#BudakBaru – Puaka Di Asrama

Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca FS sekalian. Aku juga merupakan peminat setia fiksyen shasha. Sebelum itu, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada admin jika beliau menyiarkan cerita aku ini. Izinkan aku perkenalkan diri terlebih dahulu, nama aku Ann (bukan nama sebenar) dan kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah ketika aku masih menuntut di sebuah universiti awam yang terletak di negeri penyu.

Kejadian ini berlaku ketika aku berada di semester dua pengajian. Di asrama, aku ditempatkan di blok yang berhampiran dengan jalan biawak. Kebiasaannya bagi penuntut universiti berkenaan pasti mengetahui tentang jalan biawak ini.

Kawasan jalan biawak ini adalah kawasan paya dan dulunya kawasan ini tidak dilengkapi lagi dengan kemudahan lampu dan pagar di sepanjang jalan berkenaan. Banyak juga kisah mistik berkaitan dengan jalan biawak ni. Tapi untuk kali ini aku ingin menceritakan kisah mistik yang aku dan rumet hadapi di asrama.

Di asrama aku ditempatkan dengan 4 orang roommate, semuanya lebih tua dari aku disebabkan aku adalah penuntut diploma dan yang lainnya ijazah. Bilik kami dilengkapi dengan dua katil double decker. Aku berkongsi katil dengan kak Sah yang mana katil aku di sebelah atas dan Kak Sah di bawah. Dua lagi adalah kak Nah dan Kak Yan. Kak Yan jarang ada di bilik.

Selalunya dia akan bermalam di rumah kawan ataupun rumah keluarga bf nya. Manakala kedudukan bilik kami pula adalah betul-betul di depan tandas dan selang 2 bilik di hujung koridor. Maaf sedikit panjang intro, ini disebabkan ianya akan berkaitan dengan cerita yang aku ingin ceritakan.

Alkisahnya bermula pada minggu exam. Asrama sedikit lengang dan banyak cerita – cerita mistik mula disebarkan. Pada mulanya, aku dan roommate langsung tak percaya dan selalu kami tak endahkan cerita – cerita berkenaan.

Setiap malam kami selalu tidur lambat dan pada pukul 3 – 4 pagi, mulalah kami nak ke tandas bersihkan diri dan sebagainya. Tapi pada satu malam jam tepat pukul 3 pagi pintu bilik kami diketuk dengan kuat sebanyak 3 kali. Mula2 aku nak buka, tapi ditegah oleh kak Nah. Waktu tu aku, kak Nah dan kak Sah sahaja yang ada dalam bilik.

Kak Sah pulan waktu tu dah tidur, jadi tinggal kami berdua jerlah melayan movie memalam. Yalah, selalunya memalam ada je makcik2, tak pun budak2 yang suka berjual beli. Bila memasing buat tak tahu jer, makin lama makin kuat pulak ketukan pintu. Bertalu-talu bagai nak tercabut pintu tu. Lepas tu, kami dengar bunyi macam orang mengerang dekat luar pintu. Makin lama makin kuat.

Waktu tu masing2 dah cuak. Kak Nah pun cepat2 suruh aku tidur. Katil kak Nah di bahagian bawah manakala aku di bahagian atas. Naik je atas katil, cepat2 aku selubung dengan selimut.

Tak lama lepas tu, dalam 2 – 3 minit, aku dapat rasakan seperti ada benda merayap di bahagian kaki sebelah kiri. Aku buka selimut nak tengok kot2 kak Nah nak ajak tidur skali. Sebaik saja aku buka selimut, terus nampak seorang perempuan tua yang tersangat tuanya dengan rambut mengerbang sambil tersenyum ‘manis’ tengah merangkak menuju ke aku.

Sempat jugak kami bermain mata menatap satu sama lain untuk beberapa minit. Ketika itu ketukan dipintu dah senyap. Aku punya rasa takut cepat2 selubung balik dalam selimut dan tendang perempuan tua tu berkali2. Aku tak tahulah kena atau tak pompuan tua tu. Cuma aku berharap dalam hati supaya perempuan tua tu fahamlah yang aku tak suka kehadiran dia. Tak rela berkongsi katil dengan dia.

