Budak Kecil

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Nama samaran aku sephiroth. Ini adalah pengalaman pertama aku menulis di sini dan maaf sekiranya penulisan aku tak dapat difahami dan cerita aku tak seronok untuk dibaca. Ada banyak kejadian tetapi aku cerita serba sedikit kerana aku tak nak kalian berfikir cerita aku ini hanyalah sebuah fiksyen..

Kisah ini terjadi semasa aku kecil dalam lingkungan umur aku 7-10 tahun.

Kami sekeluarga kerap diganggu dengan perkara mistik sehinggakan kami semua 7 beradik pernah dijangkiti kudis di seluruh bahagian badan. Letaklah ubat ape pun tetap kudis tu keluar bernanah-nanah kuning dan berair.. Sampaikan 10 jari jemari adik lelaki aku melekat antara satu sama lain kerana kudis. Sakitnya tak terkata. Bau hamis kami semua adik beradik. Tiap-tiap minggu pergi sebuah klinik kesihatan kerajaan untuk diberi ubat dan cuci luka kudis tapi keadaan tetap sama tak ada beza langsung. Semua adik beradik ada kudis beza ada kena sedikit ada yang kena banyak. Tapi selepas abah pergi jumpa seorang ustaz tiba-tiba semua kudis yang ada di badan kami sembuh dan kering macam tu jer.. Cabut cairan nanah yang dah keras tu tak terasa sakit langsung. Sebelum ini tak boleh disentuh langsung kudis-kudis kami kerana sakit tak terkata sampai menangis-nangis adik perempuan bongsu aku yang baru berumur 2 tahun masa tu..

Pernah sekali masa tu abah dengan kami semua duduk tengok tv di ruang tamu masa tu belum masuk pukul 10 malam lagi. Tiba-tiba aku dengar suara budak menangis betul-betul di luar rumah kami. Nasib baik pintu dah ditutup tapi tingkap pula terbuka besar.. Makin lama makin kuat tangisan budak tu sampai kami semua tersedar dan berasa cuak. Aku pandang abah dan aku dapat lihat muka abah pun betul-betul gelisah dan tak mampu tutur kata. Tersekat-sekat jawapannya bila aku tanya siapa tu.. Dia cuma jawab jangan tengok, buat tak tahu. Tapi adik lelaki pergi panjat kerusi dan intai di sebalik tingkap.

Ya, ada budak kecil tapi tak nampak muka.. Lepas tu muka adik lelaki aku pucat lesi. Nasib baik ada seorang kakak dia yang pandai buat lawak. Ntah apa dia usik adik lelaki kami tu sampai boleh tergelak satu rumah dan meneruskan aktiviti buat tahu dengan tangisan budak misteri tu yang makin lama makin menyakitkan telinga.. Serius, makin lama makin kuat macam budak misteri tu dah menangis dalam rumah pulak. Macam nak pecah kerongkong budak misteri tu kuat sangat menangis tersedu sedan dengan suara serak basah tak tahu laki ke perempuan.. Jiran sekeliling buat tahu macam tak ada apa berlaku. Mungkin hanya kami jer yang dengar. Kami ditemani suara tangisan tu sampailah kami semua tidur… Oh ya, abah aku hanya diam tak berganjak langsung sambil baring di kerusi tiga dengan muka serius hingga tertidur. Kami semua tidur berdekatan abah di ruang tamu malam tu.

Pernah juga semasa aku tengah mandi nak pergi sekolah waktu subuh tiba-tiba bunyi mesin basuh diketuk 3 kali pada permulaan.. Sudah lah aku mandi dalam kegelapan kerana lampu bilik air rosak. Hanya berharap cahaya lampu tandas di rumah belakang yang sentiasa rumah belakang tu buka.. Seronok dia main ketuk-ketuk walaupun aku tahu tak ada sesiapa pun di dapur dan di bilik belakang masa tu. Semua benda dia nak ketuk. Nasib baiklah aku budak sekolah rendah masa tu.. Tak ada nak fikir bukan-bukan sangat walaupun tengah takut ya ampun.. Lepas mandi terus aku pecut keluar daripada bilik air tak tengok belakang dah.

Setiap apa makanan yang orang beri pada kami mesti akan jadi basi atau busuk. Kami adik beradik sering bergaduh. Aku tak tahu samada rumah itu bermasalah atau keluarga kami yang bermasalah kerana selepas mak aku keluar rumah kerana perceraian macam-macam perkara pelik terjadi.. Aku pernah juga terdengar suara orang berbual dalam bahasa yang tak difahami waktu tengah malam. Suaranya seperti tak putus-putus tak ada titik noktah. Bersembang jer terus..

Ada satu malam tu malam Hari Raya Aidilfitri, aku cari bakal mak saudara aku yang tak jadi di luar rumah waktu tu dah pukul 1 lebih.. Aku panggil-panggil nama dia tapi aku rasa seram dan meremang sangat seluruh bulu-bulu aku. Aku yakin memang dia ada kat luar rumah sebab merajuk dengan bapa saudara aku. Lepas subuh dah terang dan bising di kawasan perumahan dia masuk rumah dan bagitahu kakak sulung aku yang dia nampak ada bayi terapung macam didukung seseorang tapi tak nampak siapa di bawah pokok jambu air. Hanya nampak seakan-akan bayi itu terapung.. Dia terus berlari masuk dalam almari baju budak yang kami letak di luar rumah. Dia takut sangat sampai tak tahu nak buat apa.. Dia nampak aku cari dia tapi dia tak sempat nak keluar almari sebab aku dah masuk rumah balik dan tutup pintu apa semua. Kan aku dah rasa meremang lain macam memang aku takkan lama-lama lah..

