Bunyi Tengah Leka Memancing

Salam sejahtera buat para pembaca dan ke fs juga.Di sini saya ingin berkongsi satu kisah yang terjadi pada diri saya sendiri.pada tahun 2012 yang lalu,saya dengan beberapa orang sahabat,masa tu baru habis menamatkan pelajaran di peringkat diploma di salah sebuah kolej swasta.
Disebabkan masih menganggur masa tu,saya mengajak beberapa orang sahabat karib saya untuk pergi masuk hutan untuk mencari sungai yang bagus tempat memancing ikan untuk memenuhi waktu lapang.Saya dengan 2 sahabat karib saya membuat perancangan untuk memancing pada keesokan harinya.
Malam tu,saya membuat persiapan menyediakan segala alat memancing dan juga bekalan makanan bila sampai ke tempat tu nanti,kira memancing sampai malam lah tu..
Keesokan harinya,pada pukul 11:25 pagi,saya dengan dua sahabat karib saya memulakan perjalanan ke tempat untuk memancing yang jaraknya dari rumah mengambil masa 20 minit.
Dalam perjalanan masuk ke dalam hutan itu,saya rasa tidak sedap hati,seperti ada sesuatu yang mengekori kami bertiga dari belakang,memandangkan perjalanan ke tempat yang dituju sudah mahu sampai,saya tidak endahkan pekara itu.
Setelah sampai di tempat untuk memancing ikan dengan air yang jernih,kami bertiga memulakan aktiviti kami itu.Sesampailah jam menunjukkan pukul 7.00 malam,kami bertiga memancing dengan ikan dengan hasil kailan yang lumayan.
Tengah leka kami memancing,saya terdengar sesuatu seperti kedengaran seseorang menebang pokok buluh berdekatan dengan kami bertiga memancing,tang!tang!.Sekali lagi saya tidak endahkan,dan dua orang sahabat saya buat tahu saja dengan muka yang sedikit takut dan seram,lagi dengan kesamaran bulan menyuluh ke kawasan hutan yang gelap.Bagi menyejukkan lagi hati,saya anggap bunyi itu sekadar binatang sahaja.
Jam di tangan menunjukkan pukul 9:30 malam,dengan rancak memegang joran sambil berborak kosong,tiba-tiba kami terdengar orang bersiul,semakin lama semakin dekat,dan bunyi siulan itu bertukar menjadi suara ketawa yang kuat,seperti sesuatu sedang berdiri di atas pokok.Dengan tidak melengahkan masa dengan rasa takut dan seram,kami bertiga berlari keluar dari kawasan tempat memancing itu dengan peralatan joran,dengan ikan yang diperolehi kami bertiga tinggalkan.Semenjak kejadian itu,saya serik untuk memancing sehingga larut malam,lebih lebih lagi kalau dalam hutan.
Setakat ini sajalah kisah saya,seram atau tidak,terpulang kepada pembaca,bagi saya pekara itu sangat menyeramkan kerana saya pernah mengalaminya,saya akan kongsikan lagi kisah seram yang lain kepada FS,sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *