngn terlampau berprasangka buruk..

    btw, nice story..cerita awk mptivates sy utk buat ibadah sunat..thanks

  3. Syahila.A, biarlah dia nak cakap dia buat solat sunat ke apa, sebab x ada orang kenal pun dia, kalau dia buat alhamdulillah, cuma terkilan dengan penulis, kenapa perlu tinggalkan nikmat yang Allah beri kerana takutkan makhluk yang takut juga dengan Allah SWT. Betapa ruginya kamu kerana meninggalkan apa yang disukai Allah kerana takutkan makhluk yang sah2 juga adalah makhluk Allah yang lemah, mungkin makhluk itu adalah Jin Islam, sebab dia membaca quran dan menangis dengan hiba….Allahu, semoga perkongsian ini bermanfaat….

    1. ntah,aku rasa ok jer dia nak sebut tu…kira macam nasihat gak kepada pembaca2…lagipun betul la,bukan orang kenal pun penulis ni spe so takder maknanya cakap dia nak menunjuk2…

      anyway, best cerita..lain dari yg lain…sedarkan kita yg ada makhluk lain kt dunia ni yg beribadat kepada Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *