#Blackturtle:Pengalaman Pertama

Dalam sedar tak sedar empat tahun sudah aku berhenti bekerja di pusat beli belah tumpuan orang ramai ini. Hari ini aku akan menceritakan pengalaman ku yang bertugas sewaktu awal awal aku masuk dan terpaksa standby atas sebab rusuhan. Aku dan Lan di tugaskan untuk menjaga Roller Shutter di Ground Floor dan harus bersiap sedia jika perusuh ingin memasuki dalam Pusat beli belah untuk berlindung. Tiada sedikit ruang pun yang di beri untuk perusuh.

Aku malas sebenarnya nak kerja memandangkan ada hal lain. Tapi terpaksa juga lagipun di bayar overtime. Amy dan Shah pulak jaga di pintu masuk Basement 1. Kiranya setiap juruteknik yang ada wajib untuk standby dan tak boleh tak datang. Pukul 6 petang kami dah standby di tempat masing masing. Di jangka pukul 7 perusuh akan melarikan diri dari dataran. Tiba tiba walkie talkie aku berbunyi

“Black, tolong backup kat Basement 1. Sebab aku ada hal lain. Dalam kadar segera,” kata Shah yang merupakan penyelia aku.

“Habis tu, tak kan nak biar Lan sorang sorang jaga kat Under Ground. Banyak Roller Shutter ni. Mana dia larat” Kata ku agar aku dapat bersama Lan

“Kau jangan pertikaikan apa yang aku suruh!. Sekejap lagi budak admin ah chong tu datang tolong backup,” kata Shah tegas

“Yela yela. Memekak je kau ni. Sat gi aku sampai,” kata aku nak tak nak.

Nak atau tak aku terpaksa atas sebab tugasan. Keadaan sunyi sepi berubah bising. Aku melihat di tingkap. Kelihatan perusuh melarikan diri lintang pukang apabila di kejar FRU dan Anggota Polis. Ramai yang cuba memasuki pusat beli belah melalui Basement. Aku terus berlari secepat yang boleh. Aku terus menekan suis Roller Shutter, perusuh menjerit untuk masuk. Aku melihat polis memukul perusuh menggunakan cota.

“Gila la polis macam ni,” ngomel aku bersendirian

Aku berpaling ke belakang. Aku lihat jam tepat pada waktu maghrib 7.45 petang. Aku terlihat bayangan dua tubuh di balik tiang batu seolah olah melarikan diri.

“Eh , Perusuh pakai baju kuning. Kenapa pula ada perusuh pakai baju putih,” kata ku kehairanan

Aku berjalan untuk melihat di balik tiang. Tapi hampa kerana tiada apa apa di situ. Aku mencapai walkie talkie di pinggang.

“Shah, work is done kat Basement. Nak aku naik atas backup ke?l,,” soal ku ingin kepastian

Walkie talkie berbunyi tapi tiada suara. Hanya pancaran frekuensi je yang bermain. Aku dah pelik.

“Hello Shah, kau nak aku naik ke tak ni?,” kata ku bengang

“…..ta..k…p..aya…h…” Kedengaran suara Shah samar samar dengan bunyi bising frekuensi

Mungkin liputan tak berapa cantik fikir ku. Tapi mustahil pulak sebab walkie talkie selalunya senang dapat liputan dan bukannya macam handphone. Aku berjalan menaiki tangga sebab mudah dan cepat. Tiba tiba

Krekk!

Bunyi pintu tangga di buka. Aku menjangkakan Amy naik ke atas sebab kerja di Basement dah habis aku buat. Tapi bayang Amy, perlahan lahan mengecil.

“Woi Amy, kau jangan main main. Cepatlah ikut aku. Aku nak naik Rooftop ni nak cek meter air pulak,” aku meninggikan suara

Keadaan sunyi sepi. Aku rasa semacam tapi oleh sebab marah sebab Amy hanya berdiam diri. Aku terus kembali ke Basement untuk mencari Amy. Suasana lenggang. Sunyi sepi. Tiba tiba bulu roma ku meremang.Bau kemenyan sepintas lalu. Terlihat dari hujung dua bayangan berjalan laju. Aku dapat melihat umpama kain berwarna putih.

“Wei agak agak la. Maghrib ni, jangan lah main main. Banyak lagi nak buat ni,” jeritan aku bergema di ruang Basement

“Siapa yang main main hehehe,” terdengar satu suara dari arah bayangan tadi

Aku dah jadi tak tentu arah. Aku mula memanggil yang lain menggunakan walkie talkie.

“Shah, Lan dan Amy masuk masuk.
Wei, korang kat mana ni?,” kata ku menggelabah

“Ada je kat sini..hihihi” terdengar satu suara bergema di Basement

Aku dah mula rasa lain. Bulu roma menegak dan tiada tanda untuk turun. Kaki rasa bagai memikul beban berat. Langkah terasa berat. Perlahan kain berwarna putih melintasi di hadapan aku. Aku tercengang. Perlahan kain turun cantik depan aku. Rambut mengerbang dan menutupi wajah. Aku berpeluh habis dan menggigil. Ayat Al Quran semua aku baca habis tunggang langgang.

“Kenapa nak lari?,” soal makhluk itu dengan nada sedih

Aku tak mampu berkata. Hanya mampu melihat dengan mata bagaikan tidak percaya.

“Saya nak kawan je. Adik saya pun sunyi. Dia nak kawan dengan awak,” kata nya lagi sambil memandang ke belakang ku.

Aku tidak menoleh sebab aku tahu dihadapan aku bukan manusia. Aku dengar benda bergolek dari belakang perlahan menghampiri ku

“Hai awak,” senyum kepala makhluk yang berulat di tepi ku

Aku rebah tak sedarkan diri. Esoknya aku sedar aku berada di rooftop. Atas sofa pejabat.

“Engkau dah kenapa?. Pengsan kat lot parking Basement 3?. Orang lain pun tak pergi sana waktu senja,” kata Shah

“Aik, aku kat Basement 1 la. Kau bagitau rusuhan nak jadi backup kau sebab kau ada kerja lain,” kata ku sambil menghirup air kosong pemberian Shah

“Kau ni biar betul. Semalam sepatutnya kau dan aku cuti. Yang kerja Amy dengan Lan. Tapi Lan dengan Amy kat atas Rooftop tulis laporan. Rajin kau ye masa cuti pun datang kerja hehehe,” kata Shah

“Lagi satu. Rusuhan apa yang kau cakap ni?. Baju kuning?. Bukan minggu depan ke perhimpunan tu,” sambung Shah

Ah Sudah. Siapa pula bagi arahan kat aku. Dan kenapa aku kerja masa aku cuti. Misteri masih selubungi walaupun aku dah tak bekerja kat situ.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

7 thoughts on “#Blackturtle:Pengalaman Pertama”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.