Aku tak sedar pukul berapa aku terlelap. Sedar-sedar dah pagi. Keesokan harinya, aku bercerita dengan kak Nah dan kak Sah. Rupa-rupanya malam tu kak Nah pun kena kacau. Tapi hanya bisikan-bisikan dan sentuhan manja aje, manakala Kak Sah tidur dengan lena. Dia tak tahu pun apa benda terjadi malam tu.

Hujung minggu lepas kejadian tu, aku pulang ke rumah. Tengah2 best layan cerita dekat TV, tina-tiba mak aku menjerit dan menangis. Aku cepat2 pergi dapatkan mak aku yang tengah tutup mata ketika tu dan bacakan ayatul kursi.

Mak aku still juga tak nak buka mata, jadi tak ada pilihan lain. Ayah aku telefon sepupu aku, minta dia datang tengok-tengokkan keadaan mak aku. Sepupu aku ni memang pandai berubat. Dia dapat kebolehan tu secara semulajadi ketika dia remaja. Lepas tu, keadaan mak aku dah makin baik dan dia pun bercerita tentang perkara yang sebenarnya.

Dia tengah tengok TV, tiba-tiba dia ternampak aku tengah main cak-cak dengan dia. Mula-mula dia pelik jugak, tapi bila dia amati betul-betul, rupa-rupanya pocong dengan muka nenyerupai aku tengah ajak dia bergurau. Sebab tu dia menangis ketakutan dan terus tutup mata. Sebenarnya menurut sepupu aku, benda tu ikut aku balik. Tempat dia di laluan tandas depan bilik aku.

Dia ikut aku balik sebab aku selalu ke tandas lewat malam dan suka curah air panas dalam tandas. Air panas tu merujuk kepada air maggi yang aku buang dalam sink. Lepas tu, aku dimarahi dan dinasihatkan supaya jangan suka tidur lambat dan jangan ke tandas berseorangan pada lewat malam.

Itu sahaja yang ingin aku ceritakan kali ini. Maaf jika kisah ini tak menarik, tapi ianya adalah kisah benar yang aku sendiri lalui. Jika dapat sambutan baik, in sha Allah aku akan bercerita lagi kisah – kisah lain pada masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pembaca FS dan jangan kecam saya budak baru nak belajar bercerita.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

#budakbaru

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

11 thoughts on “#BudakBaru – Puaka Di Asrama”

  1. Jalan biawak skarang ni da ada lampu, dlu 2005 mana ada apa pun. Batch MAPEM waktu tu kna kacau gak. Menyerupai member, jalan tunduk langsung x tengok depan. Padahal, jasad sebenar balik ikut jalan besar. Yg boleh sedar pun bila sampai bilik, tgk da terbungkang mesej awek, padahal tadi makin jauh kena tinggal waktu dekat jalan biawak tu.

    By da way, asrama lelaki clean & clear xdak mistik pape pun, otp sampai pkul 4 pagi sambil lepak dekat kerusi batu xde pape. Asrama perempuan yg problem, alarm asap selalu bunyi hahahahahaha….

    Reply
  2. Alarm asrama perempuan selalu ja berbunyi..asrama yang penulis ckp tu dh jd asrama lelaki sesi 2016/2017…tp akan bertukar jd asrama perempuan balik utk sesi 2017/2018

    Reply
    • lubang atau lohong2 memang tempat tinggal jin..walaupun nampak remeh siram air panas kedalam sinki,kalau nasib tak baik ‘dia’ tengah melepak situ kena air panas memang dia marah la..banyak ada dengar kes macam nie sebelum nie..

      Reply
  3. Masa kitorg jln biawak dh ade lampu…tp ade gop gangguan kat tiang lampu di jmbtn tuh. Surprise sokmo. Klas mlm wajib go in group ?

    Reply
  4. Perghh aku slalu simbah air pns dlm singki tndas kolej dan slalu pergi tndas sorg2 pkul 2-3 pg time study. Patutlaaa penah mendapat sekali sampai aku pengsa dlm tnds

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.