Bukan Sekadar Mimpi

“kau sudah m**i”
“Kau sudah m**i”
“Kau sudah m**i”
Ayat yang di bisikkan oleh salah seorang wanita tua daripada 7orang yang mengelilingi aku setelah aku berusaha menggerakkan tubuh ku akibat terkejut di kelilingi wanita-wanita tua sedangkan ketika itu aku rasa aku baru saja melelapkan mata.Memakai baju kurung berwarna putih dan rambut yang dibiarkan mengurai jelas terlihat uban yang banyak.Hanya anak mata saja yang mampu aku gerakkan,tubuh badan ku seolah-olah kaku tidak bermaya.

Usai sahaja wanita tua membisikkan ayat tersebut, wanita-wanita tua yang mengelilingi ku lenyap seiring aku dapat menggerakkan tubuh badanku.Aku kepenatan seperti baru berlari di kejar anjing gila.
Sejak aku di bisikkan ayat tersebut,aku mula terkena Pingkodohon dalam bahasa Dusun, Ditindih dalam bahasa Melayu dan Sleep paralysis dalam bahasa inggeris. Terlalu kerap sehinggakan aku tidak dapat membezakan yang batin atau yang zahir.

Seperti biasa, asrama merupakan lubuk kisah-kisah hantu sama ada benar atau sekadar menakut-nakutkan penghuninya. Sekolah aku merupakan antara yang tertua di daerah Kota Belud dan negeri Sabah.Sekolah lama,tentunya banyak cerita disebaliknya,bukan?

Aku menjadi penghuni asrama ketika menduduki SPM 2010. Dalam asrama inilah aku bertarung sendirian melawan rasa takut dan letih menghadap makhluk yang datang tidak di jemput.Dari luaran orang melihat aku pelajar yang skema, pengawas yang berdisiplin tapi hakikatnya dalaman aku sangat rapuh dan ketakutan setiap masa.

Aku mula ingin tahu siapa dan apa yang menindih aku setiap kali aku pejamkan mata.Malam itu,sebelum tidur aku berbicara dalam hati
“Kenapa kau mengganggu aku?Tunjukkan diri kau sekarang”

Tidak sampai sesaat aku pejamkan mata dan badan ku mulai kaku.Aku celikkan mataku,aku melihat seorang perempuan yang kulitnya kecoklatan dan kehitaman seperti terbakar sedang melihat aku dari atas kepala ku. Jarak wajah kami berdua tidak sampai sejengkal pun.Matanya galak melihat ku.Aku hanya mampu terkejut dan memejamkan mata semula. Berharap akan dapat menggerakkan badan dan sambung tidur semula.

Setelah kemunculan perempuan tersebut,muncul pula lelaki hitam yang sado.Setiap malam mereka akan datang dan setiap kali itu juga aku bergelut untuk melepaskan diri dari fenomena ditindih Kadang-kadang berdua namun lebih kerap datang seorang. Senior aku, Yusna nampak aku ditindih tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa katanya kerana dia juga di ancam sehinggakan di cekik.Aku hanya mampu berhuhu sendirian.

Ada satu ketika,aku terlalu penat setelah beraktiviti di sekolah dan lelaki hitam yang sado tersebut datang pula.Aku penat dan malas hendak melawan malam itu.Aku hanya katakan
“buatlah apa yang kau mahu buat asalkan aku tidak m**i”.Banyak kali aku mendengar dari cerita orang sekeliling bahawa jikalau di tindih boleh membawa kematian.Sadisnya.

