#Blackturtle&East : Ajaran Ad Dhab Ular Tedung Selar

Assalammualaikum dan syukur kerana karya ini dapat di siapkan dengan bantuan #east. Dan saya #Blackturtle penulis hingusan yang masih bertatih. Terima kasih kepada Admin dan juga Editor bagi Fiksyen Shasha yang meluluskan karya saya dan menegur kesilapan penulisan saya. Karya ini tidaklah seram tapi karya ini berunsur mistik dan mengenai alam ghaib. Di harap para pembaca boleh menghayati karya kali ini. Dan maaf jika ia nya lebih panjang dari karya saya sebelum ini.

Peluh membasahi baju yang dipakai Amran. Amran berlari laju, malang tidak berbau. Amran terbang melayang jauh di awangan dan jatuh terhempas di atas sebuah kereta berhampiran. Sedarlah Amran, saatnya hampir tiba. Lari dari nya pasti tidak berhasil. Kerana dia yang memberi Amran hidup yang baru dan lebih sempurna tanpa Amran sedar awalan lagi dia menempah tiket ke Neraka. Amran meninggal kerana pendarahan yang banyak akibat dilanggar lori simen. Tapi sebenarnya, di sebuah sudut Makhlus buas ketawa berdekah gembira melihat korbanan jiwa, hamba Allah SWT sudah pasti menjadi hamba nya kerana Amran sendiri mengakui tiada yang lebih hebat berbanding Ifrit Tuhan nya.
Perlahan makhluk buas, ketawa menghilang di balik kabus yang menyelubungi. Ketawa bergema di langit turut serta hilang. Sunyi sepi sekeliling, jasad Amran terbiar sepi tiada yang menolong di awalan pagi. Anjing perlahan menghampiri jasad berdarah yang telah kaku, digigit rakus, menitik d***h membasahi bumi. Tangan Amran terpisah dari jasad, bebola mata di mamah sekumpulan anjing liar yang bebas berkeliaran.

“Argh!”jerit Amrina ketakutan lantas terus bangkit dari pembaringan.

Peluh membasahi dahi Amrina, perlahan air matanya mengalir membasahi pipi. Dada berombak mengatur nafas.

“Abang … ” bergetar nada Amrina menyebut abang seolah mengerti apa nasib yang telah menimpa abang nya , Amran .

Amrina perlahan menadah tangan dan berdoa perlahan

“Ya Allah, Kerana mu aku hidup.  Kepada mu aku berlindung dari syaitan yang tak pernah berhenti dari menyesatkan aku dan keluarga ku. Aku tahu abang ku telah pun tiada, sakitnya dirasai aku kerana aku kembarnya. Berikan ku kekuatan, agar aku dapat menewaskan makhluk yang pernah berbicara angkuh, iaitu sang iblis laknatullah ,” Doa Amrina perlahan.

Jangan berjanji dengan syaitan kelak memakan diri sendiri , Seluruh keturunan mungkin dicari ,
Meterai janji sebelum m**i .

Perlahan kenangan yang di ceritakan oleh Datuk nya terpampar jelas diingatan. Jamilah dan Nasir buntu setelah bertahun tahun tidak memiliki zuriat, orang kampung mula membawa fitnah yang mengaibkan diri nya. Nasir menjadi serba tidak keruan. Pernah Nasir mengamuk sambil memegang parang kerana fitnah yang didengarnya.

“Hamdan! Kau jangan paksa aku untuk ceraikan segala anggota kau dari tubuh kau. Kau tabur fitnah pada aku! pada aku! sahabat kau sendiri!” gertak Nasir di hadapan rumah Hamdan

Hamdan tidak keluar rumah tapi hanya tersenyum sinis melihat Nasir yang mengamuk. Nasir berjalan pergi bila melihat rumah sunyi sepi.

Itu yang aku mahu , Jamilah itu hak aku . Kau tidak akan dapat apa apa dari perkahwinan kau bisik Hamdan dalam hati.

Nasir mula tak sedap hati, angkara ilmu hitam kah ini bisik hati Nasir. Jika ini perlaku Hamdan, aku pasti memberikan kembali agar dia tahu apa itu rasa kesal dan apa itu rasa menyesal.
Nasir meminta bantuan Tok Dati yang berasal dari tanah seberang.

“Apa tujuannya kamu ke mari ? ” tanya Tok Dati bengis pada Nasir.

“Tok, saya pohon Tok untuk lihat keadaan saya. Takut takut ada yang menyihir saya” kata Nasir kerisauan

“Baik” kata Tok Dati

Tok Dati hanya berdiam diri, memejam mata. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu,  perlahan satu suara singgah di telinga Tok Dati.

“Dia orang nya ” dan hilang di bawa angin malam.

Mata terpejam terbuka , Tok Dati jelas gembira. Pewaris ilmunya ada di depan mata. Dan dia tidak perlu lagi untuk menjadi ‘manusia’ sekiranya mempunyai pewaris. Nasir tidak tahu perihal ini .

“Mengikut firasat dan tilikan ku, ada yang menyihir engkau agar engkau tidak punya anak” kata Tok Dati.

“Siapa Tok ?. Apa saya perlu lakukan ?” soal Nasir yang mula kebimbangan

“Usah khuatir. Tok akan memberikan perlindungan pada mu, cuma kau perlu ulang apa yang tok katakan ini
Kawula sampun nampi saderenging jaman rumiyin saderengipun dhateng para turunipun
(aku terima segala ilmu di perturun hingga anak cucu ku )
selepas Tok bacakan jampi nanti” senyum Tok Dati pada Nasir.

“Baik Tok ” kata Nasir lega

“Saka tanah kelairanmu, nyuwun pangayoman saka geni, Air sing diunekake, dihirup, diserep, diserap menyang awak, Siji karo awak mbah kakung, kalahake sihir, nguatake aku.
(dari tanah asalnya kamu, minta berlindung darinya api, udara dihembus, disedut, diserap, diresap hingga ke tubuh, satu ke tubuh lahirnya agung, hilang sihirmu, kuatkan aku)”jampi Tok Dati sambil mengangkat kedua dua belah tangan ke atas.

Keadaan di dalam rumah Tok Dati tiba tiba bergegar seakan akan terangkat. Asap berwarna hijau menyelubungi Tok Dati. Nasir mula ketakutan, Wajah Tok Dati mulai berubah sedikit demi sedikit.

“Usah kamu takut wahai Nasir, Hulurkan tangan mu” kata Tok Dati.

Nasir segera menghulurkan tangan. Entah mengapa Nasir bagaikan dipukau apabila kuku tajam Tok Dati menyentuh tangannya. Nasir hanya melihat dan tersenyum. Mata Tok Dati memenuhi wajah, hilang sudah kening di mata. Merah menyala umpama saga, gigi teratur mula membentuk, tajam bagai pisau di asah, benjolan di dahi terlihat jelas keluar sedikit demi sedikit naik ke atas membentuk tanduk kehijauan.

“Kau warisku. Terimalah!” jerit Tok Dati melemparkan kepulan asap kehijauan yang membentuk di telapak tangan nya tepat ke dada Nasir.

Nasir yang umpama dipukau itu menjerit kesakitan. Penyiksaan serapan ilmu dari Tok Dati bagai dicucuk jarum yang amat tajam. Nasir hanya mampu menjerit, terasa bagai ada sesuatu menjalar di setiap sendinya. Nasir berguling guling menahan sakit, perlahan lahan asap berwarna hitam keluar dari mulutnya, Benarlah Hamdan telah menyihirnya dalam diam, Nasir bertekad akan membalas pada Hamdan apabila urusannya dengan Tok Dati selesai. Terlihat Ular sebesar paha berwarna hitam pekat dan berkilat, melingkari tubuhnya. Perlahan bayangan ular itu meresap kedalam tubuhnya, Sekarang, Nasir terasa tubuhnya ringan bagai kapas.

