#BrontPelaris: AEN3701

Assalamualaikum dan hai semua warga FS. Yang baru balik kerja tu, sebelum masuk rumah ada terasa benda melintas dekat belakang tak? Yang baru lepas mandi tu, pasti ke rambut yang korang usap tu rambut sendiri? Budak-budak hostel yang dah nak tidur tu, cuba tengok bawah pintu, kot-kot ada bayang hitam atau kain putih terselit sikit, boleh la tolong tolak balik kepada yang empunya kat luar tu. Oh, tidak lupa juga yang sedang memandu tu, kalau tiba-tiba bau busuk, jangan tuduh orang kereta sebelah kentut pulak sebab ada la tu tengah terjenguk-jenguk nak masuk kereta kau. Yang tengah tak ada duit tu…ah kau asyik-asyik tak ada duit!

Toyota Vios AEN 3701

AEN 3701 ialah nombor plat kereta vios aku yang aku pernah beli pada tahun 2012. Kereta tu kereta second-hand sebenarnya. Aku beli kereta tu melalui seorang kenalan aku yang bekerja sebagai broker kereta terpakai di Kuala Lumpur. Sebelum aku bersetuju nak beli kereta tu, aku sembang-sembang dulu dengan kawan aku ni, nama dia Ajim.

“Weh, kereta ni pernah accident tak”

“Setahu aku tak pernah lagi. Owner lama pun baru je pakai kereta ni. Dia jual sebab dia dapat cabutan bertuah kereta Mazda company dia bagi.”

“Bagus-bagus, aku takut sikit kereta pernah accident ni. Lagi-lagi kalau ada yang maaa….”

“M**i?”

“Haaaa. M**i.”

“Hahaha…kalau kereta pernah accident, aku pun tak berani jual weh. Takut kereta p****g ke apa.”

“Faham-faham. Aku sebenarnya beli kereta ni untuk wife aku. Bagi dia selesa sikit dengan anak-anak aku. Aku pakai viva lama tu pun dah okay dah. Kalau macam tu, aku amek la kereta ni. Aku buat full payment.”

“Nice. Nanti dah settle aku bagitau. Ko tak payah datang KL la. Settle je dokumen, aku hantar sini”

“Cun.”

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Orang yang paling excited? Of course la wife aku. Sejak tengok gambar lagi dia dah meroyan tak sabar-sabar nak dapat kereta tu. Yang paling aku sebak, lepas Ajim call cakap nak hantar kereta, wife aku parking viva dekat luar pagar siap-siap. Huhuhuhu.

“Abang! Ajim sampai dah tu. Cepat la bang!”

“Ye, sekejap la. Suruh dia masuk dulu la.”

“Eeee. Abang bawak la kereta tu masuk dalam. Nanti Ajim salah masuk ke calar ke ha.”

“Ya Allah. Awak ni. Si Ajim tu dah tentu-tentu broker kereta. Macam-macam jenis kereta dia pernah bawak. Takkan la masuk parking pun tak reti. Suruh dia bawak masuk dalam. Awak pulak, bawak bersabar.”
……………….
“Long, kereta ni dah jadi milik ko. Apa-apa hal bagitau je kalau ada masalah ke ape ke.”

“Ha, yelah Jim. Bukan milik aku, milik wife aku. Ko tengok tu, setiap inci di check ada calar ke tak.

“Hahahaha. Masa aku nak masuk parking tadi, wife ko dah start terjenguk-jenguk dah. Tak pe ko check dulu apa yang patut. Aku kena gerak balik KL ni.”

“Okay Jim. Terima kasih la.”
………………
“Abang, cuba tengok ni”

“Kenapa Yang?”

“Ada calar la dekat bumper depan belah kiri ni.”

“Alaaa… calar sikit je Yang. Biasa la kereta second-hand kan.”

“Alaaa…tak boleh betulkan ke bang?

