Budak Perempuan Jepun Berkimono Merah

Assalammualaikum admin dan geng FS, aku adalah salah seorang peminat setia dan pembaca tegar cerita di FS ni. Entah kenapa aku pulak tergerak hati nak berkongsi sama kisah aku yang aku pernah alami masa aku berumur 3 tahun dulu. Walaupun sekarang umur aku dah 23 tahun, tapi apa yang aku alami sendiri ni,, takkan pernah aku lupa sampai lah bila-bila.

Masa aku kecik-kecik dulu, keluarga aku sering la berpindah randah. Yelah,sebab arwah ayah aku kerja as NAVY ,so setiap kali arwah ayah kena belayar jauh, aku sekeluarga kena la ikut. Nak nak kene stay lama pulak tu. So, masa tu arwah aku dapat ke Singapore. Aku sekeluarga pun pindah la ke tempat baru…….WOODLANDS.

Masa pindah tu takde lagi apa-apa kejadian yang menyeramkan . Walaupun kalau tengok tempat tu agak scary la jugak. Dekat kawasan berek tentera laut tu… dari pagar masuk , straight j jalannya. sebelah kiri aku blok-blok rumah, sebelah kanan aku pula padang bola yang luas terbentang. hanya dipisahkan satu longkang yang panjang,besar dan dalam. Sebijik macam dalam lukisan masa kecik-kecik dulu. Belakang blok rumah ada bukit yang tinggi dan besar. Ada satu pokok besar dan kawasan perkuburan serta dekat dengan klinik dan rumah mayat .Blok yang aku duduk masa tu aku tak ingat blok A,B,C atau D. tapi keluarga aku stay at tingkat 3 ,tingkat paling last la tu.

Nak dijadikan cerita , ada satu malam tu, masa aku sekeluarga tengah buat hal masing-masing, tetiba akak sulung aku cakap dia bau wangi sangat dalam bilik. so mak aku yang tengah dok melepet at mesin jahit pergilah tengok. Tapi takde pape. Wangi tu..bau wangi aku tak tau lah bau wangi bunga apa .. tapi wangi lah. dan memang ye pun…aku bau jugak. Tapi budak 3 tahun masa tu apa kisah natang wangi apa pun, yang aku tau tengok tv dan main gan adik aku. hehehe. So sejak kejadian tu, bau wangi tu sentiasa datang setiap kali waktu malam menjelma. Dan bau tu datang dari bilik akak sulung aku. Tak pelik k ? Pelik kan??

Tak habis lagi dengan bau wangi tu…Itu baru permulaan salam sillaturrahimah lah kot kan.So adalah satu hari tu arwah ayah aku ajak pi holiday at Taman Sentosa (now aku tak tahu lah wujud lagi tak taman sentosa ni) . Berholiday la sakan sampai malam buta baru nak balik. Then balik je rumah, bila arwah ayah buka lampu dapur tak silap, pintu balkoni yang dekat dengan dapur tu cermin dia pecah serentak.Rumah aku ada balkoni tapi menghadap ke bukit dan pokok besar betul-betul belakang rumah kitorg.

Masa dulu pintu dia jenis sliding separuh cermin separuh kayu. So cermin tu pecah serentak buatkan satu family terdiam. Arwah ayah pergi check tapi takde apa. Budak zaman dulu nakal-nakal pun takkan pergi baling batu at rumah orang tengah malam. Kalau ye pun cuma satu cermin pecah tapi ni serentak bhai. Tapi arwah ayah nak sedapkan hati, dia cakap mungkin dah lama tu pecah. Kitorang ye kan aje sambil kutip serpihan kaca tu sama-sama. Entah kenapa tetiba bunyi macam orang/benda besar jatuh dari atas terkena ke ampai bulat at luar tu sampai patah ampai tu kau aku cakap.

Arwah ayah cepat-cepat lari ke balkoni nak tengok tapi takde apa jugak. Yang pasti aku nampak benda hitam besar yang jatuh. Sumpah tak tipu. Tapi aku diam j lah… Tak takut sangat pasal aku kecik lagi tak tau apa itu HANTU,JIN,SETAN,IBLIS. Arwah ayah cecepat suruh kemas dan tutup pintu balkoni. Mama pulak kelam kabut cari surat khabar tampal lompang tempat cermin pecah tadi malam tu jugak.

Tapi tak habis lagi,,lepas kejadian tu…semua orang dah lupa dan tak amek port dah sampai lah ada satu malam tu, bila ayah baru abes duty dan balik agak lewat sikit. Aku tidur dengan mama dekat bilik sebab mama aku xde kawan. Kakak aku dua org dan abang aku serta adik kecik aku tido dekat bilik lagi satu. Ntah kenapa malam tu lain maciam bagi aku lah. Dengan lolongan anjing yang maha bising.. tapi aku tido j lah. Aku tido lena sampailah aku dengar bunyi orang ketawa dan menyanyi lagu ABC.

