Bunian, Penjaga atau Saka?

Assalamualaikum semua . Intro sat , Aku kayong 22 tahun . Asal Sabah ,  sekarang menetap di perak Batu Gajah, Perak . Kayong nak share cerita seram dekat korang semua pembaca setia FS . Terima kasih admin kalau cerita seram kayong ni admin siarkan . Kayong dah lama dah jadi peminat tegar FS ni , sebab kayong minat dengan cerita seram lagi-lagi cerita dari Kakak sado , Detektif , Braderbuathal dan yang sekutu dengannya. Cerita best memang best, tapi…
Dah 4-5 kali kayong share cerita ni , tapi tidak di siarkan . Sedih .

BUNIAN – penjaga atau saka?

Cerita ni semasa kayong berumur 6 tahun . Ya lama dah tapi masih segar di kepala otak kayong .
Kayong di jaga oleh atok dan nenek kayong yang berasal dari semporna sabah . Nenek dan atok berhasrat ingin melawat anaknya yang berada di tawau , jadi kayong nenek dan atok pun pergi ke tawau (tak ingat sangat dah pukul berapa kami bertolak) tapi sesampai kami di tawau rumah flat 12 tingkat tu pada malam hari .

Kayong tengah syok lah jumpa dengan sepupu rapat ina , ea dan mimi .

Seusai mandi dan makan malam kami semua pun masuklah tidur . Dalam rumah flat ni bentuk “T” jadi nak pergi ke bilik kena lalu depan pintu dapur dan seterusnya bilik air , berdepan dengan tiga bilik .

Kayong dan tiga sepupu ni terkedek-kedek lah masuk bilik prepare toto dan bantal sebab nenek tidur dengan kami (maksudnya satu bilik ada lima orang) dah siap prepare semua , mimi dengan ina berebut tempat tidur sebabnya nak dekat dengan nenek .

Kayong time tu kena mengalah sebab ina cakap “kayong bagi lah kami tidur dekat dengan nenek pula . Kau kan hari hari tidur dekat celah ketiak nenek”.

So kayong pun tidur dekat depan sekali , kaki kayong menghadap pintu bilik sebelah kanan pula almari yang da melekat dekat dinding dan dekat kiri kayong pula ea , ina , nenek dan mimi , sebelah mimi dinding jadi atas kepala kami ada katil bujang .

Bermulalah insiden yang tidak di ingini berlaku pada kayong (ya kayong seorang saja yang kena malam tu) .

Tak tahu pukul berapa , bilik samar samar tapi terang . Kayong tiba tiba bangun langsung tiada perasaan takut (hati kental kot masa kecik) kayong pun mengiring ke kanan menghadap almari , kayong nampak perempuan cantik sangat-sangat .
Rambut pendek tengah senyum berpakaian jubah tapi besar (macam baju orang size XXL padahal perempuan tu kurus saja) berwarna putih di dalam berselendang merun di luar (kalau teliti betul betul macam transparen pun ado) kayong pun tengok memang cantik . Nak tahu “dia” tengah buat apa ? “Dia” tengah jahit seluar pendek power rangers(masa tu kan top cerita power rangers) berwana kelabu dengan menggunakan jarum gajah dan benang berwarna merah . Kayong pun duduk sopan (duduk bersila betul betul menghadap “dia” tengah menjahit , matanya langsung tidak berkelip kelip focus pada kayong)
Kayong pun tengok saja lah apa “dia” buat . Tak lama macam tu “dia” tunduk tiga kali serta merta kayong mengantuk yang amat . Kayong pun senyum kat “dia” dan kayong pun tidur membelakangi “dia” .

Ke esokkan pagi kayong bangun macam biasa mandi dan duduk di meja bersarapan . kayong makan maggi ayam , sambil menyuap maggi dalam mulut kayong macam teringat sesuatu tapi kayong tak lupa .
Ina ni pula menyiku kayong “oii makan pun menghayal ka?” Kata ina sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggung duduk di tepi kayong . Masa ni lah kayong baru ingat apa yang kayong nampak semalam , “ina semalam aku nampak hantu tapi cantik” jawabku pada ina , nenek pula duduk di depan tv .
“Hantu apa ? Mana ada hantu sembarang jak kau ni. Mimpi kali kau” kata ina lagi tidak percaya dengan apa yang kayong cuba sampaikan padanya . “Hantu apa?” Serentak ea dengan mimi pula menanya dengan mata terbeliak tapi kayong tak hiraukan .