“Ayang pakai dulu. Nanti ada masa, abang spray dekat kedai”

“Okay abang”.
………………..
Kereta vios tu dipakai oleh isteri aku tak sampai seminggu. Dia pulang semula kepada aku. jenuh jugak aku pujuk dia cerita kenapa tak nak pakai. Dia buat tak tahu je. Sampai la satu hari tu dia cerita.

“Abang tahu tak kenapa saya tak nak pakai vios tu?

“Kenapa? Awak pakai sekejap sangat. selalu rosak ke?”

“Hmmm tak la.”

“Habis tu?”

“Kat sekolah tu ha, dah dua kereta kena cium dengan vios tu. Keluar parking bontot tak lepas la. Masuk site parking bergesel la. Saya malu la bang. Orang cakap saya tak reti bawak kereta. Sebelum ni bawak viva okay je. Vios tu besar sangat. Abang bawak la.”

“Hahahaha. Laaaaa sebab tu je ke Ayang tak nak bawak vios tu? Biasa la Yang, bawak kereta besar ni kena pandai estimate. Habis tu, kereta-kereta cikgu yang Ayang cium tu, macam mana? Diorang tak mintak claim ke?

“Nasib baik diorang faham. Tapi saya malu la.”

“Baiknya diorang. Tapi kan Yang, kenapa abang tak nampak pun calar ke kesan bergesel le dekat kereta tu?”

“Haaa.. tu la yang saya pelik tu bang. Masa saya bergesel, kuat tau bunyinya. Bila saya check, kereta mangsa je yang calar. Kereta suspek terselamat daripada sebarang kecederaan.”

“Ayang ni! Orang serious dia main-main pulak!”

“Betul la. Abang tak percaya, abang pergi la tengok.”

“Takpelah. Nanti abang tengok.”
…………..
Aku dah rasa lain macam bila wife aku cakap dia langgar kereta lain tapi kesan calar dekat kereta aku sikit pun tak nampak. Clean kecuali calar asal yang wife aku detect mula-mula tu. Sebab tu aku tak perasan apa-apa yang pelik dekat kereta tu sampai la wife aku cerita. Dah jenuh aku fikir kenapa tak calar, aku give up. Sebelum aku yang calarkan sendiri kereta aku, better aku stop fikir. Sejak tu, aku yang pakai vios AEN 3710 tu. Before this, wife aku Cuma pakai waktu siang je ulang-alik ke sekolah. Now, giliran aku pakai sampai ke malam. Kita tengok cerita pelik apa lagi dia nak tunjuk.

(hari keenam dapat kereta)

Aku outstation di Slim River tapi niat hati nak balik hari lepas meeting habis pukul 9:00 malam. Tapi malangnya meeting aku drag sampai pukul 11:00 malam sebab client dari Johor sampai lambat. Wife aku pulak suruh balik malam tu jugak sebab anak aku yang bongsu demam. Habis meeting, aku keluar ke tempat parking nak dapatkan kereta. Okay, korang mesti tahu kan kalau kita tekan butang unlocked kereta, automatik lampu dalam kereta menyala. Tak tahu la kalau kereta korang tak macam tu tapi kereta vios tu macam tu. Kau tekan je unlock, lampu automatik menyala sekejap. Aku pun tekan la butang unlock dan lampu menyala. Dalam sekilas lampu tu menyala, aku ternampak ada makhluk berbungkus dalam kereta vios tu. Pucat lesi, kotor dan seluruh matanya putih sambil duduk tegak di seat belakang bahagian tengah. Dengan jarak aku yang dekat dengan kereta, aku nampak jelas muka makhluk berbungkus yang seram tu. Lampu terpadam. Aku berundur dua tiga langkah ke belakang. Aku tengok keadaan sekeliling suram dengan angin bertiup seakan-akan hari nak hujan. Dalam hati aku cakap kalau aku tak masuk kereta tu, macam mana aku nak balik.
Aku pun beranikan diri masuk dalam kereta sambil baca apa yang patut. Kereta aku meluncur keluar dari tapak parking tu lebih kurang 11:20. Alhamdulillah aku sampai rumah dengan selamat tanpa sebarang gangguan semasa memandu. Aku sampai rumah lebih kurang pukul 1:30 pagi. Turun je kereta, wife aku terus peluk aku. Belum sempat aku peluk dia balik, dia tolak badan aku.