Aku dirogol!Aku boleh rasa kehadiran benda pelik tersebut bercabang dua dan seperti sesunggut yang panjang tapi hanya sebesar jari kelingking wanita biasa. Cukup disitu, aku biarkan saja kerana keletihan yang melampau-lampau. Aku tertidur dalam tidur. Fahamkan ayat ini? Apabila bangun pula,bangun tapi belum bangun dan kena bangun sehingga betul-betul bangun.Mungkin hanya yang pernah mengalami saja akan faham..huh…

Emak aku tahu aku sering ketindihan dan apabila dapat peluang,emak aku bawa balik ke kampung halaman nya di Tenom untuk berubat. Emak aku campuran Cina dan Murut (sino Murut) dan emak aku mahu aku berubat dengan sifu di kampung halamannya. Aku?Aku 100% langsung tidak percayakan bomoh/pawang/sifu/dukun kerana aku percayakan hanya yang SATU. Tiba waktu berubat,aku duduk berdepan dengan sifu,aunty dan emak di kiri dan kanan aku.Kami duduk di kerusi yang di sediakan.Aku melihat sifu tersebut menutup matanya dan mula baca mentera di susuli dengan gerakkan badan seperti sedang di masuk sesuatu.Aku hanya melihat sambil bermonolog dalam hati
“Macam tidak betul saja ni orang.”

Usai saja sifu tersebut siap di masuki dewa cina,sifu meminta aku tunjukkan tapak tangan dan mulailah sifu menilik.

“Ada dua benda mahu berkawan dengan dia.Seorang lelaki dan seorang perempuan.”
Sifu tu bercakap sambil matanya hampir putih saja kelihatan,mungkin disebabkan penangan dewa cina yang memasuki badannya.Mengikut daripada perbualan  yang pernah saya dengar,sifu atau saikung adalah orang yang terpilih untuk dimasuki badannya oleh dewa-dewa cina.

“Aik,aku belum ceritakan lagi,macamana kau tahu?” tanya ku tapi dalam hati saja memandangkan mata sifu tu naik ke atas saja.
“Berbahayakah dua benda tu?”

Aunty aku mencelah untuk mendapatkan kepastian.
“Tidak bahaya tapi tidak boleh di jadikan kawan.Kau jangan sesekali berkawan dengan benda begitu”.
Sifu tersebut masih lagi dalam keadaan yang sama,kadang-kadang berlagak seperti dewa-dewa cina yang kita lihat dalam televisyen. Dalam 10minit aku menghadap muka sifu,aku boleh kira sifu memegang janggutnya yang panjang padahal di dagunya licin tanpa sehelai janggut mahupun misai.

Mungkin dewa cina tersebut yang berjanggut panjang,agak ku sendirian.
Usai sifu menulis sesuatu di beberapa kertas kuning,sifu memesan agar ikut pesanannya.Antaranya jadikan tangkal/azimat kertas kuning yang diberinya dan mandi daun limau yang di campur abu kertas kuning yang lain selama 3hari. Aku lakukan semua yang di suruh sifu tapi hanya di depan emak aku sahaja,demi menjaga hati emak yang merisaukan anaknya.

Balik saja dari Tenom dan masuk asrama semula,aku bawa tangkal/azimat yang di beri oleh sifu.Tiada niat untuk pakai dan tidak mengharap,sebab aku tahu benda tu tetap ada.Memandangkan masih hujung minggu,Martha mengajak aku tidur dalam dorm nya yang hanya berselang 2 dorm dari dorm aku.

“Tidak mahulah. Nanti benda tu datang p dorm kamu.”Aku menolak agar Martha faham situasi aku.
“Tidak apa,benda tu tidak akan masuk.Bukan selalu pun tidur di dorm kami.” Martha mengharap sangat aku tidur dengannya lagipun tahun tersebut merupakan tahun terakhir kami berjumpa memandangkan aku SPM dan Martha enam rendah.Aku pun setuju walaupun aku sudah tahu apa yang bakal terjadi.Naluri aku sentiasa betul.

Tilam-tilam kami bentangkan,kami berhuhu haha sekejap kerana keseronokan akan tidur bersama-sama.Aku baringkan diri di antara Martha dan junior aku,Selly. Aku cuba pejamkan mata aku sambil cuba hilangkan desingan ditelinga aku.Badan aku mulai berat dan kaku,suara mulai tersekat.Aku memandang pintu yang terbuka.Sayup-sayup kedengaran esakkan tangisan dari luar dorm.Aku masih lagi berusaha gerakkan badan tapi masih memandang kearah pintu.Aku mulai nampak perempuan yang terbakar hari itu masuk ke dalam dorm dengan esakkannya yang menyedihkan.Dia mendekati dan memegang kedua pipi ku dari atas kepala ku.

Aku tidak nampak pun dia mencangkung atau menunduk tapi tangannya yang terbakar dan sejuk memegang pipi ku membuatkan aku sedaya upaya menutup mataku agar tidak melihat wajahnya,cukuplah sekali.Dia menangis.

“Kenapa tidak mahu berkawan dengan ku?”
“Bukalah mata tu?”
Sambil tangannya tetap di pipi ku.Aku masih lagi menutup mataku semampu yang boleh.
“Kenapa tidak mahu berkawan dengan ku?Aku hanya ingin berkawan….Iskkk…Iskkk…Huuu…Huuu..Huuu…Bukalah mata tu…Iskkk..Huuuu…Bukalah mata tu….huuuuuuuuu”

Aku tetap menutup mataku.
Lama kelamaan,aku merasakan dia melepaskan tangannya dari pipiku.Aku masih dengar esakkannya.Dia keluar dari dorm sambil menangis.Tibanya dia di pintu,serta merta aku dapat gerakkan tubuhku.

Sejak dari hari tu,aku tidak lagi di datangi perempuan tersebut tapi lelaki hitam yang sado tetap datang cuma tidak sekerap selalu.Perbuatan lelaki hitam yang sado yang paling aku tidak suka,apabila dia duduk di rusuk aku dengan bontot hitamnya.Sakit berselang seli dengan geli.Cuba suruh sesiapa saja duduk di rusuk anda ketika anda tidur mengiring,begitulah rasanya yang tidak dapat dilupakan lebih-lebih lagi kalau bontot hitam…Hahaha

Selepas habis SPM dan keluar asrama,masuk PLKN KKDB,sambung tingkatan enam,kerja di Kota Kinabalu, terbang ke Kuala Lumpur, balik Sabah, convert, nikah ,bersalin dan terbang semula ke Kuala Lumpur. Benda-benda tu tetap ada cuma lain-lain ragam. Ada yang tegur untuk beritahu yang mereka sudah ada di situ,siap beranak pinak lagi dan ada juga yang menghalau.Ayat yang selalu aku dengar selalunya “Pergi kau dari sini.Aku/kami tidak suka kau di sini.”

Aku tahu kenapa aku tidak di sukai oleh sesetengah dari makhluk-makhluk berkenaan,aku kalau dapat rasa sesuatu yang pelik,aku akan pasang surah Rukyah walaupun ketika itu aku masih seorang yang dilahirkan non muslim.

Itu dulu,Sekarang aku masih dan tetap mempercayai yang SATU iaitu Allah.
Aku masih mendalami Islam dan jadikan ayat al Quran sebagai ayat pendinding diri.
Cuma itulah,semakin banyak ilmu yang kita cari,semakin kuat makhluk yang datang menguji.
Bukan tidak pergi berubat,aku ada minta di scan dari jauh dan selepas di scan..
“Ada Jin saka lelaki pendek.” Itu saja katanya.Wallahualam.
Mimpi di beri sesuatu beberapa kali oleh seseorang yang sudah meninggal ada kaitan kah dengan sebarang gangguan?
Aku yang bernama ENERI .Ini perkongsian ku.Assalamualaikum.K bai…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Bukan Sekadar Mimpi”

    • thanks…lagi nice kalau mengalaminya sendiri…Hahaha…nampak gambar yang admin letak kat atas tu?macam tu lar,cuma lebih dekat dan rapat,sedekat dan serapat hidung dan mulut.

      Reply
  1. hati2 apabila bermimpi diberi2 sesuatu terutama oleh waris yg telah meninggal… dlm tempoh 40 hari selepas waris meninggal, kena set dlm kepala yg org ni telah tiada dan kamu tak akan terima apa2 dari org ni… semoga dilindungi Allah…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.