Bukit Ayer Perlis

Bukit Ayer Perlis

Assalamualaikum. First sekali aku nak ucapkan terima kasih pada admin sebab approve cerita ni. Aku nak minta maaf sebab cerita ni panjang sikit.

Aku pun tak tau la cerita ni seram ke tak. Hahaha. OK, aku cerita ni semua berlaku kat Perlis, kalau siapa2 yang familiar dgn perlis, especially student UniMAP, tau la tempat2 yang aku nak cerita ni. sebab aku pun sebenarnya ex UniMAP.

First aku nak kenalkan, aku ni senior yang duduk Wang ulu, aku rasa semua student unimap tau aku dari ppk mana. Watak dalam cerita ni aku, A(kawan aku yang bajet2 ada ilmu), B(si penakut), C(natural). Benda ni jadi masa final exam sem 2, lupa pulak bgtau, masa ni kitorang semua last year(tahun 4). Kalau kat perlis ni hiburan yang ada karok je, tu pun kat area arau dgn kangar, kalau nak tengok wayang kena pergi Alor setar, lebih kurang 45min perjalanan dari kangar. Selain alam semulajadi yang cantik kat perlis ni, ada jugak tempat2 yang ada cerita tersendiri.

Nak jadi cerita, masa tahun 4 ni aku cuma ada 3 paper je final exam, lepas tu gap exam jauh2 pulak. Memang dah jadi norma student lelaki, selalu study sehari sebelum exam. Masa tu, aku ingat lagi antara paper 2-3 ada 4 hari gap. Selalunya time gap macam ni, kitorang memang malam tengok movie kat laptop, lepak2, dota, tido pulak nak dekat subuh, lepastu bangun tengah hari, makan, Sambung balik tengok movie, nak berjalan sangat pun tak boleh, sebab hujung sem duit dah kering.(aku cepat kan cerita)

Masa satu malam tu, kitorang dah memang bosan gila. Semua movie dalam laptop tu dah tengok, nak study pun takde mood lagi (padahal lagi 2 hari nak exam). Tiba2 si A ni ajak pergi mengail, masa tu ada aku, A dengan si C ni. Sebab si B ni tengah date dengan gf dia. Maklum lah, dah nak habis belajar. Kitorang pun setuju je nak pergi mengail, siap2 semua. Gerak naik kereta aku. So kitorang pun pergi mancing dekat jalan nak pergi Kuala perlis (lalu jalan dalam dari Wang ulu). Nak dekat sejam gak tunggu2 ikan tak dapat, rokok pun dah nak habis.

Tiba2 hp aku dapat notification, aku buka phone tengok WhatsApp dari B dalam group chat kitorang “wei, aku sorang ni kat rumah. Mana korang?”.

Tak sempat aku nak reply, si A dah balas dalam group, “dah best baru nak balik rumah. Hahaha. Dtg ni ha kat jalan Kuala ni, kitorang tgh mengail”.

Si B pun balas “10 minit”. Lepas nak dekat 15 minit sampai lah si B ni naik motor yamaha lagenda budak rumah kitorang.

Dia pun datang kat tempatan kitorang, pastu dia cakap ” aku ajak wan sekali datang, tapi dia naik motor lain, tadi dia cakap nak singgah kedai jap, nak cari John, lewat sikit kot sampai”.

Bila aku dengar je dia ajak si budak wan tu aku terus sound dia “asal kau ajak dia, nanti dia nak balik sapa nak hantar dia?”.

Si wan ni jenis tak boleh bawak lepak, sebab nanti banyak sangat kerenah dia, nak balik la, tak suka itu la ini la. “Gila kau aku nak lalu kota kayang sorang2 malam mcm ni, ada nanti aku tak sampai kat tempat korang ni. Tu aku ajak dia” si B balas ckp aku.

Lepas tu kitorang mengail sambil tunggu si wan sampai, nak dekat 45minit gak. Si A pun ckp dekat B, “kau call wan, mana pulak dia ni, dia cari John kat arau ke apa”. B pun call si wan ni banyak kali. Tak dapat. Voice mail, chat tak delivered. Memang panas gak hati masa tu.