“Kenapa abang bau kapur barus ni?”

“Eh, mana ada.”

“Kuat bau kapur barus ni. Abang pergi mandi la. Esok jela kita bawak Auni pergi klinik”

“Eh, kita pergi malam ni la. Takut teruk nanti demam Auni tu.”

“Abang, kita pergi esok je. Barang-barang dalam kereta pun amek esok je. Jom masuk!”

Wife aku tarik tangan aku masuk terus ke bilik air. Dia suruh aku mandi waktu tu jugak. Aku pun ikutkan la. Lepas jenguk anak-anak aku, along dengan angah, aku masuk bilik nak tidur. Belum sempat aku pulas tombol pintu. Aku terdengar suara wife aku.

“Pergi! Pergi!….jangan kacau sini. Pergi! Jangan ganggu suami dengan anak-anak aku. Jangan kacau suami aku cari rezeki. Kalau kami terambil hak kau, kami janji kami pulangkan balik! Pergi!

Aku pulas tombol pintu bilik pelan-pelan. Masa pintu terbukak, aku nampak tingkap bilik aku terbuka luas. Kain langsir berkibar-kibar dan wife aku tengah tidur! Nyenyak sambil berdengkur! Auni pun nyenyak tidur kat sebelah. Ahhhh sudah. Suara siapa yang aku dengar tadi?

(hari ketujuh dapat kereta)

Aku bangun agak lewat sebab malam tadi tidur lewat. Bangun-bangun je, aku terus jenguk ke luar. Aku nampak wife aku tengah kemas barang-barang aku dalam kereta (Vios). Tapi, perbuatan wife aku tu bukan macam mengemas tapi lebih kepada memeriksa sebab aku nampak dia tertungging-tungging, terbongkok-bongkok, terjenguk-jenguk.

“Morning Yang. Dah siap kemas ke?”

“Eh, abang dah bangun! Dah siap dah. Tinggal nak bawak barang-barang masuk je.”

“Lepas zohor, kita bawak Auni pergi klinik ya.”

“Okay, kita naik viva ye.”

“Eh, kenapa pulak? Naik vios la”

“Ermmmm saya nak drive. So, bawak viva je. Abang kan letih. Rehat je kat sebelah pegang Auni.

“Hmmmm. Ikut Ayang la”
………………
Selesai semua urusan di klinik, kami balik ke rumah. Guess what? Sampai je depan rumah, wife aku menjerit. Mana taknya, pintu pagar terbuka luas, pintu rumah terbuka luas, tingkap semua terbuka!

“Pencuri! Pencuri! Abang cepat bang! Rumah kita kena rompak!”

“Ya Allah!”

Dua minit kemudian…

“Eh, abang. Dalam rumah kita okay je. Tak ada apa-apa yang hilang pun.”

“Haah la Yang. Cuma pintu dengan tingkap je terbuka. Nasib baik ayang tak jerit kuat sangat tadi. Kalau tak, malu je dengan jiran kita Yang. Hehehehe.”

Aku cuba bergurau dalam keadaan kalut tu untuk kurangkan tekanan kami berdua masa tu. Auni masih di dalam kereta viva ditemani along dengan angah. Wife aku terus meluru ke bilik kami untuk check apa-apa yang hilang. Tapi semua berada dalam keadaan biasa. Tiada satu pun barang yang hilang. Yang hilang Cuma kesabaran aku je. Aku dah mula rasa ada benda yang tak kena dengan kereta vios tu. Kereta tu seolah-olah mengundang sesuatu ke rumah aku dan aku dapat rasakan benda tu sekarang “menumpang” di rumah aku. Aku tak nak beritahu wife aku pasal makhluk berbungkus yang aku nampak malam tu. tak nak dia dengan anak-anak ketakutan kalau aku balik kerja lewat malam.

