Bunyi Misteri Setiap Pagi

Ni pengalaman aku tentang kisah mistik @ alam ghaib. Ceritanya semasa tahun 2006 di sebuah kolej dekat Batang Berjuntai Selangor. Semasa intake aku kolej ni baru sahaja siap jadi infrastruktur semua nampak moden dan tak ada yang menakutkan pun. Macam biasa pelajar baru akan diberikan keistimewaan untuk tinggal dihostel didalam kolej. Hostel kami ni macam apartment 4 tingkat. Ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Mujur la dapat tingkat 2 takde la penat sgt nak turun naik tangga. Satu bilik ada 2 orang jadi satu rumah semua ada 6 orang. Aku dapat bilik dengan Ana (bukan nama sebenar) iaitu sepupu aku sendiri.

Kejadian semasa semester pertama.
Masa tu bulan puasa. Bilik aku dan Ana sebelahnya dapur. Bilik lagi 2 tu bertentangan bilik aku, kira kalau buka pintu bilik aku nampak la terus bilik lagi 2 tu. Aku dgn Ana kalau nak tidur memang kami tutup pintu sebab tak nak nyamuk masuk. Yang housemate bilik depan tu ( Ira dan Nurul) tak pernah tutup pintu sebab takut kot. Sebelum nak tidur Ira ni pasang tv ada siaran mengaji sampai waktu sahur. Ira biarkan tv dekat ruang tamu terpasang sampai la nanti kami bangun sahur. Aku pun dengar la sayup2 orang mengaji sampai aku terlelap.

Esoknya Ira tanya aku dgn Ana
“korang ada bangun mengaji ke ikut dalam tv?” aku terus jawab tak ada serentak dengan Ana sepupu aku. Rupanya dia kata dia dengar macam ada 2 3 org mengaji sama2 ikut tv. Aku pun tak ada la pelik sangat sebab mungkin memang rancangan tu mengaji ramai2. Ira mati2an kata tak yang mengaji seorang je masa dia buka siaran tu. Lagipun bulan puasa kan jadi malas nak fikir karut marut.

Sejak tu macam2 la kejadian pelik kami bila kami semua dah masuk bilik nak tidur ataupun study. Kejadian yang kerap berlaku ialah kami dengar bunyi kerusi meja kena alih pukul 1-4 pagi. Aku ingat mungkin budak2 hostel atas tak tidur lg duduk study jadi dorang la yg alih2 kerusi tu. Padahal naluri aku kata tu bunyi dekat ruang tamu aku sendiri. Lepastu bunyi pintu orang buka lepastu tutup. Eh mungkin housemate aku ada yg baru balik. Entah pergi mana la balik pagi2 buta ni.

Memandangkan bilik aku sebelahnya dapur jadi aku selalu dengar bunyi macam orang memasak, buat air sudu berlaga dengan cawan tu dan basuh pinggan mangkuk. Nak kata member2 rumah sah2 bukan la sebab takkan dorang buat semua tu dalam gelap. Boleh nampak cahaya lampu kalau kat celah pintu tu. Ni memang tak ada gelap. Aku pun malas nak kecoh2 tanya2 sebab nanti menakutkan yang lain. Dalam kepala otak aku selalu cakap ni kan bulan puasa mana ada hantu2 ni. Apa yg aku dengar tu mungkin perasaan aku.

Sebelum kami cuti raya puasa sekali gus menamatkan semester pertama, kami satu rumah 6 orang duduk la sembang2 sebab dah tak ada kelas kan masa banyak dihabiskan berborak. Sampai la satu cerita ni, Ira bagitahu yg dia pernah nampak macam ada satu bayangan orang macam lembaga pun ada warna gelap dekat depan pintu bilik aku. Hah apa lagi terbeliak biji mata kami berlima menunggu Ira sambung cerita dia. Masa dia nampak tu tengah malam la sebelum dia tidur.

Dia kan tidur tak tutup pintu. Bayangan tu tembus masuk dalam bilik aku melalui pintu tu dan nampak samar2 macam pergi ke dapur. Ya Allah masa tu semua kata perasaan Ira je kot sbb bulan puasa mana ada hantu. Tapi dalam hati aku kata mungkin ada kena mengena dgn apa yg aku dengar2 selama ni. Kami pun tutup cerita tak nak fikir negatif2. Balik la kami semua ke kg masing2 untuk selama 3 minggu.

Masuk semester kedua. Semua kawan rumah aku dah balik awal2 pagi lg termasuk la sepupu aku Ana. Aku je sampai lewat sebab sengaja rasa tak puas cuti lagi. Korang tau apa terjadi??? Kat pintu bilik aku tu ada macam pasir ditaburkan menutupi pintu. Ni Ana yg cerita sebab dia sampai awal dia dah siap sapu dah pasir tu. Lepastu lantai bilik aku dan Ana ada banyak rambut gugur.