5 minit lepas tu, wan mesej dekat B “aku kat bilik ni, tak sedap badan la, esok aku cerita” masa tu kitorang fikir dah kena game dengan si wan ni. “Lencun kepala” si C cakap. Aku pun ajak lepak dekat tepi jalan Kuala, pekena jagung bakar dulu. Tengah lepak2 tu diorang buka la cerita, dari masa mula belajar sampai lah ke alam mistik. Diorang cerita la dekat kota kayang la, bukit Ayer la, Wang kelian.

Then, si A ckp,” jom la. Seekers malam ni. Ada bran? “. Kitorang pun on. Pastu letak motor lagenda yang B bawak tu kat masjid Kuala perlis. Naik satu kereta, aku suruh A bawak.

Sebab aku nak rasa feeling sepanjang perjalanan tu. Hahaha. Aku duduk kat seat passenger depan, belakang ada B dengan C. Kitorang pun gerak lalu tempat kitorang mengail tadi, then masa nak sampai kota kayang channel radio dah macam tak betul si B dah ckp, “balik jela, aku rasa tak sedap la”.

Pastu A menyampuk “shhh, jangan tegur” aku pun geram je dengan si A ni, sebab dia macam ada ilmu mistik tinggi, bagi aku masa tu normal je sebab kawasan kota kayang tu macam tertutup sikit ada bukit2, tu aku fikir frequency radio tak sampai. So, kitorang pun lalu kat kota kayang, si A bawak sahabis slow yang boleh, dalam 10km/h. Tak nampak apa, cuma kat kawasan tu sunyi and sejuk je.

Then kitorang decide nak ke bukit Ayer pulak, Jalan nak ke bukit Ayer dari Wang ulu kitorang kena lalu kubur lama ada pokok besar, tapi takde nampak apa2, cuma tiba2 ada angin kuat lalu pastu ada bau wangi sekali imbas. Si B dah macam tak keruan masa tu, aku sebenarnya dah rasa tak sedap jugak, tapi buat2 cool je. Lepas lalu sungai batu pahat, taman ular, dgn ladang anggur, lebih kurang 15 minit kitorang pun sampai. Memang sengaja bawak slow2 sebab masing2 nak “mencari”. Sepanjang perjalanan yang aku ingat, ada lalu taman ular yang aku rasa seram sikit dgn ada mcm chalet yang terbengkalai dekat dgn bukit Ayer.

Sampai je kat bukit Ayer memang gelap gila. Lepas tu si A pulak ckp “jom masuk bukit ayaq, pusing2 dlu”.

Pergh. Aku dalam hati dia ni dah gila ke apa. Yang B ckp “tak payah la, kau kalau dia dah ikut kau sampai balik, baru kau tau”.

“Takpe, aku ada belajar sikit2 “jawab A.” Kau nak ikut aku tak? ” Tanya A pada aku.

” aku on je”. Padahal dalam hati takut gak. Pastu aku fikir dah last sem kan. Bila lagi nak buat benda gila.

Mula2 si B dengan C malas nak ikut aku dengan A turun, tapi baru 2-3 tapak si B dengan C ikut kitorang sekali. Dengan guna torchlight handphone kitorang turun kat bukit Ayer tu. Yang ada cuma gelap dengan kedai yang tutup. Kitorang jalan lagi sampai dekat pondok yang belah kiri, baru nak sampai kat jambatan sebelum pondok tu, kitorang dengar ada ‘benda’ berlari. Tengok belah kanan kitorang ada biawak yang panjang macam pintu bilik hostel kitorang. “jadah hang bawak! ” si C melatah dalam keadaan terkejut. Biawak tu terus lari pergi ke arah belakang toilet.

Tiba2 A ckp “Jgn tegur!”. Aku dari mula2 cool terus rasa takut.