Malam tu selepas makan, wife aku suruh budak-budak masuk bilik untuk tidur. Tapi along dengan angah masih tercegat dekat depan kami berdua. Bila wife aku tunjuk bilik suruh masuk tidur, si along tarik tangan angah, si angah tarik tangan along tapi dua-dua masih tak berganjak.

“Kenapa ni? Kan ibu suruh masuk tidur tu.”

“Along taknak tidur bilik tu. Ada hantu!”

“Angah pun tak nak tidur bilik tu. Ada hantu pocong dalam tu”

“Mana ada hantu. Jom ayah hantar masuk bilik.”

“Tak nak!”

“Abang, malam ni biar anak-anak tidur dengan kita la. Lagipun saya lupa nak bagitahu abang yang kipas bilik diorang tu rosak.”

“Laaaa yeke. Kalau macam tu takpelah, kita tidur ramai-ramai malam ni.”

Maka berhimpit-himpit la kami anak beranak tidur malam tu. hakikatnya, anak-anak dengan wife aku je yang tidur. Aku tak dapat lelap memikirkan kata-kata along dengan angah pasal hantu dalam bilik diorang tu. Angah cakap ada hantu pocong, hantu yang sama dengan makhluk berbungkus dalam kereta aku tu ke? Ahhhhhh serabut kepala otak! Dalam serabut-serabut tu tiba-tiba, Ding Dong! Loceng rumah aku berbunyi seperti ada yang menekan dari luar pagar. Jam dah pukul 11:15 malam. Siapa pula yang datang malam-malam ni? Belum sempat aku bangun nak keluar bilik, wife aku bangun dan menyampuk.

“Abang, biar saya pergi tengok. Tadi orang sebelah kata nak datang pulangkan driller kita. Laki dia pinjam semalam.”

“Eh, takpelah abang pergi ambil. Ayang tengok anak-anak.”

“Takpe saya pergi ambil. Tu wife dia tu bukan laki dia.”

“Yelah, cepat sikit”
………………………
10 minit kemudian wife aku masih tak masuk-masuk rumah. Aku nak menjenguk keluar tapi Auni merengek-merengek. Aku terpaksa riba sambil tidurkan dia semula. Aku mula risau wife aku tak masuk-masuk. Takkan la bersembang lama sangat dah malam-malam ni. Tak boleh jadi ni. Aku letak Auni dekat sebelah along, aku keluar bilik dan terus ke pintu. Surprisingly, wife aku dah terkulai depan pagar rumah aku!

“Ya Allah Ayang! Bangun Yang! Bangun! Kenapa ni!”

Wife aku memang tak sedarkan diri. Aku buat keputusan bawak masuk wife aku dan call Abang Hamdi. Abang Hamdi ni abang ipar aku @ abang wife aku. Dia la orang paling dekat dengan rumah kami sekarang ni. Dekat-dekat pun, sejam jugak aku tunggu Abang Hamdi ni sampai. Dalam masa aku tunggu Abang Hamdi tu, si along dengan si angah asyik menangis je sambil merapu-rapu.

“Along, tu tu. Tu dia datang lagi!”

“Angah, along takut. Ayah, along takut! Ibu bangun la ibu!”

Yang Auni pun menjerit-jerit tak sudah. Masa tu, aku langsung tak terfikir pasal gangguan-gangguan makhluk halus ni. Aku tahu along dengan angah nampak benda tu tapi entah kenapa lemahnya jantan aku waktu tu, aku tak dapat tenangkan anak-anak aku. Yang aku tahu cuma hadap suasana kecoh dalam rumah tu dan tunggu Abang Hamdi.