Rambut yg panjang2 dan lurus. Seingat aku sebelum balik aku dah sapu bilik tu bersih2 jadi tak mungkin rambut kami. Lagi satu yg pelik dalam bilik air aku dan Ana ( yg 4orang lagi bilik air sebelah ) ada macam minyak dah guna/goreng dibuang kat lubang laluan air keluar. Ni pun Ana dah bersihkan. Kalau aku yg sampai dulu aku tak tahu la reaksi aku macam mana nak hadap benda pelik2 tu.

Lepas je benda pelik2 tu Ana ada minta saudara kat kampung kami tengokkan apa yg berlaku. Tapi jawapan yg dibagi tak memuaskan hati aku. Mungkin orang yg tengokkan tu tak nak takut2 kan kami yg masih mentah ni. Aku pun apa lagi terus call emak aku (emak dah meninggal 5 tahun lepas, rindu emak) aku bagitahu apa terjadi sekali nak minta jiran aku (Pak Cik Zain) tengokkan. Pak Cik Zain memang pandai ubat penyakit pelik2 dan tengok alam lain. Emak hanya bagi nama penuh aku berbinti kan nama emak.

Memandangkan Pak Cik Zain telah cerita sedetail2nya, emak pun cerita la semua tanpa selindung satu pun pada aku (sebab emak tahu aku seorang yg kuat semangat) Rupanya bilik tidur aku tu tempat tinggal orang bunian. Ye orang bunian! Rumah mereka tersergam indah dekat bawah meja study aku bersambung dengan katil bujang aku. Dari apa yg diceritakan dalam rumah tu ada pasangan suami isteri dan 2 orang anak. Mereka ni Islam dan isterinya seorang yg berpurdah kiranya keluarga yang sangat kuat agama. Dekat bawah meja tu juga la tempat anak2 mereka bermain. Mujurla aku tak pernah terpijak meraka ni kalau tak apa la nasib aku kan.

Dekat ruang tamu hostel kami pulak ialah kedai makan kepunyaan orang bunian ni. Jadi misteri selama ni tentang bunyi2 orang memasak la, buat air la, basuh pinggan semua tu terjawab. ‘Mereka ini lah yg rupanya buat bunyi2 tu kan. Logik juga la sebab kedai makan kan masak tu masak ni amik order bancuh air semua tu. Minyak yg Ana nampak dalam bilik air tu ialah minyak bekas ‘mereka’ memasak.

Tak sempat nak bersihkan kot sebab mereka tak sangka kami balik awal ke hostel tu. Bunyi kerusi ditarik ditolak dan pintu dibuka ditutup yg selama ni aku dengar tu ialah bunyi pelanggan kedai makan ‘mereka’ datang dan pergi. Bunyi orang mengaji mengikut tv tu ye memang ‘mereka’ juga. Hati aku sedikit berani bila emak kata mereka ni Islam macam kita. Mereka sembahyang dan mengaji bahkan mereka lebih banyak beribadat dari kita.

Sejak tahu tu aku alihkan posisi aku tidur. Sebelum ni kaki aku kat hujung meja study tapi kali ni aku letak kepala kat situ. Kira macam hormat sikit la kan tak bagi kaki. Nak alihkan perabot takut roboh rumah mereka. Lagi satu pasal pasir kat pintu bilik tu dan rambut. Rupanya tu abu kemenyan. Orang bunian tu yg tabur kononnya nak takutkan kami supaya kami pindah tempat lain.

Tapi Pak Cik Zain kata jangan risau mereka tak kan ganggu lagi (tak tahu la apa Pakcik Zain cakap2 dengan mereka). Yang bayangan Ira nampak tu kami tak tahu apa emak pun tak cerita. Pakcik Zain ada kata kalau nak dia alihkan keluarga bunian ni kat tempat lain boleh tapi dia minta aku uruskan dengan pihak hostel dan IPTS sebab nak alihkan kqt seluruh hostel tu. Maknanya malas la sebab banyak urusan. Lagipun mereka tak pernah ganggu aku jadi aku tak nak ganggu mereka.

Dulu tempat mereka kat hutan tu sebelum dibangunkan jadi hostel jadi sebab dah tak ada tempat lain mereka ni menumpang di rumah2 hostel kami termasuklah hostel aku duduk. Aku habiskan semesta kedua macam biasa. Setakat bunyi2 tu memang ada sama ada kau dengar ke tak.

Kalau tidur m**i memang tak dengar. Semester seterusnya aku pindah duduk luar jadi aku tak tahu dah apa cerita hostel tu. Ini jela cerita tentang pengalaman aku sendiri.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Bunyi Misteri Setiap Pagi”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.