“Ni rumah kau, jangan ikut kitorang” cakap si A lagi. Pergh masa ni aku, B, dengan C memang dah diam je. Kalau ada yang start lari, memang semua jadi lipas kudung. Tapi aku ada perasan jugak. Kadang2 ada angin kuat tiba2 lalu.

Lepas tu ada bau busuk sangat, aku memang dah cuak gila. Tapi aku fikir tu mungkin bau sampah2 kat situ sebab kat tempat tu memang selalu orang buat bbq (saja nak sedapkan hati). Then aku makin tambah pelik bau wangi yang masa lalu kat kubur tadi tiba2 ada. Bunyi air terjun pun makin kuat, bilik air yang tadi aku nampak gelap, tiba2 lampu dah terbuka. Macam ada orang guna toilet tu, padahal toilet tu lebih kurang 50 meter dari kitorang. Aku rasa diorang pun dah tau. Tapi semua diam je.

“Eh, jom la gerak”. Aku mengajak.

Diorang pun tak banyak cakap, sebab masing2 dah tau benda tu ada. So, kitorang pun, naik kereta. Dalam kereta pun kitorang diam je selagi tak keluar dari kawasan tu.

Pastu, ada benda surprise lagi kitorang nampak, masa nak keluar. Chalet yang terbengkalai tadi, ada satu buah dah ada orang duduk. Padahal masa pergi semua semak samun. Kat chalet tu tak ada kereta, tapi chalet tu memang terang gila, ada budak kecik tgh lari2 kat depan rumah tu, pastu yang aku perasan, ada sorang perempuan baju kebaya rambut panjang serabut gila kat pintu chalet tu tengok je ke arah kitorang. Aku nampak si B dengan C dah memang tak toleh tepi. Muka jangan cakap la. Cuak gila. Si A bawak kereta memang aku tengok dia act cool je. Tapi aku tau mesti dalam hati dia mesti tgh baca ayat kursi tunggang langgang.

Kitorang cuma fikir satu je. Nak lepas kan diri sampai Wang ulu, tak pun kangar. Masa tu jangan cakap la, bau wangi busuk memang berselang seli. Bau dia tak buat kan pening, tapi jadi macam khayal. Lepas tu kitorang belok lalu taman ular. Yang betul aku ingat, dekat bonggol besar depan tempat golf area situ ada po**ng tengah baring. Betul2 dekat bonggol tu. Nak tak nak lalu je. Bonggol pun redah bawak laju. Damn. Aku mmg dah tak nak toleh belakang masa tu.

Pusing punya pusing, nak dekat sejam gak. Kat area situ je. Tak kat area taman ular, sungai batu pahat, Taman anggur. Aku dah tak tau nak buat mcm mana. Dgn minyak kereta dah kelip2. Sepanjang perjalanan sesat tu, kitorang ada lalu kedai makan yang ramai org, ada pasar malam yang ramai orang. Memang kitorang takkan berhenti la, sebab tempat tu memang kitorang familiar sangat and masa siang takde pun tempat2 tu. And kalau ikut kan logic mana ada kedai makan ramai sampai Dan pasar malam pukul 3-4 pagi. Gila!.

Bila dah penat cari jalan keluar, si A decide. “kita lepak kat area ni lah sampai subuh, nanti kalau minyak habis lagi susah”. Kitorang macam tak setuju sangat(dengan sesat kat tempat macam tu,lagi nak stay sampai subuh) , tapi ada betul jugak cakap si A ni. Tempat tu dekat kawasan lapang yang gelap, area taman ular, and lebih kurang 50 meter tempat kitorang nampak en pocong tadi. Dah takde tempat lain yang kitorang nak stay. Sbb tempat lain semua tak familiar, mcm kat alam lain.

Masa dekat tempat tu yang mampu berzikir apa yang ingat. Ayat kursi dah tak tahu berapa banyak kali aku baca. Sampai ada tunggang terbalik. And at the same time ntah kenapa tiba2 semua line hp kitorang takde connection. Lepas setengah jam duduk dalam kereta.

“Tok, Tok, Tok, ” cermin kereta belah driver kena ketuk dgn sorang pakcik ni. Umur dalam 50 lebih.

” Hangpa buat apa kat sini?” Tanya pakcik tu.

“Kitorang sesat pakcik, dah sejam pusing2 tempat sama, ada benda kacau kami” jawab aku.

“Takdak benda kat sini, hantu semua mana ada. Orang perangai macam hantu ada la”. Balas pakcik tu dengan nada tinggi.

“Dah2, ceq taknak hangpa ada sini, balik2. Jangan buat loqlaq kat tempat orang”. Tambah pakcik tu lagi.

Tiba2 semua hp kitorang bunyi notification. Rupanya line coverage dah ada. Semua sibuk tengok hp masing2. Tak sampai 5 saat aku tengok phone, pakcik, kat tingkap driver dah hilang. Kitorang semua pelik. Si A tak banyak cakap, terus start kereta nak keluar dari tempat tu. Yang peliknya tak sampai 10minit kitorang dah sampai hostel.

Masa sampai hostel dalam lagi 30 minit nak subuh. Yang si B dengan C memang dah lepak gila, dia terus tertidur kat ruang tamu tu jugak. Aku sempat la sembang2 dgn si A, dia cakap, dari kubur sebelum bukit Ayer tu dah ada benda ikut, lepas tu bila si cik ponti dah ikut ke bukit Ayer, pastu benda2 lain pun nak ikut menumpang, Dan dia ckp chalet tu memang berpenunggu. Aku pun ada juga percaya dia ckp. Sbb kadang2 si A ni sembang kemas jugak. Dan dia pun pelik kenapa kitorang boleh sesat kat kawasan tu.

Lagi satu sampai sekarang aku terfikir. Siapa pakcik misteri yang tegur kitorang kat taman ular?

Masa si A dah masuk tido, aku pun termenung jap, fikir apa yang jadi, sambil tu aku tengok la muka kawan aku yang kepenatan ni, si B Dan C. Tiba2 aku nampak muka si C nak bertukar jadi macam perempuan chalet yang aku nampak. Terkejut beruk aku. Aku terus ambil air sembahyang, solat subuh.

Pastu, tengah harinya aku bangun. Wan ajak aku ambil motor. Aku pun pelik lah.

“Kau nak ambil motor kat mana? ” aku tanya.

” Kota kayang “. Balas wan. Bila aku dengar dia cakap macam tu. Berderau darah aku. Sebab semalam masa lalu kota kayang memang takde nampak pun motor si wan ni.

Wan pulak cerita, masa lepas dia beli John, dia gerak la ke tempat kitorang, masa sampai kota kayang tu, dia ada ada nampak pakcik sorang ni bawak motor slow sngt. Dia pun potong la, bila dia potong je, tgk kat side mirror, pakcik tu takde muka!. Dia pun terus bawak laju gila. Sampai kat selekoh kedua kota kayang, motor dia mati. Dia start tak hidup, minyak penuh, call kitorang semua tak dapat. Sebab takde line. So dia decide, lari keluar dari kota kayang tu tinggalkan motor dia. Sebab cuak sangat. Nak dekat 5km dia keluar dari situ, Then nasib baik dia ada jumpa Junior kitorang kebetulan lalu simpang nak balik hostel. So dia decide nak tutup mulut, sampai kitorang balik.

Sampai sekarang alhamdulillah, takde benda yang ikut aku. Cuma ada fobia sikit kalau nak lalu chalet dgn kawasan bonggol yang sunyi masa malam. Yela first time tgk live en pocong Dan cik ponti.

Tamat.

John

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

15 Comments on "Bukit Ayer Perlis"

avatar
Ticer

Kota kayang tu memang seram wei… Anak2 kecik x elok bwa… Akk penah p muzium kota kayang thn lepas.. Tu pun sebab bawa geng pandu puteri p melawat…

H

Haha best.. Boleh plak en cong siap baring2 kat bonggol jalan. Kalau aku pon phobia..

Pengkritik FS

“Dah2, ceq taknak hangpa ada sini, balik2. Jangan buat loqlaq kat tempat orang”. Tambah pakcik tu lagi.

untuk pengetahuan penulis..
Pakcik belah Perlis tak bahasakan diri mereka sebagai ‘Ceq’.

Ceq ni hanya digunakan bila orang muda berbicara dengan orang tua. Contoh Mak dan anak. anak yang akan guna Ceq/cek/chek/chik.

Cerita best tapi bila dah salah guna perkataan Ceq ni aku jadi 50/50 pecaya kesahihan cerita ni.

LOLO

Hg takyah dok buat pala la ada ja org tua-tua guna cheq

pocong

Hang la buat pala. Ada pak hang guna perkataan Ceq kat orang muda.kat adik hang? puii. Bodo simpan sikit. Puasa tak ni??

boboiboy

Memang ada org tua belah2 utara yg bahasakan diri cheq.. Rare case la tapi…

tokwan

Ramai he yg guna cheq di Perlis. Tok wan ni org Perlis gak.

irapis

Kawasan tu mmg keras..kami yg dok situ pon mlm2 mmg xlalu la jln club golf tu..bukit ayaq nie start petang nk senja orang xp dh..buat cari penyakit ja..

incik pocong

mau x keras, batu penuh, la ni ada ja org lepak, siap ada karok depan taman ulaq… niat x elok. mmg menatang tu syiok. aku lalu kot tu sorang2 xda apa aih. siap p hiking lagi sorang2

nobita

best cerita. slanga pun sedap dibaca.

xoxo818

Gila mmg cari penyakit pi kot bukit ayaq malam2 .haha. kot tu orang berani pi takat resort tu ja. lebih dri tu org dh xberani nk pi.

Taro

Maaf ye saya selaku je buat camping kat sebelah chalet berhantu tu… Tak pernah plak kena kacau… Dan dekat kubur kota kayang tu.. Aku pernah bwk bapok ajak lepak situ.. pasru aku tinggalkan diorg duk kat situ tgh2 mlm.. wakakakaka kecik2 dah nak jadi bapok.. amik hang.

cinderella

Memang sengaja bawak slow2 sebab masing2 nak “mencari”.. alhamdulillah termakbul hajat. hahaha

A.J Styles 23
Area kota kayang memang mengusik… dlu waktu time 90s ada orang nampak orang kampung dok usung keranda malam2 time tu jadi waktu pkoi 12 ke ats…lpas tu taon 97 tok saudara aq naik moto. Tgah naik moto tu moto plak mampuih… time tu hujan lebat.. dia buat kputusan utk berteduh kat suatu rumah ni (orang tua2 dlu2 mgkin tau kot location rumah tu kat tepi kolam udang waktu kat selekoh tu yg tepi restoran kolam udang tu) lpas dia dok kt rumah ni ada la sorang orang tua ni bukak pintu rumah nak keluaq tgok sapa yg dok bwah umah dia… lpa tu tok nakan aq ni habaq la kat org tu kata nak tumpang teduh sat kt umah org tua ni… org tua tu pon xkata apa dia truih masuk dlm umah p bancuh ayaq kopi.. bagi tok nakan aq minum.. lpas ujan rintik baru la tok nakan aq ni mintak izin nak balik umah.. org tua tu pon kata xpa la dh nak blik.. dok tak lama lepas tu semua adik beradik kumpul lah sembang.. dah balik semua adik bradik tah mcm mna… Read more »
Rin

Pergh pekat bak hg, hg punya slank, rindu aku zaman dok perlis, dari 2008 sampai ke 2014, kenangan mengusik jiwa, bukit ayer memang port mandi, tapi kitorang suka reda chuping lagi, ayaq dalam, haha, taman ulaq tu memang banyak bonggol, gasaklah ampaa

wpDiscuz