Budak Misteri

Ini kisah Zubair.

Dia seorang penjual beger di malam hari, pekerjaan ini lah yang menyara anak isteri di rumah walaupun tak seberapa hasilnya.

Setiap malam Zubair akan menjual beger bersama rakannya tetapi malam ini rakannya tidak bersama Zubair kerana ada hal kerja katanya.

Zubair okey sahaja kalau tanpa rakannya, kadang kadang takut juga.

“Bang bagi saya berger satu!”

Zubair terkejut di depan nya terlihat seorang budak lelaki berpakaian lusuh memesan beger di depannya dengan secara terkejut.

“Haishh budak ni, nasib baik aku tak da sakit jantung kalau tak dah m**i keras kat sini” Omel Zubair di dalam hati.

“Ok”

Zubair terus membuat beger yang dipesan.

“Saya teringin sangat nak makan beger abang, sebab saya kemalangan masa nak beli beger abang” budak tu mula bercerita.

Zubair hairan, dia cuba mengulang ayat yang budak lelaki itu katakan tadi. Namun hanya berdiam diri pelik pula ayat nya ni, bukan calang calang .

“Nah, tak pe dik abang sedekah kat kau lagipun kedai abang dah nak tutup ni”

“Betul ke bang? Terima kasih bang, semoga dimurahkan rezeki selalu”

“Aminn”

Tengah Zubair leka mengucap Aminn budak lelaki yang berdiri di depannya tadi terus berdesup hilang. Dia berasa Hairan sekali lagi. Tercari-cari mana budak tadi?

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam, mata Zubair sudah mengantuk lagi pun dah lewat orang pun dah tak lalu lalang baik dia tutup sahaja.

Selesai mengemas semua barang Zubair terus menghidupkan enjin motosikalnya.

“Dah balik bang?”

“Ye, anak anak mana dah tidur?”

” A ah,awal awal lagi dah berdengkur”

“Yelah yelah, abang nak bersihkan diri kejap lagipun abang penat sangat ni”

“Yelah bang, saya masuk bilik dulu ye.”

“Ye,” jawab isterinya.

Sebenarnya Zubair mahu menceritakan tentang budak lelaki tadi namun dah lewat malam esok sajalah dia beritahu kepada isterinya.

🐻……………………….⌨️

Keesokan malamnya, Zubair mula berniaga macam biasa. Tapi malam ini Zubair bawa anak sulungnya yang berusia 7 tahun ke tempat niaga.

“Remy jangan main jauh-jauh. Nanti momok datang,” Zubair mengusik anaknya.

“Ok, bos. Remy main dekat anak tangga je.” Sambil melipat kertas kapalterbang Remy duduk di anak tangga flat.

Ayahnya berniaga di depan bangunan flat lama sejak dia bayi lagi. Kalau ibunya sibuk menyiapkan tempahan baju, Remy akan ikut ayahnya.

Masa dia leka melipat kapalterbang kertas, Remy didatangi seorang budak lelaki comot dan berkaki ayam. Budak itu turun dari tangga flat terus duduk di sebelah Remy.

“Awak nak kawan dengan saya?”

“Awak siapa? Tak pernah tengok pun?” Remy pelik sebab budak-budak di flat itu hampir semua dia kenal.

Budak itu menundukkan muka.

Kerana tak selesa dengan bau badan budak tu yang hamis dan masam, Remy pergi ke gerai beger Zubair.

“Ayah, nak oblong mayo melimpah satu. Sayur tak mau, hehe.”

Zubair yang dari tadi duduk menunggu pelanggan terus bangun. Dibuatkan oblong untuk anaknya.

“Nak juga, bang.” Satu suara mencelah dari belakang Remy.

“Eh, kamu. Marilah aku belanja oblong.” Ucap Zubair. Baginya tak salah untuk bersedekah. Mungkin rezekinya bukan setakat berkongsi dengan anaknya, fikir Zubair.

“Betul ke, bang? Tak pernah makan beger oblong. Sebut pun susah. Kalau minta dengan ayah mungkin saya dapat terajang,”

Terkejut Zubair mendengar luahan hati budak lelaki itu. Remy pula terus berdiri di sebelah ayahnya.

“Mungkin ayah ada banyak benda nak bayar. Tak apalah, makan je puas-puas. Esok datang lagi.” Begitulah mulianya hati Zubair. Sentiasa bersedekah.

Setelah mendapat beger oblong dari tangan Zubair. Budak itu tersenyum riang.

“Terima kasih, bang. Esok saya tak datang lagi. Ayah saya pun tak dapat nak terajang saya lagi. Saya kena pergi,”

Pelik pula ayat budak berusia dalam 12 tahun tu. Zubair menggaru kepalanya.

“Adik. Semalam kata baru lepas kemalangan. Ceritalah apa jadi?” Sengaja Zubair mengajak budak lelaki itu berborak.

Budak itu berdiri tegak memandang seketika wajah Zubair. Pandangan matanya sayu. Seperti ada banyak kisah sedih di balik renungan matanya.

“Nanti abang akan tahu. Saya minta halal apa yang abang beri pada saya. Semoga murah rezeki abang,”

Selepas itu dia terus melangkah ke arah tangga flat sambil diperhatikan dua beranak itu.

“Ayah nak tengok berita online lah, Remy. Ada cerita menarik tak malam ni?”

Dibuka satu laman web kegemarannya. Sambil memilih berita apa yang ingin ditengok dulu.

“Remy, tengok ni!” Terjerit Zubair bila ternampak satu wajah kanak-kanak mirip budak yang dia jumpa sejak semalam.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun didapati telah meninggal lebih dari 48 jam di bawah gaung bersama berbelas tikaman di badan.

Kanak-kanak yang dikatakan bersamanya kali terakhir kini dicari pihak berkuasa kerana banyak kesan cap jari kanak-kanak tersebut pada sebilah pisau berhampiran mayat tersebut….”

Terpampang wajah kanak-kanak itu bersama pakaian yang sama dia muncul selama dua malam. Merinding bulu roma Zubair ketika itu.

“Manusia ke hantu tu, yah?” Soalan Remy buat Zubair berdebar. Baru dia terfikir, dengan siapakah dia bercakap selama dua hari ini?

Blappp!!!!

Sesuatu telah jatuh dari tingkat 4 flat tersebut.

Remy terlebih dulu menjerit bila satu kepala yang tertanggal dari badannya bergolek dan berhenti di hujung kakinya.

“Ayah!!!!”

“Allahuakhbar! Allah….innalillahiwainnailaihirojiun,”

Sekujur tubuh yang mempunyai berpuluh kesan luka di badan sudah tidak bernyawa lagi.

Di tangan kanannya tergenggam kertas pembalut beger oblong pemberian Zubair.

Pengakhiran sebuah kehidupan yang sadis.

Rupa-rupanya budak ini adalah mangsa penderaan ayah kandungnya sendiri. Atas desakan dan tekanan yang tak tertanggung…budak itu telah menikam ayahnya sewaktu ayahnya sedang memandu.

Mata Zubair berkaca, memandang anaknya yang sedang menggigil ketakutan. Remy dipeluk erat.

“Sini, Remy. Ayah tak akan abaikan anak-anak ayah. Amanah Allah yang ayah kena jaga sebaiknya.”

Tamat.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 62 Average: 4.6]

2 thoughts on “Budak Misteri”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.