Buatan Orang

Assalamualaikum. Ingat lagi x kisah aku dulu, pasal beruk terbang? Kahkahkah. Kelakar pulak bila duk teringat semula. Ending hari tu, aku ada janji nak cerita pasal mak aku berubatkan orang kan? Sekarang baru la ada masa free sikit, bz dengan tesis katenye. Tapi apa yang aku cerita ni korang jangan anggap aku ni nak menunjuk kebolehan atau berbangga ke apa. Cuma aku nak korang ambik side yg positif je la, pasal perangai dan sikap manusia sekeliling korang untuk dijadikan pengajaran dan supaya lebih berhati-hati. Story ni banyak sebenarnya, tapi aku ambik contoh kes yang mudah untuk aku explain dgn mudah je la. Hehehehe.

Mak aku belajar berubat ni dulu hanya untuk lindung diri sendiri je, sebab mak aku ni masa muda cantik, even da ade anak pon, ade je jantan hantar ‘benda’ kat mak aku. Ingat lagi waktu aku kecik, mak aku meraung-raung. Masa tu ade ustaz datang, aku tengok mak aku gigit ustaz tu, kahkahkahkah. Aku kecik masa tu, ayah aku just cakap mak aku sakit. Tapi sebenarnya mak aku kena buatan orang. Kebolehan untuk berubat ni, bukan direct terus kita dapat kebolehan tu, belajar-belajar terus dapat?Bukanlah, akan ada waktu yang sesuai Allah SWT akan anugerahkan kebolehan tu.

Dan mak aku tolong berubatkan orang pon, mak aku x tetapkan jumlah upah. Mak aku cakap benda2 untuk berubat ni, kita kena buat seikhlas hati dan orang yang bagi upah tu pon kena seikhlas hati nak bagi berapa pon. Dan mak aku juga boleh berurut orang yg kena strok, urut orang lepas bersalin, mandi air daun ape ntah. Aku ni la yang teman mak aku cari daun-daun tepi pantai, dalam semak untuk mandikan orang lepas bersalin ni. Mak aku ade tunjuk aku daun-daun tu tapi aku x berminat nak tahu. Kadang-kadang daun yang mak aku nak tu punya la payah nak jumpa sekarang, ni korang la ni suka tebang-tebang pokok, sundal hutan. Moga mak aku dilanjutkan usia dan semoga sihat selalu. Amin.

Cerita no 1 : MAKCIK STROK
Ade sorang mak cik ni, dia lumpuh separuh badan. Doktor cakap strok. Lama jugak la mak cik tu warded kat hospital, then family dia bawak balik rumah lah untuk usahakan berubat cara kampung pulak. Mak cik tu nak kemana-mana duduk atas wheelchair tu je la. Mak cik tu ade bau-bau bacang dengan ayah aku. Kebetulan family mak cik tu datang rumah nenek aku, menziarahi nenek aku. Rumah kat Terengganu ni, memang dekat-dekat. Sebagai contoh, rumah aku belakang rumah nenek belah mak aku. Lepas tu rumah nenek belah ayah aku seberang jalan berdepan dengan rumah nenek belah mak. Aku ni memang xde pengalaman balik kampung beraya la kiranya sebab rumah nenek-nenek x sampai 100m!

So, berbalik pada cite mak cik tu, masa family makcik tu datang rumah nenek aku, ayah aku ade jugak kat situ. Ayah aku suruh la mak aku ni tolong ubatkan la. Mak aku urut la mak cik tu, 9 hari x silap. 3 hari berurut, 3 hari mandi, 3 hari pelepas. Mak cik tu berulang la ke rumah aku. Satu malam mak cik tu suruh suami dia cepat-cepat bawak dia kat rumah mak aku sebab dia rasa panas-panas. Dalam perjalanan tu, suami dia cakap yang isteri dia nak terjun dari kereta asyik sebut panas!panas!panas!. Sebelum tu mak aku ade mimpi, ada sorang perempuan datang dalam mimpi mak aku, bagi warning kat mak aku jangan ubatkan mak cik tu.

