Asalamualaikum Admin, namaku Tehra (bukan nama sebenar). Aku seorang perempuan sekiranya ada yang bertanya :-). Aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang mana mungkin menarik minat para pembaca mahupun mengundang kebosanan mereka tapi Admin nilailah sendiri. Cerita aku ini tiada berpenghujung dan tiada episod yang bakal bersambung-sambung kerana ianya yang aku lalui tanpa perlu berfantasi untuk mencari idea.
Baiklah, mungkin aku patut mulakan sekarang. Terlalu banyak yang aku pernah lalui tapi aku cuba untuk cerita satu kisah untuk pancing minat admin agar menyiarkan cerita aku ni he he he. Kalau cerita ni diluluskan, aku janji akan ceritakan kisah-kisah yang lain.
KISAH SATU: Aku dan si 2 kepala
Kejadian ni berlaku sekitar tahun 2005, sewaktu tu aku masih menuntut di sekolah rendah. Pada tahun tu Ayah aku mempunyai rezeki lebih berbanding tahun sebelumnya hasil dari jualan tanah pusaka. Ayah aku kemudiannya menyambung rumah iaitu bahagian dapur. Bagi menyambung bahagian dapur kami perlu bersihkan kawasan belakang rumah yang ada pokok (durian, jambu air dan pokok-pokok lain).
Setelah itu, kerja-kerja pembinaan pun dimulakan. Hari bersilih ganti dan beberapa minggu selepas itu ruang dapur baru kami pun siap. Kami pun mulalah memunggah barang ke ruang dapur baru (peti ais, rak pinggan mangkuk dan sebagainya). Ayah aku jarang-jarang pulang ke rumah kerana dia kerap “outstation” lantaran tugasnya sebagai “Pilot Darat” a.k.a pemandu lori. Rumah kami ada 3 Bilik tidur, 1 bilik Mak dan Ayah, dua lagi bilik kami adik-beradik (sharing is caring). Aku ada 6 orang adik beradik semua perempuan, kami bahagikan 3 orang setiap bilik.
Suatu malam, beberapa hari selepas ruang dapur siap. Aku terjaga daripada tidur kerana ingin membuang air. Aku cuba kejutkan adik dan kakak tapi dua-dua tak bangun, siap tidur pakai selimut putih rapat hingga paras leher dan rambut tutup sebelah muka. Disebabkan aku memang tak tahan sangat aku pun bangunlah sorang-sorang. Aku on suis lampu dapur (tandas di ruang dapur ya), lambat pula lampu nak menyala, aku turun je tangga cepat-cepat sebab tangga ruang atas dan dapur sangat tinggi dek kerana struktur tanah yang tidak sekata.
Masa aku berjalan tuurn tangga, tiba-tiba ada benda besar jatuh sebelah aku. Aku jangkakan tu kayu, aku tak pedulikan benda yang jatuh tu dan segera ke tandas. Selepas semua selesai, aku pun naik ke atas (lampu dapur dah menyala) semasa naik tangga aku pun check la benda apa yang jatuh tapi tak ada apa-apa. Aku tak fikir negatif dan berlalu ke bilik yang satu lagi(hajatnya nak tidur kat sana). Masa aku masuk bilik kakak aku mulut aku tanpa disuruh-suruh, melopong dengan jayanya. Nak tahu kenapa? Hehe, baiklah aku cerita.
Aku nampak kakak dan adik yang share bilik dengan aku semua tidur dalam bilik tu. Boleh “pickup” tak apa yang aku rasa? Terkejut besar la. Siapa pula yang tidur dengan aku kalau dah dua-duanya tidur dekat bilik ni. Aku beranikan diri untuk pergi tengok siapa yang tidur dalam bilik aku. Aku pun masuk dalam bilik aku sendiri (tadi aku dekat bilik kakak aku). Bila dah masuk, tiada siapa pun yang berbaring atas tilam. Aku pun duduk atas tilam dan berfikir tentang mistiknya kejadian tadi. Masa aku tengah bercakap sorang-sorang tu, aku rasa macam diperhatikan (biasanya kakak aku suka usik aku, lepas tu berdiri kaku macam patung untuk menakutkan aku).
Aku pun toleh la ke arah pintu bilik dengan perasaan geram. Masa tu aku terkaku dan mulut aku seolah-olah berat untuk melafazkan kata-kata. Aku nampak orang menjenguk aku yang berada di dalam bilik dari luar (boleh imagine tak jenguk yang macam mana?). Muka dia aku masih ingat sampai sekarang, muka dia macam perempuan tua ada benjolan yang banyak pada muka dan mata dia merah macam orang sakit mata. Rambut dia kusut masai. Aku cuba mengalihkan pandangan dan aku nampak satu lagi kepala di atas kepala perempuan tua tu, mata dia menjengil ke arah aku. Aku rasa nafas aku terhenti dan macam ada sesuatu benda berat jatuh atas kepala aku dan semuanya menjadi gelap (aku pengsan rupanya).
Mungkin bagi admin cerita ni tipikal sangat tapi inilah permulaan kepada hidup aku yang selepas itu sehingga kini dapat melihat benda yang tak semua orang nampak. Sekian dulu, Terima kasih kerana sudi membaca. Kita jumpa di lain cerita mungkin? hehe. Asalamualaikum 🙂
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
kau boleh menulis. so aku cadangkan banyakkan isi sket kalau nak wat cter pendek sbb citer dah best dah. xbestnye sebab pendek. huhu
sila sambung cter k.
nice, sambung lagiii
nice…
Ap pendek bebenor cite kau ni adik oii..lainkli tulis pnjg2 yer.huhu
Hehe, still learning kak, inshallah sy karang panjang sikit k 🙂