Kayong pun berlari pergi tempat nenek , tarik tangan nenek bawak pergi bilik . Sambil tu kayong cakap dekat nenek , “nek , semalam kayong nampak perempuan cantik dalam almari , perempuan tu cantik , nek !” yang lain turut membontoti kayong dan nenek pergi ke bilik .
Kayong pun bukak almari , nenek dan yang lain berada di depan almari tersebut seolah olah terkejut . Ya memang ada jarum gajah dan benang merah yang masih berjahit di atas seluar kayong . Nenek pun pergi ambil kain putih dan plastik . Nenek turun flat dan pergi ke belakang flat (oh ya , belakang flat ni ada padang luas dan belakang padang ada sungai) nenek pun buang lah bungkusan tadi dekat sungai di temani mami si ina ni . Kayong dengan yang lain cuma perhati dari balkoni tingkat 12 saja . Masa tu pakcik ayah si ina (anak sulung nenek) pergi kerja .

“Kan aku da cakap aku bukan mimpi” kataku pada ina , ina pula masih dengan muka terkejut (diorang bertiga ni penakut sebenarnya haha) “ihhh kau tak takut ka? Kalau aku mungkin suda menangis kali tu” jawab ina sambil memeluk tubuhnya . “Kau tidur di hujung bah kan semalam?” Kata ea sambil memandangku . “Aah tapi aku ndak takut pun tengok “dia” sebab dia cantik sangat” jawabku sambil berdiri di tepi dinding .

Setelah selesai semua pada malam hari pakcik layong balik pukul 12 malam . Kami tak tidur lagi . Nenek atok je masuk tidur dulu . Mami si ina ni sediakan makanan untuk suami dia . Lepas pakcik makan , pakcik pun keluar lepak dekat balkoni hisap rokok . Lepas tu pakcik kayong ni tergesa gesa masuk dan kunci sliding door tu , kami semua terkejut . “Kenapa ling ?” Tanya mami si ina pada suami dia . “Benda terbang di padang,” jawab pakcik kayong ringkas . Kami semua pun pergi ke sliding door tu intai . Ya , memang betul , pontianak tu terbang berpusing-pusing mengelilingi padang .
Pakcik kayong pun suruh kami tidur , ina mimi dengan ea ni tidur terus lah dalam bilik mami ayah diorang sebab takut . Aku tidur dengan atok dan nenek . Lepas tu kayong da tak ingat da .

Tiga hari dua malam di tawau kami pun balik lah. Semasa berada di rumah nenek pula hari mendung hujan lebat petir sabung menyabung . Kalau dekat sabah pukul 5 da start nak gelap dah , di tambah pula pada hari tu hujan memang keadaan macam da pukul 7.40 waktu semenanjung . Padahal waktu tu baru pukul tiga lebih nak pukul empat dah . Jadi kayong dengan atok pergi ke ruang tamu ketiga (haa rumah nenek ni atas air , besar rumah nenek ni macam tiga setengah buah rumah yang di cantumkan , haa besar kan) ruang tamu ketiga ni ada tiang seri betul betul di tengah tengah ruang tamu tu (tiang seri ni makcik kayong selalu letak lampu kelip kelip atau bunga perhiasan kalau menjelang hari raya) di ruang tamu ketiga ni tak ada bilik , cuma untuk para tetamu yang datang saja lepak lepak di situ dan hanya ada satu pintu utama keluar masuk untuk tetamu , jadi bila kayong menoleh sebelah kanan nampak lah ruang tamu kedua , ruang tamu kedua ni pula ada tiga bilik , yang bilik hujung tu bersebelahan dengan dua pintu untuk ke pintu keluar masuk melalui belakang dan pintu untuk ke ruang tamu utama dan ada gerbang untuk ke dapur .
Di dapur ada satu bilik (bilik nenek dan atok lah sebab depa dah tua kan kene lah dekat dengan toilet dan bilik mandi) di ruang tamu utama pula ada satu pintu untuk ke ruang tamu untuk khas cucu cucu nenek atok ni main , banyak mainan yang bersepah dan ada dua bilik di sana .
Jadi kesemuanya ada enam bilik dan enam lorong untuk masuk kemana mana saja (dah macam pintu doraemon pulak hihi. Okay back to story)

Semasa kayong dengan atok di ruang tamu le tiga tengah check suis lampu sebab blackout memang gelap lah cuma atok prepare on suis lampu tu dulu kalau hidup karen balik automatik terang menderang lah kan , masa tu kami hanya bertiga . Pakcik makcik kayong kerja dan anak bongsu pada nenek dan atok pula masih di sekolah (tingkatan enam atas) masa tu atok pegang tangan kayong , kayong macam tak sedap hati . Kayong cakap dekat atok “tok jum lah pergi tempat nenek” kayong goncang tangan atok sambil tu kayong toleh ke kanan tengok nenek yang tengah sembahyang asar di gerbang untuk kedapur . “Ya kejap atok bagi hidup suis lampu awal awal” kata atok sambil mendongak . Kayong pula perhatikan nenek dekat gerbang dapur tu . Lepas tu kayong tengok atok balik .

Tak sampai berapa saat kayong toleh balik tengok nenek , ada kain putih bersih sedikit kebiruan bercahaya tengah terapung di udara tanpa menjejak kaki di atas lantai , rabut panjang ikal sampai ke betis kayong tengok tanpa ada perasaan takut cuma tak sedap hati berdebar debar sambil kayong goncang tangan atok kuat kuat “atok jum … Jum… Pergi tempat nenek!” Jeritku sedikit pada atok . Atok pun segera memusingkan badan dan menuju ketempat nenek .

“Benda” tadi tidak lagi kelihatan kayong bercakap dalam hati “sapa pulak yang lalu tadi ? Kalau dia lalu sini…… Eh kan sebelah ni ada dinding” sambil kayong tercegat depan pintu untuk ke ruang tamu utama , pintu gerbang nak ke dapur tu ada dinding jadi kalau orang agak mustahil dia boleh menembusi dinding ni (aalaaa time kecik kan mana nak tahu lagi bab bab hantu mantu ni lagi lagi time tu perasaan takut takada) lepas tu kayong pun tengok nenek . Nenek baru membuka telekungnya sambil duduk melipat kain telekungnya di sofa . “Nek….(sambil berjalan ke tempat nenek) nenek ada ambil lain ke kat luar?” Tanyaku mintak kepastian . Atok pula duduk di meja makan sambil menghirup tea o panas .
“Mana ada , nenek baru habis solat ni .. Lagipun buat apa mau pergi luar ? Kain mana ada hujan lebat ada lah di luar tu.. Kenapa?” Jawab nenek panjang lebar sambil mengerutkan kening .
“Err teda. Kayong tanya seja” kataku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi menghadap atok .
“Si kayong ni macam da boleh nampak apa yang kita tak nampak.” Kata atok pada nenek sambil mengunyah biskut kering . “Budak budak mata tidak tebal lagi biar lah. Bukan “dia” kacau cucu kita . Kayong pun macam teda perasaan takut”. Jawab nenek sambil merebahkan badan di atas sofa .

Aku ? Aku hanya diam , tapi macam ada udang di sebalik mee basah sabah (wuu sedap) . Apa maksud nenek ?

Bermula dari kayong nampak bunian tu sampai lah sekarang kayong boleh nampak “benda halus” ni .
Bunian tu ada kena mengena dengan kayong tapi nanti kayong cerita di next entry lah ya . Hehe itu pun kalau admin siarkan cerita kayong ni hukhuk .

Kita semua hidup di dunia yang sama cuma berlainan alam . Kayong takde lah penakut sangat dan tak jugak berani sangat (sipi sipi hehe) banyak lagi kisah seram kayong yang nak di kongsikan , insyaAllah kalau admin siarkan kayong akan share lagi .
“Penjaga atau Saka” mesti korang tertanya tanya kan? Ya nanti kayong share . Kayong punya hijab tidak lah terbukak sepenuhnya . Dengan izin Allah swt lah kayong dapat melihat “benda” ni .
tapi kayong jenis dapat merasai (bukan kayong je kot dapat rasa.. kan? Hahah) kehadiran mereka mereka yang tidak boleh di lihat melalui dengan mata kasar .

Akhir cerita kayong mintak maaf kalau kayong punya penulisan ni kurang good good di mata korang. Kayong sekadar ingin berkongsi , semua orang ada pengalaman pahit manis masing masing terpulang pada yang suka atau tak suka . Pada yang suka tu terima kasih dan pada yang tak suka tu terima kasih jugak kita sama rambut hitam tapi hati lain lain , baca melalui hati biar korang dapat rasai (eh macam lain dah ni) sekian saja cerita kayong yang tak seberapa ni . Maaf kalau ada tertypo ya !

#peacenowar

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kayong

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

58 Comments on "Bunian, Penjaga atau Saka?"

avatar
Ratna

Hai Kayong. Cerita best. Bunian memang wujud dan agak unik bagi saya. Teruskan menulis ya.

Kayong

Hi to u too ratna .. Thanks yaa 😉

Ratna

<3

Nor

Kipidap Kayong…
Ayat cam biasa,
Nnti sambung lagi k,
Mnarik laa…??

Kayong

Thanks nor 😉 .. Insyaallah cerita terbaru da sent tggl nak app jee hihik

uveveosas

3/10

nget

kak yong.. batu gajah ceruk mana 2.. btw best!

Kayong

Kat Bemban jee..

Thank you 🙂

Mysarah

Best cite ni..nak bca lg

Kayong

Thanks mysarah.. Baca laa “bunian penjaga atau saka part2 …

Si Gemuk Pendek

?

wpDiscuz