#BraderBuatHal – Kembali

Hi pembaca FS. Semua sihat tak? Lama nya tak muncul sini. Rasanya ingat lagi tak kat aku? Haha. Korang faham kenapa kisah aku kali ini berjudul KEMBALI?. Ya ada sebab nya. Aku akan ceritakan kat korg satu persatu yea. Seperti mana yang korang tahu, kisah aku sebelum ni sudah berakhir. Itu yang korang fikir, tapi sebenarnya tak pun. Ada sambungannya cuma takda masa yang sesuai untuk aku mengarang. Boleh kita mula?

Cerita dia macam ni, setelah beberapa bulan sejak aku ‘putus’ dengan puteri, aku masih lagi dapat rasa kehadirannya walaupun aku tak boleh nampak dia macam dulu. Wangian dia selalu menusuk lubang hidung aku membuatkan aku yakin Puteri berada tidak jauh dari aku. Pelik, sedangkan aku tahu rupanya yang sebenar tapi aku masih termimpi mimpi wajah dia yang ayu pula. Cuma dalam mimpi tersebut aku tidak lagi dibawa ke kampung halaman Puteri. Aku fikir itu hanya mainan jin yang ingin menyesatkan umat manusia.

Aku cuba lupakan dia sehingga lah suatu hari ni. Aku bertandang ke rumah kawan lama aku bernama Khai(nama samaran). Sebaik sahaja kaki aku melangkah masuk ke rumah Khai, aku dah seram sejuk, rasa pening dan nak muntah. Bukan apa, suasana rumahnya yang agak suram dah seram tu buat aku tak senang duduk. Sedang asyik bersembang dengan Khai, neneknya keluar dari kamar. Aku pun salam neneknya tapi ditepisnya tangan aku, nenek khai pandang aku dengan bengis. ‘Busukk !!! Keluar kau dari sini. Aku tak suka wangian yang kau pakai ni. Buat aku nak muntahh.! ‘ tengking nenek kat aku.

Aku ceritakan serba sedikit tentang keluarga si Khai ni. Mak bapa Khai dh bercerai lama dah. Jadi Khai duduk dengan mak dia. Yang seramnya mak dan nenek khai ni orang ‘berilmu’. Bukan berpengetahuan, tapi ilmu ‘sakti’ atau hitam. Macam mana aku tahu? Dulu pernah sekali masa aku tengah sambung belajar, Khai ajak seorang awek ni datang beraya kat rumah dia. Jadi dia ajak aku dan kawan datang sekali. Kebetulan mak dia duduk sebelah aku. Dia bisik ‘aku tau perempuan ni calit minyak kat anak aku, sebab tu si khai ni beriya iya kat dia. Awak tunggu je. Kita tengok dia boleh lawan ke tak’. Aku mulanya ingat dia main main. Lepas aku tengok mulut dia berkumat kamit, awek si khai ni tadi jadi gelisah, tak henti2 ajak balik dan cakap panas. Last2 awek ni keluar dan lari macam tu je. Mak si khai ni senyum2 je pandang aku. Masa tu aku tau keluarga dorang ni berisi. Rumah Khai ada satu bilik tu memang tak pernah buka. Dari mula aku kenal dia lagi aku tak pernah nmpak bilik tu terbuka. Apa yang tersembunyi dalam tu buat aku rasa takut ya amat.

Berbalik pada nenek khai tengking aku tadi, dia suruh aku berambus cepat dari rumah dia. Dia tolak aku sampai aku nak terjatuh. Aku pelik, nenek yang hampir mencecah 90 tahun umurnya boleh tolak aku dengan selambanya sampai aku nak terjatuh. Cepat2 Khai halang neneknya dan bawa dia ke dalam bilik. Khai minta maaf kat aku. Dia tak tahu benda begini boleh berlaku sedangkan neneknya sangat mengenali aku. ‘Takpa khai, dia dah tua kan. Dia nyanyuk barangkali.’ kata aku pada Khai. Khai hanya mengangguk. Masa aku nak meninggalkan rumah Khai, maknya pula baru balik dari tempat kerja. ‘Ehh lamanya tak nampak awak ni. Makin hensem sekarang’ katanya.

Aku pulak tak nak kalah ‘mak cik pun apa kurangnya, meletop letopp mak cik sekarang. Ramping sangat tu mak cik, dah macam Sejat dah, jangan mengata yaa’ gurau aku dengan mak Khai. Sememangnya mak Khai ni seorang yang menjaga penampilan. Maklum la janda kan. Walaupun usianya mencecah 40 an, tapi kulitnya seperti tidak dimamah usia. Masih lagi seperti kulit remaja. Fuhhh..ngancam beb. ‘Oi..! Over nampak? Mak aku tu..’ kata Khai sambil menunjukan jari tengah kat aku. ‘ alaaa..gurau je bro. Takkan aku nak kau panggil aku abah pulak, taknak aku anak macam kau ni. Perangai shaiton. Hahaha’ gurauan aku disambut dengan tawa mak Khai.

Aku menyatakan kepada mak Khai yang aku nak balik ke rumah tapi dihalang olehnya. Dia suruh aku temankan si Khai ni jaga neneknya di rumah sebab dia ada meeting di Melaka esok pagi dan dia terpaksa bertolak malam itu juga. Aku agak keberatan dengan permintaan itu disebabkan kejadian yang baru saja berlaku sebentar tadi. Tiba2 nenek Khai keluar dari kamarnya, ‘yelaa..takkan sampai hati tinggalkan nenek dgn khai kat sini. Khai tu asyik nak keluar je memalam, bukan nak jaga aku’ katanya sambil senyum. Ehh? Baik pulak mood dia ni. Disebabkan rayuan mak Khai aku terpaksa tido kat rumah Khai malam tu. Sememangnya malam yang merungkai semua misteri keluarga Khai ni.

Setelah usai makan semua aku dengan khai hisap rokok. Neneknya hanya menjeling dan bercakap sendirian. Seram dengan tindak tanduk neneknya aku mengajak Khai untuk masuk tidur. Tidak lama aku terlelap aku bermimpi tentang puteri, dia menyuruh aku keluar dari rumah itu dengan segera. Hidung aku terbau bau kemenyan, sangat kuat sampai aku terbangun dan aku tidak berada dlm bilik Khai. Aku berada dalam sebuah bilik yang suram, asap kemenyan memenuhi ruang bilik itu membuatkan aku sukar untuk bernafas. Hanya diterangi cahaya lilin, dalam samar aku cuba fokuskan apa benda yang berada dihadapan aku. Susuk manusia? Semakin dekat dan ku amati.

Neneknya Si Khai !! ‘Saya dimana ini nek?’ tanya aku kekalutan. ‘Kau ingat kau boleh bawa orang yang berlagak suci ni dalam rumah aku?!!’ tengking nenek. ‘Orang mana nek? Saya seorang saja yang datang sini.’ jawab aku. ‘Tu perempuan sundal tu siapa?!, hahahahaha!!’ berdiri bulu roma aku dengar nenek gelak macam tu.

Tak semena mena kesemua lilin terpadam. Gelap gelita. Aku keluarkan hp dalam poket seluar untuk menggunakan lampu suluh. Aku suluh sekeliling. Nenek Khai tadi tidak kelihatan hanya asap kemenyan saja yang tinggal. Tiba2 aku dapat chat dari D. ‘Bro kat mana? Aku nak jumpa kau ni.mimpi aku pelik betul laa.’ itulah pesanan ringkas dari D.

Sebaik sahaja aku ingin membalas pesanannya, hp aku terpadam. Aku cuba menekan punat untuk mengaktifkannya tapi tidak berjaya. Pada masa yang sama aku terdengar bunyi orang berbisik tapi aku tidak tahu apa yang disampaikan. Yang aku tahu, bisikan tersebut disambung dengan ketawa yang sangat halus. Dalam keadaan takut aku cuba hidupkan hp aku balik.

Akhirnya berjaya juga lantas aku membuka aplikasi torchlight. Terbuka sahaja lampu suluh tersebut aku nampak seekor makhluk betul2 depan aku, mengeringai seakan akan nak menerkam. Selepas itu pandangan aku kabur dan aku pengsan.

DUM DUM DUMM.!! Aku terkejut terdengar pintu diketuk dari luar. Aku yg mamai berusaha membuka pintu tersebut. Kelihatan Khai berada di depan pintu.

‘Ya Allah, macam mana kau boleh berada dalam ni? Kau mengigau ke apa?’ tanya Khai. Bertalu talu pertanyaan tapi satu pun tidak terjawab. Aku sendiri bingung macam mana aku boleh berada di bilik sebelah. Bilik yang tidak pernah aku lihat terbuka. Pintu yang terbuka tadi membuatkan bilik itu sedikit terang. Disitu aku melihat ada 3 buah potret yang dilukis dengan warna minyak. (gambar orang dulu2 biasanya dilukis menggunakan warna minyak kerana tiada kamera). Ada 3 orang kesemuanya. Semuanya seakan memandang aku dengan muka yang bengis. Mata mereka seperti mengikut ikut ke mana arah aku pergi. Aku terus minta diri untuk balik. Khai pun izinkan aku balik masa tu. Kat ruang tamu nenek Khai sedang menonton tv. Dia hanya senyum sinis memandang aku.

Sampainya aku dirumah, aku mengaktifkan hp. Banyaknya missed called dari D. Aku cuba call dia dan ajak dia makan sekali. Jumpa dengan D dia terus buka cerita pasal mimpi dia semalama. Dia cakap dia berada kat satu tempat yang ada pintu. Di sebelahnya ada seorang perempuan yang sangat cantik. Berbaju kebaya siap selendang lagi. Perempuan itu cakap D kena tolong dia, lepas tu perempuan tu buka pintu tersebut. Masa tu la D nampak 3 makhluk mengelilingi aku. Semuanya berbulu dan berbadan besar. Kebetulan masa tu D nampak aku tengah pegang hp. Dia terbangun dan cepat2 chat aku. Lepas tu dia cuba call aku tapi tak dapat. Then dia anggap je tu mainan tidur.

