Burung Hantu (kem sekolah)

Hi assalamualaikum kepada ahli FS dan admin.. Nama aku Zulaikha, aku berumur 13 tahun. Ya, aku muda. Tetapi aku memang suka menceritakan kisah seram dengan sesiapa sahaja. Kisah ini sewaktu kem pandu Puteri dan Puteri Islam di SMK Darul Ehsan. Kisah ini diceritakan oleh kakak aku. Dia pandu Puteri and dia urus setia so dia kena jaga budak-budak.

Sebelum tu, aku BSMM. Aku pun kem juga tapi dah lepas sebelum kem pandu Puteri and Puteri Islam lagi. Kem aku 3 hari 2 mlm and sama jugak dengan kem PP and PI. Waktu kem bsmm aku tu masa malam pertama, AJK-AJK kejutkan kitorang. Maklumlah, aku ahli biasa je. AJK2 semua suruh aku dan lain-lain bawak kain anduh. Kalau takde kain anduh pun bawak je baju warna hitam dan rupa-rupanya diorang ajak main burung hantu. Waktu tu aku rasa cikgu dah tidur.

Kitorang bermain ikut group. Dlm group tu ada berapa orang aku tak ingat. Nama yg aku ingat Azrul, Ridzwan, Kak Puteri pastu aku tak ingat. Aku sorang je muda dalam tu. Waktu tgh main tu, admin group diarahkan beritahu kita nak kena jalan ke kiri ke, ke depan ke, mana nampak ahli yg lain kena tutup mata dengan kain kot. Aku pulak saja intai-intai bukak sikit kain kat mata aku tu, yg aku nampak lantai je. Kitorang waktu main dalam pukul 1-3 pagi tak silap. Waktu kitorang main burung hantu tu, mulalah AJK-AJK nak mengacau. Ada sorang AJK ni dia saja mengusik aku dia tepuk bahu aku lepastu bisik “Nak tanya, main apa tu?” Aku dalam hati dah carut-carut. Sorry AJK ye.. Tgh takut waktu tu. Hahaha..

Ada group satu ni, ada yang menjerit mcm kena histeria. Aku kata dlm hati “Gila ke ape, mane elok jerit-jerit macmtu” aku waktu tu dah baca ayat Al-Fatihah. Dah ayat tu je yg aku paling ingat. Hahahhah.. Tangan aku mengigil dah waktu tu. Dan aku dapat rasa ada benda perhatikan kitorang je. Dan aku tak sedap hati. Bulu roma aku waktu tu dah ternaik-naik dah. Selepas dah habis main, kita orang beratur. Setiap kumpulan kena kira ada berapa ahli.

And ada dua orang hilang. Dan ada orang cari akhirnya jumpa jugak, budak yg hilang tu jumpa dekat kawasan perkhemahan di padang. Memang mengerikan betul malam tu. Ok, kisah aku dah habis. Sekarang cerita kakak aku pulak yg kem Pandu Puteri and Puteri Islam.

Ok, mlm tu Pandu Puteri and Puteri Islam main burung hantu and Pandu Puteri tak main burung hantu diorang main tarik ape Ntah aku tak ingat. Yang mainnye Puteri Islam. Cikgu-cikgu dah tidur waktu tu. And diorang mulakan permainan tersebut. Puteri Islam dah la main burung hantu lepastu waktu nak main, main redah je, tak pagar kawasan pun, selepas main, Puteri Islam berkumpul dekat kantin.

Kakak aku waktu tu tgh jaga budak-budak pandu Puteri and yg lain berkumpul kat kantin. Dekat depan surau, kakak aku ada tanya sorang Abg pengakap ni tak silap, dia dtg sbb nk jaga budak-budak Puteri Islam. Kakak aku Tanyalah, “We, apa yang berlaku tadi?” Lepastu Abg pengakap tu balas “Tadi ada benda tak baik berlaku. Tadi ada budak kena bisik dengan benda tu. Benda tu kata ‘berhentikan permainan ni kalau tidak semua yang terlibat ni akan… (Akan apa aku x igt.. Kakak aku dah xnk cerita dh pasal ni kalau nk Tanya pun)’ dia ada cakap lagi ‘jangan sapa-sapa naik kat atas’ ” yg perkataan naik kat atas tu aku tak tau. Sebab kat atas ada bilik seni tingkat tiga. Bilik tu mmg berhantu pun.

Lagi-lagi sebelah kelas aku. And ada yg kena cakar. Dan budak yg kena kacau tu balik awal. Itulah ceritanya. Pengetua sekarang dah tak kasi main burung hantu lagi waktu kem. And pengakap ada kem yg kedua, dalam bulan ni la jugak. Waktu mlm2 diorang buat bulatan kat ungun api and dia org nyanyi lagu nenek2 si bongkok tiga. Apa yg aku nk ckp diorang tak serik serik..

Itu sahaja dari aku. Kalau ada masa, aku hantar kisah bilik seni sekolah menengah aku ni. Ini semua kakak aku yg cerita. And aku nk minta maaf kalau ade typo and x menarik. Btw assalamualaikum..

Siti Nur Zulaikha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

8 thoughts on “Burung Hantu (kem sekolah)”

  1. “Ok, mlm tu Pandu Puteri and Puteri Islam main burung hantu and Pandu Puteri tak main burung hantu diorang main tarik ape Ntah aku tak ingat. Yang mainnye Puteri Islam.”

    Adik, ayat awak yg ni agak pening. Kena ulang bbrpa kali baca baru faham. Tp takpe. Teruskan berkongsi. ???

    Reply
  2. “And ada dua orang hilang. Dan ada orang cari akhirnya jumpa jugak, budak yg hilang tu jumpa dekat kawasan perkhemahan di padang. Memang mengerikan betul malam tu. Ok, kisah aku dah habis.”

    Soalan saya:

    1) macam mana dia boleh ada kat padang?

    2) “Memang mengerikan betul malam tu? Apa yang mengerikannya?

    *lepas ni tak payah tulis lagi dah la

    thank you

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.