BLOK 3

Assalammualaikum buat semua pembaca tegar page FS.

Kali ni aku nak share kisah aku. Yup, betul-betul berlaku kat rumah sewa aku dulu.
Cerita ni berlaku sekitar tahun 2014 masa tu aku tengah semester berapa tak ingat dah tapi masa awal-awal jugaklah tempoh pengajian aku kat salah sebuah kolej.

Rumah sewa aku ni bolea dikatakan agak mewah lah. Sebuah kondo 18 tingkat dan aku masih ingat lagi rumah aku dulu tingkat 15. Huhu. Blok berapa rumah no berapa tak payah sebutlah kot.

Ok straight to the point. Rumah kitorg boleh duduk seramai 10 orang. Yelah ruang rumah agak besar, aku dan dua orang sahabat aku duduk masterbedroom. Bilik sebelah kitorang memang selalu sangat bertukar tuan. Kalau tak silap masa tu ada tiga org kot. Bilik depan kitorang ni ada 2 orang student.

Satu hari ni, aku dan dua orang sahabat aku memang jenis kaki dok bilik jek. Tak suka keluar rumah atau bilik, haha sebab masa tu kat ruang tamu takde benda pon kosong je. Yg ada cuma meja makan. So boring lah lepak luar. Kitorang suka lepak bilik je.

Tetiba satu hari ni, kitorg tengah syok-syok layan movie sambil gosip2 tetiba kami dengar bunyi bising sangat kat luar. Kitorang pun tertanya2 lah apehal ni. Pastu dalam dok tertanya-tanya tu datang plak ada orang ketuk pintuu. Dia cakap dia laki, maknanya dia suruh kitorang prepare lah pakai tudung, pakai seluar panjang ke..Yela masa study lepak dalam bilik korang tahu jelaa macamana pakaian duk rumah. Kami yang cuak ni cepat-cepat capai je apa yang ada then cepat-cepat keluar bilik nak tengok apa yang jadik.

Rupanya student kat bilik depan kami tu kena kacau. Ok jujurrrr inilahhh first time in my life aku nampak orang kena rasuk. Tapi ni jenis tak meracau sangat. Sikit je. Nangis tu biasalah. Masa tu lelaki memang ramai dalam rumah kitorang. Kami si geng kaki bilik ni macam terkezut jugaklah yela mana pernah laki masuk rumah. Tapi sebab kes darurat gini terpaksalah..

Malam tu semua memang tak dapat tido. Aku gelarkan student ni H. Si H ni asyik meronta-ronta nak dilepaskan. Aku pegang tangan dia. Berbekalkan ilmu aku yg sikit ni, aku semburlah bacaan ayat Kursi. Geng aku yg lain bacakan Yaasin. Aku baca slow je kat telinga dia tapi dia macam makin panas. Aku dalam takut2 aku kenalah jugak beranikan diri. Darurat okayyy! Makin aku pegang makin kuat dia meronta. Makin aku baca makin kuat plak dia nak lepaskan diri. Pastu tiba2 dia menjeritt. Allah!! Nak tercabut jantung mak deknonnnn. Aku taktahu nak buat apaaa. Pastu BF dia datang dia baca2 sikit ada kawan dia yang agak berpengetahuan ni picit ibu jari kaki si H ni. Lagilahhh kuat dia menjerit weh. Orang kata kalau picit then dia menjerit, maknanya ada ‘benda’ betull ke gaiss??

Tapi lepas beberapa jam diorang buat apa ntah keadaan kembali tenang. Ingatkan sampai situ je. Dahlah malam tu kami bertiga terpaksa tidur berhimpit dengan budak bilik sebelah. Mana taknya memasing penakot. Hahaha. Satu bilik tu 7 orang sekali tidurr hambek kauu.

Lepas kejadian malam tu. Bermulalahhh kejadian pelik-pelik berlakuu…

Ni kalau aku cerita tak habis satu hari ni. Hahaha nak tahu ke? Komen nak nanti kalau rajin baru aku sambung. Bye, nak rewind balek kejadian tu. Haha

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Loading...

22 comments

  1. TAKNAK…!!!!

    Eiiii geram plak ngan patern penulis mtk org vote baru nk citer bebetol ni…
    Takyah citerlah…
    Saket ati…!!!

    1. Kak yulie marah… haha… tu la.. xpe la.. baca mna y ada.. kalau dia nk smbng, smbng la.. saya baca je… xnk smbng pn xpe.. saya paham…

      1. Kaaannn…
        Bajet soh org vote pastu merayu2 soh sambung…
        Kot kompem citer tu syiok xper gak…
        Ni buatnye smbgn pon ala2 sendu camni, hmmm nan hadooo…

    2. Bwahaha..takdan sound..kak yulie dh marah..see…orang2 yg syok sendiri ni la yg wat mood spoile baca fs..nak cerita,cerita je la..ingat penulis terkenal ke..ingat kami kebulur sangat nak bac citer kau

  2. Klau mcm ni nyer citer baik xyh smbung dikk. Stkt nk cri feedback dr readers post wall je.. Berlmbak lg citer dr org len yg nk share pengalaman.. Potong mood nk layan btol la.

  3. ea ehhhh , main sambung sambung plak dea ! aku siap daa sedia kan asam depan pc ni haa na bca cita hg , eihhhh sta paya sambung laa , punkoq vetuii

  4. bodoh!! kalau nak cerita, cerita jer la.. kalau da pemalas, otak lembap nak ingat, simpan je sorang2.. org x batak nak baca cerita ko..

  5. Cerita baru suku belum separuh lagi woii. Gangguan hantu setanirojim pun belum sampai lagi woii. Reader nk seram celah mana?

  6. ni post nk share story ke batak peminat je? tulis je lah bg habis, kalau hambar paling2 pun org skip. beria suruh komen2 bagai baru nk sambung. itu pun “KALAU RAJIN” je pula tu. meluat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *