Bilik kaunseling

Nama aku Shaf( bukan nama sebenar ).Aku dari Sarawak . Aku juga merupakan peminat setia Fiksyen Shasha di mana banyak kisah seram yang diceritakan oleh penulis berdasarkan pengalaman mereka yang adakalanya tidak masuk akal. Dan aku sendiri kalau berkesempatan ada banyak ‘pengalaman’ dalam ‘dunia seram’ yang nak dikongsikan walaupun aku takdelah nak percaya sangat atau obsess dengan cerita mistik dan makhluk-makhluk halus ni.

Tapi kenyataannya sebagai umat Islam aku tidak boleh menidakkan kewujudan mereka di muka bumi Allah S.W.T ini. Seandainya kisah aku ini admin publishkan, aku ucapkan terima kasih kepada FS dan pembaca cerita yang aku tulis. Terlebih dahulu aku memohon maaf andai penulisan ini ada kekurangan almaklumlah pertama kali. Huhu.

Ceritanya bermula semasa aku berumur 12 tahun( darjah 6 ). Kejadian itu berlaku pada waktu petang di sekolahku. Ianya disebabkan bilik kaunseling sekolah itu berpenghuni.

Ceritanya bermula bergini, masa itu aku dan kawan-kawanku berlatih bola tampar. Petang itu juga murid-murid tahun 5 ada kelas agama petang. Semasa kami semua tengah seronok berlatih( seronok sebab takde cikgu.huhu ), kitorang tengok dekat bilik kaunseling tu macam ada orang buka kipas dan lampu. Kitorang semua terjejut gilalah tengok kipas dan lampu tiba tiba terbuka. Siapa tak terkejut tengok kipas dan lampu tiba tiba terbuka sendiri?. Pastu kitorang berhenti bermain. Kitorang tengok ustaz kitorang( 2 orang ustaz ) berlari pegi ke bilik tu. Kitorang tanya dengan ustaz;
Kitorang:ustaz kenapa dengan bilik tu?

Ustaz:ustaz tengok dari jauh yang api dan kipas dalam bilik tu tiba tiba terbuka. Masa ustaz tengok dalam bilik tu pun dah macam ribut melanda bilik tu. Semua kaca pecah dan buku pun semua bersepah. Korang tak perasan ke?
Kitorang:tak ustaz. Cuma kitorang perasan yang lampu dan kipas tiba tiba terbuka.
Ustaz:ustaz nak korang turun bawah (sebab bilik tu kat tingkat dua) pergi ke dewan sambung balik berlatih. Nanti ustaz selesai kan masalah bilik ni.
Kitorang: baiklah ustaz. Kitorang pergi dulu.
Pastu,kitorang pun turun lah bawah tapi kitorang tak berlatih kitorang duduk je kat dewan. Masa tu ustaz kitorang azan kat dua penjuru bilik tu . Masa diorang azan tu aku tiba tiba rasa tak sedap hati. Pastu aku lari kat kawan aku dan terus nangis. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba tiba nangis. Pastu aku macam orang tak tentu arah. Kawan aku,Ani dan yang lain bawak aku gi dalam kelas aku sebab kelas aku kan takde orang.

Masa dalam perjalanan dari dewan ke kelas tu, aku nangis pastu ketawa dan nangis lagi,ketawa lagi. Kawan aku sorang lagi ni,Nabilla, dia ni boleh tahu kalau ada ‘benda’ tu dekat dengan aku. Si Nabilla tu cakap kat kawan aku yang lain yang aku ni dah kena. Pastu sorang kawan lelaki aku ni, nama dia Fad (kalau tak silap), dia azan dekat sebelah aku pastu aku mengamuk bagai nak makan orang pulak?. Pastu diaorang termasuk lah si Fad tu tinggal kan aku sorang sorang kat dalam kelas sebab takut?. Pastu kawan aku si Nabilla tu ada bisik something kat telinga aku tapi aku tak berapa dengar. Dia macam bercakap bukan baca ayat ke apa.

Pastu aku mula relax tak mengamuk lagi dah. Pastu si Nabilla ni cakap yang benda ni cuma nak pinjam badan aku sebab ustaz kitorang dah halau dia dari bilik kaunseling tu. Sebab tu lah benda tu pinjam badan aku. Menurut si Nabilla ni, benda ni perempuan dan nama dia Lisa. Dia ada cakap yang lisa ni takde kawan jadi, lisa ni nak jadikan aku ni kawan dia. Pastu, mak aku pun datang. Aku tak beri tahu mak aku pun pasal tu. Takut dia risau pulak?.

Sampai situ jelah cerita aku. Aku nak minta maaf sekali lagi jika kisah aku ni tidak seram dan ayat pulak tunggang langgang. Sekian terima kasih. Buat pembaca, kalau sudi komen lah ye?.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.