Tok Dati yang telah pun berubah 2 kali ganda besar dari Nasir tersenyum puas.

“Engkau perwaris ilmu ku. Segala yang ku beri kau gunakanlah tapi harus di ingat setiap malam jumaat. Pengorbanan d***h anjing hitam yang ku pinta untuk kuatkan ilmu mu. Apa yang kau beri pada ku akan kuatkan ilmu mu juga” kata Tok Dati.

“Baik Tok Dati” kata Nasir

“Nama ku Ad Dhab. Aku tuhan kamu, tiada yang lebih hebat dari ku” kata Ad Dhab.

“Agung Ad Dhab!. Engkau yang terkuat!, Engkau terhebat!” kata Nasir dan terus sujud pada Ad Dhab.

Ad Dhab ketawa berdekah. Manusia lemah telah pun tewas dipujuk rayu syaitan, ilmu yang di beri Ad Dhab itu hanya sedikit tapi diagung sebegitu rupa. Sesungguhnya, Nasir telah pun menempah tiket ke neraka secara tidak sedar. Jamilah menanti Nasir dengan penuh sabar selepas selesai solat isyak. Nasir berjalan pantas dan terus masuk kedalam rumah. Jamilah terpinga pinga. Nasir merangkul pinggang Jamilah terus ke dalam bilik. Lilin di nyalakan, perlahan lahan lilin malap sendiri dan terus padam.
Keesokkan hari, Jamilah terasa gembira teramat sangat kerana pengalaman malam tadi amat tidak dijangka. Nasir masih tidur nyenyak

“Ins sha Allah abang. Jika Di izinkan tuhan, kali ini pasti ada zuriat untuk kita” bisik Jamilah ditelinga Nasir.

Jamilah mengucup dahi Nasir.
Jamilah bersiap untuk mandi dan menyiapkan santapan buat suami tercinta. Percikan air mandi menandakan Nasir telah pun bangkit dari tidurnya.

“Abang, mari santap sekali” senyum Jamilah pada suaminya

“Abang ada urusan penting. Nanti kita makan sekali” kata Nasir sambil bersiap untuk ke rumah Hamdan

“Baik abang ” kata Jamilah tersenyum

Nasir menaiki motornya ke rumah Hamdan. Nasir tidak memanggil Hamdan tapi sebaliknya hanya menanti di bawah pokok mempelam. Menanti dengan senyuman. Kelihatan Hamdan bagai dicampak dari rumahnya, tepat kearah kaki Nasir.

“Akhirnya kau sujud minta ampun kat aku” senyum Nasir

“Maafkan aku Nasir. Maafkan aku” rayu Hamdan bersungguh

“Apa kau pernah fikir tentang kami suami isteri yang sedih kerana fitnah dan perbuatan kau?” soal Nasir bengis.

“Maafkan aku  Nasir. Aku tak berniat” rayu Hamdan pada Nasir

“Tak berniat ?. Ingat aku bodoh macam kau. Aku akan berikan ilmu yang kau hantar kat aku sekejap saja lagi!” Tegas Nasir

Mulut Nasir membaca sesuatu. Dari dalam rumah Hamdan, terlihat satu tangan berbulu lebat memanjang mencengkam kaki Hamdan.

“Kau hantar hantu raya kat aku?. Hantu raya bukan mainan aku.
Selesaikan dia!” Jerit Nasir

Hamdan terasa disentap terus masuk ke dalam rumah. Teriakan jelas terdengar, Nasir tersenyum puas. Beberapa bulan berselang, Jamilah disahkan hamil. Kehidupan mereka bertambah baik, harta benda mereka semakin bertambah. Nasir menyediakan satu tempat khas ditanah miliknya untuk melakukan pengorbanan setiap satu kali sebulan. Tanah miliknya Nasir mengusahakan ternakan bagi mengaburi mata penduduk kampung. Nasir dipandang tinggi oleh penduduk kampung. Jamilah menanti hadir nya ahli keluarga baru. Tibalah saat Jamilah bersalin, lahirlah kembar lelaki dan wanita yang di beri nama Amran dan Amrina. Akan tetapi bukan itu sahaja yang keluar saat Jamilah bersalin dua ekor ular tedung selar turut terlihat. Nasir mengambil dan menyerahkan pada Ad Dhab, Ad Dhab membaca jampi serapah pada dua ekor ular itu.

“Saka awakmu sing dilairake, tandha ilmuku saya kuwat, saka ula nganti awak, anak-anake m**i.
(ilmuku kuatnya ampuh, dari ular ubah ke jasad, pengikut anak hingga kemati)” Jampi Ad Dhab

“Kamu usah khuatir. Ular ini akan menjelma menjadi budak dan akan melindung anak mu. Kesenangan akan terus ada untuk mu hingga akhir” sambung Ad Dhab

Nasir mengangguk faham. Segala kesenangan datangnya dari ilmu yang diberi Ad Dhab. Nasir jelas terpesong jauh. Solat, Al Quran bukan lagi pegangan, korban dan kejahatan adalah kehidupan. Nasir tidak tahu Ad Dhab merupakan Jin Agung iaitu Jin Ifrit yang akan menyesatkan seluruh keturunannya. Harta intan berlian segala yang diberikan adalah syurga dunia buat Nasir. Jamilah mula berasa pelik dengan pondok di ladang ternakan. Jamilah bertekad untuk melihat apa yang ada di dalam pondok tersebut. Taqibur adalah pekerja dari bangladesh yang ditugaskan menjaga ladang ternakan. Jamilah meminta Taqibur untuk membuka pondok tapi Taqibur tidak boleh buka tanpa arahan dari Tuan Nasir. Jamilah menyerah kalah, tiba tiba pintu pondok terbuka dan kelihatan Nasir keluar dari pondok itu. Nasir terkejut Jamilah, isterinya ada di situ.

“Abang buat apa dalam pondok tu?. Cuba abang tunjuk kat saya ada apa dalam tu,” soal Jamilah dengan perasaan ingin tahu

“Saya kira barang dekat dalam tu. Apa awak buat kat sini?. Tak percaya cuba awak cuba tengok sendiri,” kata Nasir pada Jamilah

Nasir membuka pintu, jelas terlihat makanan ternakan dan barang barang lain tersimpan rapi. Tetapi Jamilah perasan sesuatu yang pelik di atas tanah seolah olah ada pintu untuk turun ke bawah. Jamilah menyedapkan hati mungkin itu hanya mainan perasaan. Jamilah berbual dengan Taqibur semasa suami nya tiada di ladang.

“Taqibur, cuba awak lihat dan beritahu saya apa ada dalam pondok dekat dalam tanah,” kata Jamilah

“Saya tak mau Puan. Nanti itu tuan marah sama saya. Itu kalu saya tara kerja macam mana mau makan” rayu Taqibur pada Jamilah

“Awak buat je. Saya bagi awak RM3000. Asalkan saya tahu apa yang ada dalam itu, malam nanti bagitau saya” kata Jamilah

“RM3000?. Puan punya pasal tara apa. Nanti saya bagitau Puan” kata Taqibur gembira.

Taqibur tidak tahu tawaran Jamilah adalah maut baginya kelak. Taqibur menyelinap masuk perlahan lahan ke dalam pondok. Jelas terlihat seolah olah ada pintu untuk turun ke bawah tanah. Taqibur masuk ke dalam dan hidungnya menangkap sesuatu bau yang amat busuk. Taqibur terlihat banyak bangkai ayam berwarna hitam di atas lantai. Saat Taqibur mendongakkan kepala, tiba tiba seekor ular tedung sebesar paha jatuh melingkar di atas lehernya dan Taqibur m**i dibelit disitu. Perlahan lahan tubuh kaku Taqibur, ditelan. Pintu kayu dibuka tadi tertutup sendiri. Jamilah menanti Taqibur tapi sampai keesokan harinya Taqibur tidak hadir kerja. Nasir kelihatan geram saat keluar pondok dan terus menuju ke arah Jamilah.