Sampai je mak cik tu kat rumah aku, mak aku ubatkan dia, masa tu dia x pulih lagi dari strok dia. Tau x kenapa strok dia x pulih lg? Sebab “benda” tu duk pegang/kunci saraf leher mak cik tu! Urut la macam mana gaya sekalipun, kalau d***h x mengalir elok, memang strok la kau sampai bila-bila. Lepas mak aku buang benda tu, mak aku urut semula, mandikan semula. Dengan izin Allah SWT, lepas dua bulan, mak cik tu elok je boleh berjalan. Dah x guna wheelchair dah. Gaya penceritaan aku da macam testimoni produk pulak.

Cerita no 2 : HANYA KERANA GAME KOMPUTER
Hari khamis yg hening, mak aku pergi berurut sorang perempuan lepas bersalin. Perempuan tu aku bagi nama kat dia JENAB je lah ek. JENAB ni bersalin anak ketiga, so yang sulung perempuan umur dalam 15 tahun dipanggil KAKAK, dan yang kedua anak lelaki dieorang panggil ADIK. Mak aku berurut Jenab ni macam biasa la, sambil-sambil mak aku sembang dengan Jenab ni. Jenab ni pun cerita la kat mak aku yang si kakak ni asyik mengadu sakit pinggang je, jalan pon terbongkok-bongkok. Jenab suruh mak aku pakej kan urut anak dia sekali.

Rupa-rupanya, si kakak ni kendong “benda” atas belakang dia. Mak aku buang la benda tu. Pastu mak aku pon balik. On the way balik tu, mak aku singgah pasar malam. Tup-tup henpon berbunyi. Si Jenab call, cakap yg ADIK nak jumpa. Mak aku ni pelik la. SI ADIK tu baru darjah 5 x silap. Siap request dengan mak dia suruh call nak jumpa mak aku. Mak aku sempat la beli tongkeng ayam rm2 masa tu.
Sampai je rumah Jenab ni, mak aku tengok si ADIK duk bersila sambil tunduk muka.

Mak : Bakpe adik suruh Cik Na mari rumah?
Adik : Diam (sambil tunduk)
Mak : Adik tengok la Cik Na ni, Cik Na mari doh ni.
Adik : Diam ( xnak pandang muka mak aku)

Mak aku pun pegang dagu dia, angkat muka dia. Tapi adik terus tutup mata dia dengan tangan dia. Mak aku pon baca surah ape entah, hehehehe. Kalau si kakak, benda tu digendong kat belakang, yang si adik pulak ‘benda’ tu bertenggek kat leher. Nak tau sape yang hantar? Jiran sebelah rumah je. Anak jiran gaduh dengan kakak dan adik tu, sebab berebut main game computer, mouse rosak pastu bertengkar. Logik x? Manusia bodoh je orang panggil camtu kalau setakat budak-budak gaduh pon nak dihantar ‘benda’ tu.

Cerita no 3 : KERETA BESAR
Si suami aku bagi nama Anuar, si isteri aku bagi nama Jijah. Jijah ni dia batuk berbulan-bulan dah, p hospital pon doktor cakap xde pe problem pon. Dia berubat dengan mak aku, masa tu suami dia pon ade jugak masa tu. Kena buatan sedara sendiri jugak!

Mak : Bakpe mu wat ke dia?
“Jijah” : Aku benci tengok dia pakai kete besor! Benci sangat!

Hahahahaha. Camne boleh tuduh sedara sendiri? Sebab nya si Anuar dan Jijah ni dia x bagitau sape2 pon yang dia p berubat. Anak dia pon xtau. One day, sedara dia tu tegur Jijah, “lama x nampak, pergi berubat ke”. Camne dia tau yg Jijah p berubat? Biasanya bila orang yg hantar ‘benda’ kat kita tu, dia dapat ‘rasa’ tau. Jijah beli kereta besar, kebetulan si suami dia yang keje petronas tu dapat bonus dan dapat anugerah pekerja cemerlang, tapi tu la. Ade je yang jeles. Hati2 ye semua yang pakai kete besar tu. Nasib baik saya pakai satria turbo je bawak ulang alik pi kelas! Kecik je! Hahahahaha.