Bila aku dengar je bunyi kereta Abang Hamdi, aku terus call dia suruh masuk rumah terus. Kata-kata Abang Hamdi lepas masuk rumah buat aku tersentak!

“Ai, jiran ko malam-malam tak tidur lagi ke?”

“Jiran sebelah mana bang?”

“Tu sebelah sini (tunjuk kiri).”

“Eh, jiran sebelah ni tak ada bang. Rumah tu untuk sewa.”

“Ohhh yeke, tadi abang nampak orang berdiri menghadap rumah ko kat sebelah”

“Hah?”

“Tak ada apa lah. Kenapa Hajar pengsan ni?”

“Tadi dia keluar jumpa orang sebelah katanya. Tapi lama saya tunggu tak masuk-masuk. Saya keluar la pergi tengok, rupa-rupanya dia dah pengsan.”

“Bawak anak-anak kamu pergi ruang tamu. Tinggalkan abang dengan Hajar. Bawak Auni sekali. Jangan masuk selagi abang tak panggil.”

“Baik Bang.”

Aku pun bawak anak-anak aku keluar bilik. Along dengan angah dah berhenti menangis. Mungkin lega lepas nampak Pak Long diorang datang. Cuma Auni masih merengek-rengek. Aku sabar menunggu di ruang tamu sementara tunggu Abang Hamdi ubatkan Hajar. Abang Hamdi ni Imam dan pandai ubatkan orang. Tunggu punya tunggu, along, angah, Auni dengan aku-aku sekali terlelap dekat ruang tamu. Aku terjaga lepas wife aku datang peluk aku.

“Abang, saya minta maaf.”

“Eh, ayang kenapa ni? Ayang dah okay ke? Abang Hamdi mana?”

“Saya okay. Saya Cuma pengsan tadi. Abang Long ada dekat bilik kita tengah halau benda tu.”

“Benda apa ni Yang?”

“Benda yang abang bawak balik tu.”

“Abang bawak balik benda apa?”
………………….
Okay guys. Cerita yang selanjutnya ni diceritakan oleh wife aku. Korang nilaikan sendiri betapa beraninya wife aku. Walaupun wife aku tipu aku, lepas dengar cerita dia ni, aku makin sayang dekat dia. Anda bagaimana?

(Penipuan pertama – Punca sebenar tak nak bawak kereta vios lagi)

Hari pertama aku drive kereta vios ni aku dah rasa lain macam. Aura yang negatif dan suasana suram dalam kereta walaupun kereta ni seat leather dan warnanya cerah. Perasaan excited bertukar berdebar-debar setiap kali aku bawak kereta ni. Kadang-kadang aku rasa panas tiba-tiba. Yang peliknya, setiap kali aku locked kereta ni lepas sampai sekolah, mesti kereta ni unlocked masa aku nak balik. Seakan-akan ada orang yang keluar masuk dari kereta ni. Kalau aku ambil Auni dari Taska, Auni mesti akan merengek dan nampak tak selesa berada dalam kereta ni. Sejak tu, aku mula mencari punca dan misteri kereta Vios AEN3701 ni. Aku mulakan dengan kesan calar depan kereta tu. Kesan calar tu nampak macam satu garisan lurus yang agak halus. Aku assume kereta ni bergesel dengan satu objek keras tetapi halus misalnya jarum atau mungkin juga zip?

Perkara dan perasaan yang sama terjadi sepanjang TIGA hari aku pakai kereta vios ni. Yang membuatkan aku surrender ialah bau kapur barus yang sangat kuat dalam kereta tu. Bau kapur barus tu akan terbit kalau aku agak terleka sedikit semasa memandu. Seolah-olah bau tu mengejutkan aku daripada lamunan semasa memandu. Which is good and which is bad. Tapi alhamdulillah aku tak nampak sebarang entiti sepanjang aku bawak kereta ni. mungkin sebab hari siang kot! Aku buat keputusan tak nak bawak kereta tu lagi. Tapi aku tersedar satu perkara, iaitu kereta tu suami aku belikan untuk aku. Second-hand pulak tu. Takkan la aku nak cakap aku tak nak bawak kereta tu sebab bau dia atau kereta tu tak best? Mesti kecil hati suami aku nanti. Jadi, aku buat keputusan untuk reka cerita seperti yang mula-mula tu. Maaf abang. Abang pening ke fikir kenapa kereta tak calar? Hehehehe.