“Apa yang awak dah buat!” tengking Nasir

“Apa yang saya dah buat?” soal Jamilah kehairanan

Pang!. Satu tamparan kuat singgah di pipi Jamilah. Jamilah tersungkur jatuh ke tanah. Anak anaknya yang melihat terdiam.

“Awak suruh Taqi untuk tengok apa yang ada bawah tu. Awak tahu tak Taqi dah m**i!. Jangan sibuk sangat boleh tak!” marah Nasir pada Jamilah, isterinya.

“Saya dah bagi awak kesenangan. Apa yang awak nak lagi dari saya?” soal Nasir

“Saya cuma nak tahu abang sorok apa dari saya!” marah Jamilah pada Nasir

“Nak tahu sangat ke?. Mari saya tunjukkan! ” bentak Nasir dan mengheret Jamilah turun ke bawah.

Anak anaknya mula menangis. Nasir berpaling ke arah mereka

“Kau diam!” jerit Nasir dan terus mengheret Jamilah ke dalam pondok yang bertutup kemas itu.

“Nak tahu sangat kan!” jerit Nasir

“Ini tuhan aku. Ad Dhab, dia berikan apa yang kita ada sekarang. Harta, anak, pangkat dan segalanya” cerita Nasir pada Jamilah .

Jamilah yang terkejut menangis saat terlihat patung ular dan patung patung yang lain. Sedarlah Jamilah, suaminya Nasir telah termakan hasutan syaitan untuk menyembah sesuatu yang bukannya tuhan. Dalam keadaan nya yang menangis, Jamilah bangkit berdiri

“Abang bertuhankan sesuatu selain Allah SWT. Abang dah jauh terpesong, kembalilah abang” rayu Jamilah

“Kenapa aku harus menyembah Allah?. Siapa Allah?. Apa yang dia bagi kat aku?. Tak ada apa” kata Nasir seolah menidakkan kewujudan Allah SWT

“Abang kembalilah. Allah SWT masih membuka peluang untuk abang” rayu Jamilah semahu mahu nya.

Nasir mencengkam tangan Jamilah dan mengheret naik ke atas.

“Aku ceraikan kau Jamilah Binti Abu dengan talak 3!” tegas Nasir

“Amran akan ikut aku. Amrina kau ambil” tegas Nasir dan terus masuk kedalam rumah

Beg baju dihumban ke luar. Jamilah teresak esak menangis diiringi Amrina. Mereka berlalu pergi. Amran menangis saat ibunya pergi meninggalkan nya.

“Amran, jangan nangis ye. Ayah ada, ayah pastikan Amran akan terus senang dengan apa yang kita ada” kata Nasir memujuk.

Masa berganti masa. Amran semakin dewasa, sedikit demi sedikit ilmu di perturunkan. Akan tetapi pengorbanan semakin kurang dilakukan atas sebab Nasir yang semakin tua di mamah usia. Nasir menangis sendiri didalam biliknya, Nasir mengintai anaknya Amran. Amran nyenyak tidur ditemani teman wanitanya. Nasir mengeluh dan merintih

“Aku salah. Ini bukan jalan ku dan dia bukan tuhanku, aku silap” kata Nasir sendiri

“Engkau sesal, Nasir?. Kenapa menyesal? . Engkau m**i pasti anak mu gembira sebab harta pasti ada di tangannya” kata Ad Dhab yang muncul di belakang nya dibalik kepulan asap.

“Kau syaitan. Kau iblis!. Kau menghancurkan hidup ku!” jerit Nasir.

Saat Nasir memarahi Ad Dhab, Tiba tiba jantungnya terasa sakit dan Nasir rebah menanti nyawanya di cabut. Timbul air mata penyesalan dimatanya. Ucapan kalimah Allah entah mengapa lancar dibibirnya.