Cerita no 4 : AKU RELA MASUK NERAKA ASALKAN AKU PUAS
Ni terjadi kat mak saudara sendiri, dia nurse dan suami dia kerja petronas. Dulu mereka duk perumahan, ada ramai lah jiran-jirannya. Masa dia balik rumah nenek, dia ngadu kat mak aku yang dia sakit badan sangat, masa tu dia mengandung. Mak aku cakap biasa la, orang mengandung memang letih-letih.

Kemuncaknya dia suruh mak aku berubat sebab dia rasa macam dia kena buatan orang, tapi memang betul la. Masa mak aku berubat tu, mak saudara aku muntah keluar macam daging kisar tu, aku p pasaraya memang aku x pandang daging kisar tu sebab mesti aku terbayang muntah mak saudara aku tu kahkahkahkah! Lepas berubat tu, lega la sikit, tapi betul la orang cakap, bila orang da benci sangat-sangat, dia akan buat lagi teruk. Mak aku berubat kan lagi,sebab mak saudara aku da macam orang x betul. Masa berubat tu,mak saudara aku dah x sedar ape dah.

Mak : Ape sebab mu wat gini?
Mak Sedare: Aku benci ke dia, suami dia sayang sangat kat dia. Mende yg dia nak, semua suami dia beli, beli handbag mahal-mahal.
Mak : Mu ator melalui ape kat dia ?
Mak Sedare : Aku anto melalui makanan.
Mak : Mu nok keluor dok?
Mak Sedare : X boh, aku nok b***h kandungan dia! Aku rela masuk neraka asalkan aku puas hati.

Al-fatihah buat baby, mak sedare aku keguguran. Mak aku pon da x berubat kan dia sebab mak aku sendiri terkena. Dia buat kat mak aku sebab sakit hati sebab mak aku tolong ubatkan mak sedare aku. Mak aku pon da berubat dengan orang lain. Nak tau sape yang buat? Jiran selang beberapa rumah. Dia hantar melalui kek hari jadi anak dia. Dia bagi mak sedare aku makan, dan “benda” tu da bertahun ada dalam rumah mak sedare aku! Now, mak sedare aku berubat dengan org lain da.

Lepas ni, kalau jiran bagi makanan, kite kena ambik. Tapi nak makan atau x, kena fikir sendiri la, hahahaha. Kita x tau orang benci kite, kite x tau orang dengki kite. So hati-hati je lah.

Cerita no 5 : HATI-HATI KALAU NAK PERGI BERURUT
Ni kisah orang yang datang suruh mak aku urut badan dia. Dia cakap baru lepas berurut dengan tukang urut lain. Makin sakit adalah. Rupanya ‘benda’ yang dibela tukang urut tu bergayut kat bahu. Korang kena paham, yang si tukang urut ni dia da banyak sangat belaan nak kena jaga, so dia transfer la kat orang yang x tahu pape ni melalui urutan. So, lepas ni nak pergi berurut ke ape, identify dulu background tukang urut tu kahkahkah. Identify okey, identify!

Cerita no 6 : STORY PALING SERAM
Ni kisah sorang mak cik yang jelita, die kena strok kat bahagian muka, senget la sikit, jari dia pon bengkok x leh nak bukak jari. Mak aku pon berurut la. Sepatutnya 9 hari la kan, hari ke 4 lepas mak aku mandikan dia, muka dia yang pucat tu dah merah-merah da, maknanya aliran d***h dia dah lancar la kesan dari urutan tu. Jari dia pon da boleh genggam. Mulut dah oke sikit, tapi senget tu ade nampak lagi la.

Makcik ni kaya jugak la, pengusaha kantin, kiranya ambik tender la, suami dia guru besar. Masa mak aku p berurut, mak aku nampak la yang si makcik ni duk maki hamun laki dia, campak barang sana sini, siap sorok semua kunci2 kereta. X bagi laki dia guna kereta dia, mengamuk x tentu pasal. Laki dia memang kesian sangat la. Rasanya da bertahun kot sabar dengan isteri dia. Biasalah bila isteri ni kaya dari suami, mungkin tu la sebab Allah timpa sakit kat dia. Tapi anak lelaki dia baik, keje petronas jugak. Dia datang jemput mak aku dari rumah ke rumah dia. Siap hulur duit pendahuluan lagi, xpernah dibuat orang bagi duit pendahuluan hahaha. Usaha seorang anak nak tengok mak dia sihat.

