Buah Kundur

Salam Admin. Dan kalau cerita ni di publish. Salam peminat FS. Dah tak terkire berapa banyak cerita yg aku kongsi. Mungkin x sampai tahap seram tu kot. Jadi tak pernah tersiar. Xpe lah aku hormat keputusan admin samada nak publish ke idok cerita aku ni. Ok meh aku mula cerita. Masa ni aku sekeluarga baru pindah kota Masai. Pada tahun 2014 gitu. Mula-mula pindah biasa je. Tak ada pulak aku atau ahli keluarga yang kena kacau. Tapi masuk minggu kedua kami mula rasa tak sedap duduk dalam rumah ni.

Rumah aku dua tingkat. 3 bilik kat atas satu bilik kat bawah. Bawah tangga tu stor. Baru pindah kan jadi banyak barang yang belum di kemas kami letak dalam tu dulu. Jadi bersepahlah. Ruang tak lah besar sangat tapi masih ade tempat nak pijak. Hehe. Malam kami kena kacau berlaku bila semua dah masuk dalam bilik masing-masing. Bilik aku kat atas. Kami sekeluarga ada 6 orang. Adik lelaki aku 2 orang duduk sebilik. Bilik master confirm bilik ibu dan ayah. Aku duduk sensorang lah sebab aku seorang je anak perempuan yang belum kahwin. Bilik bawah ibu jadikan bilik tetamu. Kalau Along balik dengan suami dia, diorang tidur situ lah. Ok cukup dengan pengenalan rumah dan family aku.

Malam tu kami semua dengar dengan jelas seperti barang-barang dialih. Bunyi macam tengah busy gile dekat bawah. Aku tersedar terus telefon ibu. Aku ingat perompak ke ape kan. Risau lah dah la baru pindah. Ibu pun jawab dan dia suruh aku kunci pintu dan duduk diam-diam. Ayah tengah ngintai dekat tangga. Mase tengah dendiam tu aku perasan dekat ruang bawah pintu bilik aku kena suluh. Bilik aku tengah gelap masa tu. Memang nampak dengan jelaslah cahaya tu. Hui seram kau. Perompak tu boleh ada dekat atas. Ibu kata ayah dekat tangga. Macam mana dia boleh naik atas. Tengah aku menggigil taip masej nak report dekat ibu. Tiba-tiba bilik aku kena ketuk. Tercampak handphone aku mase tu. Aku diam dulu tak buka terus, bila dengar suara ayah panggil nama aku baru aku buka.

Ayah kata tiada siapa pun dalam rumah. Masa ayah turun bawah kosong. Tiada barang yang hilang pun. Mungkin dia tak sempat ambil apa-apa terus lari. Aku tanya ayah, ada ke suluh bilik aku tadi dan dia kata tak ada. Adik-adik aku tak payah tanyalah. Diorang tu tidur m**i, ayah aku ketuk pintu banyak kali baru buka. Ayah kata tak mungkin perompak tu sempat naik sebab kalau dia naik tangga mesti ayah perasan.

Ok lah, aku anggap mase tu aku paranoid sangat sampai nampak benda tak wujud. Tapi keesokannya, aku dengar orang ketuk pintu bilik aku. Kuat sampai aku terjaga. Bila aku buka tak ada sesiapa kat luar lepas tu dengar orang berlari turun tangga. Aku ni penakut sikit. Tak mungkin aku nak pergi tengok siapa kat bawah yang kacau aku tidur malam-malam ni. Jadi aku tutup pintu kunci terus selubung dalam selimut. Esok pagi baru aku tanya family aku. Rupanya bukan aku je yang kena kacau. Ibu dengan adik bongsu aku pun kena juga. Ni cerita ibu.

Masa aku tak ada dekat rumah pergi jenjalan dengan kawan-kawan. Ye lah cuti sem macam ni la baru ade peluang jumpa kengkawan. Ayah kerja, adik-adik sekolah. Tinggallah ibu sorang-sorang. Masa ibu tengah sibuk memasak dekat dapur, dia dengar orang panggil “ibu”. Kuat macam suara aku kata ibu. Ibu pun sahut lah ingat aku yang panggil. Lepas tu baru ibu teringat yang aku keluar. Ibu pun buat tak tahu dan sambung masak. Kemudian dengar pintu kena ketuk. Kuat sampai dapur boleh dengar. Ibu tengok depan tak ada orang, pagar depan pun masih berkunci.

Cerita ucu pula. Dia tengah tidur malam yang bilik aku kena ketuk tu. Lepas tu dia tersedar bila ada orang tiup telinga dia. Kuat sampai rasa sebu telinga dia. Bila tengok uda (adik ketiga aku), dia tengah nyenyak tidur kat katil sebelah. Dia pun malas nak layan sambung tidur dan dengar orang gelak. Bukan sikit tapi gelak beramai-ramai.

Suatu hari tu pakcik aku datang rumah. Dia cakap rumah aku ni ramai betul. Apa yang ramai tu paham-paham je lah ye. Dia ni berilmu sikit orangnya. Ilmu turun menurun dari arwah atuk. Dia kata kalau nak tengok ada atau tidak kehadiran mereka, letakkan buah kundur dalam rumah. Tinggalkan semalaman dan malam tu keluar jangan ada sesiapa dalam rumah. Esok kita balik kalau buah tu elok lagi maka bersih lah rumah kita tu. Tapi kalau busuk. Maka memang ada sesuatu lah tu.

Esoknya ayah pun buat macam apa yang pakcik suruh. Ayah letak 3 biji. Satu dekat ruang tamu, satu dekat dapur dan last sekali letak dekat ruang atas. Lepas letak buah tu kami semua duduk rumah nenek. Esok lepas subuh balik, tengok buah tu elok je. Tak busuk pun. Tapi dari mana datangnya gangguan tu. Bila kami bagi tahu pakcik, dia tanya. Dalam stor letak tak. Memang tak lah letak kat situ. Tak terfikir pun. Jadi malam kedua kami letak dekat stor pula. Lagi dua biji letak dekat bilik aku dengan bilik adik-adik aku. Bile datang balik esok tengok buah tu dekat bilik aku ngan adik elok je tapi buah kundur dekat dalam stor membusuk siap pakej dengan ulat lagi. Ayah aku terus telefon pakcik suruh datang. Pakcik aku datang dia tengok stor kemudian dia tarik sesuatu di atas siling rumah. Bungkusan berbalut kain berwarna kuning seperti tangkal. Kata Pakcik, mungkin ini kepunyaan tuan rumah sebelum kami. Ye lah ayah beli rumah ni pun melalui lelongan.

Bungkusan tu pakcik yang tolong buang. Tugasan kami pula ialah membersihkan rumah. Ye lah masa baru pindah tak sempat buat bacaan doa selamat, sekadar bacaan doa masuk rumah dan bacaan yasin sendiri-sendiri je. Mungkin sebab tu lepas seminggu baru benda tu kacau. Sebab kami dah mula mengaji dan benda tu tak suka.

Lepas tu keadaan kembali reda. Tak ada lagi gangguan-gangguan extreme macam yang kami kena sebelum ni. Setakat gurau-gurau manja tu biasa lah. Haha.

MawarPutih

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

8 thoughts on “Buah Kundur”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.