Mungkin semasa di hujung hayatnya, solat taubat nasuha amalnya adalah penentu ajalnya. Hanya Allah SWT yang tahu sama ada diterima atau tak. Ad Dhab jelas berang dengan keadaan itu. Perlahan lahan, Ad Dhab menuju ke bilik Amran dan meresap di ubun kepala. Amran bermimpi dia berada di suatu tempat yang gelap.

“Akulah yang membantu ayah mu sehingga dia berjaya Amran. Tunduk sujud pada ku” kata Ad Dhab .

Amran yang takut dengan penampilan Ad Dhab terjaga dari lena nya. Amran tergesa gesa bersiap. Di sudut setiap rumahnya terlihat beberapa makhluk yang berlainan rupa tapi hampir sama dengan Ad Dhab muncul sendiri. Di bilik Amran, wanita yang tidur bersama Amran bangkit sendiri. Mulutnya terbuka, matanya putih melepak dengan rambut mengerbang. Amran terkejut dan tersandar di almari.

“Fathia, Fathia kau ok tak ni?” tanya Amran

“Kau sujud pada ku Amran. Aku memerlukan korban dari mu!” Tegas Fathia dengan suara yang garau.

“Tidak. Aku tak mahu!” tegas Amran dan terus berlari.

Seakan akan masa terhenti begitu juga dengan kakinya. Ad Dhab memunculkan diri di hadapan Amran. Amran terkelu

“Kau katakan dan kau akui aku tuhan mu. Segala kekayaan dan wanita yang kau dapat adalah pemberian ku” kata Ad Dhab pada Amran

Seolah olah dipukau

“Aku akui engkau tuhan ku. Segalanya dari mu. Fathia adalah pemberian mu” kata Amran.

Amran tersedar dan terus melarikan diri dikejar oleh Fathia yang seolah olah terbang laju mengekori. Peluh membasahi baju yang dipakai Amran. Amran berlari laju malang tidak berbau. Amran terbang melayang jauh di awangan dan jatuh terhempas di atas sebuah kereta berhampiran. Sedarlah Amran, saatnya hampir tiba. Lari dari nya pasti tidak berhasil. Kerana dia yang memberi Amran hidup yang baru dan lebih sempurna tanpa Amran sedar awalan lagi dia menempah tiket ke Neraka. Amran meninggal kerana pendarahan yang banyak akibat dilanggar lori simen. Tapi sebenarnya, di sebuah sudut Makhlus buas ketawa berdekah gembira melihat korbanan jiwa, hamba Allah SWT sudah pasti menjadi hamba nya kerana Amran sendiri mengakui tiada yang lebih hebat berbanding Ifrit Tuhan nya.
Perlahan makhluk buas, ketawa menghilang di balik kabus yang menyelubungi. Ketawa bergema di langit turut serta hilang. Sunyi sepi sekeliling, jasad Amran terbiar sepi tiada yang menolong di awalan pagi. Anjing perlahan menghampiri jasad berdarah yang telah kaku, digigit rakus. Tangan Amran terpisah dari jasad, bebola mata di mamah sekumpulan anjing yang berada berhampiran. Ad Dhab berpaling Amrina yang seterusnya, Hilai tawa memecah kesepian malam.

Amrina selesai sudah menunaikan solat sunat tahajud ditemani oleh suami nya Ustaz Yusof. Entah mengapa Ustaz Yusof merasakan satu tenaga negatif berada di sekitar rumah nya. Ustaz Yusof mengarahkan Amrina supaya jangan berhenti berzikir saat dia turun ke bawah. Ustaz membuka pintu rumah nya dan menunggu seketika. Di pejamkan matanya

“Aku tahu engkau ada, aku tak ganggu kehidupan mu makhluk. Pergilah kau” kata Ustaz Yusof

Perlahan di sudut pintu pagar Ad Dhab memunculkan diri.

