Bunga

Assalamualaikum pembaca FS perkenalkan aku K.A dari Brunei Darussalam. Aku nak kongsikan sebuah kisah yang seram pernah berlaku pada tahun-tahun yang lepas.
Minta maaf kalau cerita saya ni tidak menyeramkan atau ada yang tak paham.

Pada tahun itu saya masih lagi kecil dalam umur 8 tahun , sebelum kejadian itu berlaku, Keluarga sebelah ibu saya datang bersama sepupu-sepupu , atok dan arwah nenek perempuan saya (al-fatihah).

Pada keesokan harinya pada waktu petang aku dan sepupuku merancang nak pergi sebuah taman rekreasi di Pekan Tutong, Arwah nenek perempuan dan kaka aku pun nak ikut sekali. Kami jalan kaki pukul 4.30 ptg (rumah aku dengan taman ni dekat saja dalam 5 minit je sampai).

Dipendekkan cerita kami sampai di taman tu aku dan sepupu ku pergi bermain dekat taman permainan ,kat sana memang seronoklah. Taman rekreasi tu memang tempat keras dan menyeramkan dan bekas tapak kubur² orang lama dan bekas rumah² lama untuk orang² melawat dan juga ada pondok tempat duduk dan track untuk orang jogging dan juga ada sungai kecil (tasik) dan sebuah restoran.

Arwah nenek aku dan kaka aku pergi jalan² sambil tengok di sekeliling tempat dan duduk sambil memerhati kami. Lepas kami bersantai² dan melepak kami pun membuat keputusan untuk pulang memandangkan hari semakin gelap. Sambil berjalan hendak pulang aku pun petik sebuah bunga kuning yang cantik dan terus bawa balik ke rumah.

Sudah sampai di rumah aku terus mandi dan bunga tersebut ku bawa ke bilik air. Aku pun mandi bersama sepupuku dan bunga tersebut. Sudah selsai mandi tiba² pada lepas maghrib aku terdengar suara kaka aku meracau dan menjerit , aku pun berasa takut dan cepat² memakai baju ku.

Rupa² nya kaka ku telah dirasuk , kami sekeluarga pun berasa takut dan bimbang. Bapaku terus memangil orang yang pandai dalam kerasukan ini.
Dalam beberapa minit Orang tadi pun sampai , bapa ku pun menceritakan hal tadi.

Ustaz tu pun membaca ayat al quran dan terus kaka ku semakin kuat meracau dan menjerit Ustaz tu pun memberi reaksi muka seperti ada yang tak kena. Lepas tu ustaz pun berkomunikasi dengan “barang” yang ada pada badan itu. Rupa² nya jin yang menumpang dalam badan itu
Jin itu tidak mau keluar kerana ada “bendanya” yang kena kacau.

Lepas beberapa minit yang lalu kaka ku pun alhamdulilah beransur semakin pulih (kaka aku ni memang dulu selalu kena rasuk , Lemah semangat) lepas tu ustaz tadi pun memberitahu kepada ibu bapaku kenapa jin itu masuk kepada badan kakaku (pada waktu itu aku tak berapa dengar sebab aku tersangat takut).

Lepas je ustaz tu balik baru ibu ada bercakap denganku dia bertanya ada tak kau ambil benda ke apa ke dekat taman tadi. Aku pun sejujur nya memberitahu yang aku ada mengambil bunga dekat taman tadi petang.

Dan aku telah terbuang bunga itu. Ibu memberitahu yang jin itu marah sebab “bunga” yang aku ambil tadi adalah sebahagian tempat tinggal nya sebabtu jin itu tadi masuk badan kaka ku sebab dia marah. Lepas daripada itu aku pun tak berani lagi nak pergi ke Taman rekreasi tu dan tak berani lagi nak ambik bunga ker atau barang² dekat mana² tempat sebab bukan sahaja manusia yang tinggal di muka bumi ini semua makhluk termasuk Jin,syaitan,dan hantu tinggal dekat bumi ni so ambil lah kisah aku ni sebagai pengajaran buat orang² kat luar sana jangan sesuka hati je ambil barang,bunga dekat mana² sahaja tempat.

Sekian terima kasih.

K.A

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Bunga”

  1. Dulu aku suka petik bunga masa kecik2 la. Dah besar ni aku jadi pencinta keindahan tumbuhan2 dan haiwan. Sekali pun cantik bunga tu takkan ku petik walau tangan ni dah gatal sangat nak g petik sebab geram kan.. Daun pun aku tak petik belai2 lagi ada la.

    Aku ni pun ada tabiat pelik. Suka bercakap dengan tumbuhan2 dan haiwan. Pada aku mereka makhluk yang baik dan pendengar yang setia. Kucing la mangsa luahan perasaan. Bila aku sedih dia macam tahu je suh aku sabar.

    Reply
  2. Dulu pernah sesat bersama 12 org group jungle trekking di sebuah hutan primer di negeri kelantan. Laluan menuruni jeram dalam cubaan mencari ckeckpoint tu memang bukan trek laluan rutin kawasan hutan tu. Adalah sejenis bunga hutan yang nampak agak menarik tumbuh kat kawasan jeram tu, aku berniat nak ambik bunga tu buat kenangan, tapi setelah aku tengok sekitar jeram yang tak ubah mcam lanskap buatan, dengan batu umpama kolam2 kecil bertingkat-tingkat, dengan sekitar penuh tumbuhan yg nampak sangat menarik, aku batalkan niat aku.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.