#Blackturtle : Memori 90an Penjara Pudu
Assalammualaikum dan ucapan terima kasih kepada Admin Fiksyen Shasha kerana membenarkan karya saya untuk di siarkan . Saya #blackturtle dan saya merupakan pembaca setia Fiksyen Shasha dan ini hasil penulisan saya . Maaf jika tak seram
Pada tahun berapa , aku sendiri pun tak ingat yang aku ingat waktu tu aku pakai seluar warna biru dan tahun 90an . Kisah ini adalah benar pengalaman penulis sewaktu kecil yang penulis masih ingat dan tak akan lupakan .
“Adi , kau pergi tak lawatan yang cikgu Rosnah cakap tadi ? ” soal Aloi
“Lawatan apa? . Berapa ringgit kena bayar ? ” soal ku pad Aloi
“Entah . Yang aku dengar lawatan ke penjara pudu ” kata Aloi penuh yakin
“Cikgu Rosnah saja je menakutkan kita buat lawatan pergi penjara dah kenapa ? ” kata ku
“Mungkin dia tahu , kau paling nakal nak ajar kau sikit la bagi insaf hahaha ” kata Aloi ketawa
“Woi kata orang konon . Kau ponteng sekolah nak dekat sebulan main game kat pudu plaza tu , baiklah sangat ye? ” sindir aku
“Mana kau tahu ? ” soal Aloi
“Siapa lagi bagitau , Fuad la kawan baik kau hahaha ” kata aku tersenyum .
Tepat pukul 5 aku berjalan kaki pulang ke rumah dengan kawan yang lain . Aku duduk di Pasar Bukit Bintang dulu nya . Dekat je sekolah burung hantu jalan pasar ikut jalan pintas .
“Adi , nah surat kebenaran lawatan ” Aloi memberikan kepada ku .
“RM5 ringgit je . Boleh la aku ikut tak mahal sangat ” kata ku tersenyum
“Habis kau ingat RM100 ke? . Kau ingat apa ?. Penjara pudu mana ada makan makan . Apala kau ni pun ” kata Helmi ketawa
“Eh korang semua pergi kan? ” soal aku
“Semua pergilah . Dengar kata bilik gantung seram gila . Itu yang nak pergi ” kata Aloi.
Aku meminta izin dari ayah dan ibu ku untuk kesana . Ayah ku memberikan aku RM11 beserta Siling sedikit .
Rombongan bermula 2 hari selepas itu . Masuk sahaja kedalam penjara aku dah mula tangkap gambar menggunakan kamera kodak pemberian Ibu ku . Penerangan di berikan mengenai menara pemerhati . Selepas itu kami ke laluan penjara , dekat sini entah kenapa rasa tak sedap hati . Tangan ku seluk dalam kocek . Tiba tiba Ting ting ting . Duit aku 30sen tercicir di belakang , aku segera mendapatkan .
Saat aku menoleh semua dah tak ada . Bulu roma ku meremang tiba tiba . Terasa ada yang memerhati , aku sengaja mengambil gambar yang banyak . Tiba tiba pap menepuk bahu ku
“Eh adik kenapa jalan lambat sangat . Kawan kawan adik ada kat depan cepat kejar ” senyum Pak cik pengawal En Azmi tertera di dada.
“Terima kasih pak cik ” aku tersenyum dan berlari mendapatkan Aloi
“Pak cik belakang itu baiklah . Dia bagitau semua kat depan nasib baik sempat kejar ” kata ku
“Pak cik mana ni? ” soal Aloi
“Pak cik belakang tu la ” kata ku memusingkan kepala .
Aku melihat Pak Cik yang memakai baju biru tanpa kaki menghala je hadapan membelakangi aku . Aku dan Aloi berlari kehadapan untuk beritahu Cikgu Rosnah .
“Cikgu dah cakap jangan main main . Dalam penjara bahaya ” marah Cikgu Rosnah
Kami meneruskan lawatan . Entah kenapa aku gatal tangan untuk melihat kedalam lokap
Allahuakbar terjatuh aku waktu berdiri sebab aku nampak banduan dalam tu . Padahal Banduan dah tak ada dalam itu . Selepas aku tengok betul betul , ternyata itu patung . Aku rasa lega gila . Tangkap gambar banyak banyak buat koleksi .
Bilik seterusnya , adalah bilik melakukan hukuman gantung . Allahuakbar aku masa ini menggigil takut nak menangis tambah suara menjalani hukuman m*ti masih terngiang ngiang .
Hmph hmph hmph hmph hmph
Tiada suara hanya suara umpama di sembelih , bulu roma ku naik lagi . Tepat di sebelah bilik hukuman . Aku terlihat wajah seseorang senyum hingga ke telinga . Pandangan mengerikan . Aku terus tangkap gambar dan wajah itu terus hilang .
“Adi , dalam bilik ini tak boleh tangkap gambar . Lepas ni bagi kamera pada Cikgu ,” tegas Cikgu Rosnah . Walaupun hukuman itu tak ada depan mata . Tapi tiba tiba terbayang lidah yang terjelir . Kami ke lokasi lapang tempat di mana hukuman sebat di jalankan . Tiada lagi rasa seram . Kamera Cikgu Rosnah pegang dan cucikan . Aku dan yang lain melihat gambar yang di cuci di rumah ku . Tiba tiba
Gambar dalam lokap ada satu patung , tapi yang di cuci ada 20 orang muka sama duduk berhimpit tersenyum . Gambar pengawal pun tertangkap tengah merangkak di dinding . Pendek kata semua lokasi ada hantu , ibu ku ambil dan terus bakar bila aku menceritakan padanya
“Benda ini kena bakar takut mengikut kamu balik . Bahaya adik kamu nanti “kata ibu serius
Dengar cerita Cikgu Rosnah lepas bagi gambar dan kamera cuti panjang . Mungkin dia kena sakat dengan hantu la itu . Kalau ada sesuatu yang kita bawa pulang dari tempat yang asing , hati hati lah ye
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Banyak dengar cerita mistik kat penjara ni. Btw, thanks sharing.
Best laa..kalau ada cerita2 macam ni,share lagi ye..=)
Wah
dulu pon mase kecik2 tahun 90an aku pernah pg melawat penjara pudu
rase seram n suram semacam kt dlm tu..
pastu boleh pulak dorang buat tayangan detik2 banduan kena tali gantung..
family aku sume pg tgk kecuali aku..
pastu sambil2 tunggu dorg abes tgk, aku pon round2 la kt dlm tu smpai tersesat kt depan bilik mayat..
balek2 umah terus demam
bes bro
Hahaha hantu pun baik hati 😂😂😂
ringkas je..tapi not bad lah..tq share
makcik trhibur
#cumel
rasa nak try gak g penjara pudu tu
alahai berani tol g penjara snap2 gambo.. mmg sah2la byk model dlm gmbr tuh..
Ko nk mbongak je masuk je pintu pgr penjara xboleh bawak kamera semua bagai..ko ingat ni petro sains ke blh bwk kamera..menipu
😜😜😅
best….
Bile mase lak dlm penjare bole ambik gmbar…alahaiii…
Procedure sume penjare xbole bawa gajet/camera/camcoder bgi pelawat atau mane2 program lawatan..
ko ingat zoo ke nak ambik2 gmbar…
aikkk mana boleh bawak kamera lah masuk PP
tringin jgk nk gi pniara pudu…nk rasa keseraman nya kat sana…by the way thanks share…
Kan cikgu dia ade tegur dkt sini xboleh ami gmbr trs cikgu dia pgg camera tu
apelaaa