Hari ke 6, mak cik tu cakap hari ni last, esok xyah datang da. Mak aku oke je, mungkin sebab da rasa yang dia da sihat sepenuhnya. Sepatutnya kan 9 hari, lantak dia la. Pastu dia cakap bayaran baki tu malam ni dia suruh anak perempuan dia hantar sebab anak lelaki dia masa tu dah p offshore. Ni dah masuk 2 tahun, malam yang mana satu entah dia nak datang bayar. Xde datang bayar-bayar kahkahkah. Nama je orang kaya tapi kedekut. Mak aku cakap halalkan je la. Aku cakap kat mak aku, “harap-harap dia kena strok balik. Kalau dia suruh ma urut, ma jangan p urut”. Mak aku gelak je hahaha. Baik kan mak aku.

Mau x bengang weh. Dah la masa tu bulan puasa, kau ingat urut orang x penat ke, dengan lemak tebal, daging penuh satu badan. Dah la mak cik tu gemuk, kau ingat mak aku x penat ke duk lanyak-lanyak, uli-uli badan kau? Ni la kisah paling seram aku, URUT-URUT X NAK BAYAR UPAH! Hahahahahaaha.
Penutup, sebenarnya banyak lagi cerita, tapi aku memang dah x larat nak taip weh, banyak sangat. Macam2 hal la, tanam benda bawah rumah, hantar sihir pemisah suami isteri, dll. So, alert la sikit dengan siapa kau berkawan, dengan siapa kau berjiran.

Betul la kata-kata pujangga dari india, rambut sama-sama hitam, hati lain-lain. Hahahaha

wani

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

16 thoughts on “Buatan Orang”

  1. yg kisah last macam tak perlu rasanya nak cerita. mak awak pun dah halalkan. Tamat cerita.

    btw,sebab game bergaduh ni pun sampai buat syirik ni,aku tak tahu la…hati dah busuk sangat.

    Reply
  2. weii macam menarik je cerita kau . atuk aku sakit dah lama , check doc takde sakit apa . tapi takboleh bercakap 🙁 boleh tak nak urut dengan mak kau ? hehe

    Reply
  3. Yg halalkan tu mak die yg baik…
    Penulis x halalkan lg kot sbb die tau susah payah org yg mengubatkan ni…
    Klu halalkan pon kdg2 manusia ni cenderung ke FORGIVE BUT NOT FORGET…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  4. hahah.. mak aku pon tukang urut.. ada la satu makcik ni dok nilai.. mak aku dok shah alam.. makcik ni kaya jugak dpt tender apetah untuk budak plkn.. ada kedai makan beso.. dia suro mak aku dtg dari shah alam ke nilai.. ko tau berapa di bayar.. 10hengget.. bangang tol.. mak aku urut area shah alam masa tu tahun 2006.. dtg kedai mak aku 50ringgit satu badan.. kalo mak aku pegi uma area shah alam mak aku cas lg 10ringgit.. dia smpi ke nilai mak aku pegi dia bg 10ringgit je.. bhahah.. kaya kedeng pon tak guna..

    Reply
  5. kja pam dkt petronas tuh ka atau jdi cashier dkt petronas tuh smpai boleh beli keta besau. maaf klau silap, mklumlah makcik dh tua.
    #bawang
    #cumel

    Reply
    • Hahaha.. ko ni makcik bawang putih, penuh dgn maksud tersirat btul la prtanyaan ko.. aku baca jer terus gelak dgr komen ko.. 😅😅😅

      Reply
  6. Assalamualaikum wani..saya nak tanya, mak awk masih berurut lg tak? Saya nak mintak tlg, urut + ubatkan mak saya..ni no tele saya..017-9106403..

    Reply
  7. Assalamualaikum wani..saya nak tanya, mak awk masih berurut lg tak?
    Saya nak mintak tlg, urut + ubatkan mak saya..ni no tele saya..017-9106403..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.