Bunyi tapak kaki siapa?

Assalammualaikum.. terima kasih admin sebab terima cerita aku ini. Nama aku sya, seorang isteri dan ibu kepada 3 orang cahaya mata. Apa yang aku nak cerita ini mungkin biasa bagi pembaca, tapi ia merupakan pengalaman yang agak seram bagi aku yang agak penakut.

Perkara ini berlaku semasa aku sekolah rendah. Mak aku seorang ibu tunggal dan aku mempunyai seorang abang, beza umur kami tak jauh, dia setahun awal daripada aku. Selepas mak dengan ayah aku bercerai, kami duduk dengan atuk dan nenek di kampung. Mak aku kerja di sebuah kilang, tidak jauh daripada rumah atuk aku. Di rumah itu kami duduk berlima kalau hari biasa.

Rumah atuk aku dulu dikelilingi hutan yang renek. Lorong hendak masuk ke rumah atuk aku melalui jalan yang agak kecil dan menuruni bukit yang agak berbatu sebab belum ber’tar’. Bilik di rumah atuk aku ada 4, tapi 1 bilik digunakan sebagai bilik sembahyang, maka aku tidur dengan mak aku dan abang aku tidur di bilik sebelah. Bilik kami di bahagian ruang tamu, manakala bilik solat dan bilik atuk nenek aku di bahagian berhampiran dapur. Rumah atuk aku jenis memanjang, kemudian ada pintu antara ruang tamu dan dapur.

Mak aku bekerja 3 shif mengikut giliran, shif pagi (6 pagi – 4 petang), shif petang (4 petang – 12 tengahmalam), shift malam (9 malam – 6 pagi). Kebiasaannya aku dan abang selalu tidur lambat antara pukul 11 sebab tengok tv dan kebiasaanya kami akan tutup pintu tengah sebab tak nak ganggu atuk dengan nenek yang biasanya tidur awal. Tapi selalu kene marah sebab kadangkala kami lupa nak buka balik pintu bila nak tidur dan nenek akan membebel keesokkan paginya sebab beliau susah nak kejutkan kami ke sekolah.

Pengalaman aku nie berlaku semasa mak aku kerja shif malam. Malam itu seperti biasa aku dan abang tidur lewat sebab menontot tv, bila siaran dah habis, aku ngan abang masuk ke bilik masing-masing untuk tidur. Bila dah masuk bilik dan tidur aku tak teringat sama ada pintu tengah sudah dibuka atau belum.

Pada tengah malam aku terjaga tapi aku tak tahu pukul berapa waktu itu (Aku tahu belum pagi lagi sebab kebiasaanya antara pukul 5 pagi nenek aku dah bangun untuk buat kuih) Aku paling tak suka terjaga tengah malam semasa mak aku kerja malam sebab aku ini jenis penakut dan akan terus teringat cerita-cerita seram yang aku dengar atau baca. Kemudian aku terdengar bunyi orang berjalan di ruang tamu, berjalan mundar mandir lebih kurang, kemudian dengar orang duduk di sofa di depan tv. Masa itu aku sudah agak lega sebab aku ingatkan atuk atau nenek aku sudah terjaga dan pintu tengah aku dah buka sebelum tidur. Aku pun sambung tidur dengan bunyi orang berjalan masih kedengaran.

Keesokkan paginya aku dengar orang ketuk pintu tengah suara nenek aku memanggil supaya di buka pintu tengah dan minta aku bangun tidur dan ke sekolah. Tiba-tiba terus aku teringat perkara malam tadi. Siapa yang berjalan-jalan di ruang tamu? Siapa yang duduk di sofa? Persoalan nie membuatkan bulu roma aku meremang sebab aku tahu bukan abang aku, sebab aku dengar dengan jelas bunyi dengkurannya dari bilik sebelah. Sampai sekarang aku tidak tahu siapa yang berada di ruang tamu malam itu dan perkara ini aku tidak pernah ceritakan kepada sesiapa sehinggalah sekarang.

Itulah pengalam pertama dan aku harap yang terakhir aku mengalaminya. Mungkin selepas ini aku akan ceritakan pengalaman mak dan juga abang aku yang lebih seram dari aku.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Sya

3 thoughts on “Bunyi tapak kaki siapa?”

  1. Thanks for the sensible critique. Me & my neighbor were just preparing to do a little research on this. We got a grab a book from our area library but I think I learned more from this post. I am very glad to see such great info being shared freely out there.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.