BLOK 404-Hide and Seek

Salam semua reader setia FS. Nama aku Amari. Aku before this memang silent reader sahaja. Tapi hati ni terbuka nak cerita pengalaman yang aku rase seram dan masih ingat sampai sekarang. Thanks to FS jika cerita aku dipublishkan. Maaf laa kalau korang rase kisah ni tak begitu menyengat seram korang. Story ni agak panjang so jangan bosan ya. Chill okay?

Kisah ni berlaku mase aku darjah 4 kat kawasan perumahan aku. Korang pernah tengok tak cerita BLOK 404 dulu yang pasal pembunuhan kat rumah banglo tu? Kan dorang ade main permainan hide and seek kan, tapi ade caranya which is kau kene pairing dengan pasangan and pergi sembunyi. Cara nak kenal pasti pasangan korang tu takpayah laa aku xplain eh? Kang panjang berjela pulak. Tengok cite tu tau laa camne. Jadik pasal tengok cerita tu laa, kiteorg decide nak try game tu.

Malam tu seperti yang dijanjikan, kiteorg ade 8 orang iaitu aku, fazreen, wawan, ekyn, kattan, EG, kamal and eira. Aku perempuan ya. HAHAHA. So kiranya malam tu geng aku ade 4 perempuan 4 lelaki. Tepat jam 11 malam, kiteorg kumpul kat rumah fazreen sebab parents fazreen ni keje malam. Yang tinggal kat rumah cuma dia and akak dia je. So rumah dia memang slalu jadik port kiteorg laa. Malam tu macam cun je pasal parents kteorg sume dah lepak tido, jadik kteorg semua sneak out laa. Dah kumpul semua lengkap, baru kteorg start game hide and seek ni.

Lepas sesi memilih pasangan masing2 (aku+eira, ekyn+fazreen, wawan+kattan, EG+kamal), salah sorang daripada kteorang akan kene cabut undi utk carik pasangan mana yang kene carik. Yang lain sembunyi laa apa lagi. So ditakdirkan EG+Kamal ni kene jadik orang yang mencari so kiteorg semua bertempiaran laa lari cari tempat sembunyi masing2. Ohh, lupe nak bagitau korang yang kawasan rumah aku ni ade banyak jiran2 tanam pokok kat belakang and tepi rumah. So malam kan? Kat kepala kiteorg tak terlintas pon pasal hantu ke apa pasal dah syok nak main game ni kan. Dipendekkan cerita dan akal, aku ngan eira pegi sembunyi sebelah rumah Cik Sal. Sebelah rumah Cik Sal ni banyak pokok pisang tau. Dorang confirm tak pkir nak carik kat situ punye.

Selang berapa minit, aku dengar wawan+kattan punya suara. Confirm kantoi punye tempat sembunyi dorang. Pastu aku dengar ekyn+fazreen punye suara, kantoi sudah. Maknanye, tinggallah aku ngan eira je yang tak kantoi. Aku dengar bunyik tapak kaki dorang macam dah hampir dengan tempat persembunyian kiteorg. Nampak laa si EG lalu depan and then aku ngan eira perasan EG ni pandang kiteorang. Nampak sangat direct yang dia tengok kteorang tapi tetiba dia cakap tak jumpa. Padahal korang boleh tau kot eyesight ni kalo orang pandang kita tepat ke tak tepat. Aku memang bertentang mata ngan EG tp dia cakap tak nampak aku. Lepas EG blaa tu, aku cakap dengan eira macam ni :

Aku : Eira, eg tak jumpa kita laa. (Gelak bisik2)
Eira : Tulaa, aku ingat tadik dah nak kantoi. Tapi aku perasan dia macam nampak kita tadi? Kau perasan tak dia tengok kita tadi?
Aku : Kann? Aku pon perasan jugak. Tapi dia kata tak jumpa kita.

Tiba2 time aku dengan eira tengah syok ketawa tu, bau busuk bangkai nak mampos menusuk hidung kteorang. Time tu jugak laa ade suara sahut ketawa kiteorg sambil cakap kat celah telinga antara aku dengan eira macam ni :

Suara halus : Memang la tak nampak…. Heeee… Kan main sekali….. Heeeheehaaaa…

Serentak aku ngan eira terus berteriak macam ape lari dari situ. Tak cukup tanah weh! Kteorg nampak Cik Sal bukak pintu dia dari belakang. Aku rase Cik Sal pon tak nampak sape yang main kat kebun dia tu. (Sorry Cik Sal!) Aku tak tengok blakang dah pasal dok sebok lari dengan eira sampai rumah fazreen. Sampai rumah fazreen, semua kawan aku dah dok kumpul dalam rumah. Eg cepat2 kunci pintu weh. Terus selubung dalam selimut sambil baca ayat kursi ramai2. Si ekyn, eira ng fazreen dah nangis teruk. Aku tak perasan bila kteorg tertido tapi esok pagi semua terbongkang kat hall rumah fazreen.

Eg tanye aku dgn eira okay tak. Gila nak okay? Baru kene terjah suara halus dia, belum nampak lagi. Kiteorg demam wehh. Aku tanye laa EG nampak tak aku dgn eira semalam. Pastu EG terus bukak cerita. Mase dia carik kteorg kat kebun pisang rumah Cik Sal tu, dia lalu depan kiteorg and memang nampak kteorg. TAPI BUKAN BERDUA, BERTIGA OKAY! Dia nampak Cik Ponti kat blakang kiteorg tengah dok mengcangkung skali! (Taktau laa mengcangkung ke ape tapi EG ckp duduk skali) Korang boleh imagine tak macam mane? Tu pasal dia cakap tak nampak kteorang, pasal dah gigil, dia blaa terus and inform member2 yang lain suruh berhenti main game ni and balik cepat. So kiranya dorg dah tau laa ni? (Hampeh punye kawan tak panggil kteorg!)

Sumpah lepas tu takde dah nak try main memalam. Kalau tak ikot ckp parents memang macam tu laa. Padan muka! Nasib baik takde yang kena rasuk ke apa. Tu je story aku, ade banyak lagi yang mistik tapi lain hari laa eh? TQ pasal korg sudi baca. Salam and Selamat Hari Raya ya!

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “BLOK 404-Hide and Seek”

  1. ish ish ish. orang kata, kalau nampak pokok pisang jangan pergi sana. sebab kak ponti ni suka duduk kat situ(aku cakap benda betul)

    Reply
  2. Sama mcm aku masa kecik2 dulu. Main hide n seek dlm rumah arwah nenek. Bukan pairing tp menyorok berdua jugak. Aku menyorok dgn sepupu.

    Dari kejauhan dengar dari dlm bilik si tukang cari tu sebut nama aku, means dia dah jumpa aku lah kan. Walhal aku ada je tengah menyorok kat bawah meja makan dapur. Reaction pun sama dgn penulis, gelak gelak berdua dgn sepupu.

    Sekali tukang cari tu jumpa sepupu yg aku pairing menyorok tu. Bila dia terpandang je aku kat sebelah terus dia menjerit. Tau sebab apa? Sebab dia dah jumpa aku awal lagi sebelum tu menyorok dlm bilik bawah bantal dgn sepupu lain. Sepupu lain pun nampak aku time tu.

    Itu lah last main hide n seek memalam. Tak main dah lepastu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.