B***h Diri

Salam semua. Terima kasih pada admin FS kerana sudi memaparkan kisah ni. Cerita ni bukanlah seram mana, tapi ada pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil.

So, enjoy reading ya!

Kisah ni terjadi masa mak aku kecil dulu. Lebih kurang umur 11 – 12 tahun. Mak aku ni dulu duduk tanah lot. Satu lot tu memang keluarga kami. Tanah lot ni ada banyak sangat mistik dia. Disebabkan ada penghuni lot sebelah berketurunan kerabat (kerabat mana, biarlah rahsia) ada belaan. Yang ni dalam entri lain nanti aku ceritakan ye… nanti mixed up, pening pulak korang baca.

So, balik pada cerita. Mak aku ada seorang sepupu yang memang lawa sangat-sangat. Ayahnya handsome macam Jins Shamsudin, haruslah anak-anak semua lawa-lawa. Aku bagi nama sepupu mak aku ni Nora la ye.

Nora ni tinggal dengan mak dan dua orang adik. Mak dan ayah dia dah bercerai dan ayah dia pon dah kahwin lain. So, mak Nora ni, aku namakan Mak Siah, agak struggle la nak membesarkan anak-anak. Dengan nak cari duit tampung kehidupan dan uruskan hal anak-anak. Dia amik upah cuci baju orang. Nasib ada moyang aku tinggalkan tanah. Dapat la buat rumah dan berteduh anak beranak.

Nak dijadikan cerita, Nora ni boleh kata memang idaman anak teruna. Dia quite famous jugak dekat kampung tu masa tu. Tapi sayang, Nora ni sangat-sangat sosial orangnya. Mak Siah memang dah menyampah habis dengan perangai dia. Asal balik rumah je jantan hantarkan. Masalahnya, bukan jantan yang sama. Bertukar-tukar. Mak Siah ni garangnya nauzubillah. Mulut dia kalau dah start maki, luar dalam semua keluar.

Tapi yang menjadi kepelikan semua, Nora ni macam tak ambik port pon makian maknya tu. Dah lali agaknya. Dia tetap pergi berfoya-foya… lepak pub macam tak ada masalah. Padahal bila dekat rumah, memang maknya balun habis. Kadang-kadang berbirat badan.

Situasi ni kalau jadi sekarang pon orang mengata. Apetah lagi bila jadi masa zaman-zaman 70an dulu. Lagi rancak la orang menjoyah. Makcik-makcik bawang pon tak lepas peluang nak membawang pasal si Nora ni.

Mak Nora dah cannot go, bak kata omputih. Dah tebal muka dia menanggung malu.

Sampai la satu hari, Nora pulang ke rumah lewat malam, dan tentulah dihantar oleh jantan hidung belang.

‘Kau pergi mana Nora? Pukul berapa kau balik ni? Kau ingat aku tunggul kayu ke dalam rumah ni?’

‘Alah mak ni, orang keluar jumpa kawan je. Pergi makan cendol. Mak macam tak biasa muda.’

Pang!

Melekat penampar sulung dekat pipi Nora.

‘Hey Nora, kau ni memang buat malu aku tau. Orang kampung semua cakap aku tak tau jaga anak. Anak aku perempuan sundal. Kau tau tak??’

Kali ni kepala Nora pulak jadi sasaran tunjalan bertalu-talu.

‘Tak payah dengar cakap-cakap orang lah Mak. Bukan dorang yang kasi kita makan,

‘Kau ni kan..baik kau b***h je aku Nora dari kau terus-terus malukan aku macam ni. Sudahla orang kampung pandang serong aku sebab kan aku ni janda, ni kau pulak menambah masalah. ‘

‘Ahhh…bisinglah kau orang tua.’

Nora menolak keras Mak Siah. Tapi dia silap, Mak Siah pon bukanlah tergolong dalam golongan wanita lembah lembut yang cakap pon tak dengar suara. Mak Siah ni jenis kalau kau ajak rumble, dia on je. Makanya bergumpal lah dua beranak tu pada malam tersebut.

Setelah segala drama bergumpal habis, Nora pon masuk ke biliknya dengan perasaan marah yang meluap-luap.