(Penipuan kedua – Siapa yang abang bawak balik malam tu?)

Sejujurnya aku berat hati nak biarkan suami aku bawak kereta vios tu. Tapi aku tak ada pilihan dan aku fikir mungkin laki aku lebih berani daripada aku. Aku cuma doakan laki aku selamat jelah. Tapi, apa yang aku nampak pada malam suami aku balik dari Slim River tu betul-betul buat aku lemah jantung.

Tatkala aku nampak cahaya lampu suami aku, aku terus meluru ke pintu dan ke arah laki aku lalu memeluknya. Ketenangan yang aku harapkan berubah 360 darjah tatkala bau kapur barus menerjah hidung aku. Kuat sangat baunya. Tapi aku hairan laki aku boleh relax je. Automatik mata aku tertumpu pada sekujur tubuh berbalut dengan kain putih di dalam kereta vios tersebut. Bola matanya yang putih betul-betul tepat memandang ke arah aku seolah-olah sudah tahu aku akan memandang ke arah dalam kereta. Allahuakbar! aku cuba bertenang sehabis baik. Sebab tu la aku tak nak bawak Auni ke klinik malam tu jugak sebab aku dah terketar-ketar nampak makhluk berbungkus tu dalam kereta. Sebab tu juga aku larang suami aku ambil barang-barang dia dalam kereta.

Keesokan hari, yang aku tertungging-tungging, terbongkok-bongkok semua tu sebab aku menyiasat kereta vios tu la. Alasan nak bawak viva je pergi klinik tu pun aku ada-adakan sebab memang sumpah aku tak nak naik kereta vios tu lagi!

(Penipuan ketiga – Suara siapa yang abang dengar malam tu?)

Masa laki aku mandi, aku masuk ke bilik untuk tukarkan pampers Auni. Tangan aku masih terketar-ketar dan takut kalau-kalau makhluk yang aku nampak tadi muncul dalam bilik atau tercegat depan pintu. Ketakutan aku menjadi realiti sebab betul makhluk tu tercegat depan pintu dalam bilik aku! hampir terlepas Auni daripada tangan aku akibat terkejut. Seakan-akan tetamu yang tidak diundang berada hampir dengan kau! Nasib baik aku sempat genggam p******g Auni supaya Auni tak terpelanting ke bawah katil. Melalui ekor mata aku, makhluk tu hanya tercegat dan tak bergerak. Aura bahang panasnya aku dapat rasa dalam jarak 7 atau 8 meter. Aku dapat rasakan makhluk tu memerhatikan setiap pergerakan aku. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk aku memarahi dan mengusir makhluk tersebut seperti yang laki aku dengar tu. Masa aku terpandang bayang-bayang kaki di celah pintu, aku terus pura-pura tidur. Auni aku sempat selimutkan je. Angin melibas sekali ke tingkap rumah aku. Aku mengerling ke arah pintu bilik, mahkluk tu dah hilang sebaliknya makhluk bertuala yang muncul, iaitu suami aku. Aku teruskan kepura-puraan berdengkur. Abang tak perasan ke Auni tidur tak pakai pampers malam tu? Huhuhuhu.

(Penipuan keempat – Kipas bilik along dengan angah rosak ye?)