“Aku mahukan Amrina!. Serahkan kepada ku!” tegas Ad Dhab

“Apa mahu mu syaitan laknatullah. Berhitung dengan ku bukan isteri ku. Sila masuk ke dalam jika kau mampu” kata Ustaz Yusof seolah olah mencabar

“Bagaimana aku bisa masuk jika kau sudah memagar nya!” jerit Ad Dhab

Jamilah terbangun dari tidurnya kerana bunyi bising di luar. Jamilah tergamam. Menantu nya tengah berbicara dengan Makhluk besar, Tahulah Jamilah yang itu milik suaminya. Jamilah menangis sedih bekas suaminya dan anak lelakinya telah pun m**i. Jika tidak, masakan makhluk itu menuntut Amrina. Jamilah bergegas ke arah bilik Amrina dan menemaninya untuk berzikir.

Ustaz Yusof tersenyum .

“Baiklah. Jika kau mahukan Amrina, pastikan aku tewas di tangan mu. Aku suaminya dia tanggungjawab ku” kata Ustaz Yusof .

Ustaz Yusof membuka pagar rumah dan menuju ke padang bola berhampiran.

“Disini kita akan bertempur” kata Ustaz Yusof

“Jika aku tewas, silakan untuk mengambil isteri ku” sambung Yusof .

“Manusia mencabar aku
Aku boleh tewaskan kau sekelip mata. Usah kau angkuh!” kata Ad Dhab.

Ummul Kitab dibaca diringi pencak silat cekak. Ad Dhab hanya tersenyum. Kepulan asap hijau membentuk di telapak tangannya. Ad Dhab melontar ke arah Ustaz Yusof .

“Allahuakbar ” teriak Ustaz Yusof

Asap hijau beransur hilang apabila mendekati Ustaz Yusof. Ad Dhab terasa tercabar, serangan di lancar tanpa henti tapi Ustaz Yusof mengelak kesemua serangan

“Itu saja kekuatan mu?” soal Ustaz Yusof .

Ad Dhab merasa berang dan melontar beberapa kepul asap hjau yang seakan akan berapi. Ustaz Yusof kelihatan tenang. Ustaz Yusof membaca ayat kursi dan ayat Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 1 hingga 5 serta Surah yunus ayat 81 yang bermaksud

“Qola musa maji’ tum bihis sihru in nallaha sayub thiluhu, innallaha la yushiluhu ‘amalal mufsidin
(Musa berkata “apa yang kamu lakukan itu adalah sihir, sesungguhnya Allah akan menampakan tidak kebenarannya sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerusakan” ) ” baca Ustaz Yusof

kelihatan cahaya putih menyusur laju memecah kepulan kehijauan dan tepat di atas tanduknya.
Ad Dhab seolah olah terbakar di bakar dengan api kemerahan. Ad Dhab menjerit kesakitan, jeritan itu semakin hilang tatkala tubuh Ad Dhab terbakar rentung dan hancur lebur. Serta merta, Amrina terselamat dari menjadi korban keturunan yang dimulakan oleh ayahnya iaitu Nasir. Jamilah tidak silap memilih suami untuk anaknya dan dia yakin Yusof mampu menjaga anaknya.

P/S : Allah SWT sebenar benar nya Allah SWT tiada kuasa lain selain Allah SWT. Menyekutukan Allah SWT terang terang salah di sisi islam. Pulanglah selagi bernyawa, kembali lah pada islam sebenar. Pujuk rayu syaitan tidak akan berhenti sampai bila-bila. Terima kasih kerana membaca.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

9 thoughts on “#Blackturtle&East : Ajaran Ad Dhab Ular Tedung Selar”

  1. Cara penyampaian cerita agak berserabut dan tergesa-gesa tanpa menitikberatkan penggunaan “,” dan “.” – Perlu diperluaskan lagi aspek penyampaian cerita. Btw, keep up the good job! Nice story~

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.