Sebelum mak berpisah dengan abah, kerja mak jual nasi lemak. Inilah permulaan kepada segala gangguan.. Pagi buta pukul 3 mak dah bangun masak nasi lemak dan buat kuih muih 6-7 jenis seorang dia. Mak memang pandai masak dan cepat buat kerja.. Kreatif dan teratur. Pantas buat segala kerja. Dapur rumah kami di tengah-tengah bahagian rumah dan ada satu bilik di bahagian dapur. Tak ada sesiapa tinggal di bilik hujung tu kerana agak jauh daripada ruang tamu dan dua bilik di depan. Perniagaan mak laku dan bermacam-macam kaum datang beli. Belum buka tapak pun pasti dah ada uncle Cina tunggu nak beli nasi lemak sambil buat senaman. Semasa mak aku sedang mengacau sambal nasi lemak tiba-tiba tombol pintu bilik tu dipulas dan pintu terbuka sedikit seakan mengintai mak aku.. Jelas kedengaran bunyi pintu tu. Mak aku mulanya cuak kemudian dengan beraninya mak aku pergi tutup pintu bilik tu. Semenjak tu mak aku akan kejutkan dua orang anaknya yang sekolah petang atau cuti untuk menemaninya..

Lepas kerap diganggu dengan macam-macam perkara mistik mak dah tak berniaga lagi dah. Mak cerita ramai pelanggan tetapnya tanya kenapa mak dah lama tak jual nasi lemak bila terserempak dengan mak di kedai atau pasaraya. Kosong jer tapak macam dah lama sangat tak berniaga kata diorang. Mak bagitahu diorang yang mak sentiasa meniaga walaupun orang ramai tak datang beli berminggu-minggu sebelum mak berhenti meniaga.. Mak nampak semua pelanggan tetapnya tengok tapak mak berniaga tapi tak senyum. Muka mereka hampa dan terpaksa beli nasi lemak di gerai lagi satu yang mereka tahu tak sedap dan jual ala kadar untuk untung semata-mata.. Uncle Cina tu lepas nampak gerai mak sentiasa tutup jer terus dia bersenam jauh daripada tapak mak berniaga.

Dan kerana gangguan mistik inilah penyebab mak abah terpisah.. Runsing bila kena kacau dengan makhluk halus ni. Namun semuanya bermula dari hati manusia yang dengki, ego, bodoh sombong dan degil.. Kerana manusia yang ikut bisikkan syaitan nostalgia kami 7 beradik semasa kecil banyak menyedihkan dan memeritkan.. Semua orang takut dengan persaingan barangkali tetapi apa salahnya bersaing dengan cara sihat.. Terima kasih semua kerana meluangkan masa..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

12 thoughts on “Budak Kecil”

  1. Ada pengalaman yg hampir sama. Lepas Arwah Abah pergi..Emak jadi cepat pilu, susah tidur dan suka menangis sendiri. Adatlah bercerai m**i..rindu tak terluah. Sampai satu harini aku suggest Emak meniaga..buat release tension sbb Emak ni suka memasak.

    Jadi..aku pikir elok channel kan energy emak tu into something positive lah kan. So meniaga lah kami..do it for fun, takdelah gerai besar..kuih pun 3-4jenis. Tapi sambal nasi semua ni masak fresh hari2..jam 4AM dah bangun nak masak2.
    Lagipun activity ni elok sgt utk org susah tido mcm Emak ni.

    Dalam 3 bulan meniaga tu.. pembantu kedai tu bgtau Sambal ni pukul 9.30am dah start bertali tali mcm berlendir. Bau tak basi.. cuma tekstur tu mcm dah melekit. Mmg kami bungkus je lah bawa masuk. Takkan nak jual kut?
    Adelah dalam 2 minggu nampak mcm slow je jualan.
    Aku google lah, adelah yg terkena sikit dgn tanda2 sihir ni. Aku rujuk ke Ustaz.. kata Ustaz ada yg nak ‘test’ ilmu.
    Kami settle apa patut kat situ je lah.

    Last2 emak pun demotivated nak meniaga..sebab perangai manusia mcm ni kita tak bole predict. Aku bersyukur lah yg takde benda buruk jd pd kami.. just affected jualan tu je.

    So korang. Sometimes kita bukan buat musuh pun..mereka ni nak test power kadang2. Tapi kalau hati dah start berkata-kata mempersoal benda yg pelik diluar logik akal.. eloklah cuba cara Islam.

    Reply
  2. Bekas pekerja ayah aku pun sama perangai busuk hati. Ayah aku ada bengkel, dia siap nak take over bengkel ayah aku, di sihirnya mcm2..Sekarang ni dia dah ada bengkel sendiri pun masih tamak lagi. Disihirnya mcm2..nak org dtg bengkel dia aje. Mcm dia sorg je nk cari makan..org lain xpayah makan ke??

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.