Tak puas hati aku cuba ajak Khai jumpa dan suruh dia explain dekat aku apa benda kat rumah dia tu. Mulanya dia agak keberatan, tapi setelah dipaksa oleh aku akhirnya dia mula membuka cerita. Katanya itu belaan keluarganya dari turun temurun. Potret yang aku lihat didalam bilik tu adalah moyang2 Khai. Neneknya masih lagi memuja roh2 moyang keluarganya. Sebab tu bilik tersebut tidak pernah dibuka kepada umum. Dan sebab tu jugak bisnes dorang ni maju. Asal ada saingan, mesti pesaing tersebut lingkup akibat perbuatan neneknya. Itu pun pertolongan dari belaan moyang mereka.

Aku jadi terkejut dengan penjelasan Khai. ‘Korang tak rasa benda tu syirik ke?’ tanya aku kepada Khai. ‘Banyak kali dah aku nasihat mak dengan nenek aku bro, dorang taknak dengar. Taksub sangat’ jelas Khai.

Kami terdiam sebentar. Dikejutkan dengan nada dering dari hp Khai, ‘Nenek calling’ paparan yg berada di screen hp Khai. Khai jawab dan bagi loudspeaker ‘cucu tak sedar diuntung! Apa kau cuba buat haa? Kau balik sekarang!! Kau ingat aku tak tahu apa yang korg dua bualkan?’ tutt tutt tuttt. Panggilan dimatikan.

Khai pandang aku ‘sekarang kau tahu kenapa aku tak bebas? Dulu korg ajak aku bercuti,lepak semua aku taknak sebab benda ni la. Nenek aku tau semua benda pasal aku. Belaan dia yang bgtau. Dan kalau aku degil, dia akan suruh belaan dia kacau aku dan kawan2 aku’ kata Khai. Korang bayangkan nenek dia buat macam tu sebab Khai taknak terima ilmu yang neneknya amalkan. Nenek dia sanggup buat mcama tu. Aku nasihatkan yang terbaik la untuk si Khai. Dia pernah cakap nak berubat dekat orang yang tahu menahu pasal benda ni. Kisah tu aku akan ceritakan kemudian.

Aku balik rumah dengan fikiran yang bercelaru. Boleh ke Khai ubah keluarganya? Atau Khai terpaksa terima ilmu syaitan tersebut.? Dan siapa perempuan berkebaya dalam mimpi D? Puteri kah? Yaa. Aku pasti itu puteri. Dia sanggup kembali sebab dia tahu aku dalam kesusahan masa tu. Nanti aku ceritakan masa Khai pergi berubat kat tempat aku berubat dulu ya . Gerakk luu pape roger.

 

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

22 thoughts on “#BraderBuatHal – Kembali”

  1. brader mohon buat fb guna nama samaran mcm #kucingkelabu #wansc etc.. senang nk tau cerita baru pastu boleh compile kot story brader dalam notes.. senang nk baca balik dari mula sebab dh lama sangat dh tak kenal watak D ni siapa.. #justmy2cents 🙂

    Reply
  2. Serious, cerita sebelumnya yg mana satu? Ada siapa baik hati nak share link? Terima kasih.
    Dah banyak sangat baca cerita kat FS sampai tak boleh nak keep track. Baca cerita ni mcm tak tahu pucuk-pangkal pulak.

    Reply
  3. Salam . cerita pasal puteri yg pertama tajuk dia apa ? lgi stu cek nk bgi pendapat saja kalau hangpa nk ngarang cerita bgi lah pentunjuk agar pembaca dapat tahu kisah yg pertama dn seterusnya . terima kasih

    Reply
    • kan. pening sat. Mana yg pertamanya. Awek kebaya buat hal adalah. yang lain tak jumpa. Ya Allah, kau gigihkan lah diriku cari story first abe ni. aminn..

      Reply
  4. Boek la lu ni memang suka buat hal la haha,citer bagus dh lama aq tunggu hang
    Kepada yg xtau citer first dia meh sat nk citaq ni
    1.Bos buat hal
    2.Anak sedara bos buat hal
    3.Awek kebaya buat hal
    4.Partner boss buat hal
    5. (Ps;You are reading it right now)

    Semua cerita dia best and menarik

    Reply
    • Ala salah sorry …

      Boss buat hal lahh 11 oct 2016
      Anak saudara boss pulak buat hal 28 oct 2016
      Partner boss buat hal 31 oct 2016
      Awek kebaya buat hal(part 1) 4 nov 2016
      Awek kebaya buat hal last 9 jan 2017

      Orite done

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.