Bunyi budak-budak tengah main lari-lari at bilik aku tido tu. Aku buka mata dan benda pertama yang aku nampak ialah beberapa kanak-kanak lelaki botak bogel tengah berlari dalam bulatan berhampiran tingkap bilik. Dorang punya ketawa tu masyaAllah,,, seram woii! Aku pandang depan aku,, aku nampak budak perempuan berkimono merah bunga-bunga pink rambut panjang paras pinggang hitam pekat tengah baring dekat bucu kotak besar sebelah almari baju mama aku. yang ni tengah menyanyi lagu ABC .

Dia baring statik je. rambut dia statik je at pinggang walaupun tengah baring. Dia menghadap almari baju. aku cuma nampak belakang dia je. Aku toleh ke kanan sikit, dekat almari solek mak aku,, ada tangan panjang sangat dekat belakang almari tu. TANGAN SAHAJA. Bila aku dah duduk dekat katil…terus dorang semua berhenti. Kau bayangkan tiga BENDA tu pandang aku (T_T). yang budak pakai kimono tu boleh pulak turun pelan-pelan dari kotak tu dan berjalan dekat aku.

Muka dia?? TAK ADA MATA, TAK ADA HIDUNG, TAK ADA MULUT. KOSONG !. yang budak lelaki bogel tu dah mai dekat aku hulur tangan cakap “JOM MAIN SAMA-SAMA” . aku boleh lagi senyum tak takut masa tu.. tp tang budak kimono tu yang aku seriau. dia cakap, “JOM IKUT KAMI NAK? KITA MAIN SAMA-SAMA, NYANYI SAMA-SAMA” pastu gelak seram namatey ! yang tangan at belakang almari solek tu nak capai aku. mau aku tak menjerit panggil mak aku menangis aku .

Aku jerit n nangis cakap at mama aku yang ada budak ajak main sambil tunjuk at tepi katil. Mama aku terus tarik aku keluar bilik dan cari arwah ayah aku at depan. Mujur lah arwah ayah dah balik dari duty waktu tu tengah tidur at sofa. Mama kejut ayah dan cakap, “ni ,dia nampak budak at bilik..”. Arwah ayah terus masuk bilik buka lampu. Lampu buka je semua jelmaan tadi hilang sekelip mata. Arwah ayah kata xde pape pun… yang ada cuma kain pelikat tersidai tepi kotak tempat budak kimono tu baring. belakang almari solek dengan tingkap semua takde pape. Untuk sedapkan hati,, mama aku ckp… mimpi je kot. Arwah ayah smbung tido balik at depan. Mama ajar aku baca doa sebelum tido dan suruh aku tido.

Esoknye, aku cerita la pada adek beradek aku pasal kejadian malam tadi. Semua yang dengar seriau. Siap suruh aku lakonkan balik macam mana hantu-hantu tu buat malam tadi. aku buat lah sebab memang aku nampak. Tak lama pastu heboh satu berek pasal aku nampak hantu tu. dan semua yang nak dengar cerita aku semua suruh aku lakonkan balik kejadian malam tu. Tapi sebab aku berumur 3 tahun masa tu,,, maka ada yang tak percaya dan anggap aku mereka cerita atau bermimpi saja.

Terpulang pada mereka yang mahu percaya atau tak… cuma aku nak bagitau yang, pada umur macam tu , hijab kita masih terbuka. sebab tu kalau budak kecik bagitau aku apa yang dia nampak dan aku tak nampak,,,aku percaya. sebab aku pernah merasa,pernah nampak. Syukur alhamdulillah,, aku dah tak nampak sekarang benda-benda tu lagi kalau boleh mintak dijauhkan lah. Aku tak sanggup lagi nak hadap… aku tak kuat.

Cuma even aku tak nampak sekarang,, aku boleh rasa dan nampak sipi-sipi saja. Setakat ni tak penah muncul.hehehe.
Itu saja cerita dari aku. Pesan aku, kalau kau ade adek atau budak kecik dok mengomel nampak itu ini tapi kau tak nampak apa-apa….. PERCAYALAH. Bawak dia pergi jauh dari situ. Jangan sampai benda tu bawak budak tu ikut dia sama…. nasib aku tak noob ikut benda tu…kalau tak,,,,aku takkan ada at sini depan laptop menulis kisah ni. Assalammualaikum –

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

H.V.D.M

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 4.2]

5 thoughts on “Budak Perempuan Jepun Berkimono Merah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.