istock_000000618052medium

Bisikan

Hai, FS. Salam sejahtera kepada pembaca. Hanie lagi.
Baca komen korg kat previous punyer cerita, kata comel..haha…TQ. Terima kasih sebab sudi membaca sambil buang boring dan lemak2 reply. Makhluk tu pun lama dh hilang,mungkin kerja kenduri dia dh selesai kot.

Ok, nak share cerita nie. Sesiapa pun memang ada yang kena ganggu dgn golongan yg rare nie. Sapa yg xpernah kan? Zaman sekarang pun byk lagi ‘hantu’ yg lagi hantu dari hantu.. Saya sendiri pun tak tahu mengapa Saya sering diganggu (bukan selalu mcm tiap2 hari lar).
Cerita nie berlaku time Saya berumur dlm lingkungan 6-7 tahun. Mestilar ingat sampai sekarang, benda rare tu… Bukan selalu dia nak kena,jarang.

Masa tu, masih tinggal kat rmh lama. Rumah company. Time tu, tempat tinggal masih dikelilingi hutan. Belum diterokai. Belakang rumah ada jalan raya. Rumah kat atas bukit. Jadi, time tu bila nak main kat luar..memang rasa dunia nie aku yg punya sebab laman luas giler.
K, berbalik kepada cerita yg Saya nak cerita nie. Tu tadi saja nak beri panjang sikit ceritanyer. (Rajin kau nak menaip, yer).

Waktu tu Saya tengah tidur dalam bilik sorang2. Saya tidur sebilik dgn parents, lagipun bilik tidur cuma ada satu je. Rumah kecik, xbesar mana pun. Cukup2 tuk family kecil.
Time tu, Saya bangun agak lewat. Biasalar budak blm start sekolah lagi. Xda apa nak pikir selain tidur,mkn,main & kartun.

Saya waktu tu tidur mengiring sebelah kiri,terjaga sebab nak beralih pulak ke sebelah kanan. Tidur atas katil king size sorg2, bergolek2 sepuas2nyer lar..peluang tu. Tapi, Saya xmampu nak pusingkan badan ke sebelah kanan. Gerakkan anggota badan pun xdpt kecuali mata nie je yg mampu melihat benda sekeliling time tu.

Saya hairan. Kenapa xleh bergerak nie? Xkan lar kena block dgn bantal sampai camnie…Nak cakap,tidur dekat Sandgate dgn dinding. Xmungkin. Jauh sangat tempat Saya baring tu dgn dinding walaupun katil tu diletakkan dekat dgn dinding. Betul2 mustahil juga badan terkena dinding buat kita xleh bergerak langsung.

Bila cuba meronta tu, dpt rasa mcm kena block dgn batu besar. Wah, pelik nie. Rimas pulak rasa dibuat macam tu. Nak panggil Mak,xdapat. Mulut terkunci. Suara memang xleh kluar.
Tetiba je, time meronta tu Saya terdengar bunyi macam org tengah berbisik. Betul2 dekat dgn telinga kanan saya. Ada suara laki, pompuan dan budak kecik. Macam Saya time tu dikelilingi org ramai padahal Saya sorg je kat bilik. Yang peliknya makin saya cuba tuk fokus nak dgr perbualan dorg nie,Saya makin xpaham apa yg dorg cakap. Pelik bahasa dorg nie, melalut apa ntah. Sepanjang cuba bergelut tu, badan xleh bergerak. Suara tu sentiasa ada.

Saya masih ok lagi cuma xselesa bila xblh nak bergerak langsung. Tetiba, dari hujung kaki terasa ada something merayap. Benda tu saya xnampak tapi boleh rasa. Dia macam tangan2 yg kecil,sangat kecil. Umpama beribu ular menjalar kat kaki. Tangan2 tu menjalar smpai ke leher saya. Bila kat leher je, Saya dah panik sebab saya dah rasa sesat nafas. Makin lama makin kuat. Masa tu dh risau.

Syukur kepada Tuhan, walaupun masa tu Saya masih kecil. Mak ada didik saya sal agama saya. Tanpa pikir lama, takut nanti makin teruk dan Saya makin sukar tuk bernafas. Saya sembahyang cara agama saya. Suara tu masih kedengaran. Tangan tu masih kuat melilit leher Saya.
Saya sembahyang minta lindungi Saya dari apa pun benda nie. Minta jauhkan benda tu dari saya.
Time tgh berdoa tu, suara tu makin lama makin nyaring. Seperti dia tgh teriak kesakitan. Bila suara tidur hilang je, Tangan kecil tu pun hilang. Benda yg block belakang Saya hilang.

Badan blh bergerak kembali. Dengan perasaan lega,cepat2 Saya bangun dari katil terus ke pintu bilik nak kluar cari mak. Hati terasa lega bila tengok mak tgh duduk kat ruang tamu sambil tengok tv.
Saya pun kluar dari bilik, pergi duduk kat sebelah mak. Perasaan takut bercampur terkejut tu masih ada, jadi Saya senyap je melangkah ke arah mak. Mak suruh pergi mandi, gosok gigi. Saya ikut je tanpa membantah.

Sampai sekarang saya xbgtau parent sal apa yg berlaku. Sekarang dh umur 25 tahun, lama dh berlaku tp xbgtau pun sebab takut nnt dorg pikir Saya mengarut atau Saya cuma bermimpi je time tu. Xmungkin tu mimpi, nafas saya yg hampir terputus dibuatnya. Tapi, Saya bersyukur sgt sebab kalau Saya tak ingat kat Tuhan time tu. Ntah apa yg berlaku kat saya. Masih hidup ke saya kalau dibiarkan je? Ntah, kita xtau.
Sekian.

One comment

  1. I see many interesting articles here. Your website can go viral easily, you need
    some initial traffic only. How to get initial traffic?
    Search for: masitsu’s viral content

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *