“Bukalah Mata”

Aku ingin mengucapkan terima kasih pada admin, kalau cerita aku ini dikongsikan dalam laman ini. Ini kali pertama aku menulis pengalaman yang telah berlaku pada diriku yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.

Kisahnya bermula, apabila aku dihantar oleh syarikat untuk bekerja di salah sebuah cawangannya di Taiping. Alhamdulilah, setiap pekerja yang dihantar ke sana akan diberi penginapan dan sewanya di tanggung oleh pihak syarikat. Rumah yang disediakan ini sangat besar namun sewanya agak murah mungkin kerana kadar sewaan di Taiping ketika itu rendah.

Rumah ini mempunyai 3 tingkat, dan begitu luas serta tingkat paling bawah berada di bawah tanah dan menyebabkan tidak ada pencahayaan yang mencukupi. Biasanya kami akan jadikan ia sebagai tempat rehat dan meletakkan barang- barang.

Kisahnya bermula begini, pada ketika aku balik bercuti di pulau perhentian, aku sampai awal di rumah itu bersama seorang lagi kawan aku. Kami hanya berdua kerana penghuni yang lain masih lagi meneruskan percutian mereka. Ketika kami sampai, sudah pun lewat malam. Disebabkan memandu jarak jauh, badan kami keletihan. Jadi sebelum tidur, aku akan pastikan aku mandi, solat dan bersedia untuk tidur.

Aku dan kawan tidur di dalam bilik yang sama namun katil berasingan. Malam itu, kawan aku terus tertidur sejurus naik ke katil mungkin kerana penat sangat. Seperti biasa aku sebelum tidur akan main handphone terlebih dahulu. Setelah puas bermain, baru lah aku bersedia untuk tidur. Akan tetapi, puas mata aku dipejamkan namun masih belum boleh tidur. Aku baring menghadap katil kawan aku dan dibelakang aku hanyalah dinding sahaja.

Walau pun mata aku masih ku pejam, namun setiap persekitaran di dalam bilik itu masih boleh ku rasai. Aku dengar nyalakan anjing dari rumah sebelah. Sudah menjadi kebiasaan bila malam menjelma, anjing- anjing dikawasan sekitar akan menyalak dan salakan mereka bersahut sahutan, cuma malam itu aku rasa nyalakan mereka lain sedikt dan bukan seperti biasa dan salakan anjing – anjing tersebut semakin kuat. Aku meneruskan usaha untuk tidur, tapi masih tidak boleh, pelbagai arah aku dah cuba untuk dapatkan posisi tidur aku ke kiri dan ke kanan aku pusing masih juga tidak berhasil.

Sambil mata ku pejam, aku tiba – tiba terdengar satu suara yang berbunyi. “Kenapa tak tidur lagi? Kalau tidak mahu tidur, buka lah mata”. Serentak itu, berderau darah naik ke muka ku. Suara halus itu kedengaran di belakang aku yang membelakangkan dinding. Suara itu memang bukan seperti suara kawan aku kerana bunyi nya yang berbeza. Dan dapat aku rasa kan ada sesuatu di belakang. Mata aku masih terpejam kerana perasaan takut yang menyelubungi diriku ini. Semua bulu roma dapat aku rasakan berdiri dan terasa seram sejuk ketika itu. Aku terfikir macam mana boleh ‘benda’ tersebut boleh ada di situ, sebab ini merupakan kali pertama aku mengalami situasi begini.

Walaupun dalam ketakutan, sempat juga aku fikir macam mana ia muncul? Adakah disebabkan ia mengikuti kami pulang ke rumah? Ini kerana perjalanan dari Terengganu ke Perak perlu melalui highway Grik. Aku bertolak lewat petang, jadi semasa melalui Grik dah malam dan jalan sangat gelap dan mungkin ‘benda’ tersebut menumpang sekali. Banyak kemungkinan yang aku fikirkan ketika itu, tetapi dalam masa yang sama mulutku membaca surah yang aku hafal. Setelah puas aku membaca surah – surah tersebut , aku akhir nya terlena.

Keesokan harinya, aku bertanya kepada kawan aku ada tak dengar apa -apa semalam? Kawan aku menidakkan kerana dia tidur mati akibat kepenatan. Selepas kejadian itu, barulah aku tahu daripada rakan rumah yang lain, mereka juga pernah terkena gangguan seperti itu ketika menonton televisyen di tingkat bawah, tiba – tiba terdengar perabut di alihkan di tingkat atas. Bila di teliti, tiada apa – apa yang berlaku di atas. Di tingkat bawah, kedengaran seperti bermain guli pada waktu malam. kedengaran nama di panggil ketika keseorangan di rumah itu.

Selepas itu, kami telah berpindah ke pejabat utama di ibu kota, manakala rumah itu telah diserahkan kembali kepada tuannya. Semenjak itu, kalau aku lihat kalau ada rumah yang cantik dan besar untuk dijual atau untuk disewa dengan kadar sewa yang murah dari harga pasaran, membuatkan aku teringat kembali rumah 3 tingkat di Taiping itu.

Sekian.

kamal
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.