Sebenarnya, aku bersyukur laki aku bangun lewat pagi tu sebab ada misi yang perlu aku jalankan demi keselamatan along dengan angah. Rupa-rupanya, hantu bungkus yang aku nampak malam tadi bukan mengacau aku semata-mata tapi dia kacau along dengan angah jugak! Pagi-pagi lagi along dengan angah dah bercerita diorang nampak hantu berdiri atas meja belajar. Berpeluk-pelukan si along dengan si angah ketakutan. Nak keluar bilik tak berani, nak menjerit suara tak terkeluar. Ya Allah, kesian along dengan angah. Aku yang tua ni pun nak pengsan nampak benda tu. Inikan pulak diorang yang masih kecil. Alhamdulillah along dengan angah anak yang kuat.

Fikir punya fikir, aku terpaksa buat satu kerja jahat iaitu rosakkan kipas bilik along dengan angah. Kalau tak ada sebab, laki aku memang takkan bagi along dengan angah tidur bilik kami. So, aku create penyebab along dengan angah tak boleh tidur dalam bilik malam tu. Kerja aku simple je, ambil gunting dan gunting satu wayar kipas tu. Settle! Lepas tu, aku pakat dengan along dan angah konon-konon aku akan suruh masuk tidur dalam bilik malam nanti. Aku suruh along konon-konon masuk bilik dan cakap kipas rosak. Rupa-rupanya, plan aku nyaris gagal sebab along dengan angah tak nak langsung masuk bilik dan terus terang cakap diorang nampak hantu! Terpaksa la aku cover line.

(Penipuan kelima – Jiran pulang driller pukul 11 lebih?)

Korang rasa aku boleh lelap ke malam tu? aku tak boleh lelap sebab aku tahu laki aku tengah serabut jugak. Walaupun aku sorok-sorok kejadian-kejadian aneh daripada dia, aku tahu dia pun ada sorokkan sesuatu daripada aku. Mungkin sebab taknak aku dengan anak-anak takut. Masa tak boleh tidur tu, cuba peka dengan keadaan sekeliling. Telinga aku peka dengan apa-apa bunyi yang pelik. Tubuh aku peka dengan aura-aura kurang menyenangkan. Aku membatukan diri sampai la aku dengar bungi Ding Dong! Aku cepat-cepat bangun dan tawarkan diri untuk pergi ke luar walaupun suami aku larang. Entah kenapa aku dapat rasa benda tu yang datang mengganggu kami. Driller, jiran semua tu alasan yang terlintas dalam kepala otak aku waktu tu.

Sebelum keluar, aku persiapkan diri aku dengan beberapa ayat pendinding dengan harapan aku dapat berhadapan dengan apa yang bakal aku nampak nanti. Pintu aku bukak perlahan-lahan dan aku jenguk ke luar. Kosong. Tak ada sesiapa kat luar pagar. Aku terus melangkah menuju ke pagar. Dua tiga kali jugak aku terjelepok akibat lutut yang terlalu menggigil. Sebenarnya, aku dah mula rasa pitam bila jantung aku berdegup terlalu kencang dan badan aku menggigil terlalu kuat. Tapi akibat kedegilan aku, aku tetap terhuyung-hayang pergi ke pagar. Sampai di pagar aku terasa satu angin yang panas melintas. Masa mata aku hampir terpejam, aku ternampak satu makhluk berdiri tegak di sebalik pokok mangga besar depan rumah aku. Makhluk berbungkus dengan kain kafan yang tidak berapa lusuh tapi cukup menyeramkan. Sebelum pengsan, aku sempat tengok makhluk tu mula bergolek ke arah aku.
……………………..
“Maafkan saya, abang.”

“Ya Allah, Yang. Kenapa sampai macam tu sekali Ayang buat? Tak penting ke abang sebagai ketua keluarga dalam rumah ni? Ayang tak percaya abang jaga Ayang dengan anak-anak ke?

“Bukan macam tu. Saya kesian tengok abang kerja siang malam. Badan letih, selalu tak cukup rehat. Saya taknak serabutkan kepala abang. Lagipun kereta tu abang beli dengan duit simpanan abang kan. Saya tak sampai hati nak suruh abang jual balik. Saya tak nak abang fikir saya tak hargai apa yang abang bagi. Sebab tu saya cuba selamatkan sendiri keluarga kita. Tapi saya tak kuat. Saya minta maaf.”

