Blok Asrama Tun Dr Ismail

Assalam dan salam sejahtera, mungkin cerita aku tak berape seram tapi ade yang pernah dengar cerita ni, kisah bermula pada 2006, masa ni aku baru masuk U terkemuka di Parit Raja, oleh kerana itu 2006 merupakan first batch merasmikan blok asrama baru, dikenali Tun Dr Ismail (TDI). Masa ni blok ini sahaja yang wujud selain blok asrama depan yang asal, depan padang hoki.

So, nak jadi cerita aku salah satu newbie kat situ yang dapat asrama TDI, yang lain semua senior. Dapat tingkat 4, pemandangan cantik dan malam2 bau jagung rebus (sebab bau asap kilang kayu sebelah U ni, kau hado?) tu hidung kau rela untuk 2 bulan pertama, selebih nye dia mintak buang hidung. Back to story, sem pertama takde la seram mane, malam2 lepas buat revision (konon2 rajin, tapi boleh tahan 2 sem je, selebih nye study last minit, tabiat tak baik, jangan ikot aku), pergi basuh baju kat toilet belakang, siap2 untuk tido, malam nye bile semua roomate aku dah tido, lampu tutup, hanya lampu meja study je bukak.

Tengah sedap peluk bantal aku tido paling ke dinding, aku dengar ade budak2 dalam 2-3 orang main kejar2 tepi katil aku, dehell you kidding me. Dalam mamai motor logikal otak aku belum waras, so dengan hati suci tanpa musykil terus aku paling nak tegur la senyap sikit setan, abang esok kelas pagi, rupe nye ade 3 orang budak kecik lingkungan 3 tahun tengah main kejar2. Tubuh nya putih semua. Masa tu otak lojik triggered, natang sungguh. Terus tarik selimut tutup satu tubuh. Esok pagi cam biase ade simptom2 nak demam, tapi semangat nak belajar tika tu tinggi, terus ku gagahi. Minggu depan 3 hari cuti demam. The end kisah satu.

Masuk sem dua, bende ni heboh satu blok TDi, pasal orang minyak. Bende ni tak di hebohkan luar dari asrama TDI tak tau kenape. Malam macam biase semangat CPA 3.7 masih kuat, lepas study, basuh baju tengah2 malam walaupun mase tengah basuh aku rase ade perempuan diri belakang aku, kita buat dek je, lepas sidai terus mulakan skill usain bolt dari toilet ke bilik, kalau setakat lembaga perempuan tu biase sangat tak seram, tapi malam ni lain macam sikit, dalam pukul 2am, aku dengar bunyi ngauman harimau, bukan aku je, bilik sebelah pun dengar.

Ade member tengah berak kat jamban mase tu terus kemut dengar ngauman harimau. Watdefak, maybank pagi2 buta ni. So buat tak tau la nampak macam 2-3 orang je dengar, lagi satu sini hutan, takde bangunan lain, so stakat b**i hutan tu dah biase. Esok pagi member bilik sebelah demam, sebab nampak ade orang tengah berjalan kaki empat dan mengaum macam harimau. Tubuh berbau busuk seperti tinja. Dan start sini banyak barang2 berharga student hilang. Heboh sekejap, panggil ustaz buat solat hajat. Tapi minggu berikut nya roomate aku yang kene usik, masa tu dia tido tingkap tak kunci, kami sebilik 4 orang, tingkat 3, so dia tido malam tu tingkap tak kunci, malam macam biase dia sedar henpon dia dari bawah bantal gerak dengan sendiri, dan dia tak boleh bergerak langsung.

Hanya dapat memerhati henpon tu bergerak tanpa disentuh, sekuat hati dia melawan dan akhirnya terpacul dari mulut “Allahuakbar” terus boleh gerak dan sambar henpon dia. Esok dia cerita kat aku. Cam biase aku hangguk kan. Tak tau nak beri reaksi ape, yela mule2 budak2 main polis entri tepi katil aku, perempuan huduh sikit dari neelofa and now harimau manusia. The end kisah 2. Nanti aku sambung lak kisah umah sewa aku sewa sekitar parit raja. Setakat sini saja, sekian.

Cendawan Pagi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

14 thoughts on “Blok Asrama Tun Dr Ismail”

  1. Aku dok TDI 2 sem, block D… block pompuan… Pas aku dok Kolej Melewar, TDI dh jd block pompuan semua… Tun Fatimah yg jd hostel campo… dh grad dr sana br tau crita ne… hohoho

    Reply
  2. Oit budak Kuittho aka UTHM ya.. Dulu aku ddk Melewar x de la kisah2 angker ni.. Aku pn batch 2006 gak. Tapi ada jugak membe2 cite pasal kejadian kat TDI n TF ni..haha…. Psl bilik komputer yg angker.. Betul ke…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.