Senyap-senyap malam tu Nora menyelinap ke bangsal belakang rumah. Dulu bangsal tu merupakan port lepak adik kepada Mak Siah. Adik Mak Siah ni jenis tak ketentuan juga hala hidupnya. Gangster kampung. Mabuk, mendadah, b***h orang, kaki pow semua dia sapu. Dulu, pakcik Nora ni ada pernah tunjuk dekat Nora sejenis pil yag dipanggil Pil Askar. Aku tak tahulah memang askar guna pil tu masa dalam hutan ke atau sengaja-sengaja pakcik Nora tu petik nama pil tu pil askar. Tapi mengikut cerita yang diceritakan kat kami begitulah. Pil askar. Pakcik Nora pernah bagitau Nora yang pil tu power. Again, power yang macam mana aku tak pasti, adakah power yang membawa maksud mujarab hilangkan kesakitan atau power boleh layan ‘high’?

Tapi yang pasti, malam tu Nora dah pergi ambil pil askar tu. Bukan sebiji dua, tapi segenggam. Terhendap-hendap Nora menyelinap masuk ke rumah.

‘Kakak tak makan?’

Sapa Norli, adik Nora.

Nora terkejut bukan kepalang. Hampir dia terlepas genggaman pil askar yang digenggam.

‘Tak nak. Kakak dah kenyang. Tadi akak makan cendol di pekan. Kenapa kau tak tidur lagi?’

Norli menggosok-gosok matanya yang layu.

‘Tadi kakak kena pukul teruk, mesti kakak sakit. Norli bawakkan minyak sapu untuk akak’

Norli menghulur minyak panas kepada kakaknya. Walaupon kakaknya tampak dingin selama ini, tapi di dalam hatinya masih terselit rasa kasihan dan secebis sayang.

Yalah, orang adik beradik. Air dicincang manakan putus.

Nora mengambil minyak tersebut.

‘Terima kasih. Kau tak payah susah-susah fikir pasal aku. Aku bukan budak kecik!’

Tergopoh gapah Nora berpusing untuk ke bilik tidurnya. Tiba-tiba langkahnya dimatikan dan seraya itu dia menoleh ke arah Norli.

‘Norli, ambilkan aku air segelas’

Nora kemudia meneruskan berjalan ke biliknya. Giliran Norli pula tergopoh-gapah mengambilkan kakaknya air seperti yang dipinta.

‘Kak, nah air’

‘Letak la atas meja kecil tu’

Norli meletakkan gelas berisi air seperti diarahkan. Dia kemudia masih berdiri di sisi meja tersebut, seolah-olah berat hatinya ingin melangkah keluar dari bilik kakaknya itu.

‘Ha, tunggu apa lagi? Berambuslah! Melainkan kau nak jadi penghuni neraka jugak macam aku!’

Tersentak dengan jerkahan kakaknya, Norli lekas-lekas beredar ke bilik tidurnya sendiri. Hati Norli berdebar-debar. Apa maksu kak Nora dengan perkataan ‘penghuni neraka’ tadi?

Tapi, apalah daya pemikiran kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun ketika itu. Dalam pada bingung, Norli terlelap.

Keesokan harinya Mak Siah bangun untuk menunaikan fardu Subuh. Puas diketuk bilik Nora, tapi tidak berjawab. Biliknya pun berkunci.

‘Ishh, memang nak kena budak Nora ni dengan aku, tak sudah-sudah nak menyakitkan hati aku.’

Gumam Mak Siah dalam hati.

Norli yang terdengar ketukan bertalu-talu Mak Siah bingkas bangun.

‘Kenapa mak?’

‘Kenapa apa? Kau tengok jam dah pukul berapa? Kau dah solat subuh? Kau orang ni mcam tulah. Tiap-tiap pagi aku kena bising suruh korang solat..’

D***h Mak Siah menggelegak.

‘Biadap Nora ni! Dia ingat aku ni hamba tebusan dia ke hah’

Kali ni Mak Siah dah siap-siap mengundur. Hendak diterajangnya pintu bilik Nora.

Gedegang!

Dengan sekali terajang, pintu bilik Nora terkuak.

Mak Siah meluru masuk.

Norli memejamkan mata, dia takut sekiranya kak Nora kena pukul lagi. Kalau boleh, dia tak hendak hubungan maknya dan Kak Nora terus-terusan sebegitu.

‘Allahuakbar, Noraaa!’

Norli tersentak, dia yang baru hendak mengenakan telekung bergegas ke bilik Kak Nora.

Dilihatnya Kak Nora terkulai layu tidak bernyawa di atas katil. Dia masih mengenakan pakaian semalam. Tetapi, kini bajunya terdapat kesan d***h.

Begitu juga di mulut Kak Nora, ada kesan buih dan d***h.

Mak Siah menangis semahu-mahunya.

‘Ya Allah Nora, kenapa singkat betul pemikiran kau nak? Aku nak kau jadi orang…bukan aku benci kau’

Mak Siah terus-terusan meraung-raung.

Rumah Norli didatangi ahli keluarga yang lain. Begitu pantas kini rumahnya sudah dipenuhi orang. Almaklumlah, di kawasan tersebut jiran tetangganya memang dihuni oleh keluarga Mak Siah sendiri. Jadi memang cepat mereka mendapat perkhabaran tergempar tentang kematian Nora.

Ambulans dipanggil. Mayat Nora diangkat ke dalam ambulans dan dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati Nora telah overdose Pil Askar. Masa ni mak aku cakap, habis semua org polis siasat. Tak memasal pak cik si Nora tu kena tangkap (dia kan memang wanted, banyak buat jenayah). Sampai kan kedai cendol yang Nora lepak sebelum tu pon kena rush. Boyfriend-boyfriend Nora apetah lagi. Mak Siah dan Norli pun tak terlepas disiasat. Memang havoc kes ni.

Tapi mak aku cakap yang paling sedih, bila dapat je mayat lepas post mortem untuk dimandi dan dikafankan. Mak Siah terus pengsan. Mana taknya, isi daging Nora ada yang terkeluar dari kulit (yang jahitnya bukan doktor, mak aku kata ada uncle india yang lepak tepi longkang doktor suruh jahit balik mayat. Member tu siap minum todi kasi mabuk dulu sebelum menjahit mayat- err..betul ke ni, jahit mayat??)

So memang jahitan tak kemas lansung. Ada cebisan daging yang terjuntai-juntai macam isi ikan pari.

Bila semuanya dah selesai, Mama aku pun pergilah ke rumah arwah Nora semula, memandangkan rumahnya hanya selang 2 buah rumah sahaja. Niat hati mahu memujuk Norli, sepupu rapatnya.

Sesampai di rumah tersebut, mak aku ternampak Norli yang sedang menangis di meja. Tiada orang lain di rumah itu, mereka semua ke masjid kerana ibu Nora seperti orang yang meroyan, jadi mahu ditenangkan dulu dengan air-air penawar oleh Imam.

Norli menceritakan semua kisah.

“Kalau aku tak ambil kan air untuk kak Nora, mesti tak jadi begini.”

“Sudahlah, bukan salah kau. Dah ditakdirkan ajal nya sudah sampai. Apa boleh kita buat?”

“sreettt..srettt..sretttt”

“Eh Norli, cuba kau berhenti menangis sekejap. Kau dengar tak?”

“ Dengar juga. Dari sebelum kau datang aku dah dengar, biarlah..cicak agaknya”

“NNNNNNNooorrrliii…tengok tu..”

“Kain lengsar tu bergerak la…!! Macam ada orang tengah susun kelepet- kelepet langsir tu bagi cantik kan??.. Eh, kau tau..Kak Nora baru pasang langsir ni kelmarin..”

Serentak mereka terdiam. Kain langsir masih bergerak-gerak seperti ada tangan ghaib yang sedang memperkemaskannya..

“CABUTTTTT!!!!!”

Macam tak cukup tanah mereka lari. Siapa yang susun langsir tersebut???

Wallahu’alam..

Burpp!!!
Kalongkeng.

P/s: M******h diri adalah merupakan dosa yang besar. Barangsiapa yang m******h diri, maka dosanya tidak akan terampun sehingga hari kiamat kelak, dan kekal lah mereka di dalam neraka. Nauzubillahiminzalik.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Atiqa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

28 thoughts on “B***h Diri”

  1. Kesian…fikiran bercelaru boleh menyebabkan seseorang itu membuat tindakan di luar dugaan. Lebih2 lagi bila tiada support dari orang tersayang. Boleh kita marah dan tangankan anak dengan tujuan untuk mengajar, elakkan maki anak sebab kata2 seorang ibu itu satu doa. Tapi jangan pulak lupa nak curahkan kasih sayang dekat anak. Kalau tak pandai nak berkata2, tunjukkan dengan pelukan. Tanda kita sayang anak kita. Kalau tau nak marah dan pukul tanpa menunjukkan kasih sayang, anak akan fikir kita tak sayang diorang. Mesti tau cara nak ambik hati anak, Insyaallah diorang secara otomatik akan tahu cara ambik hati kita pulak.

    Haihh…aku dah macam Datuk Fadhilah Kamsah.

    Reply
  2. “Cerita ni bukanlah seram mana”
    P/s: M******h diri adalah merupakan dosa yang besar. Barangsiapa yang m******h diri, maka dosanya tidak akan terampun sehingga hari kiamat kelak, dan kekal lah mereka di dalam neraka. Nauzubillahiminzalik. INI PALING SERAM SETAKAT NI. NERAKA KOT.

    Reply
  3. Kalau kita takutkan azab Allah, dan kuatkan iman, benda mcm ni takkan berlaku.
    Sedangkan dia tahu bakal menjadi ahli neraka.

    Kalongkeng tu ape?? Tongkeng tau la, buntut ayam

    Reply
  4. Kekadang sedih dengan sikap makcik2 yg suka mengumpat menfitnah pasal hal orang lain suka sangat tengok orang bertengkar .. Lepas tu anak2 dia orang dua kali lima je terikut juga sikap yg tidak baik tu..

    Reply
  5. Tekanan perasaan, stress, tohmahan orang, maki hamun memang boleh jadi manusia hilang punca, putus harapan untuk hidup. Doa pulak dari marah-marah seorang ibu. Orang terdekat saya sendiri pernah ambil keputusan sebegini, menyebabkan ramai yang patah hati.

    Semoga kita dijauhkan dari perkara ini.

    Reply
  6. memang kalau buat bedah siasat memang depa p****g kulit pastu jagit semula. Dengar cerita dari jiran yang melawat sepupu meninggal kemalangan jalan raya. Disambung semula kulit kepala sampai leher, tapi dia pon tak berani tengok katanya adik dia yang tengok mayat tu memang ade kesan jahitan. Patutlah ada sesetengah keluarga takan buat bedah siasat, walaupun tujuan untuk tahu punca kematian. Al-fatihah semoga diampunkan segala dosa nora, kita yang masih hidup ni belum tahu macam mana keadaan kematian kita nanti, semoga dipermudahkan segala urusan.

    Reply
  7. Cerita yang okey ?, jalan cerita agak kemas. Part orang mabuk yang tolong jahit mayat tu meiyo tak berapa percaya. Kalau jadi sungguh, memang ke laut la etika seorang doktor. Pandai belah, pandai la tutup balik, mana boleh main pass pass. ?.

    Janganlah kita ambil jalan singkat sebegini, m**i tak menyelesaikan masalah. Sebab m**i bukan pengakhiran hidup, tapi permulaan sebenar benar hidup. Iman kena kuat jangan goyah dengan kata nista orang, jangan jatuh dengan hasutan setan. Kita sebagai masyarakat pulak, kalau tak mampu menyenangkan,jangan menyusahkan. Renung renungkan, dan selamat beramal! #donedakwah

    Reply
  8. Banyak lagi jalan penyelesaian yang boleh dilakukan selain daripada m******h diri.Allahurabbi,semoga segala urusan Kak Nora di akhirat dipermudahkan.Ambillah ikhtibar melalui cerita ini. 😀

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.