Aku ditenangkan oleh Abang Hamdi. Betul kata Abang Hamdi. Tak ada guna kami bertengkar sedangkan apa yang wife aku buat semuanya demi kebaikan aku dengan anak-anak. Abang Hamdi pun mintak maaf sebab lambat datang. Rupanya wife aku ada cerita sikit-sikit dekat dia sebelum ni. Menurut Abang Hamdi, hantu bungkus tu pemilik kereta vios tu. Dia datang sebab dia rasa keluarga aku ambik hak dia. Selama ni memang dia duduk dalam kereta tu sejak kes yang meragut nyawa dia berlaku.

Sedikit maklumat tentang kematian arwah (cerita atas cerita dari mulut orang-orang kawasan sekitar):

Khabarnya arwah ni dulu pemilik bengkel Bridgestone dekat Selangor. Satu malam, arwah drive kereta Vios AEN3701 untuk balik rumah lebih kurang pukul 2 pagi kalau tak silap aku. Masa drive, arwah disamun dengan geng parang dan ditetak sampai m**i sebab enggan memberhentikan kereta dia. Lebih malang lagi, kereta arwah ni dilarikan geng samun tersebut dan mayat arwah dijumpai orang ramai keesokan harinya. Mungkin yang samun ni dah lama perhatikan arwah selalu balik malam kot. Aku tak pasti cerita ni betul ke tak sebab ada beberapa version ceritanya. Wallahualam. Yang pasti, itu bukan arwah cuma jelmaan yang nak sesatkan anak cucu Adam. Semoga arwah tenang di sana.

Bila disiasat, Ajim cakap company dia terima kereta tu dalam keadaan asal oleh seorang lelaki India. Setakat itu sahaja yang Ajim dapat bagitahu aku. Aku pulak syak lelaki India tu la penyamun kereta dan barang-barang arwah. Alasan jual kereta sebab dapat cabutan bertuah kereta Mazda tu aku rasa temberang je. Sekali lagi Wallahualam.

Alhamdulillah semuanya dah okay sekarang. Kereta tu aku serahkan kepada Ajim suruh dia jual balik. Kalau dikira-kira, lebih kurang 8 hari je kereta tu ada dekat rumah aku. Pernah korang pakai kereta 8 hari je? Biasa la orang kaya macam aku, tukar kereta seminggu sekali. Hahahaha!

Salam.

Pssssstttttt. Siapa terfikir kesan calar tu kesan parang angkat tangan?

Bront Pelaris

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2.7]

9 thoughts on “#BrontPelaris: AEN3701”

  1. Best citer ni bang. Isteri abg tu mmg isteri yg baik, dia tak nak susahkn suami dia sbb dia tau suami dia letih keje. Tp knape smpai dh 4 kejadian pun abg X dpt kesan lg wife abg tu ade sembunyikan sesuatu? Paling x menahan, dia sanggup pegi kat pintu tgh2 mlm wlupun dia tau pocong menunggu.. huhu. Terer betol. Sanggup dia korbankan diri demi keluarge.. pasni bg hadiah kete lain plak kat wife ye ?

    Reply
    • helllo.. mengarut? aku sendiri pon mcm2 kena ganggu kat rumah yg suami aku beli dengan harga 300k tapi aku diamkan dan selalu cakap yg positif kalau jadi pape dlm uma aku.. sbb apa? aku tanak suami aku stress pk psl bnda mcmni sb dia dah penat sangat cari rezeki utk aku gn anak2.. ko tau ape?? jadi aku percaya wife dia sanggup buat mcm tu.. mcm tu la aku.. aku hadap je ape yg jadi lagi2 suami aku selalu outstation.. rasa nak berlari tecabut jantung semua ada

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.